Prolog

Crime Completed 27674

Dari pandangan aku
Masih kita usaha
Berpaut dengan rantai rasa cinta

Kau pasti menungguku
Ku juga begitu
Berpaut dengan rantai rasa

Usah kau cuba untuk menangis
(Usah kau lari)
Untuk bahagia
Usah kau cuba untuk menangis
(Usah kau lari)
Untuk bahagia

Ku tak mahu binasa
Biar kita selalu
Berpaut dengan rantai rasa cinta

Usah kau cuba untuk menangis
(Usah kau lari)
Untuk bahagia
Usah kau cuba untuk menangis
(Usah kau lari)
Untuk bahagia

(Lead Interlude)

Usah kau cuba untuk menangis
(Usah kau lari)
Untuk bahagia
Usah kau cuba untuk menangis
(Usah kau lari)
Untuk bahagia

****

Engku Airis Farisha dan Tengku Aiman Faris duduk di sebuah pondok kecil di belakang rumah Airis . Sesekali air mata Engku Airis mengalir di usap.

"Sanggup dia buat aku macam ni Aiman" Sedunya mula kedengaran. Tengku Aiman juga turut menundukkan wajah. "Diorang tinggalkan kita macam tu je. Situasi kita sama jekan Aiman? Wana tinggalkan kau semasa hari pertunangan. Itu ok lagi. Aku ni ha! Masa hari pernikahan kitorang pulak tu!" kata Airis dalam sedunya.

Sakit hatinya megenangkan peristiwa hitam tersebut.

"Sudahlah Airis , kita lupakan sahaja perkara ini. Nasi sudah menjadi bubur. Apa boleh kita buat?" Kata Aiman memberi kata-kata semangat kepada sahabat baiknya itu walaupun dalam masa yang sama dia juga turut sakit hati. Airis tersenyum.

" Terima kasih Aiman. Kaulah sahabat aku dunia akhirat." Kata Airis.

"Ha , senyum macam nikan okay. Comel je" kata Aiman tersengeh kecil. Airis tergelak.

"Dahlah jom masuk. Dah nak mahgrib ni. Mesej ibu kau cakap kau balik lepas isyak. Mama aku ajak makan-makan" Kata Airis sambil menyarungkan selipar miliknya.

Lepas solat Mahgrib mereka sekeluarga menjamah makanan termasuk Aiman. Maklumlah Tuan Engku Hafiz dan Puan Engku Mariam tidak mempunyai anak lelaki. Yang hanya adalah Airis seorang sahaja.

"Aiman , lepas habis belajar nanti buat apa?" Soal Engku Hafiz. Airis hanya diam tak berkutik. "Emm.. Entahlah papa, Aiman tak rancang lagi" balas Aiman selamba.

"Apa kata kau kerja dengan papa? Senang sikit . Aku kerja dengan Abah." Cadang Airis. Keningnya sengaja di naik-naikkan. "Hurm.. Ok juga cadangan kau. Papa macam mana? Boleh Aiman kerja dengan papa?" Soal Aiman penuh minat. "Boleh je. Papa tak kisah pun" balas Engku Hafiz.

"Airis kau rasakan aku boleh start kerja hari apa?" Soal Aiman sewaktu mereka duduk di beranda bilik mereka. "Aku rasa Isnin ni kau dah boleh start kerja kot." kata Airis.

"Oh, Ya aku lupa. Abah pesan. Jumaat ni kau lapor diri lepas tu isnin dah boleh start kerja." Pesan Aiman. "Betul ke? Wah tak sabar pula aku. Tapi abah kau letak aku bahagian mana?" Soal Airis risau juga dia jadi pegawai esekutif mana-mana takut tak boleh bawak saja nanti. "Jangan risau Abah letakkan kau di bahagian pembangunan. So , kau tak payah nak risau sangat" Balas Aiman. Airis hanya mengangguk.

*_Selang beberapa hari_*

Airis membuka langkah pergi ke bilik pejabat ayah kepada Tengku Aiman Faris iaitu Tuan Tengku Abdullah. "Assalamualaikum Abah" Airis melangkah masuk seraya memberi salam. "Waalaikumusalam. Airis , jemput duduk" Pelawa Encik Abdullah.

"Jadi , Airis betul mahu kerja di sini?" Soal Encik Abdullah. "Ya , Airis bukan tak nak kerja dengan papa. Tapi biarlah Airis kerja dengan abah. Biar ada pengalam sikit. Tak adalah makan gaji buta nanti" Balas Airis sambil ketawa kecil. "Baguslah kalau macam tu. Tunggu sekejap ya" kata Encik Abdullah. "Diana, sila masuk bilik saya" Encik Abdullah memanggil pembantu peribadinya. "Sila tunjukkan Cik Engku di mana bilik dia ya" kata Encik Abdullah.

"Cik Engku ini bilik Cik Engku. Cik Engku merupakan ketua perancang pembinaan di sini" Terang Diana. Airis hanya mengangguk. "Cik Engku boleh mula bertugas Isnin ni. Buat masa sekarang jikalau Cik Engku mahu melawat tempat ini bolehlah" kata Diana. "Oklah kalau macam tu saya nak tengok-tengok dulu. Awak boleh pergi" kata Airis dengan senyuman manis.

Airis berjalan mengelilingi perjabat tersebut. Agak besar juga sebenarnya tapi itulah orang muda seperti Airis masih mempunyai tenaga yang banyak jadi dia tidaklah berasa terlalu penat. Airis duduk di kafe yang berada di tingkat lobi syarikat tersebut. "Apalah Aiman buat sekarang ni?" Soal dirinya sendirian. Telefone bimbit iphone6 miliknya di keluarkan. Ikon Whatsapp di tekan , nama Aiman di tekan.

E. Airis : Assalamualaikum Aiman, kau buat apa tu?

T. Aiman: Tak ada apa , aku tengok sekitar pejabat je. Kenapa? Kau rindu ke?

E. Airis: Hahaha, Eh pleaseLah. Aku nak rindu kau? Memang ke laut!

T. Aiman: Haha, Dah rindu tak mengaku.

E. Airis: Mana adalah. Kau datanglah sini aku bosan. Aku duduk kat lobi je ni. Kat Kafe.

T. Aiman: nantilah. Aku belum habis round ni

E. Airis: Please

T. Aiman: yalah ... yalah sekejap lagi aku samapi

Hati Airis bersorak riang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience