Bab 5

Crime Completed 27674

"Good morning ibu , abah" Sapa Airis. "Good morning Airis , Aiman mana?" Soal Tengku Halimah. "Belum bangun lagi." Balas Airis. "Kejutlah dia , sarapan" Arah Tengku Abdullah. Airis hanya mengangguk sebelum melangkah naik ke bilik dia dan Aiman. "Awak bangun awak" Airis mengoncang tubuh Aiman. Aiman membuka matanya. "Bangun , pergi mandi nak breakfast" Kata Airis. Aiman mengangguk sebelum turun daripada katil. Selesai membersihkan diri Aiman turun ke ruang tamu. Kelibat Airis yang sibuk membantu ibunya menghidang makanan membuatkan dia tersenyum.

"Ibu , petang ni Aiman nak balik rumah opah tau , sampai hari Jumaat. Lepas tu , Aiman nak pindah kat kondo Aiman yang kat subang tu. Dekat sikit dengan office Aiman dengan Airis" kata Aiman. "Kenapa tak nak stay sini lama sikit? Ayah dengan Ayah mertua kamu okay je daripada sini nak ke office mereka." Kata Tengku Halimah. "Yelah ibu , nanti Aiman nak kena hantar Airis lepas tu kalau dari sini mesti terkejarkan" Balas Aiman. "Betul jugak kata dia tu Mah. Lagi pun New couple nak privacy" Kata Tengku Abdullah. Tersedak Airis apabila ayah mertuanya berkata begitu. "Eh , Awak ok tak ni? Nah air" Aiman menghulurkan Air kepada isterinya. Tengku Abdullah dan Tengku Halimah sudah meleret tersenyum.

Airis mengemas barang-barangnya. "Dah siap?" Soal Aiman. "Belum , nak tukar baju sekejap. Beg baju kita awak bolehlah letak dalam kereta" kata Airis. Aiman mengangguk. Airis hanya menyarungkan Jubah berwarna pink lembut dan shwal satin berwarna hijau turquoise. Handbeg di sebelah katil di ambil. "Dah sudah, jom"kata Airis. Mereka menyamlami tangan kedua-dua orang tua mereka. Sempat Tengku Halimah berpesan "hati-hati" Pesan Tengku Halimah. Kemudian mereka masuk ke dalam kereta Honda Civic milik Aiman dan memulakan perjalanan.

Setibanya di R&R Aiman memberhentikan keretanya. "Awak , awak bangun kita dah sampai R&R" Kejut Aiman. Airis mengesat matanya. "Dah sampai?" Soal Airis. "Saya laparlah nak makan" kata Aiman. "Oh, Jomlah. Saya pun rasa lapar" Kata Airis tertawa kecil. "Awak nak makan apa?" Soal Aiman. " Laksa" Balas Airis. Aiman mengangguk. Aiman masuk beratur di dalam sebuah barisan. Manakala Airis pergi membeli Air. Dia membeli Air Milo ais dua. "Dah sampai" Aiman meletakkan Laksa tersebut di atas meja. Airis tersenyum. Tak sabar dia mahu menelan laksa tersebut. "Airis , nanti apa kata awak full jadi house wife" Cadang Aiman. "Malaslah saya. Saya lagi suka kerja" balas Airis. "Awak , biar jelah saya yang kerja. Lagi pun gaji saya cukup menyara kita." Tambah Aiman. "Habis kalau kita dah ada 3 ataupun 4 orang anak nanti macam mana? Kalau tak cukup? Biarlah saya kerja ye?" Tentang Airis. "Ok lah kalau macam tu" Balas Aiman beralah.

Mereka memulakan perjalanan semula selepas selesai menjamah makanan. Selepas 4 jam perjalanan mereka berdua tiba di rumah opah Aiman iaitu Tengku Hajah Zaiton. "Assalamualaikum , Opah!" Jerit Aiman. "Waalaikumusalam" Seorang wanita dalam lingkunagn umur lewat 70-an berdiri di muka pintu. "Opah , Man datang bawak isteri Man sekali ni" kata Aiman sambil menyalami Tengku Hajah Zaiton. "Ha , Ya ke? Meh ajak dia masuk." kata Tengku Hajah Zaiton. "Awak jom masuk" pelawa Aiman. Airis mengangguk dan menyalami tangan Tengku Hajah Zaiton. "Airis , kalau nak rehat. Rehatlah dulu. Kalau kamu nak mandi dulu bilik air ada kat belakang. Kat luar. Tapi sejuk sikit lah. Air bukit" Kata Tengku Hajah Zaiton. Airis mengangguk. "Ok opah " kata Airis.

"Awak , bilik air rumah ni batu. So , awak jangan risau. Tak ada orang nak intai pun" kata Aiman. Airis mengangguk. "Awak cantik rumah ni. Malay old style. Besar pulak tu." Kata Airis. "Haah , rumah ni besar. Tapi rumah papan. Rumah Opahlah yang paling besar sekali kat kampung ni" kata Aiman. "Dulu awak pernah cerita kat saya , yang awak takut nak berak malam- malam sebab tandas kat luarkan?" ujar Airis sambil ketawa terbahak-bahak. "Ish diam ah! Lepas ni saya tak delah takut sangat. Boleh awak teman" kata Aiman. Airis tergelak besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience