Bab 7

Crime Completed 27674

"Kita nak jalan-jalan nak apa?" Soal Airis. "Naik motor" balas Aiman. "Motor? Tak jatuh ke nanti? Bahayalah" Kata Airis. "Listen my dear. Insya Allah , kalau tak ada apa-apa kita tak exident. Jangan risau Ok?" Kata Aiman. "Tapi , saya tak biasa naik motorlah" Kata Airis. "Relaxlah. Naik motor macam naik basikal je" Balas Aiman. "Ye?" Soal Airis. "Ye" balas Aiman. "Oklah kalau macam tu" Airis membuat keputusan. Airis membonceng motorsikal Honda supra X 125. "Kenapa bunyi bising sangat?" Soal Airis. Bunyi bising membuatkan dia tidak selesa. "Alah , motor ni dah di ubah suai memanglah." Balas Aiman.

Sepanjang perjalanan mereka melihat sawah , kebun , sungai dan macam-macam lagi. Tiba di satu persimpangan sesuatu telah berlaku. "Aduh!!" Airis mengerang kesakitan. "Eh , Airis ok tak ni?" Soal Aiman. Cuak melihat isterinya. Motornya segera di ketepikan. Badan Airis di papah. Luka-Luka di kaki, siku dan tangan Airis di belek-belek. "Sorry tau. Jom balik rumah. Saya sapukan ubat" kata Aiman. "Tapi saya takut nak bonceng" Kata Airis. "Sokay , kali ni awak pegang saya kuat-kuat" kata Aiman Airis hanya mengangguk.

"Aduh!!!" Bergema jeritan kesakitan Airis di segenap ruang rumah Tengku Hajah Zaiton. "Ish , Macam mana boleh jatuh ni man?" Soal Tengku Hajah Zaiton kepada cucunya. "Entahlah Opah. Man pun tak perasan" kata Aiman. "Kamu tu lain kali hati-hati. Tengok isteri kamu dah calar balar" kata Tengku Hajah Zaiton. Aiman hanya diam. "Opah , tak payahlah marahkan Aiman. Tadi silap Airis sendiri tak peluk Aiman betul-betul" kata Airis. Kasihan pula dia tengok Aiman yang di marahi.

Aiman membantu Airis masuk ke dalam bilik. "Maaf tau Airis. Kalau saya tak naik motor tadi mesti awak tak jadi macam ni" Kata Aiman sambil menunduk. "Ish , tak apalah. Sikit je ni. Lepas sapu ubat oklah ni" Kata Airis. Aiman hanya diam. "Dahlah tu , tak payah nak salahkan diri sendiri" Kata Airis sambil mengusap pipi suaminya. Selepas dia membantu Airis duduk. Aiman mencapai tuala dan pergi ke tandas untuk mandi. "Awak jom makan" Ujar Aiman. Airis memandang Aiman dan mengangguk. Mereka turun ke dapur bersama-sama. Selesai makan Aiman membantu Airis membersihkan luka-luka Airis.

Ke esokkan harinya , Aiman dan Airis tidak ke mana-mana. Khuatir makin bertambah luka di tubuh Airis. Aiman yang sedang leka menonton TV itu tersentak apabila di panggil oleh Airis. "Aiman. Jom pergi pekan. Beli pembalut" kata Airis. Aiman menyetujui mengangguk. "Siap , Aiman tunggu dalam kereta" Kata Aiman. Aiman mencapai kunci kereta , iphone6 dan walletnya yang terletak di atas rak sebelah TV dan masuk ke dalam kereta. Airis hanya menayrungkan Tshirt muslimah berwarna coklat dan tudung bawal creep hitam di sertakan seluar track suit hitam.

Setibanya di pekan mereka singgah di sebuah pasaraya kecil. Airis membeli sebekas pembalut kecil dan beberapa bahan masakkan seperti sayur , telur , ikan dan sebagainya. Aiman pula hanya membantu membawa bakul barangan dan membayar barang-barang tersebut. Pada asalnya Airis yang mahu membayar barangan tersebut tetapi akhirnya dia beralah dan di biarkan Aiman yang membayarkannya.

Airis memasak makanan untuk makan malam. Maklumlah ,Opah mereka keluar katanya kenduri. "Eh, Airis kenapa memasak ni??" Soal Aiman. "Suka hati sayalah nak masak ke tak. Kalau tak masak kebulur pulak awak" Kata Airis. "Tapikan awak tak sihat" Ucap Aiman. "Lah , saya dah oklah" Balas Airis. Aiman hanya membiarkan Airis memasak. Kalau di tegah menjawab. Jadi diam itu lebih baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience