CHAPTER 8 | JENNAIRA HALETH 2

Romance Series 4396

"MENGAPA masih ada~
Sisa rasa di dada...
Disaat kau pergi begitu saja~
Mampukah ku bertahan tanpa hadirmu sayang~
Tuhan sampaikan rindu untuknya ...Hoo"

"Oh my god! Takkan you pasang lagu ni lagi? Tak muak ke? You memang dah patah hati teruk ni." Yazmin berdiri sambil bercekak pinggang di depan bilik Jennaira. Raut wajah gadis itu sudah terlihat bosan dengan lagu yang asyik diputarkan Jennaira. Mana tidaknya dari pukul 4 petang lagu itu dipasang sehinggalah mendekati waktu maghrib. Ditambah pula nyanyian sumbang Jennaira yang mengegarkan seisi rumah, memang panas telinga Yazmin dibuatnya. "Babe, dah-dahlah tu."

"Yazmin, kenapa dia tak chat I?" rintih Jennaira melebih-lebih. Mahu tidak mahu terpaksa Yazmin menghampiri sahabatnya itu. Dia duduk di atas katil lalu mematikan lagu yang asyik terpasang di telefon Jennaira.

"You ni pun, I dah cakapkan mana tahu dia tak nampak phone number you. Apa boleh buat? You cari jelah yang lain."

"You tak faham, Yazmin! I nak dia juga," ujar Jennaira sedih. "I tak kisah. I nak cari dia juga. You pun kena ikut sekali."

"Yalah," ujar Yazmin dengan malas. Ingatkan dia yang dapat jodoh, rupanya cuma menjadi pembantu cari jodoh.Haih! "Macam mana I nak tolong cari. I tak tahu pun muka dia macam mana. Cuba you describe ciri fizikal dia."

"Hmm... tinggi, handsome, I guess umur dia dalam penghujung 30, sado sikit and ada muka kacuk sikit. Ish, I tak tahu nak describe macam mana tapi yang penting dia memang handsome."

"You tak takut ke kalau dia dah beristri? You tahukan tempat kita pergi tu kebanyakannya laki orang," ujar Yazmin ragu. Yazmin takut penat-penat cari tapi hujung-hujung makan hati sebab orang tu dah berkahwin. "I tak nak tolong you kalau crush you tu laki orang,"

"Hari tu I tengok dia tak pakai cincin. So, rasanya belum kahwin lagi."

"Senang betul you buat andaiankan?" jawap Yazmin. "Entah-entah dah ada 2 istri. Jangan."

"Ish, apa pula cakap macam tu. Tak support kawanlah you ni. Padahal you yang bawa dekat sana." Jennaira mencebikkan bibirnya tanda merajuk dengan Yazmin. Patung buaya berukuran besar yang tergeletak di bucu katil diambil dan dipeluk erat.

"Bukan tak support kawan, I tanya jekan...Ish, you ni! Yelah-yelah, bila nak start cari ni?"

"Esok lepas kelas. Esok kelas kita samakan? Lepas makan tengah hari kita jalan, okay?"

"Hmm..." jawap Yazmin malas.

***

Seperti rancangan Jennaira dan Yazmin, kini mereka berdua dalam perjalanan menuju ke pusat golf yang mereka kunjungi beberapa hari lalu. Jennaira seperti cacing kepanasan kerana tidak berhenti bergerak di dalam kereta. Yazmin yang melihat hanya mampu menggelengkan kepala.

"Nervouslah pula," ujar Jennaira dengan suara yang sangat perlahan bahkan Yazmin yang duduk di sebelahnya juga tidak mendengarnya. Jennaira menatap cermin untuk kali ke-10, tangannya laju memperbaiki letak rambutnya supaya kelihatan lebih cantik dan kemas.

"You nak I teman masuk dalam?" tanya Yazmin sebaik sahaja kereta yang dipandunya terparking elok di kawasan letak kenderaan yang disediakan.

"No need. I try tengok dalam kejap. Kalau nanti I lama, jangan cuba-cuba tinggalkan I."

"Siap bos!" Jennaira melangkah masuk dengan yakin. Matanya tajam memerhati sekeliling. Memerhati setiap insan yang berada di sana. Beberapa ruangan telah dilewati namun kelibat jejaka itu masih belum lagi terlihat. Tidak ingin cepat berputus asa, dia berjalan masuk ke dalam café yang sama seperti beberapa hari yang lalu. Keadaan di dalam café lebih meriah sedikit berbanding hari itu.

"Mana ni?" gumam Jennaira kecewa. Dia berpatah balik ke tempat Yazmin dengan raut sedih. Nampaknya hari ini masih bukan rezeki Jennaira. Raut wajah Jennaira sudah menunujukkan hasil cariannyanya, jadi Yazmin tidak perlu bertanya lagi.

"So? Nak cari lagi?" ujar Yazmin berhati-hati.

"Esok, I don't think yang kita akan jumpa dia sekarang. I dah cari dia dekat café hari tu tapi masih tak jumpa."

"Oh...okay. Hmm, so? Macam mana sekarang ni?"

"Balik jelah," jawap Jennaira lesu. Dalam hati Jennaira, dia sudah menangis teresak-esak kerana gagal berjumpa dengan lelaki kacak itu. Dia bersandar penuh drama pada kerusi lalu mula memutarkan lagu-lagu sedih di telefonnya. Lagu-lagu yang diputarnya memang sesuai dengan perasaannya sekarang, bak kata orang perasaannya telah diwakilkan oleh lagu sedih yang sedang terputar.

Selaku kawan yang baik, sekarang Yazmin hanya mampu berdiam tanpa memberi sebarang komen walaupun telinganya sudah muak dengan lagu-lagu sedih Jennaira. Yazmin memandu dengan cermat sambil sesekali menjeling ke arah Jennaira yang sedang melayan perasaan.

Rancangannya mereka akan langsung pulang ke rumah namun pada nyatanya ketika kereta Yazmin baru memasang signal untuk masuk ke dalam simpang, sebuah kenderaan meluru kearah mereka dengan laju dan akhirnya melanggar kereta Yazmin dari belakang.

Kereta Yazmin yang tiba-tiba menerima daya yang kuat dari belakang pada akhirnya melanggar kereta di depannya. Jennaira yang sedang terlena menghayati perasaan langsung terkejut lalu tertolak ke hadapan, begitu juga dengan Yazmin. Mujur ada air bag dan tali pinggang keselamatan yang menyelamatkan muka Jennaira dari terhempas langsung ke dashboard kereta.

"Oh my god. Oh my god!" jerit Yazmin ketakutan. Seluruh badannya terasa kaku dan masih tidak dapat memproses kejadian yang baru sahaja berlaku. Dari hujung kaki hingga ke hujung rambut milik Yazmin terasa bergetar tanpa mengetahui Jennaira yang berada di sampingnya sudah terkulai layu.

"Cik! Cik! Cik tak apa-apa?!" Beberapa orang awam mendatangi kereta mereka. Yazmin membuka kunci pintu keretanya dengan perlahan lalu orang awam yang berada di situ berusaha membantu mengeluarkan mereka berdua. Syukur sahaja mereka masih diberi kesempatan untuk hidup.

***

Putih dan bercahaya. Itulah imej pertama kali yang dilihat Jennaira sebaik sahaja membuka kelopak matanya.

"Cik dan sedar?" ujar seorang jururawat berbangsa melayu yang datang menyapa Jennaira. Walaupun begitu Jennaira tetap diam dan tidak membalas pertanyaan jururawat itu. Dia masih berusaha mengingat kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan dia berada di sana.

"Cik? Cik?"

"Hah? Oh...Okay. Saya okay," jawap Jennaira. Dia menoleh ke samping untuk mencari kelibat Yazmin namun hanya dia dan jururawat yang berada di sana. "Kawan saya?"

"Cik Yazmin tak ada apa-apa. Dia cuma pergi tandas sekejap. Syukurlah Cik Jennaira dan Cik Yazmin tak mengalami sebarang kecederaan yang serius." Jennaira sekadar mengangguk lalu menoleh ke arah Yazmin yang baru sahaja keluar dari tandas. Selepas itu barulah jururawat itu meminta diri untuk keluar.

"Babe, syukur you dah sedar. Ada sakit apa-apa?"

"Tak ada apa-apa." Jennaira diam seketika. "Apa sebenarnya yang terjadi?"

Yazmin mengambil tempat di sisi katil Jennaira dan mula menceritakan apa sebenarnya yang telah terjadi. Yazmin menceritakan dari mula kemalangan itu terjadi sehingga mereka berdua dia bawa ke hospital ini. "Tapi you jangan risau, pemandu tu dah kena tangkap sebab dia memandu dalam keadaan mabuk. Hal-hal lain you tak payah risau, polis akan urus nanti."

"Oh..." Jennaira mengangguk sekali lagi. Tidak berselang lama kemudian seorang lelaki memakai pakaian khas doktor masuk ke dalam ruangan mereka. Jennaira terkesima kerana wajah lelaki itu masih terpahat di kepalanya, itu Ali! Ya, itu Ali! Lelaki yang bersama dengan pujaan hatinya tempoh hari.

"Hai Cik Jennaira dan Cik Yazmin, saya Dr Ali. Saya akan buat pemeriksaan ringan untuk check keadaan Cik Jennaira. Kalau ada apa-apa masalah lepas ni boleh terus cari saya." Dr Ali mula menanyakan beberapa buah pertanyaan dan dijawap dengan sejujurnya oleh Jennaira. Tidak sedar masa berlalu, akhirnya pemeriksaan itu pun selesai.

"Kenapa muka you macam nak makan doktor tadi?" bisik Yazmin. Dia sedar sejak doktor itu masuk, wajah Jennaira langsung berubah dan seringkali gadis itu mencuri pandang wajah lelaki itu, "atau itu lelaki yang you cari selama ni?"

"Oh my god! You tahu tak? That guy kawan dengan my crush. I know him."

"Macam mana you tahu?"

"Hari tu masa I jumpa lelaki yang cakap tu, dia tengah hang out dengan dua orang lelaki dan salah satunya ialah doktor tadi."

Jennaira tersenyum senang. Ada hikmahnya juga dia terlibat dalam kemalangan hari ini. Walaupun nyawanya menjadi taruhan tapi tidak apa, dia masih hidup sekarang. Dan yang lebih menggembirakan dia mendapat petunjuk baharu untuk menemui sang pujaan hati.

"So, apa cadangan you?"

"Kita kena stalk Dr Ali."

Hai! Boleh minta pendapat untuk setakat 8 chapter ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience