CHAPTER 6 | BOMA

Romance Series 4396

"BABE! Oh my god! You mesti tak percaya cerita I." Yazmin meringis mendengar suara melengking milik Jennaira yang betul-betul di sebelah telinganya. Nasiblah Jennaira ni kawan sehidup semati dia, kalau tidak habis merah pipi gadis itu dilempangnya.

"Cerita apa?"

"I baru jumpa someone yang boleh jadi jodoh I. Argh! Syukur you bawa I pergi sini. Misi you macam mana pula? Dapat?"

"Hmm...Semua lelaki yang I nampak hari ni tak ada vibes-vibes yang I nak. I nak hot man ke hot daddy ke, ini bapak-bapak yang tak bertanggungjawap adalah," luah Yazmin berapi-rapi. Habis rosak matanya melihat lelaki-lelaki tua keladi.

Belum lagi masa yang dia luangkan untuk menunggu Jennaira, hampir 20 minit dia menunggu di dalam kereta. Sebenarnya dia sudah nampak pesanan ringkas Jennaira untuk ke café selepas itu namun dia terlalu malas dan langsung berlenggang masuk ke dalam kereta, sayang seribu kali sayang, pesanan ringkasnya langsung tidak di baca oleh Jennaira.

"Syukur I tak ikut you tadi. You tahu tak, tadi I nampak hot guys duduk dekat dengan I and I falling in love again with this one man. Kalau you pergi café tadi mesti you nampak," ujar Jennaira terangau-angau. Semoga lelaki itu melihat helaian tisu yang telah dia tuliskan nama dan nombor telefon miliknya. "I tak sempat berkenalan dengan dia but I already gave him my number."

"Untunglah...Jadi plan you sekarang macam mana?"

"Tunggu jelah dia call atau chat. Ish, tak sabarnya."

Yazmin mencebik, kesal kerana dia pula yang tidak mendapatkan apa-apa. "Nama dia kau tahu tak?"

Jennaira menggeleng sambil tersenyum kekok, "I tak tahu."

"Haraplah you dapat jumpa dia. I ni terpaksalah cari spot baru," kata Yazmin menyerah.

***

"Denden, cuba awak duduk diam-diam. Daddy awak tu kejap lagi baru sampai," pujuk Siti Aishah pada cucu kecilnya kerana sejak 20 minit yang lalu cucu kecilnya itu berjalan mundar-mandir di dalam kedai bunganya. Berkali-kali juga Denden bertanya bila dia dijemput sang ayah. Setelah bertanya dia akan berlari semula ke pintu kedai dan mengintip.

"Boma, daddy Denden mana?" tanya Denden dengan raut wajah yang sedih. Biasanya Caden tidak pernah menjemputnya selewat ini. Pada hari-hari biasanya, Caden telah berdiri di depan Denden sebelum kedai bunga neneknya akan tutup. Namun hari ini, kelibat Caden belum lagi terlihat walaupun para pekerja kedai sudah siap melakukan pengemasan sebelum menutup kedai.

"Daddy ada kerja sikit tu. Awak janganlah risau. Daddy awak tak akan lupakan awak." Denden mengepal kedua-dua tangannya dan diletakkan di atas pahanya. "Apa kata awak ikut boma balik rumah boma dengan bopa, nanti boma suruh daddy Denden jemput dekat sana."

"No!" tolak Denden.

"Okay. Okay. Boma teman Denden tunggu daddy. Sini dulu sayang." Siti Aisyah menghulurkan tangannya pada Denden. "Kita tunggu daddy ya?"

"Puan, saya dengan Amy balik dulu ya," ujar pekerja yang bekerja di kedai bunga Siti Aishah.

"Iyalah. Hati-hati," jawap Siti Aishah dengan ramah. Denden melambaikan tangannya pada kedua gadis itu. Habis, tinggal dia dengan neneknya, Siti Aishah.

"Denden..."

"Hmm?" Denden melihat Siti Aishah dengan tatapan penuh tanda tanya.

"Daddy ada cerita dengan boma, daddy cakap Denden dah pandai mengira. Tunjuk dekat boma, boleh?" kata Siti Aishah sengaja mengalihkan perhatian Denden.

"In English?"

"Kalau awak tahu yang version english pun boleh juga. Sini-sini. Berdiri depan boma. Kalau Denden hafal, nanti boma bagi hadiah."

Si mungil mengangguk dengan bersemangat. "One, two thlee, fourl, five, six, ceven, eight, nine, ten."

"Lepas ten?"

"Eyeven."

"Bukan eyeven, e...le...ven. Cuba sebut."

"E...yeven."

"E-"

"E,"

"Le-"

"Le,"

"Ven-"

"Ven,"

"Eleven."

"Eleven."

"Good job Denden. Bijaknya." Siti Aishah mengusap rambut Denden sambil tersenyum bangga. Kedua-dua pipi tembam cucunya dicium lembut.

"Hehehe. Thank you, boma. De-...Daddy! Daddy!" Denden melompat girang bila melihat kelibat Caden masuk ke dalam kedai bunga neneknya. "Daddy angkat! Angkat."

Denden merentangkan kedua tangannya tanda ingin berada dalam dukungan Caden. Kakinya terjongket-jongket meraih sang ayah yang baru sahaja sampai. Caden menunduk dan segera mengangkat tubuh gembul anaknya. "Anak daddy."

"Kenapa lambat sangat? Kesian anak kamu menunggu kamu hari ni," bebel Siti Aishah pada anak keduanya. Caden sekadar tersengih sambil memeluk erat tubuh Denden. "Ibu try nak bawa Denden balik rumah tadi tapi dia tetap nak tunggu kamu. Memang betul-betul anak daddy."

"Sorry ibu. Caden ada kerja sikit tadi lepas jumpa Xzavier dengan Ali. Itu yang lupa diri kejap."

"Lupa diri. Lupa diri. Lain kali jangan buat lagi, kalau memang terpaksa balik lewat bagitahu ibu supaya ibu tahu."

"Okay ibu. Sekarang ni ibu nak balik terus ke? Siapa ambil? Nak Caden hantar?" pelawa Caden. Ibunya memang tidak memiliki lesen memandu jadi biasanya baba Cadenlah yang akan menjemput dan menghantar ibunya.

"Tak apa. Kejap lagi adik kamu akan jemput ibu."

"Daddy, susu. susu," sampuk Denden. Denden memegang kedua sisi wajah Caden dan kemudiannya ditarik menghadap wajahnya. "Susu."

"Sabar dulu ya. Nanti daddy buat susu untuk Denden bila sampai rumah." Siti Aishah menyelongkar beg perlengkapan Denden dan mengeluarkan pacifier berwarna biru. Di usia 3 tahun Denden masih lagi mempunyai pacifier kerana Caden tidak ingin Denden menghisap ibu jari dan menurutnya masih normal menghisap pacifier ketika masih kanak-kanak.

"Eidlan balik rumah ibu?" tanya Caden setelah Denden mulai senyap.

"Aah. Semalam lagi."

"Oh, kalau macam tu Caden dengan Denden teman ibu sementara Eidlan belum ada. Selamat sikit," ujar Caden dan dibalas anggukan oleh Siti Aishah.

***

Siang kini bertukar malam. Kedua anak adam berstatus anak dan ayah itu bersantai di ruang tamu sambil menonton kartun Shaun the Sheep. Kedua-dua mereka memakai baju tidur sedondon berwarna biru muda. Si kecil terlihat santai sambil meminum susu di dalam botol susunya. Caden pula bersandar pada sofa sambil mengusap rambut anaknya.

"Denden, esok nak ikut daddy atau pergi tempat boma?" tanya Caden. Boma merupakan perkataan dari Luxembourg yang membawa maksud nenek. Ayah Caden berasal dari Luxembourg dan telah menetap di Malaysia sejak beliau belajar lagi. Kemudian, beliau memilih untuk menjadi mualaf dan berkahwin dengan Siti Aishah. Hasil perkahwinan itu mereka melahirkan 3 anak lelaki yang cukup tampan, Aiden Hakeem, Caden Hadwan dan yang terakhir Eidlan Hail.

Gabriel Abdullah, ayah kepada Caden memang sudah fasih berbahasa melayu. Dia tidak mengajarkan anak-anaknya berbahasa Luxembourgish kerana pada hakikatnya dia sendiri kurang fasih dalam bahasa itu. Sejak beliau kecil keluarganya memang bertutur dalam Bahasa Inggeris dan membuat dia hanya faham asasnya sahaja. Berbeza dengan Aiden Hakeem, putra sulungnya, dia mampu bertutur dalam Luxembourgish dengan fasih. Entah dari mana kebolehan itu muncul.

"Hmm...Denden don't know."

"Esok Denden ikut daddy kerja. Daddy rasa tak lama." Caden memiliki 4 buah restoran bertaraf 3 dan 4 bintang. Selain itu, dia juga mempunyai 2 buah penginapan bertaraf 3 bintang. Kerja-kerja mengurus restoran dan penginapan Caden serahkan kepada pekerja-pekerjanya. Bahkan biasanya Danish Aqhar yang bekerja sebagai orang kanannya yang mengurus segala kerja. Caden hanya memeriksa apa yang patut dan menghadiri beberapa mesyuarat yang penting. Danish Aqhar diibaratkan sebagai CEO kedua untuk semua bisnesnya. Alasan kenapa Caden tidak mengurusnya sendiri ialah dia takut Denden merasa kesepian dan terabai. Bahkan kerjanya sekarang pun terkadang membuat Denden terabai pada siang hari.

"Otey," jawap Denden acuh tidak acuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience