CHAPTER 2 | YAR DAN DENDEN

Romance Series 4396

"DENDEN, jangan gerak-gerak sayang. Daddy susah nak pakaikan Denden baju. Letak Ipad tu dulu," pujuk Caden. Di saat dia sedang berusaha menyiapkan pakaian sang anak, si anak pula sibuk dengan Ipad yang memaparkan kartun stitch. "Denden...dengar tak daddy cakap apa? Nak ikut abang ke tak nak?"

"Nak! Nak! Nak!"

"Kalau nak, put that thing first."

Denden mengembungkan kedua-dua pipinya tanda merajuk. Kedua-dua tangannya dilipat ke dada selepas dia meletakkan Ipad ke atas katil. "Hmm!"

"Merajuk konon. Ingat daddy nak pujuklah tu," ujar Caden sengaja memprovok si kecil. Namun begitu tangannya masih berjalan menyapu bedak baby johnson's ke seluruh tubuh sang anak. "Ingat cakap daddy tau, jangan nakal."

"Hmm," jawap Denden. Matanya menjeling sekilas melihat reaksi sang ayah.

"Done. Anak daddy dah wangi baby." Caden dengan lembut mengecup dahi Denden sebelum dia memeluk tubuh mungil anaknya itu. "Ish, kenapa anak daddy ni comel sangat? Makana apa ni sampai comel macam ni?"

"Mam nasi and minum susu," jawap Denden dengan suara yang sangat perlahan namun masih didengar oleh Caden. Lihat betapa polos anaknya itu. Geram! Caden berharap anaknya tidak akan pernah membesar sampai bila-bila, biarlah dia menjaga Denden kecil nan mungil ini.

"Geramnya. Lastly, pakai beg ni. Jangan pernah buka tau."

"Hmm," jawap Denden. Dia membiarkan daddynya memasang 'beg keselamatan' dengan motif batman pada tubuhnya. 'Beg keselamatan' itu memiliki tali di bahagian belakang untuk memudahkan penjaga si pemakai beg itu. Beg itu juga memiliki klip di bahagian hadapan supaya beg itu sukar untuk dilepaskan.

"Denden pegang ni. Nanti bagi abang." Caden menghulurkan tali beg itu kepada Denden namun si mungil tidak mengambilnya. Denden memuncungkan bibirnya lalu membelakangi Caden. "Kenapa lagi anak daddy ni? Hmm? Merajuk lagi ke?"

Caden berlutut supaya Denden lebih mudah melihatnya tanpa mendongak ke atas. Dia menarik Denden masuk kembali ke dalam pelukannya. "Anak daddy kenapa?"

"Majuk dengan daddy."

'Tok.Tok.Tok.'

Anak sulung Caden masuk ke dalam ruangan sambil membawa seutas beg silang berisi perlengkapan si mungil. Sebenarnya cuma ada susu, air putih dan tisu di dalam beg itu. Mereka berdua akan berjalan kaki ke taman kerana kebetulan taman yang menjadi tujuan mereka tidaklah jauh dari rumah mereka.

"Denden dah siap?"

"Hmm..."

"Hah?" Yar mengerutkan dahi. Lain macam jawapan adiknya tadi. Sebenarnya dia tahu Denden sudah bersiap namun dia sengaja bertanya dahulu, tapi sepertinya si mungil berada dalam keadaan yang kurang bersemangat. "Daddy, kenapa dengan Denden?"

"Merajuk katanya."

"Pula? Jadi Denden nak ikut abang atau tak."

"Nak~" lirih Denden.

Caden memberikan tali beg kepada Yar dan kembali fokus pada anak bongsunya. Kedua-dua pipi Denden dicium bertubi-tubi. "Anak daddy jangan merajuk lagi, okay? Cakap dengan daddy, apa daddy perlu buat sekarang or what you want?"

"Ais klim stlawbelli."

"Nanti daddy suruh abang Yar beli, okay?" Denden mengangguk dengan senyuman manisnya. "Now, Denden dan Abang Yar pergi main. Daddy pun kena bersedia pergi gym."

"Otey," jawap Denden sebelum dirinya diangkat oleh Yar untuk keluar dari ruangan Caden. "Abang."

"Ya?" Yar menurunkan Denden kembali setelah mereka berada di depan rumah.

"Naik vloom vloom?" Denden memiringkan kepalanya ke arah kanan sambil menatap Yar dengan tatapan polos.

"No, kita jalan kaki je. Kan dekat je."

"Oh...Otey abang."

***

"Kau kenapa?" tanya Caden pada sahabatnya yang terlihat seperti mencari sesuatu. Beg gym berwarna hitam miliknya dimasukkan ke dalam loker khas.

"Mana anak aku? Tak nampak pun." Xzavier tidak senang duduk bila tidak melihat anak kecil yang selalu melekat dengan Caden, siapa lagi kalau bukan Denden.

"Anak kau? Bila kau kahwin?"

"Kau ni, aku sepak juga duda tua ni. Denden, Denden mana?" ujar Xzavier sambil berpeluk tubuh. Dia menatap serius rakannya yang sedang bersiap untuk memulakan warming up.

"Jalan-jalan dengan abang dia," jawap Caden ringkas.

"Alah, aku ingat Denden ikut. Sia-sia aku tinggalkan kerja aku."

"Siapa suruh kau tinggalkan kerja kau? Aku tak suruh."

"Kau ingat masa kau ber'gym' sakan, siapa yang jaga anak kau? Aku, kau tahu tak?" riak Xzavier sambil mendabik dada. Tidak dinafikan sekiranya Caden datang ke gym milik Xzavier, Denden akan sentiasa mengikutinya seperti anak ayam. Bukan untuk bersenam tetapi sekadar menyokong si ayah supaya lebih bersemangat.

Di saat Caden sedang berpeluh membakar lemak, si mungil pula bersantai di sudut ruangan sambil menikmati susu dalam botol susunya, dan yang pasti Xzavier akan memerhatikannya. Terkadang Denden akan mengikuti Xzavier merayau-rayau di dalam gym sambil menyapa pengunjung lain. Bukan gym milik Xzavier itu tidak menyediakan ruangan untuk penjagaan anak, namun Denden sendiri yang tidak ingin ditinggalkan. Lagi pun Denden dan Xzavier sudah seperti ayah dan anak, jadi secara automatik Denden seperti anak kepada pemilik gym.

"Yalah.Yalah," ujar Caden lalu bersedia untuk melakukan senaman yang sesungguhnya. Ketahuilah, lelaki berusia 42 tahun itu sangat menjaga bentuk badannya. Caden akan pastikan tidak ada lemak yang berlebihan bersarang pada tubuhnya. Namun sayang, Caden antara manusia yang sukar menolak makanan. Selagi ada makanan di depan mata, selagi itulah mulutnya tidak berhenti mengunyah. Hampir sama dengan Denden, namun bezanya Denden tidak tahu cara menyingkirkan lemak berlebihan pada tubuhnya. Alhasil, terbentuklah sebuah makhluk mungil dengan pipi tembam.

Caden menghentikan kegiatannya seketika. "Aku dapat email dari company tu lagi."

"Company? Company mana lagi?" ujar Xzavier mula serius.

"MARQUIS. 3 bulan lagi ada big match. Mereka offer aku untuk join lagi."

"So how?" Caden menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Aku tolaklah. Aku dah cakap yang aku dah stop."

Xzavier mengangguk faham. Siapalah dia untuk memaksa? Sebelum ini Caden memilih untuk menjadi ahli petinju namun setelah kematian isterinya, dia memilih untuk berhenti dan mula fokus pada anak-anaknya. Caden bukanlah juara dunia atau peninju nombor 1 di Malaysia namun namanya cukup besar dalam bidang itu. Lebih-lebih lagi, Caden pernah mengalahkan beberapa lawannya yang memang hebat dengan skill miliknya. Namun sayang Caden tidak berjaya untuk melayakkan diri ke tangga tertinggi.

"Aku dah tak larat nak join match. Silap hari bulan, tulang-tulang aku patah sebab dah tua," seloroh Caden lalu menyambung semula senamannya.

"Tapi kau nampak muda apa. Badan pun masih okay. Mantap lagi."

"Iyalah tu. Dah pergi dari sini. Aku nak fokus," usir Caden dengan tidak manusiawi pada Xzavier.

"Alamak duda ni," sindir Xzavier lalu berlalu pergi meninggalkan Caden sendiri. Lebih baik dia siapkan kerja dia yang tertunggak.

***

"There was a farmer had a dog and Bingo was his name o! B-I-N-G-O. B-I-N-G-O. B-I-N-G-O and Bingo was his name o!"

Yar selaku kakak yang baik setia mendengar nyanyian Denden walaupun sebutan Denden pada beberapa perkataan tidak begitu betul dan tentunya huruf 'r' yang berubah menjadi 'l'. Namun tidak apa, itu membuat Denden semakin comel. "Wah, adik dah hafal. Great job!"

"Thank you," ucap Denden malu-malu bila dipuji abangnya.

"Nanti bila dekat taman, Denden nak main apa?" tanya Yar dengan matanya yang begitu fokus menatap Denden yang berjalan di depannya.

"Hmm...swing and slide."

"But you already got your own swing and slide at home, kan?"

"But, Denden punya slide tak tinggi. Swing pun," ujar Denden dengan nada yang perlahan. Dia meramas tangannya sendiri untuk menyalurkan keresahan hatinya.

"Sesuailah tu. Denden masih baby lagi. Bahaya kalau main yang tinggi-tingi."

"Tapi...tapi, daddy ada. Abang pun ada," jawap Denden. Dia menatap abangnya lalu tersenyum kaku.

"Ada je jawapan Denden, kan? Iyalah. Nanti abang teman Denden main swing dengan slide."

"Yes! Sayang abang!" Denden melompat kegirangan lalu memeluk kaki abangnya dengan erat.

"Dah. Jangan peluk kaki abang." Denden melepaskan pelukannya sambil tersengih-sengih sebelum melanjutkan perjalanan mereka semula. Yar tersenyum nipis melihat gelagat adiknya yang berjalan dengan pinggul ke kiri dan kanan.

Sesekali Yar menarik tali yang bersambung dengan beg Denden untuk memberhentikan Denden berlari ke sana sini. Sangat lincah bayi itu hari ini. "Baby, jangan lari."

"Hahaha! Abang lali cepat! Ada monstel kejal-kejal!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience