CHAPTER 5 | JENNAIRA HALETH

Romance Series 4396

"KENAPA you bawa I pergi sini? Dahlah I baru habis kelas. Penat gila."

"Shush, you diam. Inilah tempat kita nak cari jodoh," ujar Yazmin bersemangat. Dia mengambil beg mekap dan mula mencalitkan mekap di atas mukanya. Kad pelajar sudah dibuang entah ke mana. "You tak nak bersiap ke? Mana tahu you ada nampak test you dekat sini."

"Like seriously Yazmin? Ini tempat main golf kot. You ni memang argh, Gatal betul!" Jennaira menjerit kegeraman lalu mencubit pinggang Yazmin. Dia bukannya tidak tahu tempat golf ni banyak orang kaya 'melepak'. Dato' dan Datin biasanya memang berminat dengan sukan satu ini. Jennaira bukanlah orang kaya tapi dia selalu nampak scene-scene orang kaya berbincang sambil bermain golf. Entah apa yang menarik dengan bermain golf.

"Auch, babe stop! You tahukan sini banyak orang kaya, handsome-handsome pula tu. Mana tahu ada yang melekat di hati. Hehehe."

"Ish, geli. You betul-betul nak jadi sugar baby ke? Youkan orang kaya, tak akan nak cari sugar daddy juga."

"Bukan sugar daddy seyeng. Jodoh. J O D O H. Kita kena usaha untuk dapat jodoh yang kita nak. Oleh sebab I know this is the right place to find a man that fit my taste...so here I am."

Jennaira mengerutkan dahinya. Dia sedikit jijik dengan perangai sahabat sehidup sematinya. Dahlah masih belajar, tapi gatal lain macam. Sudahlah ini hari pertama mereka kembali ke kelas setelah cuti sem, bukannya terus balik dan tidur, malah ke sini untuk mencari jodoh. Haih...

"You nak ikut I tak?"

"Tak. You pergilah sendiri. I nak pergi washroom dulu."

"Alright, jangan tinggalkan I tahu."

"Okay, jaga diri," ujar Jennaira, takut-takut ada lelaki hidung belang pula di dalam sana.

"Jangan risau," jawap Yazmin lalu meninggalkan Jennaira sendiri di dalam kereta. Lihatlah betapa bersungguh-sungguhnya Yazmin ingin mencari lelaki yang memenuhi syarat lelaki idamannya. Terpaksalah Jennaira mengikuti Yazmin ke sana ke mari, walaupun pada akhirnya mesti ada yang mengira mereke berdua perempuan gatal.

Jennaira akhirnya memutuskan untuk ke tandas untuk memperbaiki letak baju kurung dan ikatan rambutnya. Sempena hari pertama kembali ke universiti, Jennaira sengaja memakai pakaian yang agak sopan untuk mendapatkan imej yang baik di mata pensyarah.

Tidak mengambil masa yang lama, akhirnya Jennaira berjalan-jalan di kawasan itu sambil melihat sekeliling. 'Boleh tahan mewah,' batin Jennaira.

Beberapa ruangan terlihat tertutup dan hanya golongan VIP yang dibenarkan masuk sementara yang lain terbuka untuk kegunaan pengguna. Terdapat juga tempat untuk menembak dan memanah. Di bahagian timur bangunan itu terdapat café yang cukup mewah. Cuma ada beberapa orang yang sedang bersantai di sana. Oleh kerana tidak tahu ingin ke mana lagi, akhirnya Jennaira memilih untuk masuk ke dalam café tersebut dan memesan minuman dingin untuk menghilangkan dahaganya.

"Thank you," ujar Jennaira pada pelayan wanita yang menghantarkan minumannya. Tidak ada yang menarik selepas itu, Jennaira cuma menghantarkan pesanan ringkas kepada Yazmin untuk ke café setelah urusan mencari jodohnya selesai.

'Kling'

Jennaira mengangkat kepalanya melihat pengunjung yang baru masuk, "Oh my god! Handsomenya," pekik Jennaira kegatalan apabila melihat 3 lelaki tampan berjalan santai di dalam café. Untung sahaja suaranya tidak terlalu kuat sehingga menarik perhatian pengunjung lain.

Boleh dikatakan ketiga-tiga lelaki itu memiliki tahap ketampanan yang yang sama namun secara jujurnya Jennaira tidak dapat mengalihkan perhatiannya dari wajah seorang lelaki yang tersenyum manis sambil berbual-bual dengan rakannya. Dari sudut mata Jennaira lelaki itu terlihat matang dan mungkin umur mereka berdua agak jauh bertaut, tapi siapa kisah.

"Aku minta kau fikir masak-masak. Aku dah muak bila syarikat tu terus call aku minta pujuk kau join balik," perbualan ketiga-tiga lelaki itu terdengar semakin jelas apabila mereka memilih duduk di meja yang tidak jauh dari Jennaira.

"Aku dah fikir masak-masak Ali. Masa aku declare aku stop masa tu, aku dah bertekad tak nak join lagi. Lagi pun badan aku pun dah tak fit macam dulu. Sekali tumbuk lunyai terus aku nanti," jawap lelaki yang menjadi idaman Jennaira. Jennaira semakin gelisah mendengar suara lelaki itu, dia mengambil telefonnya dan berpura-pura sibuk walaupun pada hakikatnya Jennaira hanya keluar masuk dalam aplikasi galeri dan whatsapp.

"Kau susut sikit je pun, tapi otot-otot kau masih okay, kan? Tapi it's up to you, kalau kau nak, kau pergi. Kalau tak nak, aku minta kau sendiri cakap dengan syarikat tu yang kau tak nak. Aku yang just kawan kau pun kena tanya pasal kau. Kalau sekali tu tak apa juga."

"Aku minta maaflah Ali. Kau abaikan je semua tu. Selagi kau layan selagi tulah dorang hantar spam."

"Dah. Dah. Aku dah penat dengar kau dua cakap pasal benda ni. Apa kata kita bincang pasal hal lain. Bukan selalu kita ada masa macam ni, lebih-lebih lagi Ali," ujar lelaki yang memilih diam sejak tadi. Jennaira yang tidak tahu menahu hal yang dibincangkan kawanan itu juga mengangguk setuju. Di dalam hatinya, dia berharap mereka membincangkan sesuatu yang dapat memberikannya sedikit info tentang lelaki yang diincarnnya, tentang pasangan hidup contohnya.

"Nak bincang pasal apa? Aku ingat kau bawa kitaorang sini nak main golf. Aku dah siap ni," ujar Ali, satu-satunya lelaki yang Jennaira kenali setelah curi-curi mendengar perbualan mereka.

"Aku tak ada moodlah nak main golf, aku saja bawa jauh sikit sebab dah bosan dekat tempat yang sama," ujar lelaki yang satunya dengan santai. Perbualan mereka terhenti seketika mereka memesan minuman. Setelah itu barulah mereka menyambung perbualan mereka dengan topik-topik yang sesungguhnya Jennaira tidak fahami. Mahu tidak mahu terpaksa Jennaira bertahan di sana selama hampir 30 minit.

"Apa kata kita pergi restaurant kakak aku, baru lagi buka. Aku belanja," ajak Ali dengan semangat.

"Tak naklah aku. Malas nak bergerak," tolak lelaki incaran Jennaira. 'I boleh drive,' bisik Jennaira dalam hati.

"Dekat je dari sini. 10 minit sampailah," ujar Ali tidak berputus asa.

"Kau ikut kereta aku. Balik nanti kita singgah kereta kau dekat sini. Parking sini free kan?"

"Aah."

"Iyalah," ujar lelaki mengalah. "Aku pergi bayar ni dulu, aku belanja."

"Okay," jawap Ali dan seorang lagi rakannya. Jennaira hanya melirik sebentar mereka bertiga berpisah, dia mengambil tisu dan menulis nombor telefon di atasnya lalu sehelai sapu tangan yang belum digunakannya diambil dan digunakan untuk membungkus tisu itu.

***

"Thank you, sir." Caden sekadar menganggukkan kepalanya pada pekerja yang bekerja di bahagian kaunter café. Dia berbalik dan mengangkat kaki dari sana. Ali dan Xzavier sudah menunggunya untuk ke restaurant milik kakak Ali.

"Excuse me."

Caden berhenti.

"I rasa you lupa handkerchief you." Caden terdiam memandang gadis yang berdiri di depannya. Manis, tapi seingat Caden, dia tidak membawa sapu tangan. Mungkin milik Ali atau Xzavier.

"Oh, thanks." Caden mengambil sapu tangan itu dari tangan gadis itu dan langsung pergi tanpa menyedari kedua pipi gadis itu memerah sempurna.

"Caden! Sini." Xzaier melambai-lambaikan tangannya ke arah Caden.

"Kau punya?" tanya Caden sebaik sahaja masuk ke dalam kereta Xzavier. Xzavier menggeleng laju,

"Bukan. Ali kot," jawap Xzavier. Namun Ketika mereka sampai ke lokasi tujuan Ali mengatakan sapu tangan itu bukan miliknya. Naik heran Caden dibuatnya.

"Kau ambil dekat mana?" tanya Xzavier.

"Bukan aku yang ambik."

"Habis tu?"

"Ada orang bagi dekat aku tadi. Dia cakap aku punya. Aku tahu itu bukan aku punya, aku ingat kau punya," jawap Caden Panjang lebar.

"Buang jelah," kata Ali memberi cadangan. Caden mengangguk lalu meletakkan sapu tangan itu ke atas meja dan membersihkan tangannya menggunakan hand sanitizer. Entah bagaimana sapu tangan itu terkuak dan memperlihatkan lipatan tisu di dalamnya.

"Apa tu?" tanya Ali. Xzavier yang tertanya-tanya langsung mengambil helaian itu dan membeleknya.

"Ada nama dan number phonelah. Jennaira. Wow."

"Wow...Ada yang jatuh hati dengan Mr dudalah," usik Ali lalu ketawa terbahak-bahak. Xzavier selaku rakan baik juga mengetawakan Caden. "Perempuan pakai baju kurung ke yang bagi kau?"

"Macam mana kau tahu?" tanya Caden.

"Aku perasan ada perempuan dekat kita tadi curi-curi tengok kau. Cantik juga. Ramping," ujar Xzavier nakal.

"Dia main-main je tu. Buang je sapu tangan dan tisu tu," kata Caden tidak bersalah.

"Kau tak nak save no ni?" Caden menggeleng. "Jual mahal bhai..."

"Bukan jual mahal. Aku ni dah jadi bapak budak," jawap Caden bersahaja.

"Iyalah Encik Caden."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience