"ASSALAMUALAIKUM Caden. Kamu apa khabar?"
"Waalaikumsalam, Caden sihat ibu. Ibu macam mana? Ayah?" soal Caden pada kedua orang tua arwah isterinya. Mereka berdua tinggal di kampung bersama anak bongsu mereka iaitu adik kepada Hawa Haura.
Walaupun isterinya sudah meninggal, Caden masih lagi berhubung rapat dengan mereka kerana walaubagaimanapun Yar dan Denden merupakan cucu kandung mereka berdua. Ditambah lagi mereka masih menganggap Caden sebagai anak mereka. Jadi tiada alasan untuk Caden memutuskan hubungan dengan mereka.
"Alhamdulillah. Ibu dan ayah pun sihat juga. Ibu call ni tak ganggu ke?" soal Puan Hafizhah pada Caden.
"Tak ganggu pun. Caden pun baru balik rumah ni." Caden menghempaskan tubuhnya pada sofa berbentuk L yang memang tersedia di ruang tamu rumahnya. Televisyen di depannya dibiarkan tidak berpasang dan memantulkan imej dirinya yang sedang bersantai. "Kenapa ibu?"
"Macam ni, ibu ingat nak buat kenduri minggu depan. Nanti kamu datanglah. Kalau kamu tak keberatan, ibu nak minta tolong kamu hantarkan Yar dan Denden balik kampung sebelum kenduri tu. Dah lama ibu tak jumpa mereka berdua."
Caden mengangguk faham. Memang sudah lama Caden tidak menghantar Yar dan Caden di sana. Sejak kematian Hawa Haura, Caden sudah tidak pernah tinggal di rumah bekas mertuanya itu kerana di dalam rumah itu terdapat seorang gadis yang mana merupakan adik bongsu kepada Hawa. Jadi menurut Caden eloklah dia menggelak daripada nantinya timbul fitnah yang akan menyusahkan banyak pihak.
Biasanya Caden akan menghantar kedua anaknya untuk tinggal di sana dan dia akan kembali semula ke bandar pada hari yang sama. Walaupun agak jauh namun Caden sanggup.
"Boleh ibu. Nanti Caden hantar Denden. Tapi Yar mungkin tak dapat ikut sekali sebab dia dekat kolej. Nanti Caden tanya Yar dulu."
"Oh, tak apa. Kalau memang tak dapat tak apa. Nanti lain hari pun boleh datang juga. Hm, Denden mana? Tak dengar suara dia pun."
"Denden dekat rumah boma dia hari ni," jawap Caden ringkas.
"Jadi kamu sendirilah ni?"
"Lebih kurang macam tulah ibu."
"Kamu ni pun. Carilah isteri, ada juga nak tengok-tengokkan kamu nanti," ujar Puan Hafizhah. "Ibu dan ayah tak pernah larang kamu untuk kawin lagi. Kalau kamu kahwin anak-anak pun ada yang jaga."
"Saya tak ada calon. Lagi pun, saya ni dah tua, dah dua orang anak. Ada lagi ke yang nak?"
"Dua orang anak pun masih segak lagi. Boleh tambah lagi tu." Caden tertawa sumbang mendengar pujian dari bekas mertuanya. Lihatlah betapa baik Puan Hafidzah, ini merupakan antara rezeki terbesar pernah Caden miliki iaitu memiliki mentua yang baik. "Jangan lupa apa yang ibu pesan tadi. Ibu kena jalan kejap lagi."
"Okay bu. Hati-hati kalau jalan nanti. Jangan lupa kirim salam dekat ayah."
" Iyalah. Ibu matikan dulu ya? Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Caden menamatkan panggilan dengan bekas mertuanya. Jam yang tergantung di dinding dilirik sekilas, 7.58 pm. Badanya terasa penat dan gerah. Usai menyiapkan pekerjaannya di restoran Caden langsung bergegas ke gym milik Xzavier untuk bersenam, kerana mengikut jadual yang dibinanya, hari ini merupakan hari untuknya bersenam dan melemaskan otot-otot badan. Tanpa seizinnya kejadian petang tadi terulang kembali di mindanya.
Kejadian itu bermula setelah Caden melangkah masuk ke dalam gym dengan pakaian sukan berwarna hitam. Baru sahaja kakinya ingin mendekati sebuah alat senaman, satu suara langsung menghentikannya.
"E-excuse me." Caden memandang gadis yang menegurnya dari atas ke bawah namun satu ayat pun tidak keluar dari bibirnya. "Hai, ingat I lagi tak?"
"Hah?" Gadis itu menoleh ke arah gadis yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berdua. Wajah gadis itu memerah hingga ke telinga.
"Oh, hm. You...Eh, tak apalah. Sorry ganggu." Gadis yang tidak Caden ketahui namanya langsung berlari meninggalkan Caden yang terkaku dan tidak tahu merespon apa.
"Orang muda," gumam Caden dengan bibir yang tersenyum nipis. Tidak mahu memikirkan perkara itu lebih lama Caden memulakan kegiatannya untuk menyingkirkan lemak berlebihan. Usai melepaskan gian bersenam barulah Caden beranjak pergi namun sekali lagi gadis yang tidak dikenali itu muncul dan memulakan perbualan dengan Caden.
Jika sahaja Caden berada dalam keadaan yang tidak baik, sudah pasti dia akan meninggalkan gadis itu begitu sahaja. Namun oleh kerana suasana jiwanya masih baik dia tetap berdiam dan menatap gadis itu dengan tatapan tajam.
"I'm sorry sebab kacau you but you ada masa sekejap? I ada benda nak cakap dengan you." Caden berfikir sejenak memikirkan jawapan untuk ajakan gadis itu. Namun kerana tidak menginginkan masalah baru timbul Caden sekadar menggeleng dan masih menutup mulutnya.
"Eh, I cakap dekat sini jelah. Okay?" ujar gadis itu malu-malu. "Kalau I nak minta number you boleh?"
"For what?" tanya Caden. "For business or personal matter?"
"Personal. Hehehe."
"Tak boleh." Senyuman gadis itu menghilang begitu sahaja sebaik mendengar jawapan mutlak Caden. Raut wajah gadis itu memang senang untuk dibaca. Nampak sangat gadis itu kecewa dan makan hati.
"It's okay. Lepas ni I minta lagi. By the way, nama I Jennaira Haleth. Boleh panggil I Jennaira. You Cadenkan?"
"Macam mana tahu nama saya?"
"Itu rahsiah kerajaan. Tapi izinkan I untuk dekat dengan you, sebab lepas ni I akan selalu ada dengan you." Gadis bernama Jennaira itu terlihat yakin dengan kata-katanya. Jika dilihat dengan mata kasar, gadis itu terlihat masih muda, mungkin 20an. Sayang, masih muda sudah mempunyai masalah otak. "Thank you untuk masa you Encik Caden. Ingat nama I tau, Jennaira Haleth."
'Huh~'
Satu keluhan berat dilepaskan begitu sahaja. Aura gadis itu memang lain. Sampai sekarang dia terbayang wajah gadis itu. Antara alasan yang memungkinkan ialah, wajah gadis itu yang manis dan ayu. Mungkin sahaja. Alasan kedua mungkin disebabkan gadis itu antara gadis termuda yang berani menghampiri Caden dan yang terakhir mungkin disebabkan Caden kesunyian. Kerana biasanya waktu-waktu begini dia sedang melayan kerena Denden yang sedang bermanja-manja dengannya.
Menyentuh hal mengenai Denden, pesanan bekas mentuanya langsung terngiang-ngiang di ruang fikirnya. Tidak mahu terjadi masalah seperti lupa, Caden langsung menghubungi ibunya.
Dalam hitungan 3 minit barulah Siti Aishah menjawap panggilannya. Bukan suara ibunya sahaja yang terdengar bahkan pekikan Denden terdengar walaupun hanya sayup-sayup. "Assalamualaikum. Kenapa Caden?"
"Walaikumsalam ibu. Ni, Caden nak inform dekat ibu, nanti Caden nak hantar Denden balik kampung. Nenek dan atuk dia nak jumpa," ujar Caden berterus terang.
"Ngamlah tu. Denden pun dah lama tak balik kampung. Kamu pun stay sana?"
"Tak Caden hantar je. Dua hari lepas tu baru Caden ambil Denden balik. Tapi Caden belum cakap dengan Denden lagi. Boleh tak ibu pass phone ni dekat Denden. Caden takut pula kalau tak bagitahu awal-awal. Takut lupa," jelas Caden Panjang lebar. Caden masih bersantai di sofa sambil menatap siling ruangan.
"Kejap. Ibu panggil Denden dulu." Caden masih mendengar bila telefon ibunya diletakkan di atas meja. Derapan tapak kaki ibunya terdengar semakin menjauh.
"Moien daddy!"
"Moien sayang." Caden terkekeh mendengar suara teruja Denden. Telinganya diusap selepas mendengar suara melengking Denden tepat di kupingnya. "Denden apa khabar? Seronok tinggal dengan boma? Hmm?"
"Yaa. Denden main bola dengan bopa." Caden tersenyum sendu kerana tidak semua soalannya dijawap oleh Denden.
"Iya? Rindu daddy tak?"
"LINDU! LINDU! Miss you daddy. Muah. Muah."
"Miss you too. Muah. Rindu nenek dengan atuk?"
"Nenek? Atuk?"
"Rindu tak?"
"Lindu!!!!"
Share this novel