CHAPTER 7 | TEMAN DADDY KERJA!

Romance Series 4396

SEPERTI yang dikatakan oleh Caden, akhirnya Denden mengikuti Caden untuk bekerja hari ini. Semua perlengkapan Denden dari susu sehingga ke pakaian tambahan sudah diurus oleh Caden. Bahkan Denden juga membawa beberapa mainan dan patungnya di dalam begnya.

"Daddy, otamen?" Denden berlari ke arah Caden sambil menunjukkan patung ultramannya.

"Tak payah bawa. Denden dah bawa banyak mainan dalam beg. Kita tak lama pun," jawap Caden. Dia mengambil patung ultraman Denden dan menyimpannya semula. Denden langsung mencebikkan bibirnya tanda tidak bersetuju dengan kata-kata Caden.

"But daddy-"

"Kalau Denden nak bawa juga, Denden kena tinggalkan patung stitch Denden."

"Daddy!"

"Daddy tak kisah. Kalau Denden degil juga, baik tak payah bawa apa-apa."

"Ish!" jerit Denden lalu menghentak-hentak kakinya. Caden terdiam. Dia bercekak pinggang melihat perangai Denden. Jam menunjukkan pukul 9.09 am dan meeting bermula jam 10.30 am. Caden kurang yakin jika dia dapat sampai tepat waktu. Tidak menunggu lama dia menghantar pesanan kepada Danish untuk menangguhkan meeting sehingga jam 11.00 am. "Daddy jahat!"

"Daddy apa?" ujar Caden dengan suara dingin. "Daddy tanya, Denden cakap daddy apa?"

"Daddy...hiks...hiks...huah!!!" Seperti biasanya Denden menangis lagi. Dia mencuba mendekat pada Caden namun Caden menghindar. "Daddy."

"Berdiri dekat dinding," perintah Caden dingin sambil menunding jarinya ke arah dinding bilik. "Daddy said berdiri dekat dinding."

"Hiks...hiks..." Denden berjalan ke arah dinding dan bersandar lesu. Salah besar dia mengadah pagi ini.

"Angkat tangan ke atas," ujar Caden. Dia akan menghukum Denden hari ini, dia tidak ingin Denden bertingkah kurang ajar di masa depan. Caden menatap tajam Denden yang tersenguk-senguk sambil mengangkat kedua tangannya ke atas. "Angkat. Jangan turun"

"Daddy...No marah. Denden...baby lagi," pujuk Denden sambil menangis terisak-isak. Dia menurunkan tangannya untuk menghapus air mata yang mengalir di pipi tembamnya.

"Daddy belum suruh Denden turunkan tangan."

"Hiks...hiks....hiks...daddy..." Caden menahan senyumnya. Dia menahan diri untuk memeluk anak bongsunya yang menangis teresak-esak dengan kedua tangan diangkat ke atas. Perut bulatnya terlihat kerana baju yang dipakai terikut ke atas ketika Denden mengangkat tangan. "Daddy...hurt...hiks."

"Kenapa Denden nakal? Belum jalan lagi dah tak nak dengar cakap daddy. Dahlah Denden hentak-hentak kaki, Denden tu kecik lagi."

"Solly...Solly...hiks..."

"Lepas ni jangan buat lagi. Promise?"

"Hiks...plomise," ujar Denden diiringi tangisan.

"Come peluk daddy." Denden berlari terkedek-kedek menuju ke arah Caden. Dia memeluk erat tubuh sang daddy.

"Daddy no no malah-malah... hiks...hiks...Denden solly...hiks..." Denden melepaskan pelukan dan menatap sang daddy dengan sayu. Air mata masih mengalir laju di pipinya. Begitu juga dengan hingus yang meleleh membentuk angka sebelas di atas bibirnya. Caden tersenyum nipis sambil mengelap air mata dan hingus Denden menggunakan baju Denden.

"Lain kali jangan nakal lagi." Caden membuka baju dan seluar Denden lalu meletakkannya di bakul pakaian kotor. "Daddy ambil baju Denden dulu. Denden tunggu sini. Lepas ni kita jalan." Caden mengambil pakaian baru untuk Denden semula.

***

Jennaira Haleth, gadis berusia 22 tahun dengan ketinggian 170 cm itu terlihat murung dari hari-hari biasanya. Dia tidak bersemangat walaupun sekarang merupakan kelas kegemarannya, kelas renang. Dia menatap rakan sekelasnya yang sedang berenang dengan gembira.

"Babe, you dah kenapa?" tanya Yazmin risau. Dia duduk di samping Jennaira sambil mengeringkan mukanya menggunakan tuala muka. "Tak biasanya you moody pagi-pagi, subjek renang pula tu."

"I tengah tunggu lelaki tu chat I. Dari semalam I tunggu notification dari dia. Call pun tak ada."

"Dia tak nampak kot number phone you," ujar Yazmin membuat andaian. "Alah, nanti kita singgahlah sana lagi. You direct minta number phone dia."

"Hmm...I frust gila!"

"Tak payah frust-frust. Chill~ Kalau ada jodoh, adalah. Sekarang ni, bagus kita berenang dulu, swimming class kita ni once a week je tau."

"Yalah. Yalah."

***

Caden sesekali melirik ke penjuru ruangan, melihat anak bongsunya yang duduk santai di atas tikar berbulu dan dikelilingi mainan dan patung. Nasib baiklah meeting kali ini berlokasi di tempatnya sendiri, senang sedikit dia mengawasi Denden.

"Untuk kali ni saya rasa itu sahaja, for the next meeting I will inform later," ujar Danish dengan penuh berwibawa dan mendapat tepukan gemuruh dari mereka yang hadir. Mereka semua seterusnya berjabat tangan sambil berbual-bual kosong. Mesyuarat hari ini cuma mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja, tidaklah Denden terlalu kebosanan.

"Comel anak Encik Caden. Berapa umur," tanya Encik Marzuki, wakil dari syarikat yang akan bekerjasama dengan penginapannya.

"Terima kasih. Umur anak saya tahun ni dah masuk 3 tahun. Cepat betul masa berlalu," jawap Caden.

"Itulah. Anak bongsu saya pun dah masuk 8 tahun. Rasa macam baru semalam isteri saya lahirkan dia. Hmm, mana pengasuh anak encik?"

"Saya tak hire babysitter. Saya dan keluarga yang bergilir jaga dia. Kalau saya sibuk sangat, saya tinggalkan dia tempat parent saya. Kalau anak sulung saya ada, dialah yang jaga adik dia."

"Oh, hebat awak jaga anak," puji Encik Marzuki kerana dia tahu Caden merupakan single parent, "Nampaknya saya dah kena pergi. Ada urusan lagi. Terima kasih untuk hari ni. Nanti kita sambung berbual lagi."

"Sama-sama," jawap Caden. Usai semua keluar dari ruangan mesyuarat, Caden menghampiri Denden yang sedang asyik bermain. "Denden come."

"Daddy!"

"Daddy dah siap. Denden nak balik rumah?" Caden mengusik rambut Denden yang diikat seperti pancuran air.

"Hmm...Don't know." Denden terlihat berkali-kali lipat comel bila menangkat kedua bahunya sambil memuncungkan bibir.

"Anak daddy macam tak nak balik je. Apa kata kita jalan-jalan dulu. Kita round-round kawasan."

"Lound-lound?"

"Nak?"

"Nak! Nak! Nak!"

"Okay jom."

JADUAL UPDATE: Sabtu (Kecuali minggu ini)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience