CHAPTER 9 | PERCUBAAN PERTAMA

Romance Series 4396

MENJADI penggemar rahsiah bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Lebih-lebih lagi bila kita tidak memiliki sebarang maklumat dan cara untuk memulakan langkah. Namun tidak bagi kedua gadis muda yang sedang duduk santai di atas katil pesakit. Mereka berdua sedang fokus menatap skrin telefon masing-masing.

Kedua-dua mereka fokus mencari maklumat yang berharga. "Babe, banyak sangat user guna nama Ali. Dr Ali pun banyak. Macam mana ni?" rungut Yazmin.

"Now I tengah cari akaun rasmi hospital ni."

"For what?" tanya Yazmin dengan raut wajah bingung. Dia menghampiri Jennaira, mengintip tingkah laku sahabatnya yang ada-ada sahaja.

"Just wait and see." Jari-jemari Jennaira menari-nari di atas skrin telefon dengan matanya yang tajam memerhati setiap content yang di muat naik di laman rasmi hospital yang mereka duduki. Satu demi satu dilewati sehinggalah sebuah gambar terlihat. Jennaira memerhati setiap insan yang terdapat disana dengan cermat. "Jumpa pun!"

Yazmin mengangah melihat usaha Jennaira yang bukan biasa-biasa. Dia memerhati Jennaira yang mula melihat akaun-akaun yang ditag pada gambar itu. Dia tidak tahu kebolehan Jennaira sehebat ini.

"See? Ali Aafan. Cantiknya nama," puji Jennaira. Keberuntungan untuk mereka, akaun Instagram milik Ali boleh dilihat sesiapa sahaja ataupun boleh dikatakan dalam tetapan umum. Jennaira dan Yazmin berpandangan lalu senyuman jahat terbit di bibir mereka berdua. "Aw, dah kahwin rupanya."

"Comelnya anak dia," komen Yazmin pula. Satu persatu gambar dan video mereka lihat sehinggalah gambar Ali dan 2 orang lelaki muncul. "Handsome siot!"

"Yazmin! This guy! Oh my god! Ini lelaki yang I cakap tu. Oh my god! Hotnya!" Jennaira menjerit kesukaan dan langsung melupakan peristiwa kemalangan yang menimpa mereka berdua. Yazmin turut terlihat seperti cacing kepanasan kerana ketiga-tiga lelaki di dalam gambar itu memenuhi cita rasanya.

"Babe, ini bukan hot, ini hot nak mampus. Look at the muscle. Geram!"

"Jaga! Ini I punya," ujar Jennaira dengan tidak tahu malu. "Doktor ada tag dia babe! Caden. God, so international. Memang sesuai dengan I." Jennaira menekan dengan laju akaun itu namun sayangnya akaun itu berada dalam tetapan private dan tentunya mereka perlu menunggu sehingga Caden menerima request mereka dahulu.

"Alah," rungut Jennaira lesu. Banyak benar halangan untuk dia mengenali lelaki satu ini.

"Tak payah nak sedih-sedihlah. Baik kita stalk kawan diaorang yang satu lagi. Itu pun nampak handsome juga," cadang Yazmin. Akaun dengan nama 'Xzavier01_' itu juga masih boleh dilihat oleh orang lain. Pengikutnya juga boleh dikatakan ramai kerana ia hampir mencecah 45 000 pengikut. Gambar dan video yang dimuat naik juga terlihat banyak iaitu 129.

Melihat dari gambar dan video yang Xzavier muat naik, kedua gadis itu dapat menyimpulkan Xzavier merupakan orang yang gemar menjelajah dan bersukan. Tidak hairan, lihat sahaja bentuk badan Xzavier. Ditambah pula highlight story Instagramnya yang memang pelbagai, ada Japan, Thailand, Bhutan, New Zealand, UAE dan banyak lagi.

"Babe, your crush." Yazmin menunding jarinya ke sebuah gambar yang menunjukkan Caden, Ali dan Xzavier berada di sebuah gym. Hampir pitam Jennaira kerana melihat otot badan Caden. Tidak terlalu keterlaluan dan sedap mata memandang. Aip! "Xz gym. Cuba you scroll naik atas. I nak tengok description this man."

"Kenapa?"

"Tengok, owner of the @XzGym_. Xzavier yang punya gym ni," ujar Yazmin. "I rasa kita patut try tengok dekat gym ni, mana tahu rezeki you jumpa crush you."

"Betul juga. Nanti kita cuba. Lagipun tak jauh mana pun dari rumah kita. Na-"

"Naira, Yaz."

"Mama!" sapa Jennaira dengan riang apabila seorang wanita dengan pakaian formal mendekati mereka. Aleia Barsha, ibu kepada Jennaira merupakan seorang pensyarah yang bertugas di sebuah universiti awam. Jennaira sengaja tidak memilih universiti di mana ibu dan ayahnya bekerja kerana dia beralasan ingin hidup berdikari.

"Naira dengan Yaz macam mana? Ada sakit apa-apa? Macam mana boleh kemalangan?" tanya Aleia Barsha bertubi-tubi. Kelang kabut dia meninggalkan kerja sebaik sahaja dia mendapat tahu anaknya terlibat dalam kemalangan.

"Tanya satu-satulah mama. Macam mana Naira nak jawap kalau macam tu."

"Mama panik Naira. Nak terkeluar jantung mama dengan kamu berdua kemalangan. Macam mana sebenarnya benda ni boleh terjadi?" Jennaira pun mula menceritakan apa yang terjadi seperti yang Yazmin ceritakan kepadanya. "Syukur tak ada kecederaan teruk yang terjadi."

"Betul tu auntie," sampuk Yazmin. "Yaz belum kawin lagi ni."

***

"No!"

"No apanya? Denden makin bulat apa? Makin comel. Makan apa masa abang tak ada? Hmm?"

"Daddy..." rengek Denden pada Caden. Bibirnya melengkung ke bawah dengan pipi yang terlihat memerah. Denden hanya mampu mengadu kepada sang ayah ketika Yar yang tidak henti-henti mengusiknya. Niat asalnya dia ingin berbual dengan abangnya menggunakan video call namun begini pula kejadiannya.

"Don't cry. Don't cry. Anak daddy tak gemuk, tak bambam. Abang gurau je tu. Denden anak daddy yang paling comel and handsome," pujuk Caden lembut. Dia memeluk lembut tubuh mungil nan bulat anaknya yang bergerak gelisah seperti cacing kepanasan.

"Denden no bambam?" tanya Denden dengan suara yang nyaris tidak kedengaran. Yar yang melihat dari skrin telefonnya hanya mampu tersenyum. Jika dia di rumah sekarang sudah pasti Denden berada di pelukannya. Lihatlah betapa comelnya Denden sekarang, dengan baju tidur bermotifkan stitch lengkap dengan topi tidur. Aish, mama gigit ni!

"No."

"Leally?"

"Betul," jawap Caden yakin. Dia mencium kedua-dua belah pipi tembam Denden sehingga Denden merasa risih dan menolak Caden menggunakan kedua tangan mungilnya.

"Abang Yal... Denden no bambamkan?" Denden sengaja mendekatkan wajahnya pada skrin telefon Caden. Dari sudut pandangan Yar skrin telefonnya kini penuh dengan wajah Denden.

"Bambam. Baby bambamlah," usik Yar lagi. Sungguh, melihat wajah tertekan Caden dan wajah comel adiknya ketika menahan tangis merupakan kebahagiaan tersendiri baginya.

"Hiks...hiks....hueeee..." Denden menghentak-hentak kakinya lalu memeluk tubuh kekar Caden. Caden menarik nafas dalam. Kenapalah jiwa nakal anak sulungnya muncul sekarang?

"Yar..." tegur Caden bila Denden tidak henti-henti menangis. Takut sangat kena panggil bambam padahal memang bambam pun.

"Baby, hei listen. Denden," panggil Yar namun tidak dihiraukan oleh Denden. Dia masih setia memeluk tubuh sang daddy dengan tangisan yang mula terhenti sedikit demi sedikit.

"Denden, abang panggil tu." Denden hanya menggeleng sambil mengeratkan pelukan. "Kenapa? Cakap rindu abang. Nanti kalau abang tak balik rumah lagi macam mana? Hmm? Denden nak ke kalau abang tak balik?"

"Hiks...no..." lirih Denden.

"Tengok abang dulu," suara Yar terdengar dari telefon Caden. Caden mengambil telefonnya dan memberikannya kepada Denden yang setia memeluknya seperti baby koala. "Denden..."

"Hmm..."

"Abang sorry ya? Janganlah marah-marah. Abang minta maaf sebab panggil Denden bambam. Denden maafkan abang?" pujuk Yar dengan suara yang lembut. Dia tersenyum melihat anggukan kecil sang adik. "Sayang abang?"

"Sayang."

"Abang pun sayang Denden." Denden tersenyum manis bila mendengar abangnya mula bermulut manis.

"Dah lewat ni. Denden pun dah kena tidur. Besok Denden tidur rumah boma."

"Kenapa kena tidur rumah boma daddy?" tanya Yar bila mendengar kata-kata Caden.

"Boma yang minta. Rindu nak peluk Denden masa tidur katanya. Lagi pun daddy ada kerja sikit esok. Petang nak pergi gym lagi."

"Oh..."

"Yar, daddy stop this call, okay? Denden dah kena tidur. Kamu pun rehat ya."

"Okay daddy," jawap Yar. "Good night daddy. Good night Denden."

"Night abang Yal!"

"Good night Yar."

***

3 hari berlalu sejak kemalangan itu, Yazmin sudah beraktiviti seperti biasa dan sudah mula menghadiri kelas. Walaupun tidak mendapat sebarang luka yang teruk mereka tetap menerima cuti dan membusuk di rumah.

Jam di dinding mula menunjukkan jam 6 petang dan mereka berdua sudah bersedia untuk ke gym milik Xzavier. Dengan penuh bersunguh-sungguh Jennaira berdoa supaya dia dapat berjumpa dengan Caden hari ni.

Perlengkapan untuk mereka ke gym sudah disiapkan dengan lengkap kerana pada nyatanya mereka memang akan mendaftar untuk menjadi ahli tetap di sana. Menurut kata Yazmin, sambil menyelam minum air. Selain dapat mencari tahu tentang crush Jennaira, mereka juga dapat bersenam dan acah-acah menjalani hidup sihat.

"You dah kunci pintukan?"

"Dah," jawap Jennaira singkat. "Kita direct ke ni?"

"Ya. Kenapa? You nak singgah mana?"

"Tak ada. I tanya je. Jomlah gerak. Takut banyak orang pula." Tidak mengambil masa yang lama, Yazmin mula menghidupkan kenderaannya. Aplikasi waze turut dipasang untuk memudahkan mereka mencari tempat yang betul. Dalam masa 15 minit mereka tiba di sebuah bangunan yang cukup menarik dan aesthetic untuk mendapatkan gambar yang menarik.

"Ini ke?" bisik Jennaira pada Yazmin.

"Yup. Jomlah, nak tunggu apa lagi. Nanti kakak tu marah pula kalau kita lambat." Yazmin menarik tangan Jennaira menuju ke pintu utama.

"Welcome to Xz Gym!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience