"YAR, semua dah lengkap?" tanya Caden pada anak sulungnya. Hari ini Yar akan kembali semula ke kolej kediaman kerana sem baru akan bermula tidak lama lagi. 2 buah bagasi dan 2 bakul berisikan makanan dan perlengkapan Yar sudah tersusun rapi di dalam bilik Yar.
"Dah," jawap Yar ringkas.
"Abang, no no go. Hiks...hiks..." Denden meraung tidak membenarkan abangnya pergi. Sejak semalam Denden menjadi semakin nakal kerana tidak ingin ditinggalkan abangnya. Bahkan beberapa kali barang Yar bersepah disebabkan oleh kelakuan Denden. "Jangan tingalkan Denden."
"Sayang, abang pergi school. Nanti dia balik jumpa Denden lagi. Bukannya tak balik-balik," pujuk Caden. Dia menarik Denden masuk ke dalam pelukannya. Beginilah situasi rumah Caden setiap kali Yar akan pergi. "Nanti kita ikut abang pergi school. Kita hantar abang ya?"
"Abang...hiks...hiks..." Denden masih mencuba untuk meraih Yar. Terpaksalah Caden menyerahkan Denden kepada Yar. Pandai-pandailah si abang memujuk si adik.
"Yar, pujuk adik dulu. Daddy angkat barang-barang Yar masuk kereta."
"Okay daddy." Yar membawa Denden duduk di atas katil sementara Caden terlihat mengurus barang-barang Yar. Denden duduk di atas pangkuan Yar sambil memeluk erat tubuh Yar. "Kenapa nangis lagi ni? Hmm? Semalam dah promise dengan abang tak akan nangis, kan?"
"Tapi...tapi..."
"Baby, listen. Abang go school. Abang pergi belajar je bukan tinggalkan Denden. Nanti bila abang cuti abang balik, okay?"
"But nanti Denden tak ada kawan," jawap Denden perlahan. Dia mengusap air mata yang mengalir di pipi bulatnya.
"Daddy bukan kawan Denden?"
"Kawan."
"Denden nak ikut abang?" Denden mengangkat kepalanya dengan mata yang berbinar-binar menatap Yar.
"Can?"
"Sure. But nanti siapa kawan daddy dekat rumah? Denden tak kesian daddy? Kalau daddy nangis macam mana?"
"Hmm...Denden..." Si bongsu merasa serba salah. Dia ingin bersama abangnya tapi daddy dia macam mana? "Nanti...nanti Denden bawa daddy masuk beg Denden."
"HAHAHA," terlepas ketawa Yar bila mendengar jawapan Denden. Mana muat daddy mereka di dalam beg stitch milik Denden. "Mana muat sayang. Macam nilah, apa kata Denden stay dengan daddy. Denden jaga daddy supaya daddy tak nangis. Kalau Denden miss abang, minta daddy call abang okay?"
"O..otey," jawap Denden dengan ragu-ragu.
"Janganlah sedih-sedih. Nanti abang baliklah. Okay...Abang tak akan lupakan adik abang yang mukmuk ni." Yar mencium kedua-dua belah pipi chubby adiknya. Dia memeluk erat adiknya yang masih lagi memiliki haruman bayi.
"Yar. Dah?" Yar mengangguk laju. Caden membawa beg bagasi Yar yang terakhir. "Yar angkat adik masuk kereta."
Yar menutup pintu biliknya dengan tangan kiri. Tangan kanannya masih mendukung Denden yang setia memeluk tubuh sang abang. Yar sengaja tidak mengunci biliknya kerana dia yakin Denden akan sering bermain di sana. Yar meletakkan Denden di seat untuk kanak-kanak yang ada pada kereta daddynya. Manakala dia duduk di bahagian hadapan sebelah kerusi pemandu.
"Yakin dah tak ada yang tinggal?"
"Yes."
"Denden sedia?" tanya Caden sambil melirik Denden yang berada di belakang.
"Sedia!"
***
"Betul ni tak nak daddy tolong angkat barang?"
"Betul. Daddy tak payah susah-susah. Nanti ada kawan Yar yang tolong," jawap Yar.
Caden menurunkan Denden ke bawah kerana sedari tadi anak itu merontah-rontah ingin dilepaskan.
"Wah, besarnya school abang Yal. Daddy, Denden pun nak school sini." Denden dengan bersemangat menoleh ke kiri dan kanan. Menatap binar bangunan-bangunan yang terbina megah di sekelilingnya.
"Iya," jawap Caden ringkas. "Denden, say goodbye to Abang Yar. Kita dah nak balik ni."
Denden mencebikkan bibirnya sebelum memeluk abangnya dengan erat. "Bye-bye abang Yal."
"Jangan lupa apa yang abang cakap, okay?"
"Otey!"
"Good boy. Kiss abang dulu," ujar Yar sambil menunujukkan pipi kanannya.
'Muah'
"Kiri."
'Muah'
"Jangan naughty ya? Dengar cakap daddy," pesan Yar lagi. Pipi chubby milik Denden dicium beberapa kali sebelum akhirnya dia bersalaman dengan dengan Caden.
"Kalau ada apa-apa terus call daddy. Jangan lupa makan. Kalau tak ada duit cepat-cepat call daddy. Motor Yar nanti petang baru sampai."
"Alright captain."
"Denden, say goodbye to Abang Yar."
"Bye bye abang," ujar Denden lesu. Caden mengangkat Denden dengan tangan kanannya, pipi bulat milik Denden dikecup beberapa kali. Tidak mahu berlama-lama akhirnya ayah dan anak itu meninggalkan kawasan kolej kediaman Yar. Seperti biasa Denden diletakkan di atas baby car seat ketika Caden sedang memandu.
"Denden, nak jumpa boma?" Caden melihat reaksi Denden dari cermin pandang belakang kereta.
"No."
"Why?"
"No," ujar Denden sekali lagi. Terlihat seperti mood Denden masih belum kembali ke asalnya.
"Hmm...Denden want new toys? Kalau nak, daddy nak bawa Denden pergi mall." Anak bongsu Caden terlihat mula tertarik dengan penawaran Caden. Maklumlah sudah lama bayi besar itu tidak memiliki mainan baru.
"Two can?" Denden menunjukkan kelima-lima jari ketotnya.
"Itu five sayang. Daddy dah teach Denden mengirakan hari tu?"
"Five? Ini five? Daddy ini twokan? Daddy? Daddy ini two." Denden memperlihatkan jarinya semula yang sudah menunjukkan jari telunjuk dan jari hantu. "Like this?"
"Yes. Pandai anak daddy." Senyuman Denden merekah mendengar pujian Caden. Oleh kerana Denden merupakan anak yang pantang mendengar pujian, dia menunjukkan lagi skill mengiranya dalam bahasa Inggeris.
"Daddy, daddy dengal. One, two thlee, fourl, five, six, ceven, eight, nine, ten."
"Wah, pandainya. ABC pula. Daddy nak dengar."
"A B C D E F G~~...hmm..G I M N...O P...S V... X.. Y Z," nyanyian ilmiah Denden terdengar comel di telinga Caden walaupun masih banyak yang salah namun biarlah, nanti Caden akan ajar semula. "Daddy... Denden no ingat."
"Tak apa. Nanti daddy ajar lagi." Selepas itu kedua-dua anak beranak itu berdiam diri sehinggalah mereka sampai di lokasi yang sepatutnya. Caden memeluk bayi montelnya dengan erat, lelaki itu tidak membenarkan Denden hilang dari pengawasannya. Namun sebelum mereka memulakan misi mencari mainan baru untuk si anak, Caden sengaja membawa Denden singgah di McD untuk mengisi perut, dan tentunya Denden mendapat set happy meal.
"Hully up daddy!" gesa Denden. Dia menghabiskan makanannya dengan pantas. Dia sudah tidak sabar untuk mendapatkan mainan baru. Lengan Caden ditarik-tarik lembut membuat sang ayah tidak dapat menikmati makanannnya. "Daddy cepat..."
"Kejap sayang. Tak lari kedai tu. Bagi daddy habiskan makanan ni dulu. Okay? Kalau Denden jadi good boy nanti daddy bagi hadiah. Nak?"
"Hadiah? Nak!" Tidak payah susah-susah, Denden langsung duduk semula ke kerusinya yang asal dan berperilaku baik. Betapa bijaknya Denden berlakon untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Caden melepaskan nafas lega. Akhirnya dia dapat menikmati makanannya dengan aman. Caden memberikan telefonnya kepada Denden. Tidak dilupakan video Cocomelon yang sudah terpasang di skrin handphone untuk menarik perhatian Denden.
***
"Daddy, Denden want this," ujar Denden sambil menunjukkan patung ultraman, yang mana ultraman itu berada dalam bentuk chibi dan agak montel. "Bolehkan daddy?"
"Kenapa tak nak Stitch? Tak cantik?"
"Denden ada Stitch. Denden tak ada otamen."
"Okaylah. Denden nak mana lagi?" Caden mengambil patung ultraman yang Denden inginkan dan dimasukkan ke dalam bakul yang dipegangnya sejak tadi. Di dalam bakul sudah ada beberapa buku mewarna dan buku pelajaran kanak-kanak untuk Denden. "Dino nak? Nanti dino boleh jadi kawan ultraman dengan Stitch Denden."
"Dino? Hmm...no. Denden want this."
"Which colour Denden want? Red, blue or white?"
"Blue," jawap Denden pantas. Sekali lagi patung jerung comel menjadi pilihan Denden. Caden tidak memarahi Denden kerana lebih memilih mainan patung berbanding permainan kanak-kanak lelaki seperti kereta dan yang lainnya. Caden rasa itu perkara biasa. Sebenarnya Denden memiliki koleksi permainan lain seperti kereta dan lego namun jika dibandingkan dengan koleksi patung Denden, perbezaannya bagai langit dan bumi. Bahkan Denden memiliki almari khas untuk meletakkan patung-patung mainannya, mula dari patung haiwan sehinggalah patung Stitch yang mendominasi bilik Denden.
"Alright. Denden nak apa lagi? Kalau tak ada daddy dah nak bayar ni." Denden mennggeleng sebagai jawapan. "Kalau macam tu kita bayar dulu. Lepas ni kita balik, okay?"
"Otey. Thank you, daddy. Muah. Denden love you."
"Daddy loves you more. Muah."
Share this novel