"MALI kita belmain dalam bulatan, meneka haiwan yang belada di hutan. Haiwan apakah itu? Haiwan apakah itu? Hah?! Dia seekol gajah!!! Macam ni gajah jalan, macam ni gajah jalan. Macam ni gajah ja-"
"Baby, nanti sambung lagi. Sekarang kita sleep dulu. Dah lewat ni," pujuk Caden Hadwan dengan lembut. Dia menarik tangan anak bongsunya dengan lembut. "Tidur ya?"
"No. Denden still want to play." Caden melepaskan keluhan berat. Anak bongsunya tiba-tiba terlebih aktif pula malam ini. Biasanya lepas bagi susu dan nyanyi sikit dah tidur. Tapi malam ni, dah minum susu dan bacakan dongeng tapi si montel Denden masih lagi aktif bermain dan bernyanyi ke sana sini.
"Denden cakap nak jadi good boy. Kenapa bila daddy suruh sleep tak nak sleep?" ujar Caden sambil menunjukkan wajah serius. "Nak daddy suruh Abang Yar marah Denden baru nak sleep?"
Denden yang mendengar ancaman daddynya terdiam seketika. Dia menundukkan kepala dengan bibir yang sudah melengkung ke bawah.
"Daddy tanya Denden ni. Nak daddy panggil Abang Yar atau sleep?"
"Sleep," jawap Denden dengan suara perlahan. Dia rela untuk tidur berbanding melihat abangnya marah-marah. Bukan kerana takut tapi dia tidak suka bila abangnya marah kepadanya. Kalau abangnya marah tidak dapatlah dia bermanja nanti.
"Kalau nak sleep cepat baring dekat daddy. Look it's almost 1.00 a.m. and Denden still tak sleep lagi," bebel Caden. Caden bukanlah seorang ayah yang cerewet atau kuat membebel tapi untuk situasi sekarang Caden kena bertegas supaya budak kecik di depannya ini segera tidur. Denden berbaring di samping daddynya sambil memeluk patung stitch berwarna biru.
"Daddy, minum susu lagi boleh?"
"You can't. Dah dua botol Denden minum. Esok baru boleh lagi."
"Otey," jawap Denden lemah. "Hug? Boleh?"
"Sure baby. Come." Caden memeluk anak bongsunya dengan erat. Caden mencium pipi tembam anaknya berkali-kali. Anak bongsunya merupakan anak termanis dan tercomel yang pernah wujud di dunia. Dia yakin dengan fakta itu.
"Good night daddy. Muah.Muah." Caden tersenyum manis bila mendapat kecupan di kedua belah pipinya.
"Good night too anak daddy."
***
"Morning Yar," sapa Caden pada anak sulungnya, Yar Hadwan.
"Morning daddy," balas Yar lalu tersenyum nipis. Yar boleh dikatakan kembaran kepada Caden. Rupa, bentuk badan dan wajah Yar memang sebiji dengan Caden ketika masih muda dahulu, apa yang membezakan mereka hanyalah warna kulit dan warna mata. Kedua-dua anak Caden memang mewarisi mata ibu mereka iaitu warna coklat pekat. "Baby mana?"
"Masih tidur. Semalam Denden meragam tak nak tidur. Daddy ugut suruh kamu marah baru dia nak tidur."
"Mungkin effect terlebih tidur siang semalam," kata Yar. Dia mengambil sekeping roti bakar dan meletakkannya di atas piring. Sarapan mereka hari ini cukup ringkas, hanya roti bakar dan juga segelas milo panas. Biasanya Caden yang akan menyediakan sarapan namun hari ini Caden tidak sempat pula melakukan rutin itu.
"Rasanyalah. By the way, bila Yar kena balik kolej balik? Cuti mid sem dah nak habis kan."
"Ahad ni. Sebab Isnin tu class dah start macam biasa," jawap Yar. Anak sulung Caden kini berusia 18 tahun dan sedang mengambil asasi sains di sebuah universiti tempatan yang agak berdekatan dengan rumah mereka. Namun Yar tetap tinggal di kolej kediaman universiti dengan alasan ingin mencari pengalaman. Namun disebabkan jarak universiti dan rumahnya yang agak dekat, dia dapat pulang ke rumah dengan kerap. Bukan tidak tahan duduk di kolej namun dia merindukan adik kecilnya yang berbentuk bulat.
"Okay. Nanti kalau ada masa, Yar selalu-selalulah balik rumah. Kalau tak menangis anak daddy sebab rindukan abang dia."
"Okay daddy. Hmm...petang ni Yar nak bawa adik jalan-jalan dekat taman."
"Iyalah. Jaga Denden baik-baik. Kalau ada apa-apa terus call daddy. Daddy pun nak keluar kejap petang ni."
"Don't worry daddy," jawap Yar semangat. Beginilah keseharian Caden dengan keluarga kecilnya, aman dan hangat. Ketiadaan ibu di samping anak-anaknya tidak membuat mereka kekurangan kasih sayang. Caden sudah berusaha sebaik mungkin supaya mereka tetap merasakan kasih sayang keluarga terutamanya untuk anak bongsunya, Khadeen.
Jika ditanya dimanakah isteri Caden, jawapannya ialah isterinya itu telah berada di suatu tempat yang sangat indah. Hawa Haura, isteri Caden meninggal dunia setelah melahirkan Khadeen atau Denden. Hawa sebelumnya telah diberitahu tentang risiko melahirkan anak di usianya yang ke-40 namun dia masih berkeras ingin mempertahankan Khadeen yang mana ketika itu masih berada di dalam perut Hawa.
Caden ketika itu hampir terpuruk mendengar kematian isteri kesayangannya namun dia memaksakan diri untuk bangkit semula untuk menunaikan hasrat terakhir isterinya iaitu menyayangi Yar dan Khadeen sepenuh hati. Kini beberapa tahun berlalu dan dia kini semakin bangkit ke depan. Usianya juga telah menginjak usia 42 tahun, Yar 18 tahun dan Denden 3 tahun. Untuk pengetahuan umum, Caden muda setahun berbanding arwah isterinya.
"Daddy."
"Hmm?"
"Yar nak tanya something boleh?"
"Tanya apa? Macam serious je?"
"Hmm...Daddy dengan Auntie Belinda macam mana?"
Caden terdiam mendengar pertanyaan anaknya. Belinda merupakan bekas kekasihnya dan mereka sahaja putus bulan lalu kerana ketidaksamaan pendapat. "Daddy dah tak ada apa-apa dengan dia. Kenapa?"
Yar memandang Caden serius. Rasanya ini adalah masa yang tepat untuk meluahkan apa yang dia pendam selama ini selagi adiknya tidak berada di sana. "Yar sebenarnya tak suka dengan Auntie Belinda tu. Tapi Yar teringat yang daddy pun masih perlu pasangan hidup. But now it's okay. Daddy dah putus dengan dia. Yar bersyukur."
"Kenapa Yar tak suka Auntie Belinda?"
"Yar tak suka tengok cara dia layan adik Yar. Kalau dia nak bersama dengan daddy, sepatutnya dia kena okay dengan Yar dengan adik. But, she's not. Hari tu Yar nampak dia tegur adik sebab dia lekat sangat dengan daddy. Like what?"
"Okay.Okay. Yar tenang. Daddy dah putus dengan dia. Now it just us. Okay?" Caden menepuk bahu kiri anaknya dengan perlahan.
"Okay daddy."
"Good molning!" jerit Denden dari arah tangga. Anak kecil kesayangan Caden itu berjalan perlahan sambil memeluk patung stitchnya. "Molning Abang Yal."
"Morning baby abang," jawap Yar lalu mencium pipi tembam adiknya dan dibalas oleh Denden.
"Molning daddy. Muah."
"Morning. Muah.Muah. Mandi dulu ya? Lepas tu, breakfast."
"No.No." Denden menggeleng dengan brutal. Patung Stitch yang berada di pelukannya dipeluk dengan erat.
"Nak breakfast dulu?"
"Uhm!" jawap Denden sambil mengangguk.
"Tapi brush teeth dulu. Okay?"
"Okay!!"
***
Caden mengelap sisa-sisa coklat yang ada di pipi tembam anaknya dengan sabar. Denden bila makan memang sedikit bersepah, lebih-lebih lagi bila ada coklat. Biasanya Caden atau Yar yang akan menyuap makanan ke dalam mulut anak bongsu itu namun hari ini kelihatannya si bongsu ingin berdikari.
"Daddy..."
"Hmm?"
"Satu lagi boleh?" Caden tersenyum nipis. "Boleh daddy?"
"Boleh. Wait, daddy sediakan untuk Denden. Duduk sini diam-diam. Understand?"
"Yaaa!!!" Denden menangkat kedua-dua tangannya ke udara dengan bersemangat. Tidak dilupakan juga senyuman manisnya yang setia menghiasi wajah mungil anak itu. Denden memandang Caden dengan mata yang berbinar-binar.
"Okay, done," ujar Caden lalu memberikan sekeping roti bakar kepada Denden.
"Wah, thank you daddy!"
"Sama-sama." Suasana menjadi sepi seketika. Denden yang sibuk dengan makanannya dan sang ayah yang sibuk memerhatikan wajah manis anaknya. "Petang nanti, Denden ikut abang Yar jalan-jalan ya. Daddy ada kerja sikit."
"Jalan-jalan? Otey!"
"Nanti jangan nakal. Ikut Abang Yar, jangan cuba-cuba lari okay? Denden masih kecik, masih baby lagi, kalau jalan sendiri nanti ada orang jahat. Faham?"
"Olang jahat? Macam thief daddy?"
"Ya."
"Selamnya." Lagi-lagi Caden tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anaknya.
"Yes. Memang seram. Jadi jangan jalan sendiri, okay?"
"Otey!!"
Share this novel