CHAPTER 3 | MOMEN BERSAMA

Romance Series 4396

"YOU nak beli apa lagi?"

"Hmm, dah tak ada rasanya. Tapi lepas ni kita singgah mana-mana supermarket dulu. Peti ais kita dah kering kontang tu," jawap Jennaira.

"Boleh-boleh. Tapi sebelum tu kita minum dulu. Cuci mata puas-puas sebelum kita start busy balik." Yazmin menarik tangan Jennaira ke sebuah café yang berhampiran dengan kedua gadis itu. Si gadis yang ditarik hanya pasrah dan mengikut langkah rakannya yang terburu-buru.

"You nak apa? Hari ni I belanja."

"Macam biasa."

"Okay," balas Yazmin lalu berlenggang menuju ke arah kaunter untuk memesan minuman mereka. Jennaira melepaskan keluhan berat lalu memandang sekelilingnya, mencari-cari sekiranya ada yang menarik perhatiannya. Namun sayang, tiada yang menarik perhatiannya, yang ada dialah yang menjadi tumpuan. Mungkin kerana dia cantik atau pakaiannya yang memang sedikit terbuka hari ini. Entah, Jennaira sendiri tidak tahu.

Jennaira mengalihkan pandangannya pada skrin telefon. Melihat sekilas pada akaun-akaun media sosialnya. 'Hmm, bosannya,' batin Jennaira lalu sekali lagi dia melihat sekeliling. Masih sama.... Eh?

"Itu bukan Hikam ke?" ujar Jennaira perlahan. Di depan café yang dia duduk sekarang, terlihat seorang lelaki bersama seorang perempuan yang sedang berbual mesra tanpa menghiraukan orang-orang di sekeliling mereka. "Wah, siap pegang-pegang tangan lagi."

"Babe, you tengok apa?" ujar Yazmin tiba-tiba. Dia meletakkan minuman milik Jennaira di depan gadis itu. "You tengok apa?"

"Tu. Tengok tu. Encik Hikam Kaivan dengan orang baru," ujar Jennaira santai. Dia menunjukkan arah Hikam berada dengan muncungnya.

"Oh my god. Baru semalam dia post gambar dia dengan perempuan lain, sekarang dah ganti baru lagi. Lain macam! Syukur you dah break up dengan jantan tu."

"I pun tak nak couple dengan dialah. Kalaulah dia tak confess dekat I depan orang ramai, I dah reject dia awal-awal," ujar Jennaira kesal. Tipulah jika dia langsung tidak ada perasaan dengan Hikam namun rasa cintanya tidaklah terlalu besar sehingga memperbodohkan diri sendiri.

"But, perempuan tu bukan ke coursemate kita. Siapa nama dia? Angela? Angel?"

"Dunno. I tak kenal. Dahlah tak penting. Lantaklah dia nak ganti-ganti pasangan. Itu bukan masalah I lagi."

Yazmin mengangguk laju. "Betul. Nasib taste I bukan macam tu. Kalau lelaki tu tak ada vibe-vibe hot daddy, I tak nak terima."

"Uish, high taste," jawap Jennaira lalu ketawa perlahan.

"Mestilah. Kalau duda pun I boleh terima asal dia hot."

"Ish, kau ni. Gatal!"

"Betullah apa I cakap. I think you pun sesuai dengan lelaki-lelaki macam tu."

"Bongoklah you ni. I rasa macam jadi sugar baby pula. Seram!" ujar Jennaira mengusap lengannya yang tiba-tiba terasa sejuk. "Kalau taste I...Asalkan dia handsome dan ada duit nak belanja I makan, I okay."

"Samalah tu!" bidas Yazmin. Dia mengambil telefonnya dan memperlihatkan beberapa gambar lelaki kepada Jennaira. "Babe, you tengok ni. Handsome tak?"

"Bukan taste I," jawap Jennaira dengan pantas.

"Bukan taste I. Bukan taste I," ajuk Yazmin dengan muka menyampah. "Kita tengok boyfriend you lepas ni macam mana."

"We'll see. Yang pasti you akan jealous dengan I."

"Iyalah tu."

***

"Baby, Denden. Stop main. Kita kena balik ni," ujar Yar sambal mencuba menangkap tubuh mungil nan gembul itu namun sebaliknya Denden pantas mengelak dan berlari menjauhi Yar.

"Hahaha! Tangkaplah kalau dapat!"

Yar menggulung bajunya sebelum melangkah mengejar adik nakalnya. "Rawr! Abang nak makan budak gemuk."

"Arghh! Help me! Help me!"

"Rawr!"

"Daddy! Help me!" jerit Denden sambal berlari ke sana dan sini untuk menghindari Yar.

"Your daddy can't help you. Hahaha! Jaga-jaga monster nak makan budak gemuk!"

"Abang Yal!!! Jangan kejal Denden. Denden penat," ujar Denden mulai kepenatan namun melihat wajah seram abangnya membuat bulu romah Denden meremang seketika, memang serupa monster. "No. No. Abang Yal stop!"

"Nak makan budak gemuk! Rawr!" Yar semakin sakan mengusik adiknya yang berlari terkedek-kedek menjauhinya. Rambut sang adik yang diikat bagai air pancur bergoyang-goyang seirama larian sang adik. "Budak gemuk banyak lemak."

"Argh!" Denden kepenatan namun dia masih gigih berlari. Namun sayang kakinya tertendang pada seketul batu lalu- "Auch!"

Yar segera memnghampiri adiknya yang terjatuh mencium rumput. Dia mengangkat adiknya sambil membersihkan seluar sang adik yang sudah kotor. "Are you okay?"

Yar menahan senyumannya bila melihat muka Denden yang menahan tangis. Bibirnya melengkung ke bawah, hidung dan pipi sang adik memerah menjadi petanda sekejap lagi pasti bayi itu akan menangis dan jangan lupakan juga kelopak mata Denden yang sudah penuh dengan air mata, tinggal menunggu mengalir sahaja.

"Abang Yal jahat... Hiks... Hiks... Huah!!! Denden bagitahu daddy!"

"Dah jangan nangis lagi. Tadi Denden yang minta sangat kena kejar kan? Abang dah cakap nak balik. Denden yang nakal tak nak dengar cakap abang, tengok dah jatuh," bebel Yar. Dia mengusap air mata Denden yang tidak henti-hentinya mengalir.

"Huah!!" Denden memeluk tubuh abangnya dengan erat. "Denden tak nakal."

Yar melepaskan keluhan berat bila tangisan adiknya semakin kuat dan memekakkan telinganya. Belum lagi mata-mata manusia yang melirik ke arah mereka. Tubuh gempal sang adik dipeluk rapat. "Okay. Okay. Abang minta maaf. Janganlah nangis lagi. Kalau daddy tahu anak kesayangan dia ni nangis, abang yang kena marah. Denden nak abang kena marah?"

Denden menggeleng polos. "Kalau tak nak stop crying."

Melihat Denden yang sudah tenang, barulah Yar membawa Denden pulang ke rumah. Beg mungil milik adiknya dipasangkan kembali pada tubuh Denden. "Abang...angkat Denden. Denden tired."

Mahu tidak mahu terpaksalah Yar membawa beban seberat 15 kg sepanjang perjalanan. Beginilah kehidupan sepasang adik beradik yang mempunyai jarak umur yang agak jauh. Untung Yar sangat menyayangi adiknya. Jika biasanya abang akan memanjakan adik perempuan, maka Yar memanjakan adik lelakinya, satu-satunya adik kesayangan Yar.

'Cup.'

"Thank you abang," ucap Denden usai mencium pipi tirus abangnya.

"You're welcome."

Setelah beberapa minit berjalan akhirnya mereke berdua telah sampai ke banglo 2 tingkat milik Caden. Kereta sang daddy masih belum kelihatan. Mungkin sebentar lagi Caden akan Kembali. Memikirkan Caden yang tidak tahan berlama-lama di luar tanpa kehadiran anak bongsunya.

"Daddy?"

"Daddy belum balik lagi. Nanti kejap lagi daddy balik. Kita mandi dulu ya? Denden tak boleh mandi malam-malam."

"Otey," jawap Denden. "Susu?"

"Lepas makan malam, ya?"

"Otey."

"Now, kita mandi dulu. Denden dah busuk masam," ujar Yar. Denden yang tidak terima dikata busuk langsung menghidu baju abangnya.

"Abang Yal pun busuk. Hmm!"

"Tapi Denden lagi busuk."

"Abang! Abang telpaling busuk! Huekk..." Denden menjelirkan lidahnya. Nak termuntah kononnya. "Denden wangi."

"Abang tak percaya. Denden kena mandi dulu, baru abang percaya."

"Denden nak mandi!" ujar Denden semangat. Yar kesusahan untuk menahan tubuh Denden yang bergerak lincah.

"Denden. Behave!"

***

Caden tiba di rumahnya dalam pukul 6.20 petang. Keadaan rumahnya agak sunyi dan sepi, namun dia tahu kedua-dua anaknya sudah berada di rumah kerana dia melihat kasut kesayangan anak bongsunya tergeletak di depan pintu rumah. Mungkin mereka sedang membersihkan badan.

Caden meletakkan bekas berisikan makanan di atas meja makan. Sebentar tadi dia singgah di kediaman orang tuanya untuk mengambil makanan yang dimasak oleh ibunya, Siti Aishah. Ibunya memang sering memasakkan makanan untuk anak dan cucunya, memandangkan Caden tidaklah terlalu pandai dalam bidang memasak.

Syukurlah rumah mereka tidak terlalu jauh, hanya 20 minit jika menggunakan kereta. Denden juga sering dihantar ke rumah orang tua Caden sementara Caden keluar bekerja.

"Daddy!" Denden berlari pantas menuju ke arah Caden sambil merentangkan kedua tangannya. Lihatlah betapa comel anak bongsunya, dengan baju tidur bermotifkan bentuk tiga segi, bulat dan empat segi dalam pelbagai warna. Anak sulungnya yang berjalan di belakang Denden juga memakai baju tidur yang sama.

"Wait. Daddy belum mandi lagi," ujar Caden menolak permintaan Denden untuk mengangkatnya. "Denden dengan abang Yar dulu ya?"

"Otey daddy" balas Denden riang. "Nanti daddy pakai baju tidur Shin Chan macam Denden and abang pakai."

"Iyalah. Yar, tolong daddy hidangkan makanan tu. Nanti kita makan sama-sama." Caden mengusap rambut anaknya sebelum meninggalkan anaknya.

"Okay Daddy."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience