Bab 8 - Pulang
Waktu menghampiri 11 pagi dan Maisarah berasa resah dan cemas untuk berjumpa keluarga Azlan.
Azura memerhatikan gelagat Maisarah, menggeleng kepalanya dan berkata, “Kau ni cemas sangat macam nak berjumpa bakal mertua pulak.”
“...” Maisarah diam dan mukanya menjadi merah. Dia memang gemuruh untuk berjumpa keluarga Azlan walaupun dia tiada hubungan langsung dengan Azlan.
Dia juga berasa cemas kerana mereka ibu bapa lelaki yang diminatinya.
Ding! Bunyi mesej kedengaran di telefon bimbit Azura. Azura membaca mesej tersebut dan ianya dari Sarimah. Mereka berdekatan.
“Tunggu sekejap. Aku pergi jemput diorang,” kata Azura. Azura segera meninggalkan wad itu. Jika Azlan boleh dialihkan ke wad biasa, kemungkinan mereka lebih mudah berjumpa kerana Azlan akan berada di wad VIP juga.
Walaubagaimanapun, Azlan masih berada ICU dan tingkatnya berbeza dengan wad VIP.
Azura tiba di lif wad VIP dan dapat melihat Sarimah dan Johan menunggu di situ. Mereka juga nampak Azura menghala ke arah mereka.
“Tuan Johan, Puan Sarimah,” ucap Azura sambil bersalaman dengan Sarimah.
Muka Sarimah dan Johan kali ini lebih baik dari sebelum ini. Walaupun mereka kelihatan penat tetapi, muka mereka kelihatan lebih lega dan relaks.
Mungkin kerana pembedahan Azlan berjaya, stres mereka berkurang.
“Ikut saya, kawan saya ada dekat sana,” kata Azura tetapi Sarimah kelihatan teragak-agak.
“Cik Azura,” tiba-tiba Johan berkata.
“Ya?”
“Doktor di unit kecemasan ada beritahu kami yang salah seorang yang menolong Azlan malam tadi merupakan mangsa dari kemalangan tu,” kata Johan.
Azura kelihatan tenang.
“Kawan Cik Azura ni mangsa kemalangan ni ke?” tanya Johan dan mukanya kelihatan serba salah.
Disebabkan Azlan masih tidak sedarkan diri, mereka perlu mengambil tanggungjawab untuk meminta maaf dan memberikan pampasan yang sesuai.
“Ya,” Azura mengangguk. Johan dan Sarimah menarik nafas panjang.
Azura mengiring mereka ke wad Maisarah. Mereka tiba di wad Maisarah dan masuk ke dalam.
Maisarah melihat Azura masuk ke wadnya dan bangun dari sofa untuk berjumpa dengan keluarga Azlan. Dia dapat melihat dua orang lain yang masuk ke wadnya mengikuti Azura.
Walaubagaimanapun, Maisarah terkejut besar selepas melihat muka ibu bapa Azlan. Dia terus kaku berdiri di hadapan sofa itu.
Sementara itu, Johan dan Sarimah juga terkejut selepas melihat Maisarah.
“Mai?” kata Sarimah, terkejut.
“Mai-” kerana terkejut, Johan ingin bertanya kenapa Maisarah ada di wad itu tetapi memahami semuanya sekali selepas melihat tangan Maisarah yang bersimen dan tergantung di lehernya.
Maisarah juga memakai pakaian pesakit hospital itu.
Johan terus faham bahawa Maisarah ialah orang yang membantu Azlan tetapi pada masa yang sama, mangsa akibat kemalangan yang berpunca dari Azlan.
Sarimah juga segera memahami segala yang berlaku. Matanya menjadi merah dan hatinya menjadi berat dengan cepat.
“Pak Cik Johan, Mak Cik Sarimah,” ucap Maisarah sambil tersenyum janggal. Maisarah tidak menyangka rakan baik ibu dan ayahnya merupakan ibu bapa lelaki yang diminatinya.
“???” Azura pula keliru dengan situasi ini.
Beberapa minit kemudian, keempat-empat mereka duduk di sofa wad VIP itu. Maisarah berbual dengan Johan dan Sarimah manakala Azura duduk terdiam.
Selepas dijelaskan oleh Maisarah, Azura akhirnya tahu hubungan mereka. Azura tidak menyangka semua ini boleh berlaku.
Sarimah memegang tangan Maisarah ketika berbual. Dia meminta maaf berkali-kali kerana berasa serba salah dengan apa yang terjadi.
“Bila Kamal dengan Munah akan datang melawat Mai?” tanya Sarimah. Dia berasa pelik kerana hanya Maisarah dan Azura sahaja berada di wad itu.
Dia juga ingin memohon maaf terhadap rakan baiknya Kamal dan Maimunah dengan apa yang terjadi terhadap Maisarah.
“Saya tak bagitahu ibu dengan ayah saya pasal kemalangan ni. Saya tak nak diorang risau,” Jawab Maisarah. “Lagipun kecederaan saya kecil sahaja.”
“Mai, seeloknya Mai bagitahu diorang. Nanti bila Mai balik rumah nanti, sama sahaja. Diorang akan tahu juga,” kata Sarimah.
Dia juga menambah, “Lagi satu, tangan bersimen macam ni cedera kecil apa. Nak sampai tangan tu putus baru cedera besar ke?”
Maisarah terdiam. Selepas beberapa saat menjawab, “Kalau saya dah keluar hospital nanti, risau diorang akan kurang bila diorang tahu nanti.”
“Hai…” Sarimah mengeluh. “Bila Mai nak balik rumah nanti, biar Mak Cik hantarkan. Mak cik pun nak minta maaf dengan mak ayah kau.”
“Ah, tak apa mak cik. Tak perlu. Ni semua kemalangan sahaja. Semua ni kebetulan sahaja. Lagi satu, saya cedera bukn sebab kereta Encik Azlan tetapi sebab tiang perhentian bas tu.”
“Tiang bas tu jatuh sebab Azlan. Jadi, mak cik tetap kena minta maaf. Cik Azura, bila Mai nak keluar hospital nanti, tolong beritahu saya,” kata Sarimah.
Azura mengangguk laju. Dia setuju dengan Sarimah dan menganggap Maisarah mengarut sahaja. Semua ini salah Azlan dan mereka perlu memberikan pampasan dan meminta maaf.
Selain itu, keluarga mereka agak rapat oleh itu, mereka lebih lagi perlu meminta maaf. Jika tidak, hubungan mereka kemungkinan boleh rosak.
“Bil-bil hospital ni semua Mak cik akan tanggung. Jangan risau,” kata Sarimah.
Bil hospital Maisarah sebenarnya akan diselesaikan oleh Azura. Azura bertegas untuk membayarnya kerana dia yang menukarkan Maisarah ke wad VIP.
Maisarah berjanji untuk membayar semula ke Azura tetapi dia enggan menerimanya.
Maisarah, Sarimah dan Johan berbual seketika lagi sebelum mereka meninggalkan wad VIP itu.
Selepas mereka pergi, Azura menjeling ke arah Maisarah.
“???” Maisarah keliru dengan pandangan Azura dan bertanya, “kenapa pandang aku macam tu?”
“Kalaulah Azlan tak sebabkan kemalangan ni, aku akan push kau untuk kejar dia sebab keluarga korang rapat,” kata Azura.
“Peluang kau untuk dapat dia lagi cerah tapi sekarang ni aku 100% tentang hubungan kau dengan Azlan,” kata Azura dengan serius.
Maisarah tersenyum. “Dia dah berpunya dan aku dah give up,” kata Maisarah. “Jadi, jangan risau.”
Tengah hari itu, Sarimah menghantar makanan-makanan yang sihat untuk Maisarah. Mereka berbual lagi ketika makan.
Pada petang itu, Maisarah dibenarkan pulang tetapi Maisarah menghalang Azura untuk memberitahu Sarimah. Dia akan memberitahu Sarimah selepas dia pulang.
Ketika Maisarah pulang dengan tangan bersimen, Kamal dan Maimunah terkejut tetapi mereka lebih tenang dan bertanya puncanya.
Azura berada bersama-sama Maisarah dan menjelaskan apa yang terjadi kecuali mengenai Sarimah dan Johan.
Walaupun Kamal dan Maimunah kelihatan tenang, hati mereka sangat takut dan gemuruh ketika mendengar apa yang terjadi.
Mereka berasa lega melihat Maisarah tidak mengalami cedera yang lebih teruk.
“Mai, aku bagi kau cuti bergaji sampai tangan kau dah elok,” kata Azura.
“Seminggu je dah cukup. Tangan kanan aku je yang sakit. Tangan kiri dengan kaki aku ok aje,” kata Maisarah.
“No, kau kena pulihkan tangan kau betul-betul. Kau bukan aje Manager dekat Kafe AZ tapi juga ketua baker dan juga recipi developer untuk Kafe AZ.”
“Tangan kau penting sebagai seorang chef. Kalau tangan kau tak pulih betul-betul, dia akan memberi kesan terhadap prestasi kau sebagai seorang chef dan mungkin akan menyebabkan kerosakan yang kekal.”
“Ini serius dan kalau ianya terjadi akan menggangu kerja kau.”
“Jadi. Ikut arahan aku dan duduk diam-diam dekat rumah sampai kau elok,” kata Azura.
“Kalau aku tak guna tangan kanan aku ni, boleh je kerja. Dua minggu dan aku akan berhati-hati masa kerja,” kata Maisarah.
Dia berasa janggal menerima gaji tanpa bekerja. Sebab yang diberikan oleh Azura memang baik tetapi terdapat banyak masalah di situ.
Melihat Maisarah tidak rela untuk bercuti lama-lama, Azura berkompromi, “Ok, ok. Sebulan cuti. Lepas tu kau boleh masuk kerja balik.”
“Sebulan tu panjang sangat. Dua minggu,” kata Maisarah.
“Tangan kau ni sekurang-kurangnya dua bulan baru elok. So, sebulan cuti ni kira ok.”
“Keputusan aku tetap. Sebulan cuti. Duduk rumah diam-diam. Teman ibu kau kat rumah dan jadi anak yang baik,” kata Azura.
Maisarah menyerah kalah tetapi dia sudah merancang untuk tidak mengikut apa yang disuruh Azura. Dia hanya akan bercuti dalam dua minggu dan masuk bekerja balik selepas itu.
Azura pulang ke rumah selepas makan malam di rumah Maisarah.
Kamal dan Maimunah berterima kasih dengan Azura kerana menemani dan menguruskan Maisarah sepanjang malam.
Mereka juga tahu Azura merupakan rakan sejati Maisarah dengan apa yang baru terjadi. Mereka sangat bersyukur Maisarah mendapat rakan yang baik sebegini.
Maisarah berehat di biliknya dan tiba-tiba seseorang mengetuk pintu biliknya. Maisarah ingatkan ibunya, Maimunah tetapi ianya ayahnya, Kamal.
“Ayah, ada apa?” tanya Maisarah.
“Lepas ni ayah akan hantar dan ambil Mai dari tempat kerja setiap hari. Not negotiable,” kata Kamal dan menambah, “sampai Mai dah kahwin nanti.”
“Ayah, tak apa,” Maisarah menolak cadangan Kamal tetapi dia bertegas. Mereka berbual beberapa minit lagi dan Kamal pulang ke biliknya.
Selepas itu Maimunah pula melawat bilik Maisarah. Dia memeriksa tangan Maisarah tanpa berkata apa-apa. Dia juga memeriksa muka Maisarah, tangan kirinya dan tempat-tempat lain yang boleh diperiksa untuk memastikan semuanya ok.
Disebabkan Maisarah melompat ke kawasan rumput kerana ingin mengelak kereta Azlan, dia mendapat luka-luka kecil di tangan, kaki, badan dan mukanya.
Ianya kesan-kesan cakaran sebab bergesel dengan batu-batu kecil. Selain itu, terdapat juga kesan melecet akibat bergesek dengan rumput dan tanah.
Walaubagaimanapun, semua itu hanyalah luka kecil dan akan mengambil masa dua ke tiga hari sahaja untuk pulih.
Melihat luka-luka di tangan Maisarah, mata Maimunah menjadi merah dan dia mula menangis. Dia tidak pernah melihat Maisarah dalam keadaan begini.
Maisarah mengambil masa satu jam untuk menenangkan Maimunah. Selepas itu, Maimunah pulang ke biliknya.
Pada masa yang sama, Sarimah duduk termenung di kerusi menunggu di luar wad ICU sambil memegang sehelai kertas. Matanya kosong seperti dia baru mendapat satu berita yang buruk.
Johan pula ketika ini berdiri dengan mukanya menghadap dinding. Mukanya tidak dapat dilihat tetapi tangannya menggigil. Tangannya juga menggenggam kuat terkeluar urat-urat dan sehingga merah.
Jika dilihat dengan teliti, kertas yang dipegang Sarimah adalah keputusan ujian darah Azlan.
Enjoy =))
Share this novel