Bab 11 - Ya atau Tidak

Romance Series 3834

Bab 11 - Ya atau Tidak

Sarimah membawa Maisarah ke tangga kecemasan hospital itu. Mereka berhenti dan Sarimah melihat ke muka Maisarah yang kini tidak merah lagi.

“Mak Cik…” kata Maisarah.

“Mai, tolong mak cik ea? Tolong menyamar jadi teman wanita Azlan,” kata Sarimah dan mukanya memang ingin sangat Maisarah membantunya.

“Kenapa Mak Cik nak buat macam ni?” tanya Maisarah tanpa memberikan sebarang jawapan. Dia sangat keliru dengan perbuatan Sarimah ketika ini.

“Mak cik tak suka perempuan yang Azlan suka tu. Mak cik nak gunakan peluang dia hilang ingatan untuk lupakan perempuan tu sepenuhnya dan untuk buat macam itu, mak cik nak dia jatuh cinta dengan orang lain,” kata Sarimah dengan penuh keyakinan.

“Mai orang yang sangat sesuai untuk tolong Mak Cik. Mak Cik suka semua benda mengenai Mai. Kalau Mai berjaya buatkan Azlan jatuh cinta dengan Mai, Azlan akan lupakan perempuan tu dan Mak cik pun akan dapat menantu yang mak cik suka,” senyum Sarimah.

“Keluarga kita pun rapat so, tidak akan berlaku orang ni tak suka orang ni dan sebagainya. Semuanya sangat perfect. Mai, tolong Mak Cik. Tolong buatkan Azlan jatuh cinta dengan Mai. Menyamar jadi teman wanita dia,” tambah Sarimah.

“...” Maisarah berasa sangat-sangat kucar-kacir di dalam hatinya kali ini.

Jika dia bersetuju untuk membantu Sarimah, dia akan mendapat peluang untuk mengejar Azlan dan menjadi pasangan.

Maisarah sudah lama jatuh cinta dengan Azlan tetapi dia tidak dapat langsung untuk mencuba mengejar Azlan kerana Azlan sudah berpunya.

Peluang yang diberikan Sarimah merupakan satu godaan yang sangat kuat terhadap Maisarah. Dia akan bersama lelaki yang diidam, dicintai dan juga cinta pertama dia.

Walaubagaimanapun, Maisarah masih berfikiran waras dan tidak bersetuju dengan cadangan Sarimah dengan mudah. Maisarah menarik nafas panjang dan cuba menenangkan hatinya.

“Kenapa Mak Cik tak suka perempuan yang Azlan suka tu? Tu pilihan Azlan dan untuk memaksa dia menukar cintanya dengan cara ni… ianya sangat kejam,” tanya Maisarah.

“Mak cik belum ada sebab kenapa tak suka perempuan tu tapi mak cik memang tak suka sangat perempuan tu. Setiap kali mak cik tengok perempuan tu, mak cik rasa ada benda tak kena,” kata Sarimah.

‘Dia tak ada sebab pun…’ fikir Maisarah dan mendengar sebab ini, dia dengan segera ingin menolak cadangan Sarimah tetapi Sarimah tiba-tiba ingin berlutut di depan Maisarah.

Maisarah terkejut, “Mak cik!! Mak cik jangan buat macam ni!” Maisarah memegang badan Sarimah dan menghalangnya untuk berlutut.

Sarimah tiba-tiba menangis dan berkata, “Mai, tolong Mak cik. Mak cik nak Azlan lupakan perempuan tu. Tolong mak cik, Mai.”

“Mai satu-satunya harapan Mak cik sekarang ni. Mai tak tengok ke Azlan tak menolak dan menyoal pun apa yang mak cik cakap tadi.”

“Dia menerima apa yang mak cik cakap dengan baik. Itu bermakna, first impression dia dekat Mai baik. Lagi satu, Mak cik tahu sangat perangai Azlan dan suara dia bukan suara serius yang selalu dia gunakan. Suara dia bila bercakap dengan Mai suara yang agak lembut yang dia selalu guna bila bercakap dengan mak cik dan pak cik kau.”

“Dia pun ada perasaan dekat Mai. So, Mai satu-satunya orang yang boleh tolong Mak cik sekarang ni!” kata Sarimah dan dia kelihatan sangat terdesak ketika ini.

Maisarah tidak tahu untuk berkata apa-apa. Hati dan fikirannya sangat kucar kacir. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat ketika ini.

Apa yang dikatakan oleh Sarimah juga tidak diambil serius kerana Maisarah tahu Sarimah hanyalah ingin meyakinkan dia untuk membantu menipu Azlan.

Maisarah tidak mahu menipu Azlan tetapi melihat keadaan Sarimah, dia goyah.

“Mak cik… boleh tak Mai fikirkan dulu pasal ni,” kata Maisarah dengan suara yang perlahan.

“Okay, okay. Mai ambil masa dan fikir perkara ni baik-baik. Mai jangan risau Azlan marah dekat Mai lepas ingatan dia pulih. Mak cik akan lindung Mai,” kata Sarimah. Matanya masih berair tetapi dia senyum ketika ini.

Walaupun Maisarah masih tidak bersetuju tetapi dia akan memikirkannya.

“...” Maisarah tidak berkata apa-apa. Dia mengangguk ke arah Sarimah dan turun melalui tangga kecemasan itu. Hatinya tidak tenang ketika ini.

Maisarah berjalan ke arah perhentian bas berdekatan dan dia mengeluh. Dia menggeleng kepalanya untuk cuba melupakan perkara ini tetapi fikirannya masih berfikir mengenai masalah ini.

Maisarah tiba di Kafe AZ dan sambung bekerja tetapi dia tidak dapat fokus. Fikirannya bermain-main mengenai bantuan yang diminta oleh Sarimah.

“Nak tolong Mak cik Sarimah tapi perbuatan ni salah. Tapi Mak cik Sarimah nampak desperate sangat. Dia menangis macam tu… kesian pulak,” Maisarah mengeluh.

‘Tapi kalau Encik Azlan jatuh cinta dekat aku…’ muka Maisarah menjadi merah dan dia menggeleng kepalanya dengan laju.

Maisarah menepuk kedua-dua pipinya untuk menyedarkan diri dia.

“Encik Azlan dah ada orang yang dia suka. Jangan bagi harapan dekat diri sendiri. Kau dah berjanji nak lupakan Encik Azlan. Dah berjanji untuk usaha lupakan dia,” Maisarah kuatkan diri.

Petang itu, Azura datang ke Kafe AZ. Seperti biasa, Azura datang berbual dan mengusik Maisarah.
Terutamanya selepas dia mengetahui keluarga Maisarah dan keluarga Azlan rapat.

“Kalau kau aktif sikit, kau boleh rampas Azlan dari perempuan tu, hehehe,” kata Azura.

Dia menambah, “keluarga korang memang tak ada masalah punya. Dah kenal dan rapat pulak tu. Senang je korang nak kahwin.”

Maisarah tidak mengendahkan kata-kata Azura sebelum ini tetapi setelah apa yang berlaku pagi itu, hatinya sangat goyah dengan kata-kata Azura.

Azura masih tidak mengetahui bahawa Azlan telah hilang ingatan.

“Kau pun boleh gunakan kemalangan ni untuk dapatkan markah kesian dari Azlan. Betul tu, Azlan bersimen dekat kaki dengan tangan, bila dia bangun nanti, dia tak boleh berjalan.”

“Kau jaga dia elok-elok, tolak kerusi roda dia, jaga makan dia, buatkan dia gembira bila dia stres duduk atas kerusi roda saja, aku yakin dia akan jatuh cinta dengan kau,” kata Azura dalam nada bersemangat mengusik.

“...” Maisarah tidak berkata apa-apa tetapi semua yang dikatakan oleh Azura itu bermain-main difikirannya.

“Kalau perempuan yang Azlan suka tu ada kat situ, kau boleh buatkan Azlan rasa dia lagi teruk dari kau dengan menunjukkan usaha yang lebih lagi.”

“Kau ni workaholic, aku yakin kalau kau usaha kau akan sentuh hati Azlan,” Azura tersengih. Dia seronok mempermainkan Maisarah.

“Hmm? Mai, kenapa kau senyap je? Selalunya kau ada respon jugak. Harini asal senyap je?” tanya Azura. Dia berasa bosan sedikit yang Maisarah tidak respon langsung dengan gurauan dia.

Selalunya Maisarah akan sekurang-kurangnya berkata ‘ok’, ‘hmm’, ‘er’ tetapi dia senyap sahaja kali ini.

“Tak ada apa. Aku tak ada mood sikit nak layan kau hari ini,” jawab Maisarah.

“Kenapa? Tangan kau sakit ke?” Azura menjadi risau.

“Tak ada lah. Ada benda tengah fikir sikit,” kata Maisarah sambil tersenyum.

“...Apa masalahnya? Cerita kat aku sikit. Mungkin aku boleh tolong,” kata Azura dengan penuh keyakinan.

Maisarah melihat ke arah Azura dan berfikir, ‘Agaknya apa yang Azura akan buat?’

“Hmm… Kalau ada famili yang minta tolong kau untuk buatkan anak diorang jatuh cinta dengan kau, kau akan tolong diorang tak? Terutamanya kau suka orang tu tapi orang tu dah ada orang lain,” tanya Maisarah.

Azura memandang muka Maisarah. Dia tersengih dan berkata, “Obviously aku akan terima. Keluarga dia dah bagi peluang dekat aku dan aku pun suka orang tu. Mestilah aku ambil peluang ni. Bukan senang nak dapat.”

“Aku dah dapat sokongan keluarga dia bermakna, diorang akan membantu aku untuk dapatkan orang tu. Peluang depan mata untuk dapat orang idaman kita,” sambung Azura.

Hati Maisarah ketika ini berdegup kuat. Fikirannya meletup ketika ini dan dia juga merasakan dia perlu mengambil peluang yang diberi.

“Berjaya atau tak lain cerita tetapi sekurang-kurangnya aku mencuba. Kalau berjaya, aku yang gembira. Kalau tak berjaya, sekurang-kurangnya aku tak akan kempunan dan menyesal sebab tidak mencuba,” kata Azura lagi.

Jantung Maisarah ketika ini berdegup dengan kencang. Dia tak nak menyesal yang dia tidak cuba untuk mendapatkan Azlan.

“Kalau kau diberi peluang macam ni ambil saja. Jangan fikir banyak-banyak,” kata Azura sambil tersenyum tetapi tiba-tiba mukanya serius.

“Tapi kalau Azlan target kau, aku akan jadi orang pertama untuk pisahkan korang,” Azura mendengus.

“...” Maisarah terdiam.

“Azlan sebabkan kau cedera macam ni. Ada hati dia nak kau, HEH!” Azura masih tidak berpuas hati dengan Azlan.

Terutamanya melihat Maisarah enggan ke hospital kerana tidak mahu meninggalkan Azlan ketika itu membuatkan Azura merasakan Azlan bukanlah untuk Maisarah.

“Mak Azlan suruh kau buatkan Azlan suka kat kau ke?” tanya Azura. Bukannya sukar untuk dia mencapai ke kesimpulan ini.

Keluarga Azlan satu-satunya keluarga yang sangat rapat dengan Maisarah ketika ini. Selain itu, Maisarah juga mempunyai perasaan terhadap Azlan.

“Tak ada lah. Aku ada tengok drama online dan saja je nak tengok jawapan kau,” kata Maisarah. Azura melihat Maisarah dengan penuh keraguan. Maisarah membuat muka yang biasa sahaja.

“No matter what, Azlan is NO, NO,” kata Azura dan Maisarah senyum sahaja.

Dua hari kemudian, Maisarah masih tidak memberikan keputusannya kepada Sarimah. Dia sebenarnya masih tidak pasti sama ada dia nak menolong atau tidak.

Dia ingin menolong kerana kesian dekat Sarimah dan pada masa yang sama, ingin mengambil peluang mencuba untuk mendapatkan hati Azlan.

Walaubagaimanapun, dia berasa serba salah untuk menipu Azlan dan dia juga tahu, ini perbuatan yang tidak bermoral.

Hatinya kata ‘YA’ tetapi fikirannya kata ‘TIDAK’.

Ketika dia sedang membuat kerja, dia mendapat panggilan dari Sarimah untuk berjumpa di sebuah restoran berdekatan ketika makan tengah hari.

Maisarah bersetuju. Dia menarik nafas panjang dan akan memberi keputusannya kepada Sarimah kali ini.

‘Aku akan tolak pelawaan ni,’ fikir Maisarah. Walaupun dia mahu menerima peluang ini, fikirannya yang rasional masih kuat dari hatinya.

Tibanya waktu rehat tengah hari dan Maisarah segera berjumpa Sarimah di restoran yang telah ditetapkan.

“Mai dah fikirkan apa yang kita bincangkan haritu?” kata Sarimah. Matanya berair dan dia kelihatan seperti hendak menangis. Dia kelihatan sangat-sangat memerlukan bantuan Maisarah.

Hati Maisarah ketika ini terusik dengan apa yang dilihat tetapi Maisarah masih menguatkan diri dan mahu menolak cadangan Sarimah.

“Mak cik, saya-” kata-kata Maisarah dipotong dan Sarimah berkata, “Azlan asyik tanya pasal Mai je dua hari ni. Dia nak sangat jumpa Mai.”

“!” Hati Maisarah berdegup kencang.

“Dia rindu dekat Maisarah!”

“!!!” Hati Maisarah berdegup kencang. Dia tahu ayat terakhir Sarimah itu kemungkinan besar satu penipuan tetapi dia tidak dapat menolak hatinya yang memberikan ilusi bahawa itu boleh terjadi satu hari nanti tetapi dia perlu mengambil peluang ini dan membantu Sarimah.

Maisarah masih ingin berkata ‘tidak’ tetapi hatinya yang memberi ilusi kebahagiaan itu dengan kuat menukar jawapan di mulutnya.

“Ya, saya setuju.”

hmm... Jawapan saya Tidak! Terima kasih dan Enjoy~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience