Bab 7 - Keputusan
Ambulans dan pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian. Maisarah diiring oleh pasukan penyelamat ke ambulans dan dibawa ke hospital berdekatan.
Disebabkan pasukan penyelamat telah tiba, Maisarah mudah meninggalkan tempat kejadian. Dia tidak menunggu di situ kerana pasukan penyelamat berada di situ untuk membantu Azlan.
Azura juga segera memandu keretanya mengikuti ambulans yang membawa Maisarah.
Operasi menyelamat Azlan juga berjalan lancar dan tidak mengambil masa yang lama. Azlan juga dihantar ke hospital yang sama dengan Maisarah.
Kecederaan Maisarah tidaklah sebesar mana. Tangan yang dihimpap tiang berat itu hanyalah mengalami tulang retak sahaja tanpa komplikasi yang lain.
Bagaimanapun, Maisarah mendapat luka yang agak besar dan menyebabkan dia kehilangan banyak darah.
Ketika Maisarah dirawat di unit kecemasan, Azura sentiasa berada di sisinya. Maisarah sangat berterima kasih di dalam hatinya dengan kelakuan Azura.
Pada masa yang sama, dia juga berasa serba salah mengenai pergaduhan kecil mereka tadi.
Selepas rawatan Maisarah selesai, dia dimasukkan ke wad untuk pemerhatian kerana Maisarah kehilangan banyak darah.
Azura membuat keputusan untuk tunggu bersama Maisarah di wad. Disebabkan Azura risau mengenai Maisarah, dia mengalihkan Maisarah ke wad VIP.
Wad VIP lebih selesa sedikit dan dia juga boleh tidur di situ untuk menjaga Maisarah.
“Zura, jangan cakap apa-apa dengan ibu ayah aku ye,” kata Maisarah.
Azura menjeling ke tangan Maisarah yang berbalut.
“Maksud aku waktu aku dekat wad ni. Aku tak nak diorang risau sangat,” sambung Maisarah.
“Ok,” jawab Azura.
Maisarah menelefon ibunya dan memberitahu yang dia akan tidur di rumah Azura. Mereka berasa pelik sikit tetapi selepas Maisarah mengatakan ayat-ayat yang lebih diyakini, mereka percaya.
Selain itu, Azura juga membantu dengan mengeluarkan suaranya ketika Maisarah berbual dengan ibunya.
Beberapa minit kemudian, Maisarah selesai memberitahu keluarganya. Dia meletakkan telefonnya dan memandang ke arah Azura.
“Kenapa?” tanya Azura kerana Maisarah tiba-tiba memandangnya tanpa berkata apa-apa.
“Erm…” Maisarah teragak-agak untuk mengatakannya.
“Macam mana keadaan Encik Azlan?” tanya Maisarah.
Azura menjeling ke arah Maisarah dan berkata, “Aku tak tahu. Aku tak tanya pun.” Azura tahu Maisarah risau mengenai Azlan dan dia mengeluh.
Azura masih marah dengan apa yang terjadi terutamanya Azlan penyebab Maisarah cedera dan Maisarah enggan ke hospital juga kerana Azlan.
Walaubagaimanapun, nyawa manusia lebih penting dari emosi dan perasaannya. Azura juga faham perasaan Maisarah terhadap Azlan, istimewa.
“Buat masa ni kau rehat dulu. Aku akan tolong tanyakan. Lepas kau bangun nanti, aku akan bagitahu apa yang jadi,” Azura meyakinkan Maisarah.
“Ok. Terima kasih,” Maisarah senyum.
“Terima kasih untuk apa?” Azura bertanya. Dia agak skeptikal dengan apa yang diterima kasih oleh Maisarah.
“Semua benda. Ramai yang berkata, bila kita susah baru kita tahu siapa rakan kita,” Maisarah senyum.
“Oh,” Azura berasa malu sedikit mendengar apa yang dikata Maisarah.
“Ok, ok. Cukup tu. Rehat, tidur. Jangan risau pasal Azlan, aku akan tolong tanyakan.”
Maisarah mengangguk dan lelapkan mata untuk tidur. Dia juga penat sepanjang hari ini kerana bekerja. Oleh itu, beberapa minit kemudian, Maisarah tidur dengan lena.
Azura memastikan Maisarah telah tidur sebelum dia keluar dari wad itu untuk bertanya mengenai Azlan. Azura berjalan ke arah bilik kecemasan.
Ketika tiba di bilik kecemasan itu, Azura melihat dua orang yang dikenali menunggu di ruang menunggu dengan rupa yang cemas, takut dan risau.
Azura mendekati mereka. “Assalamualaikum, Puan Sarimah, Tuan Johan,” salam Azura. Disebabkan status mereka yang berbeza dan mereka juga tidak rapat dengan satu sama lain, Azura memanggil mereka ‘Puan’ dan ‘Tuan’.
Sarimah dan Johan memandang ke arah Azura. Mata Sarimah merah dan berair manakala muka Johan kelihatan lebih tua sedikit. Azura tahu kedua-dua mereka sedang risau.
Mereka mengecam muka Azura tetapi tidak pasti mengenai identitinya yang sebenar.
“You ni anak Fadli kan?” tanya Sarimah dengan nada yang tidak pasti.
“Ya, saya,” Azura senyum. Dia mahu bertanya mengenai Azlan tetapi Sarimah berkata dahulu.
“Kenapa ada kat sini? Ada fa- siapa-siapa yang sakit ke kat sini?” tanya Sarimah. Hatinya ketika ini tidak tenang kerana risau dengan keadaan Azlan dan melihat seseorang yang dikenali berada di hospital juga, dia lebih risau.
“Er…” Azura tak tahu nak menjawab. Dia tidak boleh berkata, “Kawan saya cedera sebab Azlan,” selepas melihat keadaan Sarimah. Dia tidaklah sekejam itu.
“Saya tahu Encik Azlan kemalangan dan saya yang menelefon Tuan dan Puan,” kata Azura. Memang Azura yang memberitahu mereka bahawa Azlan terlibat dalam kemalangan.
Ketika Azura mengikuti ambulans yang membawa Maisarah ke hospital, dia menghubungi keluarga Azlan untuk memudahkan pengurusan Azlan di hospital nanti.
Dia risau rawatan Azlan akan tergendala sedikit ketika sedang mencari nombor telefon keluarga Azlan.
Oleh itu, ketika Azlan tiba di Unit Kecemasan, keluarga Azlan juga tiba tidak lama selepas itu.
“!!!” Sarimah dan Johan terkejut. Sarimah bangun dengan segera dan memegang tangan Azura sambil berkata, “Terima kasih tolong bagitahu saya pasal ni.”
“Em… takpa-takpa. Puan boleh duduk,” Azura berasa kekok ketika ini.
“Saya cuma tolong telefon sahaja tetapi kawan saya yang cuba membantu Encik Azlan,” jawab Azura sambil mula memasukkan maklumat mengenai Maisarah sedikit.
“Kawan…” kata Sarimah. Dia mahu menyebut nama Azura tetapi dia tidak tahu nama Azura.
“Saya Azura.”
“Kawan Azura yang bantu Azlan?” Sarimah bertanya.
“Ya tapi dia tak dapat membantu banyak pun sebab dia tiada ilmu perubatan. Dia agak risau mengenai keadaan Azlan dan mahu saya bertanya,” kata Azura.
“Ah… Azlan sekarang ni tengah menjalani pembedahan,” kata Sarimah.
“Dia bernasib baik sedikit kerana tiada organ penting dalam badan dia yang cedera. Beberapa tulang dia patah dan retak tetapi kecederaan dia yang paling teruk adalah dekat kepala,” kata Sarimah dengan air matanya bergelinang.
Azura teringat keadaan Azlan sebelum ini. Kepalanya dilumuri darah. Azura menarik nafas panjang.
Walaupun tiada organ dalaman yang cedera, kecederaan di kepala Azlan tidak kelihatan seperti cedera yang kecil.
Azura dan Sarimah terus berbual. Johan tidak berkata apa-apa. Dia senyap sahaja sepanjang perbualan Azura dan Sarimah.
Keadaan Sarimah juga semakin baik selepas berbual dengan Azura.
“Azura, saya nak jumpa kawan Azura. Saya nak ucapkan terima kasih. Doktor cakap kalau bukan sebab orang yang lalu lalang membantu tutup luka Azlan, keadaan dia akan jadi lebih teruk lagi,” kata Sarimah.
“Selepas pembedahan Azlan selesai atau esok, saya akan kenalkan,” kata Azura.
“Ok, ok,” Sarimah mengangguk. Azura meninggalkan nombor telefonnya kepada Sarimah untuk menelefonnya jika dia ingin berjumpa dengan Maisarah.
Azura berbual dengan Sarimah lagi untuk beberapa minit sebelum dia pulang ke wad Maisarah.
Masuk ke wad Maisarah, dia melihat seorang jururawat sedang memeriksa keadaan Maisarah.
“Nurse, kawan saya ok ke?” tanya Azura. Dia risau kerana jururawat tiba-tiba memeriksa Maisarah.
“Dia okay sahaja. Saya cuma datang untuk melihat keadaan dia sahaja. Routine Checkup,” kata jururawat itu sambil tersenyum.
“Oh~” Azura berasa lega. Selepas jururawat itu beredar, Azura duduk di sofa berdekatan dan mengambil nafas yang dalam.
“Macam mana Encik Azlan boleh kemalangan? Setahu aku dia bukan pemandu yang teruk. Sebab hujan ke?” Azura tertanya-tertanya.
Azura meggeleng kepala dan tidak mahu berfikir mengenai perkara ini lagi. Azura baring di sofa itu dan bermain telefon bimbitnya.
Beberapa minit kemudian, Azura berasa penat dan dia tidur di atas sofa itu.
Ahad, pagi.
Azura bangun dulu dari Maisarah. Disebabkan Maisarah cedera dan penat, dia bangun lebih lambat dari Azura.
Ketika Maisarah bangun, ianya telah jam 9 pagi. Pada masa yang sama, seorang jururawat berada di sebelah Maisarah memeriksa keadaannya.
Azura pula berdiri di hujung katil pesakit itu sambil memandang ke arah jururawat itu.
“Nurse, kawan saya ok?” tanya Azura.
“Nampaknya semua ok tapi lagi elok tunggu kata doktor,” kata jururawat itu sambil tersenyum.
“Terima kasih, nurse,” kata Maisarah. Jururawat itu beredar.
Maisarah memandang ke arah Azura. Mukanya seperti menunggu sesuatu dari Azura.
“Zura, macam mana dengan keadaan Encik Azlan?” tanya Maisarah.
Azura memandang sekilas terhadap Maisarah. Dia tidak berkata apa-apa tetapi pergi ke meja kecil berdekatan sofa itu dan membawa bungkusan makanan kepada Maisarah.
“Makan dulu baru aku cerita,” kata Azura.
Melihat ekspresi muka Azura yang tenang, Maisarah jangka yang keadaan Azlan baik. Walaubagimanapun, Maisarah masih risau dan resah dan ingin mendengar jawapan dari mulut Azura sendiri.
Disebabkan Azura menyuruh dia makan dahulu, Maisarah segera ingin menggunakan tanganya untuk makan tetapi menyedari tangan kanannya dah bersimen. Dia terpaksa makan dengan sudu menggunakan tangan kirinya.
“Zura, kau tak makan ke?” tanya Maisarah kerana hanya dia sahaja yang makan manakala Azura hanya melihat dia makan.
“Aku dah makan tadi,” jawab Azura dan menambah, “Makan perlahan-lahan. Jangan gocoh-gocoh.”
Sambil melihat Maisarah makan, Azura berkata, “Tak payah risau pasal Azlan lagi. Dia okay.”
Mata Maisarah bersinar dan mukanya yang risau tadi kini penuh dengan kelegaan.
“Pembedahan dia lancar dan berjaya. Dia tiada kecederaan terhadap organ-organ dalaman dia. Hanya terdapat beberapa tulang yang patah dan retak. Kepala dia yang cedera agak teruk sikit tapi doktor kata pembedahan kepala dia berjaya,” kata Azura.
Dia mendapat panggilan dari Sarimah selepas dia bangun dari tidur. Ini semua apa yang disampaikan olehnya kepada Azura.
“Keadaan dia stabil tapi dia masih tak sedarkan diri lagi. Aku tak dapat tengok dia sebab dia dekat ICU lagi,” kata Azura.
“Alhamdulillah,” mendengar Azlan selamat, Maisarah lega.
Dia tidak menjangka pertama kali dia sangat dekat dengan lelaki yang diminatinya ialah dalam situasi ini.
“Parents Azlan nak jumpa kau,” kata Azura.
“Ha? Kenapa diorang nak jumpa aku,” kata Maisarah.
“Aku cakap kat diorang kau tolong Azlan waktu kemalangan tu. Diorang nak ucapkan terima kasih,” kata Azura.
“Ok…” Maisarah bersetuju.
“Aku tak cakap dekat diorang pasal keadaan kau sebab keadaan malam tadi agak tak sesuai,” kata Azura.
“Aku rasa elok jangan cakap. Diorang mesti tengah risau pasal Encik Azlan. Elok jangan tambahkan beban diorang,” kata Maisarah.
Azura tidak berkata apa-apa. Dia hanya tenung muka Maisarah. Dia tidak berkata setuju atau tidak setuju tetapi di dalam hatinya, Azlan perlu memberi pampasan kepada Maisarah.
Keluarga Azlan kaya dan mereka mampu untuk memberi pampasan terhadap kecederaan Maisarah.
Lagi satu, lagi elok mereka tahu yang penyelamat (1%) Azlan juga merupakan mangsa dari kemalangan Azlan.
“Aku call diorang dan ajak dia jumpa kau dalam pukul 11, ok?” tanya Azura.
“Ok,” Maisarah mengangguk.
Enjoy~
Share this novel