Bab 1 - Maisarah Dan Azura
Matahari tengah hari menyinar dengan gagahnya di langit menyebabkan suhu ketika itu tinggi. Walaubagaimanapun, orang ramai masih bekerja kuat samada di dalam atau luar bangunan.
Tidak semuanya sedang bekerja kerana ketika ini ialah waktu berehat untuk kebanyakan orang. Hanya mereka yang bekerja di kedai makan dan restoran yang masih kuat bekerja.
Ramai orang berjalan di tepi jalan menuju ke kedai makan tetapi seorang wanita bertudung berjalan dengan kelajuan yang berbeza.
Wanita tersebut berjalan laju sambil memegang beberapa beg plastik besar menuju ke arah bangunan yang berdekatan.
Ramai orang yang melihat wanita itu kagum kerana dari pandangan mereka jelas terlihat beg-beg plastik tersebut berisi dengan sesuatu yang berat.
Wanita tersebut mengendahkan pandangan orang ramai dan apa yang bermain difikirannya ialah untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan segera.
‘Cepat! Cepat! Berat sangat ni!’ ayat ini bermain difikiran wanita itu.
Beberapa minit kemudian, wanita tersebut sampai ke destinasinya.
Ianya sebuah kafe berdekatan. Kafe ini mempunyai interior design yang moden yang mampu menarik perhatian golongan-golongan muda dan berkerjaya.
Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran remaja-remaja dan golongan 20-an yang sedang berada di dalam kafe tersebut
Wanita tersebut masuk ke kafe itu dan udara sejuk dari penghawa dingin milik kafe tersebut membadainya.
Wanita tersebut senyum kerana dia akhirnya sampai ke destinasinya. Udara sejuk penghawa dingin itu mengurangkan keletihannya sedikit.
Seorang pekerja di dalam kafe tersebut ternampak wanita itu dan terkejut selepas melihat beg-beg plastik yang dijinjing.
“Kak Mai!” Firdaus segera membantu ‘Kak Mai’ mengangkat beg-beg plastik tersebut.
“Kenapa Kak Mai tak call suruh ambik buah-buah ni?” Firdaus bertanya.
Beg-beg plastik tersebut penuh dengan buah-buahan.
“Kereta akak rosak kat hujung jalan tu. Kita urgent nak buah ni kan, so, akak bawak sikit dulu. Kalau tunggu korang kang, akan ambik banyak masa. Nanti banyak order tak jalan,” jawab ‘Kak Mai’ sambil menarik nafas panjang.
“Ambik kunci kereta akak dan bawak dua tiga orang pegi ambik buah-buah yang lain,” kata ‘Kak Mai’.
“Okay,” Firdaus mengangguk dan bawa buah-buahan yang ada ke dapur. ‘Kak Mai’ juga segera menuju ke dapur untuk membantu.
2:00 petang.
Waktu ‘rush hour’ berlalu. Selain daripada masalah kekurangan buah-buahan, perniagaan kafe ini berjalan dengan lancar.
Memandangkan keadaan kafe ini stabil, ‘Kak Mai’ pergi ke pejabat kecil di sebelah dapur kafe itu.
‘Kak Mai’ atau nama penuhnya Maisarah merupakan Manager kafe itu. Pemilik Kafe AZ ialah sahabat karib Maisarah, Azura.
Maisarah dan Azura menjadi sahabat semenjak sekolah menengah. Mereka duduk bersebelahan di dalam kelas dan semenjak itu, mereka menjadi rapat.
Maisarah berasal daripada keluarga yang biasa sahaja manakala, Azura berasal daripada keluarga yang berada.
Walaupun keluarga mereka mempunyai status yang berbeza, ianya tidak menjadi penghalang untuk mereka mejadi rapat.
Keluarga Azura mempunyai syarikat sendiri dan ianya antara syarikat yang popular di Malaysia. Selepas Maisarah dan Azura tamat pengajian di Universiti, Azura terus bekerja di syarikat keluarganya.
Azura mengajak Maisarah bekerja di syarikat itu tetapi Maisarah menolak pelawaan itu.
Walaupun hubungan mereka baik, tetapi Maisarah berasa seperti dia mengambil kesempatan jika dia menerima pelawaan tersebut.
Biarpun begitu, disebabkan Maisarah seorang yang sangat pemalu, dia gagal untuk mendapat pekerjaan yang stabil.
Azura segera berfikir cara untuk membantu Maisarah tanpa pengetahuannya. Azura senyap-senyap membuka Kafe AZ dan beri isyarat kepada Maisarah untuk memohon bekerja di situ.
Maisarah mencuba dan berjaya menjadi Manager di Kafe AZ, tidak mengetahui bahawa ianya adalah milik Azura.
Dua bulan selepas bekerja di Kafe AZ, Maisarah mengetahui rahsia ini. Maisarah mengambil keputusan untuk terus bekerja di situ kerana Azura berkata yang dia terlalu sibuk untuk menjaga Kafe AZ.
‘Tok, tok’ seseorang mengetuk pintu pejabat Maisarah.
“Masuk,” jawab Maisarah.
“Mai~” suara yang biasa didengar Maisarah muncul.
Maisarah memandang ke arah pintu tersebut dan kepala Azura meninjau ke dalam pejabat itu sambil tersenyum.
“Sibuk ke?” Azura bertanya sambil tersenyum.
“Cuba teka,” jawab Maisarah sambil menaip sesuatu di komputer.
“Ow~” Azura mencebik bibirnya.
“Masuklah. Buat ape berdiri kat pintu tu,” kata Maisarah.
“Ok, ok,” Azura masuk dan duduk di kerusi di hadapan Maisarah.
“Kau tak keje ke harini?” tanya Maisarah tetapi tangannya masih menaip laju di keyboard komputer itu.
“Keje tapi ada masalah sikit, so, aku singgah sini nak mintak pendapat kau,” jawab Azura.
“Err… Apelah nasihat yang aku boleh bagi kau pasal kerja kau? Kerja kita takde kaitan pun,” jawab Maisarah.
Walaupun Azura membuka Kafe AZ, perniagaan kafe ini tiada kaitan dengan perniagaan keluarga Azura.
“Aku jamin kau boleh tolong selesaikan masalah aku ni,” Azura senyum penuh keyakinan.
Maisarah berhenti menaip dan memandang Azura dengan penuh syak wasangka. Dia merasakan bahawa ‘masalah’ ini mungkin bukan masalah yang penting pun.
“Jangan pandang aku macam tu. Aku serius ni. Bukan main-main tau. Masalah ni penting sangat. Aku tak tipu,” Azura segera menafikan apa yang terlintas di fikiran Maisarah selepas melihat pandangan penuh syak wasangka itu.
“Ye ye ee je,” Maisarah masih tidak percaya dengan apa yang Azura katakan. Dia sudah kenal Azura dari zaman sekolah lagi. Dia sudah faham sangat dengan perangai sahabat karibnya.
“Serius,” Azura tunjuk muka serius. Matanya memandang mata Maisarah penuh keyakinan.
Maisarah mengambil thermos dari atas meja sambil memandang Azura.
“So, apa masalah kau,” Maisarah membuka thermos itu.
“Ingat tak aku ada cerita kat kau sebelum ni pasal sorang mamat kat tempat kerja aku,” Azura membuka ceritanya dengan ayat ini.
“... Err, yang mana satu? Kau banyak sangat tak puas hati dengan rakan sekerja kau,” Maisarah keliru sebab Azura banyak sangat bercerita mengenai tempat kerja dia termasuk semua orang yang bekerja di situ.
“Alah, mamat pembantu direktor bawah abang aku tu,” Jawab Azura. Azura ada seorang abang dan seorang kakak. Dia merupakan anak bongsu.
Abang Azura akan mengambil alih syarikat keluarga Azura selepas ayah Azura bersara. Dia memegang jawatan yang tinggi di syarikat itu.
Sebaliknya, Azura hanya mendapat jawatan yang lebih rendah berbanding abangnya tetapi ianya masih jawatan yang agak tinggi berbanding pekerja biasa.
“Ooo, aku ingat. So, apa masalah yang dia buat kat kau?” tanya Maisarah sambil menghirup air teh dari dalam thermos tersebut.
“Aku rasa kan, mamat Danial tu suka kat aku,” kata Azura dengan senyuman penuh kegembiraan dan keyakinan.
“Uhuk, uhuk!” Maisarah tersedak selepas mendengar ‘masalah’ Azura. Dia melihat Azura, terkedu.
“Mai, minum perlahan-lahan. Kan dah tersedak,” Azura risau selepas melihat Maisarah tersedak.
“...” Maisarah tidak tahu apa respon yang hendak diberi kepada Azura.
“So, sambung dari tadi. Aku yakin yang Danial suka kat aku. Obvious sangat, hehehe,” Azura tersengih.
“Um, kenapa tiba-tiba kau yakin dia suka kat kau? Sebelum ni kau merungut yang dia asyik nak cari masalah je dengan kau,” tanya Maisarah.
“Semuanya mula dari minggu lepas,” Azura mula bercerita.
“Waktu tu, aku pegi cek shooting advertisement yang syarikat aku tengah buat. Masa tengah sibuk-sibuk cek shooting tu, aku rasa haus.”
“Dia tiba-tiba ada kat sebelah aku and bagi aku air kopi.”
“Aku terkejut giler time tu. Tak pernah-pernah dia buat baik dengan aku tiba-tiba bagi kopi kat aku.”
“Waktu tu aku syak jugak yang mungkin dia ada ubuh bukan-bukan dalam kopi tu so, aku tak minum kopi tu.”
“Next day, dia bagi aku kopi lagi and kali ni kopi yang aku suka pulak tu. Aku rasa pelik betul terutamanya, department dia takde kena mengena dengan shooting tu.”
“Dia tak sepatutnya ada kat location tu.”
“So, kau minum kopi tu?” tanya Maisarah.
“Sebab tu kopi kegemaran aku and aku pun tengah haus, so, aku minum je,” Azura senyum tersipu-sipu.
“...” Maisarah, “Lepas tu?”
“Dia ada bagi aku hadiah and then, semalam, dia bagi aku bunga ros.”
“!” Maisarah terkejut. Kalau kopi sahaja, mungkin dia cuma nak buat baik tapi ada hadiah dan bunga.
“Walaupun sekuntum je rosnya, yang penting aku boleh rasa niat dia.”
“... sekuntum je? Mungkin lebihan dari somewhere kot,” Maisarah memberitahu keraguan dia.
“Eyy~ takkanlah lebihan bunga bagi kat aku. Sekuntum je pulak tu. Lagi satu, dia bukan sekuntum boleng je, ros tu balut cantik.”
“... So, ape yang dia cakap waktu bagi ros tu?”
“Nah, aku taknak membazir,” jawab Azura.
“...” Maisarah tak terkata. “Aku rasa dia tak suka kat kau.”
“Kenapa pulak?” tanya Azura dan dia menyambung, “Sebab ayat tu ke? Aku pun rasa camtu mula-mula tapi malam tadi aku ada tertengok satu anime ni and then, semuanya terjawab.”
“???” Maisarah keliru.
“Kau tahu tak dalam anime ade satu term namanya ‘Tsundere’. ‘Tsundere’ ni satu kelakuan di mana orang tu layan someone tu dengan keras tapi sebenarnya dia suka kat orang tu. Aku rasa Danial ni ‘Tsundere’” jawab Azura penuh keyakinan.
“So, dia selalu cari masalah dengan kau sebab dia suka kat kau?” tanya Maisarah.
“Ya.”
“So, aku rasa Danial ni takdelah teruk sangat. Muka pun boleh tahan. Perangai tu mungkin sebab dia nak tolong aku, so, dia serius sikit dengan aku,” kata Azura sambil tersenyum.
Maisarah pandang Azura penuh kerisauan.
“So, aku nak confess kat dia. Kau rasa ok tak?” tanya Azura.
Salam semua. Cubaan pertama saya menulis novel melayu. Selalunya saya menulis novel dalam english. Sebab dah lama tak tulis dalam melayu, agak rusty sikit dan berjam-jam nak tulis satu chapter ni. Kalau ada ayat2 yang salah, boleh komen and saya akan betulkan nanti.
Share this novel
if creamy rasa nk berbual atau mengadu ke nk minta tolong ke boleh Wasap Che da ok. Num +..0.1.1.1.5.6.3.4.2.8.2.buang semua titik