Bab 10 - Memori
Maisarah dan Sarimah berdiri di hujung katil Azlan melihat doktor-doktor memeriksa dia. Azlan telah sedar tetapi dia masih lemah.
‘Mustahil sebab aku Encik Azlan sedar dari koma,’ fikir Maisarah. Hatinya berdegup lagu memikirkan apa yang terjadi sebentar tadi.
Maisarah tahu yang semuanya kebetulan sahaja. Keadaan Azlan semakin baik dan dia memang menunjukkan tanda-tanda untuk sedar.
Sarimah pula tidak memikirkan langsung mengenai apa yang terjadi tadi. Mindanya fokus terhadap Azlan dan tidak sabar untuk mengetahui keadaan Azlan.
Ketika doktor sedang memeriksa keadaan Azlan, mata Azlan merenung ke arah jam digital di rak kecil bersebelahannya.
Jam digital itu memaparkan waktu dan tarikh ketika itu. Melihat jam digital itu, dahi Azlan berkerut.
Doktor itu menyedari reaksi Azlan dan bertanya, “Encik Azlan, ada apa-apa yang tak kena ke?”
Azlan memandang ke arah doktor itu dan berkata dengan suara yang dalamnya, “Tak ada apa, cuma saya nampak jam atas rak tu tak betul sikit.”
Doktor itu melihat jam tersebut dan mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengecek waktu di jamnya juga.
Selepas memeriksa waktu di jamnya, doktor itu melihat ke arah Azlan semula dan bertanya, “Boleh saya tahu apa yang tak betul dekat jam tu?”
Azlan melihat semula ke arah doktor itu, mukanya serius. “…” Azlan diam sebentar dan berkata, “Tarikhnya salah.”
“Encik Azlan rasa apa tarikh hari ni?” tanya doktor itu lagi.
“...” Azlan diam sebentar dan berkata, “Jam tu cepat 5 bulan.”
Mendengar jawapan Azlan, Sarimah dan Maisarah terkejut tetapi doktor itu telah menjangkakannya.
Doktor itu terus bertanya soalan dan dari soalan-soalan itu, Sarimah dan Maisarah tahu doktor itu mahu mengesahkan berapa banyak ingatanya yang terjejas.
Selepas habis bertanya doktor itu mengesahkan yang Azlan mengalamai Partial Amnesia. Situasi dia tidak teruk kerana dia hanya kehilangan beberapa bulan memori sahaja.
Memori yang hilang itu akan muncul semula sedikit demi sedikit. Buat masa ini, Azlan akan melakukan pemeriksaan otak untuk memastikan memorinya hilang bukan sebab terdapat masalah di otaknya.
Doktor itu juga akan melakukan ujian yang lebih mendalam selepas keadaan Azlan menjadi semakin baik.
Azlan mendengar semua yang dikatakan doktor itu. Maisarah ingin keluar dari wad itu kerana dia bukannya keluarga Azlan tetapi Sarimah memegang kuat tangannya. Oleh itu, Maisarah terpaksa duduk di situ mendengar keputusan doktor.
Selepas doktor itu menerangkan keadaan Azlan, dia meninggalkan wad VIP itu.
“Azlan!” Sarimah menangis sambil melihat Azlan. Ianya tangisan gembira kerana Azlan telah sedar dan juga risau kerana Azlan kehilangan memorinya.
Sarimah ingin tahu kenapa Azlan boleh kemalangan kerana dia tahu Azlan bukannya pemandu yang cuai tetapi Azlan telah kehilangan beberapa bulan memori.
“Mak tak payah risau, saya ok sahaja,” kata Azlan cuba menenangkan Sarimah.
“Azlan pun jangan fikir-fikir sangat. Buat masa ni, Azlan rehat banyak-banyak. Cepat-cepat elok. Jangan cuba nak ingatkan memori Azlan yang hilang tu. Doktor cakap ianya akan balik sendiri perlahan-lahan,” kata Sarimah.
“Azlan tak risau pasal memori yang hilang ni pun. Ianya hanya memori beberapa bulan lepas sahaja. Kalau bertahun-tahun tu mungkin Azlan nak tahu tapi memori yang hilang ni untuk beberapa bulan sahaja,” kata Azlan dengan tenang.
Kehidupannya sangat monotonous. Azlan merupakan seorang yang sangat teguh mengikut apa yang telah dirancang. Dia ada jadualnya yang sendiri dan mengikutnya hampir 100%.
Oleh itu, pada pendapat Azlan, tiada apa yang berlainan pun di dalam memorinya yang hilang.
Mungkin memori mengenai kerjanya sangat penting tetapi semua perkara yang berkaitan kerjanya ada direkodkan.
Oleh itu, Azlan boleh mendapatkan maklumat mengenai pekerjaannya melalui rekod-rekod yang ada.
“Emm… ok, ok. Ambil masa Azlan. Walaupun memori tu tak penting tapi ianya masih lagi sebahagian hidup Azlan. Kalau boleh mak tak nak Azlan hilang memori ni selama-lamanya tapi jangan rush,” kata Sarimah.
Azlan setuju dan matanya tiba-tiba memandang ke arah Maisarah. Azlan telah lama sedar kehadiran Maisarah di dalam wad itu tetapi dia sibuk dengan doktor dan Sarimah dan langsung mengendahkan Maisarah.
Mata Maisarah bertemu mata Azlan. Dia berasa jantungnya berdegup laju dan pipinya menjadi merah.
Mata Azlan yang memandangnya kali ini berbeza dengan pandangan-pandangan yang lain.
Sebelum ini, setiap kali mereka berjumpa di kafe AZ, pandangan Azlan terhadapnya selalunya tanpa sebarang emosi. Ianya pandangan antara penjual dan pelanggan.
Azura pernah bercerita mengenai Azlan kepada Maisarah dan dari ceritanya, Azlan selalu melihat seseorang dengan pandangan yang serius dan sejuk.
Maisarah dan staf-stafnya tidak pernah menerima pandang serius dan sejuk yang diungkapkan oleh Azura. Ianya sentiasa pandangan tanpa emosi.
Maisarah dan Azura membuat jawapan sendiri bahawa Azlan hanya memberikan pandangan yang serius dan sejuk itu kepada orang yang dikenalinya…
Azura pun sebenarnya tidak rapat dengan Azlan. Oleh itu, Maisarah menganggap semua yang dikatakan Azura tidak boleh diterima sepenuhnya.
Pandangan Azlan ketika ini bukanlah tanpa emosi atau serius dan sejuk. Ianya pandangan yang agak lembut.
Ianya pandangan paling lembut Maisarah pernah terima dari Azlan. Bukannya pandangan tanpa emosi yang selalu diterimanya.
Oleh itu, hati Maisarah ketika ini gembira, resah, dan sebagainya. Jantungnya berdegup laju dan tekanan darahnya naik tanpa disedari menyebabkan mukanya menjadi merah.
“Ini…” kata Azlan sambil memandang ke arah Maisarah.
Suaranya kali ini tidak berbunyi serius. Ianya bukan dalam nada yang sama ketika berbual dengan doktor tadi (serius). Juga bukan dalam nada tanpa emosi yang selalu digunakan ketika memberi order di Kafe AZ.
Nadanya agak lembut sedikit sama tahap dengan pandangannya tetapi tidaklah selembut ketika dia berbual dengan Sarimah.
Maisarah ingin mengenalkan dirinya tetapi ketika ini hatinya ‘gundah-gelana’ kerana pandangan dan nada suara yang Azlan gunakan terhadapnya.
Oleh itu, mulut Maisarah tergerak-gerak untuk menegenalkan dirinya tetapi suaranya tidak keluar.
Maisarah ketika ini mengalami banyak perasaan yang berbeza dan dua perasaan yang sedang dialaminya ialah malu dan gembira.
Dia berasa malu untuk berkata sesuatu terhadap Azlan tetapi pada masa yang sama gembira dan tidak sabar untuk memperkenalkan dirinya.
Ini pertama kali Maisarah ingin memperkenalkan diri terhadap Azlan. Dia sangat gemuruh. Ini juga merupakan situasi yang bersejarah untuk Maisarah kerana dia akan memperkenalkan diri terhadap cinta pertama dia.
Untuk seseorang yang pemalu seperti Maisarah, perkara ini sangat penting.
Tiba-tiba Sarimah berdiri di sebelah Maisarah dan memegang kuat tangan Maisarah.
“???” Maisarah memandang ke arah Sarimah dan berasa keliru dengan tindakannya.
Sarimah memandang ke arah Maisarah sambil tersenyum manis dan membuatkan Maisarah lebih keliru.
“Azlan, ini Maisarah,” Sarimah tolong memperkenalkan Maisarah sambil tersenyum.
“Sebab Azlan hilang ingatan, mungkin Azlan tak ingat siapa Maisarah ni,” sambung Sarimah sambil tersenyum manis.
Azlan memandang ke arah Sarimah dengan pandangan yang penuh persoalan. Walaupun dia tidak kisah kehilangan beberapa bulan memori, tetapi kali ini, selepas melihat ekspresi muka Sarimah yang tersenyum manis dan gembira, dia ingin tahu identiti Maisarah.
“Maisarah ni teman wanita Azlan,” Sarimah senyum gembira.
“!!!!!!!!!!!!” Maisarah sangat terkejut dan memandang ke arah Sarimah.
“???????” Azlan pula keliru. Matanya berkelip-kelip kerana tidak menjangkakan jawapan ini.
Sarimah menyambung, “Waktu Azlan kemalangan, Maisarah ada di sisi Azlan. Maisarah cedera di tangannya tetapi Azlan cedera lagi teruk dari dia,” jelas Sarimah.
Azlan dan Maisarah memandang ke arah tangan Maisarah yang bersimen dan tergantung di lehernya. Terdapat juga tandangan dan lukisan di cast tangan Maisarah, karya Azura dan Zain.
Azlan dan Maisarah memandang satu sama lain. Muka Maisarah masih merah ketika ini.
Maisarah tidak tahu kenapa Sarimah berbuat begini dan ingin memberitahu perkara sebenar tetapi disebabkan dia gemuruh dan pemalu, suaranya tidak terkeluar.
“Tengoklah dia gembira sangat Azlan dah sedarkan sampai tak terkeluar suara dia,” tambah Sarimah lagi.
“Sebab Maisarah risau mengenai Azlan, dia selalu datang melawat.”
“Saya-” Maisarah berjaya menenangkan diri dan mendapat keberanian sedikit untuk berkata sesuatu tetapi dia tiba-tiba merasakan Sarimah menepuk belakangnya dengan perlahan.
Selain itu, Sarimah juga mengetatkan tangannya yang memegang tangan Maisarah.
Maisarah dan Sarimah memandang satu sama lain. Sarimah masih tersenyum manis tetapi matanya memberi isyarat kepada Maisarah.
Ianya mata yang meminta bantuan.
“Mai tengah sibuk bekerja tapi dia masih datang melawat Azlan,” kata Sarimah sambil memandang muka Maisarah.
“Teman wanita Azlan?” tanya Azlan. Mukanya terkejut dan keliru ketika ini.
Sarimah memandang ke arah Azlan dan berkata, “Azlan yang kenalkan Mai dekat mak dan ayah. Dah tiga bulan dah Azlan dating dengan Mai.”
“...” Azlan tidak tahu untuk berkata apa-apa. Dia memandang ke arah Maisarah dan tidak berkata apa-apa. Dia melihat muka Maisarah yang merah ketika ini.
Mereka semua senyap ketika ini.
Maisarah masih tertanya-tanya sebab Sarimah berbuat begini.
Sarimah pula berharap sangat-sangat Azlan percaya penipuan ini.
Azlan pula merenung muka Maisarah sambil memikirkan sesuatu.
“Saya minta maaf… Maisarah. Saya tiada memori mengenai cinta kita dan saya akan cuba yang terbaik untuk dapatkan memori saya yang hilang,” kata Azlan dengan suara yang lembut.
Maisarah sangat terkejut dan Sarimah sangat gembira.
Maisarah tidak berkata apa-apa dan dia memandang ke arah lantai wad itu. Azlan dapat melihat muka Maisarah yang masih merah memandang ke arah lantai.
“Saya tahu awak kecewa tapi saya akan cuba yang terbaik,” kata Azlan. Maisarah masih memandang ke arah lantai.
Sarimah berkata, “Azlan rehatlah. Mai pun nak kena pergi kerja balik. Mak pun nak jumpa doktor untuk bincangkan rawatan Azlan selepas ini.”
Azlan mengangguk tetapi dia masih memandang ke arah Maisarah. Matanya tidak lari dari arah Maisarah.
Sarimah menarik Maisarah dan mereka keluar dari wad Azlan.
“Nampaknya memori aku yang hilang ni bukannya memori yang tak penting. Aku kena usaha sikit,” kata Azlan.
Dia tidak mempercayai sepenuhnya apa yang dikatakan oleh Sarimah tetapi banyak benda yang dia dapat lihat mengatakan yang semuanya benar.
“Reaksi Maisarah, tangan dia yang bersimen dan juga…” Azlan melihat ke arah jam digital itu dan melihat refleksi mukanya melalui cermin jam itu.
“Ha~…” Azlan mengeluh dan memandang ke arah syiling wad itu semula. Selepas memandang beberapa saat, Azlan menutup matanya dan cuba tidur.
Untuk dramatized certain part dalam novel ni, ade benda yang agak exaggerate sikit so, harap semua pembaca faham =D Terima Kasih dan enjoy
Share this novel