Bab 5 - Tak Dijangka

Romance Series 3834

Bab 5 - Tak Dijangka

“Ibu dengan ayah rapat ke dengan Mak Cik Sarimah dan Pak Cik Johan?” tanya Maisarah.

“Rapat sangat. Kitorang bukan satu sekolah je tapi satu kampung,” jawab Maimunah sambil tersenyum.

“Dulu selalu main tepi sawah sama-sama, main lumpur, mandi sungai. Semua benda yang boleh dibuat main dekat kampung dulu semua kitorang main,” Maimunah senyum sambil teringat masa zaman budak-budak dulu.

“Tapi lepas sekolah, semua ambil laluan masing-masing. Ibu dengan ayah kau sambung belajar dalam Malaysia je tapi diorang sambung belajar luar negara.”

“Keluarga diorang pun pindah tempat lain masa tu jadi, kitorang pun putus talian. Dah lebih kurang 30 tahun kitorang tak berjumpa,” Maimunah senyum sebab dia gembira dapat berjumpa rakan karibnya ketika muda dahulu.

“Tak sangka sekarang ni diorang betul-betul jadi kaya dan tak sangka juga diorang kahwin satu sama lain,” sambung Maimunah.

“Waktu budak-budak dulu, Sarimah dengan Johan asyik bertengkar je. Haha, tu yang tak sangka diorang dah kahwin,” tambah Kamal.

“Ibu dengan Ayah bukan macam tu ke?” tanya Maisarah.

“Ayah dulu memang dah suka dekat ibu kau. Semua orang tahu. Lepas habis sekolah, kitorang dah jadi pasangan. Lepas habis sambung belajar, kitorang terus kahwin,” jawab Kamal.

“Ooo~ tapi macam mana boleh jumpa diorang balik. Kata dah terputus talian?” tanya Maisarah, pelik.

“Kitorang terjumpa masa pergi makan tengah hari dekat food court Giant. Ibu dengan Ayah tak cam diorang tapi diorang yang cam kitorang dulu,” kata Kamal.

“Hmm?” Kamal menyedari sesuatu. “Mai,mana kereta?” Hanya kereta milik Kamal berada di tempat parkir itu. Dia ingatkan Maisarah parking di tempat lain tapi dia tidak dapat nampak kedudukannya di mana-mana pun.

“Kereta Mai rosak tengah hari tadi,” jawab Mai dan dia menyambung, “Abang Zain cakap akan ambil masa sekurang-kurangnya seminggu, mungkin dua minggu jugak.”

“...Kereta Mai asyik rosak je, beli je lah kereta baru. Kalau tak mampu, beli motor. Motor lagi murah sikit,” Kamal memberi pendapatnya.

“Bahayalah kalau naik motor. Kalau Mai tak cukup duit, mintak dekat ibu,” kata Maimunah. Dia tidak mahu Maisarah menunggang motosikal.

“Rasanya Mai akan beli kereta baru je. Mai ada simpan duit dan rasanya sekarang ni kerja Mai dah stabil so, lagi mudah nak buat loan,” jawab Maisarah.

“Kalau ada apa-apa bagitahu ibu tau,” Maimunah risau.

Azan Maghrib berkumandang dan mereka beransur untuk menunaikannya.

***

Sabtu.

Hampir seminggu telah berlalu semenjak kereta Maisarah rosak. Sepanjang minggu ini, Maisarah menggunakan perkhidmatan Grab atau bas berulang-alik dari rumah ke Kafe AZ.

Sebuah kereta Honda berwarna biru sedang berjalan laju di atas jalan raya. Di dalamnya terdapat dua orang wanita, Maisarah dan Azura.

Maisarah berpakaian bersih dengan baju blouse longgar biru, seluar longgar berwarna putih dan bertudung.

Azura pula berpakaian businesswoman dengan kot hitam dan bertudung.

“Aku nak pergi cek kereta aku je. Tak payah kau susah-susah nak hantar pun,” kata Maisarah.

“Aku free. Tak yah risaulah. Aku pun boring asyik duduk dalam pejabat je so, keluar jalan-jalan macam ni dapat legakan hati aku sikit,” kata Azura sambil tersenyum.

“Jangan risau pasal kerja aku. Walaupun aku ni nampak macam tak bertanggungjawab dengan kerja aku, sebenarnya aku ni rajin tau,” kata Azura.

“...” Maisarah tenung muka Azura tidak mempercayai apa yang dikatanya.

“Betul! Aku tak tipulah,” tambah Azura. Maisarah menggeleng kepala.

“Aku memang macam tu sebelum ni tapi aku dah berubah sekarang,” tambah Azura lagi.

“Kau tahu kan si Danial tu sukakan orang yang rajin dan buat kerja betul-betul, so, aku dah berubah,” kata Azura.

“So, lepas kau berubah ada perkembangan baru ke?” tanya Maisarah.

“Em… belum ada lagi tapi benda ni ambik masa sikit. Takkanlah harini aku jadi baik esok orang baik dengan aku,” kata Azura.

“Abis tu kau keluar time kerja ni nanti buruklah balik imej kau,” kata Maisarah.

“Aku memang free sekarang ni. Hari ni pun Sabtu. Lagi satu, aku anak boss besar, so, diorang takkan mengata apa-apa pun,” kata Azura dengan penuh keyakinan.

“...” Maisarah tenung ke muka Azura lagi tak terkata. Dia menggeleng kepala dan tertanya-tanya kenapalah fikiran rakannya pelik dari orang lain?

“Tapi semalam ada perkembangan baru dengan Danial. Dia bagi aku kopi lagi!” Azura teruja.

“Lepas tu dia tak layan aku seteruk sebelum ni. Aku memang rasa dia suka kat aku,” tambah Azura. Maisarah mendengar sahaja tanpa sebarang komen.

Beberapa minit kemudian, Maisarah dan Azura tiba di bengkel Zain. Nama bengkelnya pun mudah, Bengkel Zain.

Bengkel Zain sangat besar dan dia juga mempunyai ramai pekerja. Kereta-kereta yang dibaiki bukan sahaja kereta-kereta komersial yang boleh dijumpai selalu, tetapi juga kereta-kereta import, sports dan mahal.

“Setiap kali aku datang sini, aku tertanya-tanya macam manalah Abang Zain boleh buat bisnesnya sampai ke tahap ni,” kata Azura.

“Dia rajin dan inilah hasilnya,” kata Maisarah sambil tersenyum dan menambah, “Kalau kau rajin macam dia, kau pun boleh buat banyak untung untuk syarikat keluarga kau.”

“Keluarga aku dah kaya dan abang dengan kakak aku dah usaha kuat bawak lagi banyak keuntungan,” jawab Azura.

Mereka terus berbual sambil berjalan ke bengkel itu. Mereka dapat melihat Zain sedang sibuk membaiki kereta pelanggan lain.

“Abang Zain,” panggil Maisarah.

“Hmm? Mai,” jawab Zain dan menambah, “Zura pun ada?” suara dia agak tinggi sedikit ketika memanggil nama Azura.

“Kereta Zura pun rosak ke? Abang boleh tengokkan,” kata Zain sambil tersenyum.

“Saya datang teman Mai sahaja. Kereta saya ok sahaja,” jawab Azura.

“Tak kerja ke?” tanya Zain sebab sekarang ini waktu office hour.

“...” Azura terdiam dan bibirnya menggigil sedikit. Maisarah menahan untuk tergelak.

“Hari ni hari Sabtu, so tak banyak kerja. Saya tengah free so, datang nak temankan Mai,” jawab Azura.

“Ooo~,” Zain mengangguk dan menambah, “Jangan ponteng-ponteng kerja. Nanti orang mengata walaupun tu company keluarga Zura.”

Zain berniat baik berkata begitu. Walaupun dia baru mengenali Azura, Zain memang selalu memberi nasihat seperti ini. Maisarah selalu mendapat banyak nasihat dari Zain.

Walaubagaimanapun, Azura berasa panas hati masa ini. Dia menarik nafas panjang untuk menenangkan diri.

Maisarah masih berusaha kuat menahan gelak manakala Zain berasa keliru dengan tindakan Azura.

“Terima kasih Abang Zain untuk nasihat ni,” Azura senyum.

“Ok, Mai, jom abang tunjukkan kereta Mai,” Zain mengiringi Maisarah dan Azura ke kereta Wira lama itu.

Selepas itu, Zain menerangkan apa yang rosak dan apa yang perlu dibetulkan kepada Maisarah. Azura pula masih lagi terfikir apa yang dikatakan oleh Zain tadi.

Selepas Zain selesai menerangkan perkara yang rasmi, mereka berbual mengenai perkara lain seketika.

Disebabkan mood Azura tidak baik, dia hanya mendengar sahaja perbualan mereka dari tepi. Kadang-kala, Zain akan cuba memasukkan Azura di dalam perbualan mereka tetapi Azura hanya berkata sepatah dan selepas itu dia diam.

“Mai dengan Zura dah makan tengah hari?” tanya Zain.

“Dah pukul 3, mestilah dah makan,” jawab Azura.

“Abang Zain tak makan lagi ke?” tanya Maisarah.

“Abang dah makan dah. Saja je tanya,” Zain senyum.

‘Tak pernah-pernah Abang Zain ajak makan masa kerja macam ni…’ fikir Maisarah dan dia terlihat sesuatu dari pandangan Zain.

Maisarah memandang ke arah Azura dan pandang semula dekat Zain. Maisarah senyap.

‘Ini urusan Abang Zain. Apa-apa aku elok tak masuk campur,’ fikir Maisarah.

“Mungkin tak dapat makan tengah hari tapi kita boleh minum petang?” ajak Maisarah. Mata Zain bersinar.

“Tak naklah. Aku kenyang lagi dan tak ada mood nak minum-minum. Aku nak masuk pejabat balik ni. Tak elok keluar lama-lama, nanti orang mengata,” Azura menolak cadangan Maisarah.

“...” Maisarah dan Zain terdiam. Maisarah tahu Azura masih terasa pasal tadi manakala Zain tahu mood Azura agak tidak baik walaupun dia tidak mengetahui sebabnya.

“Jom Mai, aku hantar kau balik ke kafe,” Azura segera berjalan ke arah keretanya.

“Haha, Abang Zain, Mai gerak dulu,” Maisarah mengejar Azura.

“... Kenapa Zura tiba-tiba marah? Waktu dia datang tadi elok je???” Zain keliru.

Dalam kereta Azura.

“Kau marah ke dengan apa yang Abang Zain cakap tadi?” Maisarah bertanya.

“Tak adalah. Aku ok aje. Dia tak cakap benda yang salah pun,” jawab Azura tapi Maisarah tahu dia sedang marah.

“Abang Zain memang suka bagi nasihat macam tu dan kadang-kadang nasihat dia memang boleh buat kita terasa. Jangan marah kat dia,” pujuk Maisarah.

“Aku tak marah pun,” jawab Azura. Maisarah menggeleng kepala.

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di Kafe AZ. Disebabkan hari ini Sabtu, Kafe AZ mempunyai ramai pelanggan.

“Mai, nak aku hantar kau balik tak malam ni?” tanya Azura sambil meninjau dari tingkap keretanya.

“Tak pe. Aku naik Grab je,” jawab Maisarah.

“Tak pe. Aku tengah free ni. Aku boleh datang ambik. Lagipun dah malam, maknanya aku tak ponteng kerja,” Azura masih terasa dengan apa yang terjadi tadi.

“Hahaha,” Maisarah gelak dan menambah, “Tak pe. Aku ok.”

“Ok, bye~” Azura pulang ke pejabatnya manakala Azura sambung bekerja di Kafe AZ.

9 malam.

Disebabkan hari Sabtu dan Kafe AZ mempunyai ramai pelanggan, Kafe AZ tutup lambat sedikit. Staf-staf telah mula mengemas tetapi masih ramai pelanggan yang masuk membeli manisan-manisan.

9:30 malam, Kafe AZ akhirnya berjaya ditutup.

“Kak Mai nak saya hantar balik?” seorang staf wanita bertanya. Semua orang tahu kereta Maisarah rosak.

Walaupun mereka tahu Maisarah akan menolak pelawaan mereka, mereka masih mengajak.

“Tak apa. Akak guna Grab je,” jawab Maisarah.

“Oklah Kak Mai, kitorang balik dulu. Hati-hati jalan,” staf-staf Kafe AZ semua pulang ke rumah masing-masing.

Maisarah pula berjalan ke arah perhentian bas di jalan besar berdekatan kerana ianya lebih mudah untuk pemandu Grab berhenti.

Semasa berjalan, Maisarah berasa sejuk. Dia melihat ke udara dan terdapat banyak awan hitam.

“Nampaknya hari nak hujan,” kata Maisarah. Maisarah segera berjalan kerana takut hujan akan turun dengan segera.

Beberapa meter sebelum sampai ke perhentian bas, hujan turun dengan lebatnya. Maisarah segera lari untuk berteduh di pondok bas itu.

Nasibnya baik dan Maisarah tidak basah dari hujan. Maisarah segera membuat order Grab dan menunggu kereta Grab sampai dengan tenang.

Ketika ini, tiada orang lain di perhentian bas itu. Hanya Maisarah sahaja di situ. Hujan menjadi semakin lebat dan pemandangan sekeliling semakin pudar.

[KREEEECCCCCHHHHH]

Tiba-tiba, Maisarah terdengar bunyi kereta menggesek jalan raya dengan kuat.

“Ha?” Maisarah terkejut kerana terdapat sebuah kereta yang sedang berpusing laju ke arah perhentian bas itu.

Maisarah terkejut dan terkedu di situ. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan tetapi semakin kereta itu mendekati Maisarah, semakin otak dan jantungnya bergerak laju.

Badan Maisarah bergerak secara refleks dengan segera melompat ke kawasan rumput di belakang perhentian bas itu sambil menjerit, “Ya Allah, tolong!!!”

Pada masa yang sama, [BOOOMMMMM!!!!] kereta yang berpusing itu menghentam kuat ke perhentian bas itu dan berhenti di situ.

Maisarah jatuh ke kawasan rumput itu tetapi pada masa yang sama, serpihan-serpihan dari perhentian bas itu juga terbang ke arah Maisarah.

Terima Kasih =) Enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience