Bab 4 - Anak Kita
“Haha, Munah, kau ingat tak masa tu kau terjatuh dalam sawah, habis kotor semua makanan kita masa tu,” suara seorang wanita yang agak tua kedengaran dari luar rumah Maisarah ketika dia hampir di pintu hadapan rumahnya.
“Bukan salah aku masa tu, engkaulah yang buat-buat main nak buang bungkusan aku masa tu,” suara ibu Maisarah pula kedengaran.
Mendengar perbualan mereka dari luar, Maisarah mangjangkakan yang ibunya dan tetamunya adalah rapat.
Walaubagaimanapun, Maisarah tidak mengecam suara tetamu itu.
“Kau tahu Zainal buat apa sekarang?” suara seorang lelaki yang agak tua juga boleh didengar bersama-bersama suara tetamu wanita itu.
“Dia sekarang dah jadi pengetua sekolah. Nanti aku bagi kau nombor telefon dia,” suara ayah Maisarah juga boleh didengar.
Melalui perbualan mereka, Maisarah merasakan yang mereka telah lama tidak berjumpa. Kemungkinan putus talian masa mereka muda-muda dulu.
Maisarah membuka kasutnya dan menyusun di rak kasut. Dia melihat terdapat dua kasut yang tidak dikenali di pintu hadapan dan kedua-dua kasut itu kelihatan seperti produk yang mahal.
“Assalamualaikum,” Maisarah masuk ke rumah sambil memberi salam.
Semua orang yang berada di ruang tamu memandang ke arah Maisarah.
“Waalaikumsalam,” keempat-empat mereka menjawab salam pada masa yang sama.
“Mai?” Ibu Maisarah melihat jam di dinding dan bertanya, “Awalnya balik?” Maimunah ialah ibu Maisarah dan dia tahu yang Maisarah selalu pulang dari kerja dalam pukul 9 malam.
“Ada hal sikit,” Maisarah menjawab. Dia memandang ke arah dua orang tetamu itu dan melihat seorang lelaki dan perempuan berumur lebih kurang seperti ibu dan ayahnya.
Selain itu, pakaian mereka kelihatan seperti dari brand yang mahal. Walaupun mereka berpakaian sopan, bertudung, Maisarah beranggapan sebegini kerana rakan karibnya, Azura selalu berpakaian yang mahal.
Maisarah senyum manis dan mengangguk sedikit ke arah pasangan itu. Mereka juga senyum ke arah Maisarah.
“Anak kau?” tanya tetamu wanita itu kepada Maimunah.
“Ya, Maisarah,” Maimunah memperkenalkan Maisarah. “Mai, ini Mak Cik Sarimah,” Maimunah tunjuk ke arah tetamu wanita itu dan, “Ini Pak Cik Johan,” ke arah tetamu lelaki itu.
“Kawan Ibu dengan Ayah masa zaman sekolah dulu,” kata Maimunah sambil tersenyum.
Maisarah mengangguk sambil tersenyum ke arah Johan sekali lagi dan bersalam dengan Sarimah selepas itu.
“Assalamualaikum Mak Cik Sarimah, Pak Cik Johan,” Maisarah berasa sedikit janggal untuk memanggil mereka ‘Mak Cik’ dan ‘Pak Cik’ sebab dia mengenali yang mereka dari keluarga yang berada.
Sarimah dan Johan senyum sekali lagi ke arah Maisarah.
“Ibu, Mai masuk bilik dulu,” Maisarah segera beransur ke bilik. Maisarah agak pemalu dengan orang yang tidak berapa dikenali. Dia tidak kisah dengan orang yang rapat tetapi dengan orang yang baru berjumpa, Maisarah sangat pemalu.
“Ok,” Maimunah tahu perangai Maisarah lalu membenarkan Maisarah masuk ke bilik.
Setelah Maisarah masuk ke bilik, Sarimah mengensot sedikit ke arah Maimunah.
“Cantik dan manis anak kau Munah,” Sarimah memuji. Baru pertama kali dia berjumpa dengan Maisarah dan dia sangat suka dengannya.
Melihat Maisarah pemalu dan sopan memberikan pandangan pertama yang baik terhadap Sarimah.
“Terima kasih tapi Mai ni terlalu pemalu sangat,” kata Maimunah.
“Dia pemalu dengan kitorang sahaja,” Sarimah mudah menilai apa yang terjadi sebentar tadi. Dari kelakuan dan pergerakan Maisarah yang dilihat tadi, mudah untuk Sarimah mengetahui apa yang terjadi.
Dia mengenali ramai orang dan mempunyai banyak pengalaman.
“Aku teringin nak ada anak perempuan macam Maisarah,” Sarimah mengeluh.
“Haha,” Maimunah gelak perlahan. Dia dapat melihat rakannya agak kurang puas hati dengan anaknya.
“Anak lelaki aku… hai,” Sarimah mengeluh. “Muka dia asyik serius je. Terlalu serius sangat. Tak nak senyum pun. Aku buat lawak kadang-kadang dia tak senyum pun, jangan pulak kata gelak, lagi dia tak buat,” Sarimah merungut.
“Mungkin dia lagi rapat dengan Johan kot,” kata Maimunah. Maisarah lebih terbuka dengan orang yang rapat dengannya mungkin anak lelaki Sarimah juga begitu.
“Dengan aku pun macam tu,” Johan menggeleng kepala.
“Waktu zaman sekolah dulu dia ok je macam orang lain. Senyum bila gembira, gelak bila kelakar tapi lepas habis sekolah menengah, dia tiba-tiba je jadi macam tu,” kata Sarimah.
“Kitorang ingatkan ada sesuatu jadi kat sekolah dia. Kitorang tanya tapi tak ada pulak apa-apa yang cikgu dia sedar. So, kitorang pun tak tahu kenapa dia jadi macam tu,” Sarimah mengeluh.
Maimunah dan Kamal (ayah Maisarah) senyap. Disebabkan ini mengenai anak orang lain, tak elok untuk mereka banyak bercakap sangat.
Lagi satu, mereka juga dapat melihat yang Sarimah hanya mahu meluahkan kerisauan mereka terhadap anak mereka kepada Maimunah dan Kamal.
Walaupun mereka terputus hubungan selepas tamat persekolahan, ketika mereka bersama-sama, mereka sangat rapat seperti adik-beradik.
Oleh itu, walaupun mereka dah lama tak berjumpa, mereka masih rapat lagi dan selesa untuk meluahkan perasaan dan masalah mereka kepada satu sama lain.
“Walaupun anak aku tiba-tiba je jadi macam tu, dia tak ada buat masalah so, kitorang biarkan je,” Sarimah mengeluh lagi.
“Sebab dia tak ada buat apa-apa masalah, mungkin ini pilihan dia. Mungkin tak ada masalah pun yang menyebabkan dia bersikap begitu. Kadang-kadang ada orang yang tiba-tiba je berubah. So, mungkin tak ada apa-apa pun,” kata Maimunah.
“Kitorang pun fikir macam tu jugak tapi sekarang ni dia ada buat masalah lagi besar pulak,” Sarimah mengurut dahinya.
“Kenapa?” tanya Maimunah.
“Dia sekarang dah ada teman wanita tapi aku tak suka perempuan tu,” kata Sarimah.
“Er…” Maimunah tidak tahu macam mana nak teruskan perbualan ini.
“Memanglah aku nak dia kahwin cepat tapi sekurang-kurangnya carilah perempuan yang elok sikit,” kata Sarimah.
“Teman wanita dia tu teruk sangat ke?” tanya Maimunah. Dari ayat Sarimah, mungkin perempuan itu sangat teruk?
“Em…” Sarimah teragak-agak untuk menjawab soalan Maimunah, “Dia baik, manis, peramah… ceria…” kata Sarimah tetapi suaranya menjadi lebih perlahan di hujung ayatnya.
“???” Maimunah dan Kamal keliru. Dari kenyataan Sarimah, perempuan tu macam ok sahaja.
“Aku rasa budak perempuan tu ok sahaja tapi Mah kata dia tak suka kat perempuan tu,” Johan mengangkat bahu.
“Aku tak tahu kenapa aku tak suka budak perempuan tu. Perasaan aku rasa lain setiap kali aku jumpa perempuan tu,” kata Sarimah.
“Mungkin perasaan kau je,” kata Maimunah.
“Mungkin kot,” Sarimah setuju dan sambung, “Sebab tu aku nampak Maisarah tadi, aku ada cemburu sikit,” dia senyum.
“Kalau aku dapat menantu macam Maisarah, haha, aku tak ada lah risau macam ni,” tambah Sarimah.
“Mai tu bukannya semua baik sangat pun,” kata Maimunah dalam nada bergurau.
“Dah lama ke anak kau dating perempuan tu,” tanya Kamal.
“Rasanya dalam tiga bulan… Dia kenalkan perempuan tu dekat kitorang tiga bulan lepas,” jawab Johan.
“Kalau dah sampai kenalkan kat keluarga ni, rasanya tak lama lagi nak naik pelamin la ni,” kata Kamal sambil tersenyum.
“Ini pun satu masalah jugak ni,” kata Johan.
“???” Kamal dan Maimunah keliru sekali lagi.
“Kitorang ingatkan dia bawak perempuan tu jumpa kitorang sebab dia nak kahwin tapi dia cuma nak kenalkan sahaja. Tak ada rancangan pun nak kahwin. Budak perempuan tu pun tak nampak tergesa-gesa nak kahwin,” jawab Sarimah.
“Mungkin diorang baru dating kot. Lagipun tadi kau ada cakap, kau nak dia kahwin cepat, kau ada gesa dia ke?” tanya Maimunah.
“Ya… Aku memang ada gesa… dan bebel… sikit, suruh dia kahwin cepat-cepat tapi dia bukannya jenis yang nak ikut sangat apa yang aku suruh…” jawab Sarimah dengan muka bersalah.
“Mungkin sebab tu dia kenalkan perempuan tu cepat-cepat. Dia tak nak kau risau tu. Nanti dia dah bersedia nanti, dia nak lah kahwin,” kata Maimunah.
“Kau pun cakap kau tak suka perempuan tu. Ambil masa ni untuk kenal perempuan tu betul-betul,” nasihat Maimunah.
“Betul cakap kau tu,” Sarimah setuju.
“Berapa umur anak kau?” tanya Kamal.
“25” jawab Johan.
“Muda lagi. Aku ingatkan dah 30 tadi,” Maimunah senyum. “Budak-budak zaman sekarang ni bukan macam dulu, umur 20 dah kahwin. Sekarang ni 30 tahun tu kira muda lagi.”
Mereka terus berbual lagi dan tiba-tiba masuk cerita Maisarah pula. Kali ini, Maimunah pula mengeluh mengenai Maisarah.
Dia melihat Maisarah dan Zain rapat. Kedua-dua keluarga setuju nak satukan mereka tetapi orang yang terlibat menolak cadangan mereka dengan kuat.
Bila Sarimah bertanya mengenai umur Maisarah, “24,” jawab Maimunah.
“Maisarah pun muda lagi. Boleh tunggu lagi. Tak elok kau nak paksa dia kahwin orang yang dia tak suka. Elok dia buat pilihan sendiri.”
“Orang-orang muda sekarang ni banyak sangat yang bercerai-berai. Elok jangan paksa.”
“Lagi satu, budak zaman sekarang bukan macam dulu, lelaki perempuan susah nak jadi kawan rapat. Sekarang ni lelaki dan perempuan senang sahaja jadi kawan rapat. Selagi diorang menjaga batasan, ok sahaja,” Sarimah pula yang memberi nasihat.
Mereka terus berbual sehingga Johan tiba-tiba berkata, “Nampaknya dah dekat Maghrib ni. Elok kitorang beransur dulu.”
Sarimah melihat jam di dinding dan mengangguk. Mereka terlalu rancak berbual dan tidak sedar hari dah semakin malam.
“Nanti kalau senang datanglah melawat rumah aku pulak, Munah, Kamal,” jemput Johan.
“Kalau ada kesempatan, kitorang akan datang,” Maimunah senyum. “Korang pun kalau ada kesempatan lagi datanglah lagi.”
“Ok,” jawab Sarimah. Dia memeluk Maimunah dengan mesra.
Maisarah keluar dari bilik dan melihat Sarimah dan Johan beransur pulang. Dia bersalaman dengan Sarimah.
Sarimah juga memeluk Maisarah dengan mesra. Maisarah sedikit janggal dengan pelukan ini tetapi masih menerima pelukan itu dengan senyuman.
“Kalau Maisarah tengah mencari, Mak Cik boleh tolong kenalkan dengan someone. Budak-budak yang Mak Cik kenal semuanya bagus-bagus,” Sarimah bergurau.
“Kalau anak Mak Cik single lagi, Mak Cik dah cuba kenalkan korang cepat-cepat. Anak Mak Cik hensem tau,” tambah Sarimah dalam nada gurauan.
“Haha…” Maisarah senyum janggal.
Maisarah, Maimunah dan Kamal melihat mereka menaiki kereta Mercedes Benz hitam di luar rumah.
“Kitorang pulang dulu. Assalamualaikum,” kata Johan sambil menaikkan tangan.
“Waalaikumsalam,” jawab Kamal, Maimunah dan Maisarah.
Johan memandu kereta Mercedes Benz hitam itu dan beransur pergi.
Selalunya author lain tulis berapa perkataan satu bab? Terima Kasih. Harap semua terhibur :)
Share this novel