Bab 2 - Kita Berbeza

Romance Series 3835

Bab 2 - Kita Berbeza

“Aku nak confess kat dia. Kau rasa ok tak?” tanya Azura.

Maisarah menenung Azura. Dia berat hati untuk memberi sebarang komen. Dengan itu, Maisarah berkata, “Ini soal peribadi kau. Tak elok untuk aku yang tolong buat keputusan.”

“Aku tak mintak kau buatkan keputusan pun. Aku mintak pendapat je,” Azura senyum.

“...” Maisarah senyap sambil memandang muka Azura.

Lantas dia berkata, “Mulut kau je yang cakap macam tu.”

Azura sudah banyak kali berkata dia cuma meminta pendapat sahaja sebelum ini.

Dia bertanya soalan seperti ini yang mana memerlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’. Dengan itu, dia akan mengikut segala jawapan yang diberikan oleh Maisarah.

Maisarah pula merupakan seorang yang tidak suka merosakkan kegembiraan seseorang, oleh itu, setiap kali dia melihat Azura gembira bertanya soalan sebegini, dia selalu menjawab ‘ya’.

“Kau masih takut ke untuk tolong aku buat keputusan?” Azura tenung muka Maisarah.

“Kau tahu kan aku ni tak pandai menilai sikap seseorang tu. Lagi-lagi untuk orang yang aku tak pernah jumpa.”

Melihat Maisarah risau untuk menjawab soalan yang ditanya tadi, Azura membuat keputusan untuk menukar soalan.

“Then, bagi aku pendapat. Apa aku patut buat sekarang?”

“... Aku rasa, elok kau jangan confess dulu. Elok kau pastikan dulu betul ke dia ada perasaan kat kau. Tsundere ke, ape ke, aku tak tau semua tu,” Jawab Maisarah.

“Ok,” Azura senyum.

“Hah…” Maisarah mengeluh. Dia berasa penat berurusan dengan Azura. “Aku keluar pergi tengok diorang but kerja sekejap,” Maisarah beri alasan untuk lari dari Azura sekejap.

“Kau pun elok balik ke pejabat kau cepat. Nanti kena marah dengan mamat tu lagi.”

Maisarah keluar dari pejabatnya dengan Azura menenungnya.

Azura menggeleng kepala, “Nampaknya taktik ni tak berjaya.”

Maisarah membantu di kaunter tetapi matanya memandang ke arah pejabat itu. Dia harap Azura segera pulang ke pejabatnya.

Walaubagaimanapun, apa yang diharapkan tidak tertunai. Maisarah menunggu selama lima minit tetapi Azura masih menunggu di pejabatnya.

“Zura ni rajin pulak menunggu harini,” Maisarah merungut.

Maisarah duduk di sebelah kaunter cashier sambil menunggu Azura pergi. Manakala staf yang menjaga kaunter berasa pelik.

Semua staf di Kafe AZ tahu Maisarah dan Azura teman rapat. Melihat Maisarah menjauhkan diri dari Azura, mereka berasa pelik.

‘Mungkin diorang bergaduh kot,’ fikir staf tersebut.

“Bagi saya kek lemon satu, aiskrim kacang satu dengan air mangga satu,” ketika Maisarah fokus berada di pejabatnya dan perhatian staf cashier ke arah Maisarah, suara seorang lelaki datang dari hadapan kaunter.

“Ha?” staf cashier itu terkejut. “Maaf, boleh Encik sebut balik order tadi,” senyum staf itu.

Maisarah juga terkejut sebab dia mengenali suara itu. Dia memandang ke arah pelanggan itu dan tekaan dia adalah benar.

Pipi Maisarah merah sedikit selepas melihat pelanggan itu. Tanpa disedari, dia menenung muka pelanggan itu.

“Kek lemon satu, aiskrim kacang satu, air mangga satu,” lelaki itu mengulangi order yang disebut tadi.

Staf kafe itu segera mengambil order lelaki itu dan Maisarah membantu menyediakan order tersebut.

Walaupun Maisarah sibuk berkerja, matanya akan memandang ke arah lelaki itu beberapa kali. Dia memberi kek dan aiskrim dipesan kepada lelaki itu dan menunggu staf dapur menyediakan air mangga.

Selepas itu, Maisarah sibukkan diri di kawasan kaunter hadapan itu tetapi matanya masih mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu.

Pada masa yang sama, Maisarah tidak menyedari yang Azura telah keluar dari pejabat dan memerhati semua pergerakan Maisarah. Azura senyum.

Selepas mendapat air mangga, lelaki itu membuat bayaran dan membawa kek, aiskrim and air jus itu di meja berdekatan.

Maisarah masih memerhatikan lelaki itu. Tiba-tiba, ada kepala seseorang muncul di sebelah Maisarah dari belakangnya.

“Kau suka kat mamat tu ea?” Azura bertanya dengan nada mengusik.

“Kya!!!” Maisarah menjerit kerana dia terkejut. Dia terlalu fokus terhadap lelaki itu dan tidak menyedari yang Azura ada di belakangya.

Semua orang di dalam kafe itu memandang ke arah Maisarah termasuk lelaki itu. Muka Maisarah merah kerana malu.

Dia mencubit lengan Azura sebagai protes dan segera lari masuk ke pejabat. Azura gelak dengan suara perlahan sambil mengikut Maisarah.

“Hehe, kau suka mamat tu kan?” Azura bertanya lagi setelah dia menutup pintu pejabat itu.

“Mana ada. Jangan nak pandai-pandai meneka,” Maisarah menafikan dengan segera tetapi mukanya yang merah memberi jawapan sebaliknya.

“Waktu kau menjerit tadi, dia pun pandang kat kau. Akhirnya kau dapat juga perhatian dia harini,” Azura mengusik Maisarah sambil tergelak.

“Kau…” Maisarah berhenti menjawab. Dia senyap dengan segera kerana lebih banyak dia bercakap, lebih banyak modal Azura untuk terus mengusik.

Azura menenung muka Maisarah. Dia 99% yakin yang Maisarah ada perasaan terhadap lelaki itu.

“Boleh tahan jugak citarasa kau. Minat orang yang hensem,” Azura terus berkata tetapi Maisarah mengendahkan Azura.

“Sebab dia datang masa selepas rehat, dia ni mesti boss untuk some syarikat dekat-dekat area ni. Mustahil dia unemployed sebab dia pakai smart sangat dan aku nampak dia pakai jam mahal.”

“Baju kemeja dia pun nampak macam branded je. Rasanya lagi mahal dari yang abang aku pakai,” Azura terus bercakap tetapi Maisarah tidak memberi sebarang respon.

Azura memandang ke arah Maisarah yang tengah sibuk menaip sesuatu di komputer.

Melihat Maisarah tidak melayan kerenah dia, Azura berkata sesuatu yang menarik perhatian Maisarah.

“Aku kenal mamat tu,” Azura senyum sambil memandang teguh ke arah Maisarah.

Walaupun Maisarah tidak mahu melayan Azura, pergerakannya terhenti seketika ketika mendengar kenyataan Azura tetapi meneruskan menaip dengan segera.

Azura jelas sekali nampak pergerakan Maisarah. Dia senyum sambil menambah, “Aku tak sangka kau suka mamat ni. Nak aku tolong kenalkan korang?”

Maisarah masih mengendahkan usikan Azura.

“Dia nampak aku tadi. Aku rasa elok aku pergi tegur dia. Tak manis pulak bila dia dah nampak aku dan aku pun tahu dia ada kat sini tapi tak bertegur.”

“Aku pun akan sebut pasal kau suka kat dia,” Azura senyum jahat. Dia bangun dari kerusi dan ingin segera keluar dari pejabat itu.

“Jangan!!!” Maisarah segera mencegah Azura.

Azura berhenti dan menenung tepat ke mata Maisarah sambil tersenyum. Muka Maisarah merah dengan segera.

“Hahaha,” Azura gelak. “Kalau kau mengaku dari awal tak ada lah aku penat-penat cakap panjang lebar macam ni.”

“...” Maisarah terdiam dengan mukanya yang merah.

“Nama dia Azlan,” kata Azura sambil dia duduk semula di hadapan Maisarah.

“Macam… Macam mana kau kenal dia?” Maisarah bertanya. Disebabkan rahsia telah pecah, dia terus bertanya.

“Kitorang dari circle yang sama,” jawab Azura dan dia menambah, “Keluarga dia lagi kaya dari keluarga aku tapi diorang bukan jenis yang menunjuk-nunjuk.”

“Orang kaya…” Maisarah berbisik.

“Sebab muka dia boleh tahan dan keluarga dia kaya, ramai orang suka kat dia. Ramai keluarga yang cuba nak satukan anak perempuan diorang dengan Azlan.”

“...Keluarga kau pun?” tanya Maisarah.

“Ya, tapi aku cepat-cepat hentikan diorang. Aku tak suka pun Azlan ni. Memang la dia ni hensem, kaya tapi kalau dah tak suka buat apa nak paksa. Nampak desperate sangat. Buat malu je.”

“Lagi satu, lelaki idaman aku ialah lelaki yang banyak senyum, muka tu aku tak kisah sangat dan boleh buatkan aku bahagia.”

“Azlan ni terlalu serius sangat. Buat aku stress je. Aku tak pernah tengok dia senyum. Dia ada senyum tapi senyuman yang pura-pura je. Senyuman bisnes.”

“Oh,” Maisarah respon.

“Dah lama ke dia datang kat kafe ni?” tanya Azura.

“Emm… Dalam 4 bulan tak silap aku,” jawab Maisarah.

“Bila kau mula suka dia? Kau ada berbual dengan dia ke?” Azura terus bertanya.

Maisarah berasa segan untuk menjawab soalan pertama Azura tetapi dia menjawab soalan keduanya, “Waktu ambil order ada la.”

“Kau tak pernah cuba bercakap dengan dia?” Maisarah menggeleng.

“Cinta pandang pertama?” Azura menambah. Muka Maisarah merah dengan segera.

Azura mengeluh. Dia tidak pernah melihat Maisarah sebegini. Dia dah mengenali Maisarah hampir 10 tahun dan Maisarah tidak pernah tertarik dengan mana-mana lelaki. Ini kali pertama.

‘Kenapalah kau suka kat Encik Azlan. Punya ramai lelaki kat Malaysia ni, Azlan jugak yang kau suka,’ fikir Azura.

Azura memandang Maisarah tetapi kali ini muka dia serius. Bukan muka mengusik yang ditunjukkan sebelum ini.

“Mai,” suara Azura serius. Maisarah terkejut mendengar suara Azura yang serius. Dia elok sahaja sebentar tadi tetapi tiba-tiba sahaja berubah.

Maisarah melihat ke arah Azura dan nampak muka dia pun menjadi serius.

“Eloknya kau bagitahu perasaan kau kat Azlan,” kata Azura.

“... Aku cuma suka dia sahaja. Tak bermakna aku nak ada sebarang hubungan dengan dia,” Maisarah menolak pendapat Azura.

“Elok kau ikut apa yang aku cakap ni. Kalau dia terima, kau jugak yang happy. Kalau dia tak terima, kau boleh lepaskan perasaan ni dengan segera.”

“Kau simpan lama-lama perasaan suka senyap-senyap ni tak elok untuk diri kau.”

“Lama-lama nanti hilanglah perasaan ni,” Maisarah menjawab.

“Suka kau ni bukan suka biasa-biasa tau. Ni suka cinta tau. Ingat senang ke nak lupakan perasaan cinta ni terutamanya cinta pertama kau.”

“Macam aku dengan Fendi. Hubungan kitorang tak kekal tapi even lepas kitorang putus, aku ambik masa yang lama nak betul-betul lupakan dia.”

“Kalau kau terus simpan perasaan ni, dia akan jadi penyakit. Elok kau luahkan perasaan ni segera supaya kau boleh lepaskan perasaan cinta dekat Azlan ni cepat.”

“Kenapa ayat kau ni pelik je. Bunyinye macam kau yakin dia akan tolak?” tanya Maisarah.

“Ya, aku yakin dia akan tolak. 100%,” jawab Azura dengan penuh keyakinan.

“Aku pun tahu pasal ni,” Azura terkejut selepas mendengar kata Maisarah.

“Dia dah ada teman wanita.”

“Ha? Dia dah ada teman wanita?” Azura terkejut.

“...Kau tak tahu ke?”

“Tak tapi aku yakin walaupun dia takde teman wanita, dia akan menolak luahan hati kau sebab dia popular dengan benda ni,” Azura terkejut.

“Jadi sekarang kau tahu kenapa aku tak setuju dengan cara kau. Tak manis kalau aku luahkan hati dekat lelaki yang sudah berpunya,” Maisarah senyum.

“Tak manis jugak kalau kau terus tenung muka dia depan orang ramai,” Azura melawan.

“!!!” Maisarah terkejut.

“Kau ingat orang lain tak nampak ke apa yang aku nampak. Aku rasa semua staf-staf kafe ni tahu pasal ni tau. Tadi aku nampak diorang jeling satu sama lain bagi signal buat-buat tak nampak apa yang kau buat.”

Muka Maisarah merah padam. Dia berasa malu sangat sekarang ni. Dia tidak sangka yang semua orang tahu mengenai hal ini.

“So, walaupun kita tahu dia akan menolak luahan hati kau, lagi elok kau luahkan aje dan lepaskan perasaan ni untuk selama-lamanya.”

“Aku akan tolong kau. Aku akan setupkan tempat untuk korang dan kau boleh confess dekat dia.”

“...Takpelah Zura. Aku akan berusaha kuat untuk lupakan dia. Kalau aku luahkan perasaan ni, nampak macam aku nak rampas dia dari teman wanita dia.”

“Dia pun bukannya kenal aku dan aku pun tak kenal dia sangat. Aku cuma tahu muka dia dan nama dia dari kau je. Tak perlu nak rumitkan benda ni.”

“Tapi,” sebelum Azura habis bercakap, Maisarah naikkan tangan untuk berhentikan Azura.

“Cukup sampai sini. Thank you sebab bagitahu aku pasal ni,” Maisarah senyum.

“Maisarah dan Azura ialah dua orang yang berbeza. Mungkin kau rasa meluahkan perasaan aku dekat dia merupakan cara yang baik tapi untuk aku, sebaliknya lagi baik.”

“Kalau aku berusaha untuk berubah, aku akan lupakan dia dengan segera dan aku memang tengah berusaha untuk lupakan dia lepas aku tahu dia dah berpunya,” Maisarah senyum.

“Kau tak perlu risau pasal ni.”

Terima Kasih. Harap semua suka cerita ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience