Bab 9 - Selepas Itu

Romance Series 3835

Bab 9

Sehari selepas Maisarah pulang ke rumah dari hospital, Sarimah dan Johan datang melawat dengan buah tangan yang banyak.

Tujuan utama mereka ialah untuk memohon maaf di atas apa yang berlaku terhadap Maisarah.

Kamal dan Maimunah terkejut selepas mengetahuinya dan mereka mudah menerima maaf Sarimah dan Johan.

Salah satu sebabnya, Sarimah dan Johan rakan karib mereka. Selain itu, semuanya hanyalah kemalangan dan kebetulan.

Lebih dari itu, keadaan anak mereka, Azlan lebih teruk dari Maisarah dan dia masih tidak sedarkan diri lagi. Akhirnya, Kamal dan Maimunah bukanlah seorang yang pendendam.

Johan dan Sarimah juga sangat ikhlas memohon maaf. Ianya mudah dilihat.

Kedua-dua mereka tidak duduk lama di situ. Hati mereka masih lagi di hospital. Mereka hanya datang untuk memohon maaf.

Sarimah dan Johan memberikan semua buah tangan yang dibawa kepada keluarga Maisarah. Mereka juga ingin memberikan wang pampasan tetapi Kamal, Maimunah dan Maisarah menolaknya dengan kuat.

Mereka juga tidak mahu menerima buah tangan yang banyak itu tetapi menerimanya untuk menenangkan hati Sarimah dan Johan.

Ketika di dalam kereta menghala ke hospital.

“Nasib baiklah Kamal dan Munah maafkan Azlan,” kata Sarimah.

“Diorang bukan orang yang pendendam. Lepas Azlan sedar nanti, dia sendiri pun kena pergi minta maaf,” tambah Johan.

“Haih, kita sedia macam-macam dan diorang tak terima pun,” Sarimah memberi senyuman yang terpaksa.

“Kita akan balas budi baik diorang sikit-sikit. Elok jangan rush,” kata Johan. Sarimah bersetuju.

“Pasal Azlan…” Johan memberi pandangan sekilas terhadap Sarimah.

“Biar abang uruskan. Mah jangan risau sangat. Mah fokus tengok-tengokkan Azlan dan lepas dia dah sedar nanti pun perlukan banyak jagaan juga.”

“Sebab Azlan tak sihat ni, Abang pun kena manage company sorang-sorang. Kerja akan busy sikit. So, elok kita bahagikan tugas macam ni,” kata Johan.

“Ok,” Sarimah setuju.

Mereka senyap seketika dan mula berbual mengenai perkara lain.

***

Sehari selepas Johan dan Sarimah melawat, keluarga Zain pula datang melawat.

“Mai rasa dah ok sikit?” tanya ibu Zain.

“Dah ok dah. Sakit tu dah kurang,” jawab Maisarah. Ibu dan Ayah Zain kelihatan sangat risau dengan keadaan Maisarah.

Maisarah tahu sebab utama mereka risau begini. Maisarah merupakan calon isteri Zain yang mereka pilih.

Walaupun mereka tidak memaksa Maisarah dan Zain lagi, tetapi di dalam hati mereka, Maisarah akan berkahwin dengan Zain nanti.

Keluarga Zain pulang selepas melihat Maisarah ok.

Zain tidak melawat. Maisarah berasa pelik yang Zain tidak datang. Dia hanya mesejnya bertanya keadaan dan itu sahaja.

Tetapi Maisarah dapat menjangka apa yang terjadi dengan melihat aksi keluarga Zain tadi.

“Bila kita nak pergi melawat anak Mah?” tanya Maimunah.

“Dia belum keluar ICU lagi kan?” tanya Kamal pula.

“Nanti Munah telefon Mah tanya,” jawab Maimunah.

Maisarah juga ingin melawat dan melihat keadaan Azlan. Dia juga ingin bertanya jika Azlan telah dipindahkan ke wad biasa tetapi, dia tidak sesuai untuk bertanya.

Maisarah mengenali Azlan tetapi hanya pada tahap kenalan. Mereka tidak rapat pun.

Manakala dengan Sarimah dan Johan, lebih lagi tidak sesuai. Mereka rakan ibu dan ayah Maisarah dan bukannya rakan Maisarah.

Oleh itu, Maisarah hanya boleh mendengar apa yang terjadi melalui Kamal dan Maimunah.

Maimunah menelefon dan bertanya. Jawapan yang diperolehi ialah, kemungkinan lagi sehari.

***

Dua hari kemudian, Maisarah masih berehat di rumah. Azura akan datang melawat setiap hari untuk cak samada Maisarah betul-betul berehat.

Maisarah berasa lebih penat dengan ‘jagaan’ Azura. Dia juga terus melarang Azura untuk datang ke rumahnya lagi tetapi Azura mengendahkan larangan Maisarah.

Kamal dan Maimunah sudah mendapat berita yang Azlan telah berpindah ke wad biasa. Mereka bercadang untuk melawat hujung minggu nanti.

Kamal perlu berkerja dan tidak sempat untuk melawat ketika waktu bekerja.

***

Tibanya hujung minggu, Maisarah dan keluarganya pergi melawat Azlan tetapi Azura mengikut mereka dari belakang.

Azura dan keluarganya telah melawat lebih awal lagi tetapi Azura bosan dan berkeputusan untuk mengikut Maisarah.

Mereka tiba di hospital dan terus ke wad VIP. Ketika sampai di wad itu, terdapat ramai tetamu yang melawat juga.

Melihat dari pakaian mereka, mereka juga dari golongan-golongan kaya. Kemungkinan besar rakan-rakan bisnes keluarga Azlan.

Melihat status tetamu-tetamu keluarga Azlan, keluarga Maisarah berasa janggal untuk masuk.

Keluarga Maisarah hanyalah keluarga yang biasa. Mereka berpakaian biasa sahaja. Maisarah, Kamal dan Maimunah memandang satu sama lain.

Mereka berfikir untuk tunggu di luar dahulu tetapi Sarimah nampak mereka dahulu.

“Munah, Kamal, Mai!” Sarimah memanggil ketiga-tiga mereka. Dia juga segera berhenti berbual dengan tetamu lain dan pergi ke arah mereka.

Sarimah tiba di hadapan keluarga Maisarah dan tiba-tiba memeluk Maimunah. Maimunah, Maisarah, Kamal, Azura dan tetamu-tetamu yang ada di situ terkejut.

Sarimah berbisik, “Jom pergi tempat lain dulu.” Sarimah berhenti memeluk Maimunah dan Maimunah melihat mata Sarimah merah.

Maimunah mengangguk dan mereka keluar dari wad itu. Azura mengikut mereka.

Mereka tiba di bangku berdekatan. Maimunah dan Sarimah duduk di bangku itu manakala Maisarah, Azura dan Kamal berdiri di hadapan mereka.

Mata Sarimah yang merah terus mengalirkan air mata. Maimunah mengusap belakang Sarimah untuk menenangkannya.

Mereka semua menjangka yang sesuatu buruk berlaku terhadap Azlan. Maisarah berasa gemuruh.

“Sepatutnya Azlan dah bangun dah tetapi ni dah seminggu dan dia tak ada tanda-tanda nak bangun,” kata Sarimah sambil menangis.

Tambah Sarimah lagi, “Doktor cakap, kalau dia tak bangun juga dalam dua tiga hari ni, mereka tak dapat jangka bila dia akan bangun.”

Mereka semua terkejut.

“Macam mana kalau Azlan tak bangun-bangun?” Sarimah menangis. Dia telah mendapat berita ini dari pagi lagi tetapi menahan dirinya sehinggalah keluarga Maisarah tiba.

“Dia satu-satunya anak aku.”

“Mah, jangan fikir yang negatif. Kuatkan semangat. Doa banyak-banyak. Mohon dekat Allah yang Azlan akan selamat,” kata Maimunah.

“Doa seorang ibu itu mustajab. Insyaallah, Azlan akan sedar,” tambah Maimunah.

Maimunah terus menenangkan Sarimah.

Selepas Sarimah bertenang, Johan juga tiba ke mereka. Dia telah menghantar tetamu-tetamu yang ada tadi pulang dan mereka semua masuk ke wad VIP itu semula.

Maisarah akhirnya dapat melihat keadaan Azlan. Kepala Azlan berbalut dan tangan dan kaki kirinya bersimen.

Keluarga Maisarah duduk di situ sehingga habis waktu melawat. Mereka antara tetamu Azlan yang paling lama berada di situ.

Sarimah juga hanya duduk bersama mereka sepanjang waktu itu walaupun ada tetamu-tetamu lain yang datang.

Emosinya agak kurang baik sedikit dan dia berasa lebih selesa dengan keluarga Maisarah.

Habisnya waktu melawat, keluarga Maisarah juga pulang ke rumah. Azura juga pulang ke rumah sendiri.

Maisarah tidak berkata apa-apa pun setelah mengetahui situasi Azlan. Dia berasa sedih tetapi menahan dirinya.

***

Satu bulan kemudian.

Maisarah telah mula bekerja semula seminggu yang lalu. Azura tidak membenarkannya tetapi Maisarah tidak peduli.

Maisarah pulih dengan jayanya dan dia tidak mahu terus terkurung di rumah. Oleh itu, dia pergi berkerja.

Walaupun tangannya masih bersimen, dia masih mampu berkerja. Dia tidak membuat kerja-kerja berat yang menggunakan tangan kanannya dan hanya membuat kerja ringan sahaja.

Walaupun Maisarah bertegas untuk berkerja, dia tahu hadnya. Dia juga sayang tangannya dan suka dengan kerjanya. Dia tidak akan mengorbankan masa depannya kerana dia suka bekerja.

“Kak Mai pergi checkup pukul berapa?” tanya staf Kafe AZ.

“Akak nak pergi dah ni. Firdaus macam biasa tengok-tengokkan kedai ye,” kata Maisarah.

“Ok. Jangan risau Kak Mai. Haritu Kak Mai tak ada nak dekat tiga minggu, kitorang ok sahaja. Jangan risau,” jamin Firdaus.

Maisarah memanggil perkhidmatan Grab dan selepas menunggu beberapa minit, kereta Grab tiba.

Kereta Grab yang dinaiki melalui jalan di mana Maisarah terlibat dengan kemalangan itu.

Perhentian bas yang musnah itu telah dikemas dan pihak yang berwajib sedang membina perhentian bas yang baru.

Pengalaman kemalangan itu masih segar di fikiran Maisarah.

Maisarah tiba di hospital dan membuat checkup.

“Tangan awak pulih dengan baik. Tulang yang retak itu pulih dengan baik. Kita akan buat lagi checkup minggu depan,” kata doktor.

“Bila saya boleh buka cast ni doktor?” tanya Maisarah.

“Lagi sebulan dua cast awak ni boleh buka. Tengok keadaan. Kalau nak elok cepat, pastikan awak jaga-jaga betul.”

Doktor itu memberitahu beberapa perkara lain dan Maisarah mendengar dengan teliti. Dia nak pulih cepat dan buka cast tangan yang dipakai.

Selepas mengalami tangan bersimen selama sebulan, Maisarah sangat-sangat ingin membukanya. Benda yang paling menyeksakan sekali ialah ketika tangannya gatal. Disebabkan tangannya dibalut simen, dia tidak dapat menggaru tempat yang gatal.

Maisarah keluar dari bilik doktor dan menghala ke wad VIP.

Sebulan telah berlalu dan Azlan masih tidak menyedarkan diri. Walaubagaimanapun, melalui apa yang dikatakan Sarimah, Azlan akan bangun tidak lama lagi.

Terdapat tanda-tanda yang Azlan akan bangun melalui aktiviti otaknya. Selepas mengetahui Azlan kemungkinan akan tidak sedar untuk jangka masa yang lama, Sarimah dan Johan ikhtiar sedaya upaya mereka mencuba pelbagai rawatan.

Dengan keadaan ekonomi mereka, mereka mudah untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik untuk Azlan.

Walaupun kebanyakannya gagal, mereka masih mencuba dan mereka tidak tahu rawatan mana yang berkesan kerana Azlan tiba-tiba memberikan tanda-tanda untuk sedarkan diri.

Maisarah tiba di wad Azlan dan mengetuk pintu wad itu sebelum masuk. Maisarah selalu melawat Azlan selepas dia membuat checkup tangannya.

“Mai, awalnya datang? Checkup awal ke hari ni?” tanya Sarimah yang duduk di sofa wad itu sambil membaca surat khabar.

Sarimah kelihatan lebih ceria dari sebelum ini. Disebabkan keadaan Azlan semakin pulih, tambahan pula peluang Azlan untuk sedarkan diri semakin tinggi, dia menjadi lebih ceria.

“Ya. Saya baru selesai checkup dan datang melawat,” Maisarah memberi buah-buahan yang dibeli kepada Sarimah.

“Buat apalah bawak buah-buahan ni. Mak Cik kan dah cakap tak payah bawak apa-apa bila melawat. Mak cik seornag je pun yang akan makan. Dah ramai sangat bagi,” kata Sarimah sambil mengambil buah-buahan yang dibawa oleh Maisarah.

Maisarah senyum sahaja. Dia melihat ke arah Azlan dan dia masih tidur dengan aman.

“Tadi doktor cakap aktiviti otak Azlan hari ni lagi baik dari semalam. Kemungkinan besar tak lama lagi dia akan bangun. Doktor suruh Mak cik cakap banyak-banyak dekat Azlan sebab ianya akan membantu Azlan untuk bangun.”

“Mai pun datanglah dan bercakap dengan Azlan,” jemput Sarimah.

“Hahaha, Mak cik, saya bukannya rapat dengan Encik Azlan. Tak silap saya, bercakap dengan pesakit koma ni kesannya lagi elok kalau ianya dari orang yang rapat dengan pesakit,” jawab Maisarah sambil tergelak kosong.

“Mai cuba sahajalah,” Sarimah menarik tangan Maisarah. Dia bersemangat menyuruh Maisarah bercakap kepada Azlan.

Sarimah berbuat begini bukan dengan Maisarah sahaja tetapi dengan tetamu-tetamu lain juga.

Maisarah berdiri di sebelah katil Azlan dan berasa kekok dan malu. Dia memandang ke arah Sarimah dan melihat mukanya yang bersemangat, Maisarah berasa serba-salah untuk menolak.

Sarimah memberi petunjuk terhadap Maisarah dan berkata, “Azlan, anak kawan mak ada datang melawat ni. Dia selalu datang melawat semenjak Azlan masuk hospital.”

“...” Maisarah senyap seketika dan menarik nafas panjang sebelum berkata, “Encik Azlan, Encik Azlan nak tidur berapa lama lagi. Mak Cik Sarimah dan Pak Cik Johan dah lama tunggu Encik Azlan bangun.”

Muka Maisarah menjadi merah. Dia berasa segan sangat ketika ini dan segera memandang ke arah lain.

Sarimah dapat melihat Maisarah menjadi malu dan dia juga tahu sikap Maisarah selepas mengenalinya sepanjang sebulan ini.

Maisarah merasakan pandangan Sarimah dan memandang ke arahnya sambil tersenyum. Dia juga terpandang ke arah Azlan dan melihat mata Azlan terbuka.

“!!!” Maisarah sangat terkejut.

Terima Kasih dan Enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience