“BERCERAI?”

Romance Series 3940

Seminggu kemudian, selepas kejadian yang melibatkan boss mereka, Iman dan Aifka sudah berbaik semula dan melupakan semua perkara yang berlaku. Hari ini, mereka bekerja seperti biasa. Tetapi Hera dan Mizni tetap datang menganggu hidup mereka.

“muka diorang lagi? Tak habis-habislah! Abang call security!”

“okay sayang abang call sekarang!”

“wait! I dan Hera datang sebab nak bagi somethings untuk Aifka. This is for you Aifka. Kitaorang siap balut lagi”

“apa ni? Bom?”kata Aifka.

“ish, takkan nak letak bom. Kalau tak dengan kitaorang sekali meletop betul tak Hera?”

“yes. Betul tu. By the way, we're in Malaysia not America."

“bukalah.”kata Mizni pula.

“nanti dulu sayang, biar abang yang bukakan.”

“Tak apalah. Biar sayang je buka eh, kamera? Untuk apa?”

“Aifka, bukalah tengok video dalam tu. Im, you tak perlu tengok okay?” tambah Mizni.

“ya Allah, apa ni? Astarfirullahalazim..apa yang abang buat ni?”

“a..apa yang abang buat? Please tell me sayang?”

“sampai hati abang buat sayang macam ni! Lepas ni tak payah panggil saya sayang lagi l hate you! I really mean it. Aku benci kau Iman!”

Aifka lari keluar dari bilik tersebut. Iman memandang Mizni dan Hera dengan pandangan tajam.

“puas hati? Dahlah!”

“eh, im where you going? Wait for us!” kata Hera.

Iman mengejar Aifka. Aifka berlari tanpa henti sambil menangis. Akhirnya, dia berhenti disebuah taman permainan. Iman terus mencari Aifka.

“ya Allah, manalah isteri aku ni? Tolonglah temukan aku dengan isteri ku ya Allah..”

Iman terus berlari. Dia menelefon Aifka tetapi tidak dijawab. Dia risau keadaan Aifka. Kemudian, dia ternampak kelibat Aifka disebuah taman permainan. Aifka sedang duduk di atas bangku. Iman segera mendekati Aifka dan memegang tanganya. Tetapi, Aifka menolak tangan Iman.

“sayang?”

“kan aku dah cakap jangan panggil aku sayang lagi! Kau tak faham Bahasa ke?”

“okay. Saya tak panggil awak sayang lagi dah. Tapi awakkan dah janji nak percayakan saya ingat tak?”

“dah! Percaya? Apa lagi yang kau nak aku percaya sedangkan bukti dah ada dalam tangan aku? Dahlah Iman, stop it! Aku benci kau, kau tahu tak? I hate you. Ceraikan aku sekarang!”

“okay, saya tengok kejap video tu..sebenarnya video ni..”

“dah, tak perlu explain lagi! Lepaskan aku! Ceraikan aku!”

“tapi..awak kita kan dah ada perjanjian.”

“lupakan semua tu. Aku boleh bakar je kontrak tu.”

“okay, macam ni kita bincang dulu dengan Ibu, Abah dan Papa okay?”

“suka hatilah..”

Akhirnya, mereka berdua pulang ke rumah. Maksu menyambut mereka dimuka pintu. Maksu hairan apabila melihat muka masing-masing tidak ceria.

“eh, kenapa semua masam je ni?”

Aifka tidak menjawab sebaliknya, Iman pula menjawab.

“Iman minta maaf ya Maksu? Aifka tak ada mood. Iman pun sama. Lepas ni Maksu tolong bagitau Papa suruh call Ibu dengan Abah datang rumah lepas asar nanti ya? Tak apalah Iman naik dulu.”

“ya..baiklah.”

Lepas solat asar, semua berkumpul di rumah dato’aIman. Masing-masing hairan dengan Iman dan juga Aifka.

“cakaplah!”kata Aifka.

“sebenarnya, kitaorang..kitaorang nak…”

“cerai!”sambung Aifka.

“apa? Cerai? Apa ni Aifka? Anak Papa kenapa ni sayang?”

“apa yang kamu berdua fikirkan ni? Im? Aifka?”kata Ibu.

“Abah dah pesan dekat im jaga hati Aifka. Sekarang ni apa yang im dah buat?”

“Aifka benci Iman! Dia playboy! Aifka benci!”

Aifka mengeluarkan kamera tersebut sebagai bukti. Iman terkejut.

“ni bukti! Tengok apa yang Iman dah buat.”kata Aifka.

Abah bangun lalu menampar Iman. Aifka agak terkejut.

“astarfirullahalazim im..apa yang im dah buat? Abah ingatkan im dah berubah tapi apa semua ni?”

Iman tidak mampu berkata apa-apa.

“im, apa yang im dah buat? Itu Hera kan dan kalau tak silap Ibu Mizni. Apa yang im dapat dari diaorang? Apa im? Apa?”

“sabar awak sabar..mengucap.”kata Abah.

“Papa tak tahu nak cakap apa Iman. Papa Cuma..”

Akhirnya, setelah lama berdiam diri. Iman kembali bersuara.

“Abah, im tak kisah kalau Abah nak tampar im banyak mana sekalipun sebab im tahu dan im sanggup untuk terima segala hukuman demi Aifka. Im boleh jelaskan. Masa itu, Hera dan Mizni datang diorang sentuh im..diorang..”

“tapi kenapa kau tak tolak? kenapa? Sebab kau masih sayangkan diaorang kan? Jawablah!” kata Aifka.

“bawa mengucap sayang..sabar”kata Papa.

“saya tak sayangkan diaorang. Tak langsung! Saya hanya sayangkan awak je Aifka! Awak Aifka! Please? Awak kata awak percayakan saya mana janji awak?”

“dahlah! Aifka dah tak tahan dengan perangai Iman..tolonglah izinkan Aifka berpisah dengan Iman please Papa? Ibu? Abah? Maksu? Please? Aifka merayu..please?”

“baiklah kalau Aifka dah fikir masak-masak. Papa izinkan.”

“im, Ibu minta maaf. Ibu pun izinkan.”

“Abah taknak Aifka sakit lagi kerana im. Abah izinkan.”

“Maksu?”Tanya Aifka.

“Maksu tak berhak Aifka. Maksu ikut Aifka.”

Mereka bercadang untuk ke mahkamah esok hari. Malam itu, Iman merancang sesuatu. Dia pergi ke dapur dan mengambil air untuk Aifka dan meletakkan sesuatu di dalam air tersebut.

‘aku rasa apa yang aku buat ni tak salah. Last sebelum dia tiada lagi dalam hidup aku.’desik hati Iman.

Iman terus menuju ke bilik Aifka. Dia mengetuk pintu bilik Aifka.

“boleh saya masuk?”

“nak apa?”

Aifka membuka pintu.

“ni air kegemaran awak jus oren. Ambillah.”

“okay letak je dekat atas meja tu”

Aifka menyikat rambutnya.

“tunggu apa lagi?”

“awak tak nak minum ke air tu? Saya dah sediakan untuk awak minumlah sikit.”

“hmm yalah. Puas hati?”

“kenapa tak habiskan?”

“kejap lagilah..”

Iman masih berdiri dimuka pintu.

“nak apa lagi?”

“boleh tak kalau saya tidur sini malam ni? Lagipun esok kita dah tak boleh bersama lagi..apa salahnya?”

“okay, tapi tidur bawah macam biasa boleh?”

“boleh..thanks awak. Saya masuk ya?”

“masuklah. Tu ada tilam gunalah.”

Iman berpura-pura tidur.

‘dah tidur? Baik habiskan air ni’ desik hati Aifka.

Aifka mula pening lalu rebah. Iman terus mengangkatnya dan meletakkan Aifka di atas katil.

“maafkan saya ya? Saya buat macam ni sebab kita tak boleh bersama lagi. I’m sorry sayang but you make me do it.”

Malam itu mereka tidur bersama. Keesokkan harinya, Iman bangun lebih awal berbanding Aifka. Dia mengejutkan Aifka untuk solat subuh.

“awak bangun, awak? Bangun solat subuh sayang?”

“apa? Peningnya kepala saya. Dah subuh ke?”

“dah bangun pergi mandi bersiap lepas ni kita nak pergi court.”

“hmm..”

Selepas solat serta breakfast, mereka sekeluarga bergegas ke court. Hari itu, mereka berdua tidak bekerja. Hakim membicarakan kes penceraian mereka. masing-masing mempunyai lawyer. Akhirnya, Aifka mendapat hak penjagaan Alana. Berita penceraian mereka tersebar luas sehinggalah ke telinga Mizni dan juga Hera. Mereka berdua gembira kerana plan mereka berhasil. Selesai kes penceraian selama beberapa minggu, akhirnya Iman membuat keputusan untuk berpindah. Sebelum bertolak dia meminta izin kepada Ibu, Abah dan juga Papa.

“Iman minta maaf kepada semua atas segala kesalahan Iman terutamanya awak Aifka. Walaupun kita dah tak bersama lagi tapi saya masih sayangkan awak. Jaga Alana ya? Alana sayang daddy pergi dulu insyaallah kalau mummy izinkan daddy datang jenguk Alana okay?”

Masa berlalu pantas sudah dua bulan mereka bercerai. Aifka dan Iman tidak lagi bekerja di syarikat berkenaan. Aifka mengambil keputusan untuk bekerja dengan Papa. Iman pula sudah jauh entah kemana. Dia langsung tidak datang menjenguk Alana. Aifka sering menerima panggilan telefon daripada Iman tetapi apabila diangkat, tiada sesiapa yang menjawab. Papa sedih melihat Aifka yang asyik termenung.

“Aifka sayang?”

“eh, Papa?”

“jauh termenung Papa tengok. Kenapa ni?”

“tak ada apa-apalah Papa”

“rindu Iman ke?”

“Papa, kan Aifka dah cakap jangan sebut nama Iman lagi please?”

“Papa minta maaf. Papa Cuma rasa yang Aifka rindukan Iman betul tak?”

“entahlah Papa. kalau Aifka tengok gambar dia, Aifka pasti ingat semua yang dia buat pada Aifka”

“tak apalah sayang jangan sedih. Papa kan ada ke nak Papa carikan pengganti?”

“Papa!”

“Papa gurau je sayang. Takkan nak manja dengan Aifka tak boleh?”

“yalah. Hmm Papa, Aifka ada sesuatu perkara nak bagitahu Papa.”

“apa dia? bunyi macam serius je”

“Aifka pregnant.”

“ha? Iman?”

Aifka mengangguk.

“dah dua minggu.”

“oh, patutlah Papa tengok Aifka lain macam je. Eh, tapi Aifka tak ada alahan ke? Papa tak perasan pun kalau Aifka muntah”

“itulah Papa. Aifka tak muntah pun bukan masa mengandungkan Alana.”

“tak apalah Aifka yang penting jaga diri Aifka elok-elok tau? Ini anugerah Allah untuk Aifka dan Iman. Mungkin Allah nak tunjukkan yang jodoh Aifka dengan Iman masih kuat.”

Empat bulan kemudian, Aifka berada di tempat kerja. Tiba-tiba ada seseorang menelefonnya. Dia berfikir sebelum menjawab.

“hello, assalamualaikum..”

“waalaikumusalam.. Aifka ke ni?”

“ya saya..”

Aifka terus menamatkan panggilan tersebut kerana dia tidak mahu bercakap dengan lelaki bukan mahramnya. Iman terus menelefonnya dan menghantar SMS.

(Aifka, awak masih sama macam dulu)

(ya saya masih masa macam dulu. Cuma maybe awak yang dah berubah dah kahwin ke?)

(kenapa awak cakap macam tu? Saya masih sayangkan awak. Awak tahu tak?)

Aifka tidak membalasnya. Lima bulan berlalu. Suatu hari, Iman SMS Aifka.

(assalamualaikum awak)

(waalaikumusalam)

(jom jumpa. Dah dekat setahun saya tak jumpa awak)

Aifka tidak membalasnya. Waktu itu, dia berada di taman permainan dengan keadaannya yang sarat mengandung. Dia berehat di situ. Kebetulan, Iman menjejak telefon Aifka dengan GPS. Apabila ternampak Aifka, Iman segera berlari ke arahnya.

“Aifka, awak?”

“Iman? Macam mana awak jumpa saya?”

“awak…awak dah kahwin?”

“tak. Saya...belum kahwin.”

“habis tu anak saya?”

“ye...”

“saya rindu awak. Awak Nampak makin cantik sekarang.”

“awak bermisai sekarang”

“kenapa? Tak handsome ke?”

“taklah”

“habis tu? Awak, awak marahkan saya?”

“dahlah cakap pasal ni. Saya pening tahu tak?”

“tapi..awak tak marahkan saya lagi kan?”

“dahlah! Kan saya dah cakap jangan Tanya soalan macam tu lagi! Boleh tak? Aduh! Awak?”

“awak boleh berjalan tak?”

“jangan pegang saya awak bukan mahram saya”

“kalau macam tu saya angkat awak sampai kereta saya.”

Iman mengangkat Aifka dan meletakkan Aifka didalam keretanya.

Mereka segera ke hospital.

“awak cepatlah! Saya dah tak tahan ni!”

“sabar kejap lagi kita sampai”

Iman terus memandu dan akhirnya mereka tiba di hospital. Aifka dimasukkan ke dalam wad bersalin. Iman yang memegang beg Aifka mengambil telefon Aifka. Dia terdiam sejenak apabila melihat gambar mereka berdua masih dikekalkan sebagai wallpaper telefon Aifka dan password Aifka juga masih tidak diubah. Iman terus menelefon Papa.

“assalamualaikum Aifka kenapa ni sayang?”

“waalaikumusalam Papa ni Iman”

“ha? Iman? Macam mana…?”

“nanti im cerita kemudian okay? Papa just datang sekarang ke hospital sultanah zahirah Aifka dah nak bersalin”

“okay baiklah. Terima kasih Iman. Assalamualaikum.”

“waalaikumusalam.”

Iman menghantar SMS maaf kerana menyelongkar telefon Aifka. Iman meminta untuk masuk ke dalam wad tetapi doktor tidak membenarnya untuk masuk kerana Iman bukan lagi suami Aifka. Tidak lama kemudian, Papa pun tiba.

“macam mana dengan Aifka?”

“masih dekat dalam Papa”

“terima kasih sebab bawa Aifka ke sini”

“sebenarnya tadi Iman jumpa Aifka dekat taman. Dia mengadu sakit sebab tu Iman bawa Aifka ke sini”

“oh, macam tu. Iman sekarang makin handsome ada misai”

“betul ke Papa?”

“betullah..ehem! nak mengorat Aifka lah tu”

“hmm..Iman rasa Iman masih ada peluang dengan Aifka kan Papa?”

“ya Iman. Kalau macam tu Iman pujuklah Aifka. Papa tengok Aifka asyik termenung je..dan Papa tahu tentang video tu bukan salah Iman”

“betul ke? Papa percayakan Iman?”

“betul. Bukan Papa je percayakan Iman Ibu dan Abah pun sama. Kami rasa Hera dan Mizni sengaja buat macam tu.”

“hmm..terima kasih Papa sebab percayakan Iman. Papa, boleh tak kalau Iman nak Tanya sesuatu?”

“tanyalah..”

“Aifka kerja dekat mana sekarang? Ke dia berhenti kerja?”

“dia kerja dengan Papa”

“oh, Papa boleh tak kalau Iman kerja dekat syarikat Papa?”

“hmm..nanti Papa fikirkan. Iman ada kan nombor Papa?”

“ada..”

“nanti kalau ada apa-apa Papa akan call Iman okay?”

“okay thanks Papa.”

Sudah sejam mereka menunggu. Doktor masih belum keluar daripada wad tersebut. Akhirnya, setengah jam kemudian, doktor keluar. Papa segera berdiri.

“macam mana anak saya doktor?”

“anak encik perlu dibedah, dia tidak boleh bersalin secara normal kerana kedudukan bayi songsang. Kalau encik setuju, sila tandatangan dokumen ini”

“baiklah..tolong pastikan anak saya selamat ya doktor?”

“saya akan buat sebaik mungkin yang lain encik berserahlah kepada Allah”

Iman yang mendengar perbualan Papa dengan doktor, segera bertanya kepada Papa.

“Papa, betul ke Aifka kena jalani pembedahan?”

“ye..”

“ya Allah permudahkanlah segalanya. Amin,”

Pembedahan mengambil masa yang lama. Iman segera menunaikan solat asar di surau yang disediakan dalam hospital. Dia membeli makanan untuk Papa.

“Papa, dah masuk waktu asar Papa pergilah solat dulu. Ni Iman belikan makanan lepas solat, Papa makan ya?”

“hmm..ya”

Papa segera menuju ke surau yang disediakan. Selesai solat, Papa kembali ke ruang menunggu. Iman menyambutnya dengan senyuman.

“Papa, duduklah ni makanlah dulu”

“tak apalah Iman makanlah dulu Papa nak tunggu Aifka.”

“kalau Papa tak nak makan, Iman pun tak nak makan juga. Papa? Iman pun tunggu Aifka Papa makanlah sikit nanti masuk angin perut Papa tu. Please makan sikit Papa?”

“tak apa. Iman makanlah”

“Iman dah makan ni. Sedapnya, rugi tak makan makanlah sikit”

“hmm..yalah”

“sedap tak?”

Papa sekadar mengangguk. Pujukan Iman sama seperti pujukan Aifka. Papa rungsing memikirkan keadaan Aifka. Dia sentiasa berdoa semoga pembedahan Aifka berjalan lancar akhirnya, doanya termakbul. Doktor keluar dan menyampaikan berita gembira.

“macam mana doktor?”

“alhamdulilah. Pembedahan berjalan lancar. Taniah, encik dapat cucu lelaki”

“alhamdulilah..terima kasih doktor”

“terima kasih pada Allah, saya hanya menjalankan tugas saya. Baiklah saya minta diri dulu”

“alhamdulilah syukur padamu ya Allah!”kata Iman pula.

Papa dan Iman melawat Aifka di dalam wad. Tidak lama kemudian, Aifka sedar.

“Papa? Iman?”

“ya saya ni Iman.”

“apa awak buat dekat sini?”

“saya yang bawa awak sampai sini”

“betul tu. Iman yang bawa Aifka ke hospital. Anyways taniah sayang dapat baby boy!”kata Papa.

“betul ke Papa?”

“betullah..tu nurse bawa baby Aifka”

“comelnya..boleh saya pegang?” pinta Iman.

“anak awak jugakan? Awak tolong takbirkan.”

Iman takbir di telinga anaknya. Selesai azan, dia memberi anaknya kepada Papa.

“Papa pegang kejap ya? Alaa, sayang..”

“dah fikir nama?” Tanya Iman.

“dah.”

“apa dia?”

“Muhammad adam Arshad”

“cantik nama tu. Biar saya daftarkan nama dia tapi bin siapa?”

“bin awaklah. Awakkan ayah dia juga.”

“okay.”

Semasa berpantang, Iman selalu datang menjenguk dan menjaga Aifka di rumah Papa sepenuh masa. Sehinggakan Aifka menanyakan soalan yang berat untuk dijawab oleh Iman.

“awak, awak ni kan selalu jaga saya awak tak kerja ke?”

“hmm..kena jawab ke?”

“kenalah jawab kenapa? Awak tak kerja?”

“sebenarnya sejak kita bercerai, terus terang saya cakap saya tak nak hidup dan saya tak nak bekerja. Selama ni saya tinggal dekat rumah jiji dia yang bantu saya. Awak tau tak setiap malam saya teringatkan awak dan awak ingat tak dulu saya pernah cakap kalau awak tak ada saya tak boleh tidur. Memang susah nak tidur asyik ingat awak je. Last, saya berani kan diri untuk jumpa awak. Jiji yang bantu saya dengan pemakaian saya macam ni dan jumpa awak. The end. So how?”

“betul ke cerita yang saya dengar ni?”

“ya Allah betullah awak. Takkan benda ni saya nak tipu awak?”

“baiklah saya percaya awak.”

“comelnya, Arshad ni”

“anak saya kan”

“anak kita juga. Eh, awak Alana mana?”

“Maksu jaga dekat kampung dia.”

“kenapa Maksu jaga?”

“saya upah Maksu jagakan Alana di kampung dia sebab saya tak larat nak jaga.”

“oh, saya faham. Alala, comelnya dia..”

“awak?”

“ya?”

“boleh saya Tanya sikit?”

“tanyalah apa dia?”

“hera dan mizni?”

“diaorang berdua masih lagi macam tu lah still cari saya”

“habis tu awak still layan diaorang lagi?”

Iman diam.

“kenapa diam? Tak ada suara?”

“ada.”

“habis kenapa diam?”

“sebab..saya takut awak merajuk lagilah..please jangan Tanya pasal tu lagi okay? Saya taknak awak kecewa sekali lagi”

“awak dah berubah.”

“saya berubah demi awak Aifka. Dahlah, saya nak main dengan Arshad ni alahai! Comelnya…awak tu makan nanti perut kosong siapa juga yang susah”

“saya tengah makanlah ni”

“mane? Padahal baru makan jangan nak tipu!”

“mana ada!”

“ada tadi tu apa?”

“tak adalah!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience