“AIFKA SUDAH BERUBAH?”

Romance Series 3940

Seminggu kemudian, setelah siap packing barang. Aifka dan Iman bertolak ke rumah mereka. Sebelum pergi, mereka bersalaman dan meminta izin dengan Ibu, Abah dan Papa.

“Ibu, Abah, Pa. Im dengan Aifka pergi dulu ya?Jaga diri selalu. Kalau ada apa-apa, call je Im ataupun Aifka. Kitaorang pergi dulu. Assalamualaikum”

“Waalaikumusalam” jawab mereka bertiga.

Aifka dan Iman bertolak. Iman menegur isterinya yang senyap dari tadi lagi.

“Sayang, are you okay? Kenapa ni?”

Muka Aifka serius. Dia tidak berkata apa-apa. Kemudian, Iman menyentuh tangannya penuh lembut.

“Ada problem ke? Marah kat abang?”

“Don’t touch my hand please?”

“Sorry. But if sayang ada problem, cerita la kat abang. Mana tahu abang boleh tolong kan?”

Aifka hanya mengelengkan kepalanya. Lama kemudian, mereka tiba di rumah baru mereka. Iman membuka pintu untuk Aifka.

“Jom sayang kita masuk. Cantik tak rumah baru kita?”

Tiada respon diberikan.

“Abang tanya ni, cantik tak sayang?”

Aifka mengangguk.

“Okay, let’s go and check our room. Jom?”

Aifka senyap. Perkara itu berpanjangan sehingga malam. Selepas solat isyak berjemaah, Iman geram dan memegang tangan Aifka. Dia menarik Aifka sehingga Aifka terbaring di atas katil. Aifka duduk.

“Eh, kenapa dengan you ni sayang? Sayang, what’s wrong? I dah tahan you layan i macam ni! Dari petang tadi kita sampai, sampai la malam ni you still macam ni! Kalai i tanya sepatah pun you tak jawab. You ni kenapa?”

“I tahu you sayangkan i, cintakan i tap i tak! So, please la faham. I terima yang kita dah kahwin tapi i taknak semua ni!”

“Kenapa dengan you ni? Kenapa you tiba-tiba berubah macam ni? Esok kita nak pergi honeymoon, dah-dah la tu buat perangai macam ni... please?”

“I tak... tak tahu nak cakap apa.”

“Cuba sayang cakap betul-betul dengan abang. Betul ke sayang bermasam muka macam ni bukan sebab yang keluar dari mulut sayang tu. Sayang sengaja buat alasan kan? Cuba jujur. Cakap benda yang sebenarnya”

“I... i... i...”

“I apa? Cakap.”

“I cuma... sedih bila jauh dengan Papa i... i tak pernah berjauhan dengan Papa selama ni...”

“Laa... sebab tu ke? Dah-dah. Takyah la sedih-sedih. I kan ada. I kan husband you. I akan selalu jaga you. Kalau rindu Papa, nanti kita oncall ke videocall ke? Haa, macam mana?”

“Hmm...”

“Tak payah la sedih lagi...”

“And... satu lagi.”

“Apa dia?”

“I tak suka dengan perangai kaki perempuan you!”

Nyaris-nyaris Iman menampar Aifka.

“I... tak sanggup nak tampar you sayang... sebab you la satu-satunya cinta hati i. Sampai hati you tuduh i macam tu... I memang keluar dengan ramai perempuan tapi i takkan sesekali sentuh atau buat apa-apa kat dorang. Dahla... i taknak gaduh. I nak pergi packing baju i... nanti... you jangan lupa pack... esok kita nak gerak dah...”

Iman berlalu. Dia agak kecewa apabila terima tuduhan sebegitu oleh isterinya sendiri. Aifka pula masih kaku dan rebah bersama airmata setelah sedar kata-kata yang dilemparkan kepada Iman.

Walaupun keadaan mereka begitu, mereka gigihkan diri untuk honeymoon terutamanya Iman. Walau hati kecewa, dia tetap bercakap dengan isterinya. Jika honeymoon dibatalkan, mereka mungkin tak sempat untuk honeymoon lagi kerana selepas seminggu, mereka akan sambung semula pembelajaran di USM.

Pagi itu, mereka bergegas naik flight untuk ke turki. Perjalanan mengambil masa 10 jam. Iman dah book suite honeymoon mewah selama seminggu. Iman memilih turki kerana disana mudah untuk mendapatkan makanan halal. Setibanya di turki, mereka berehat di suite honeymoon. Iman membawa Aifka date di tempat-tempat yang romantik. Antara aktiviti yang mereka lakukan ialah, menaiki bot sambil melihat bandar yang disisi laut tersebut. Mereka juga menikmati makanan unik di turki. Mendengar lagu romantik turki. Makan malam romantik dan sebagainya. Beberapa hari kemudian, Iman keluar ke pasar untuk membeli barangan dapur kerana mereka berdua tidak keluar ke mana-mana pada hari tersebut.

“Abang keluar dulu tau? Jangan lupa kunci pintu ni sayang”

“Ya...”

Iman menunggang motosikal menuju ke pasar. Di sana, ramai wanita arab yang cantik belaka. Terlalu ramai sehingga dia hampir terlanggar seorang wanita arab tidak bertudung. Wajahnya cantik. Sungguh ayu. Jika dia memakai tudung, keseriannya wajahnya lebih menyerlah.

“Eh, sorry-sorry. You okay? Sorry cause I almost hit you”

“Oh, it’s okay. Anyway... hi”

“Er... hi”

“So you nak beli apa ni?”

“Oh, you boleh cakap melayu? Beli barang dapur sikit.”

“Yes. My mom is from Malaysia. And my father from here. So, mix then.”

“Ohw... so, what’s your name?”

“Zaherah. Just call me hera. So, you pulak?”

“I Iman. Panggil je Im.”

“Okay Im. Btw, this is my number. Anytime free call me. Mana tahu boleh lepak sekali kan?”

“Oo...okay. Thanks! See you soon beautiful”

“See you soon handsome”

Iman seperti jatuh hati dengan Hera. Dek kerana situasinya tidak berapa baik dengan Aifka, hati dan perasaannya tidak menentu.

‘Awek arab... nice. Malam ni aku nak call la’ desik hati Iman.

Selepas selesai beli barang dapur, Iman segera menuju ke hotel. Dia mengetuk pintu berkali-kali. Lama kemudian, Aifka buka pintu.

“Masuklah... sorry lambat. I tengah mandi tadi.”

“It’s okay.”

“Beli apa?”

“Bahan nak buat kebab. Abang dah lama ada resepi kebab turki ni cuma tak sempat nak buat. Hari ni, Abang nak try. Sayang pergi siap-siap, Abang nak masak”

Selepas menikmati kebab yang dimasak oleh Iman, Aifka berkurung di dalam bilik. Manakala, Iman pula menonton televisyen. Lewat malam itu, selepas Aifka tidur, Iman keluar dari bilik secara senyap dan call Hera.

“Hello, Hera? Its me Iman”

“Hey im!”

“You sound cheerful. I thought you already sleeping. Sorry for disturbing you.”

“It’s okay. Nah, don’t worry. So, kenapa you call?”

“Hmm... i cuma nak tanya you... you free tak esok?”

“Tomorrow? Yep. Why?”

“Because I’m just want to ask you... you wanna going to date with me tomorrow? I know its bold and too fast but i just... hmm you know... just need to go or spendtime with someone. You can say no. Of course. I’m not gonna force you Hera”

“Im, don’t be like this. It’s okay to be fast and bold. I like it. Yes. My answer is yes”

“Really? Like really?”

“Yes!”

“Okay thank you so much!”

“So nak jumpa mana esok?”

“Kita lunch kat bridge boleh?”

“Okay Sure.”

“Okay bye. Take care. Sweet dreams”

“Bye love”

Keesokkan harinya, tepat pukul 12 tengahari Iman keluar untuk berjumpa dengan Hera. Mereka dating sehingga lewat malam. Macam-macam perkara yang mereka lakukan. Juga berbagai topik diperbualkan. Iman pulang ke hotel setelah berjanji dengan Hera.

“Im, thanks for today. And... can we meet again?” Tanya Hera.

“No problem. Thanks too because accompany me today. Sure. When, where?”

“Hmm... how about tomorrow night at Al-faith Hotel?”

“What? No no! Not that hotel! Tak boleh!”

“Why? What’s wrong?”

“Hmm... that hotel is too tight with security system. Tak selamat la you” kata Iman dengan alasan.

“I know that you just make it up right? Why buat excuses macam ni? I don’t care. If you love me, then go to that hotel tonight understand?”

“It’s not like that...”

“Then what? Im... just come and i will treat you like you want me do. So, you coming right?”

“Er...sure. I’ll go...”

“Remember this. Room 176”

“Oo... okay. See you then”

“Bye darl. Watch your step. Jalan kat sini berbatu sikit.”

“Okay, thanks...”

Hera tersenyum manis ke arah Iman. Iman balik ke hotel dengan hati yang berdebar. Jam sudah lewat. Aifka mengesyaki sesuatu.

“You pergi mana ni? Kenapa you balik lewat sangat? I call you banyak kali you tak angkat”

“Abang ada hal tadi. Abang keluar dengan kawan”

“Kawan? Keluar dengan kawan mana dari pagi sampai ke tengah-tengah malam baru balik?”

“Kawan baru Abang lah. Abang penat la sayang. Abang nak rest dulu...”

“You! I tak habis cakap lagi ni! You?”

Iman terus masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan isterinya.

Keesokkan harinya, Iman mengajak Aifka keluar.

“Sayang, jom keluar?”

“Nak pergi mana pagi-pagi ni?”

“Breakfast la sayang”

“Breakfast? Makanan dalam fridge kan banyak lagi. You masak je la. Membazir je”

“Abang pula? Sepatutnya sayang tu yang kena masak tau”

“I takde mood nak masak. Dahlah, you keluar la sorang. Beli la apa-apa untuk i”

“Hmm yela”

Iman terus keluar dan menuju ke sebuah kafe untuk Breakfast. Kebetulan, Hera juga berada disitu.

“Eh, hi Im! Tak sangka jumpa you kat sini”

“He...hera? Oh hi, eh jom la Breakfast?”

“Sure. Wait a minute, ni you pack untuk siapa?”

“Obviously untuk i lah”

“You’re eating now and eating again soon?”

“I save it for lunch”

“Oh okay. By the way, lepas Breakfast ni teman i shopping please?”

“Okay sure. Let’s finish this first okay sayang?”

Selepas habis Breakfast, mereka berdua shopping. Sambil berjalan sekitar kawasan shopping mall, Hera memegang tangan Iman. Iman berhenti berjalan.

“It’s okay to hold your hand like this?”

“Its okay. I just lost in thoughts. Okay let’s go!”

“Okay big boy!”

‘Aifka tak pernah pun layan aku macam ni...’ desik hati Iman.

Selesai shopping, masing-masing meminta diri untuk pulang.

“Im, tonight...”

“Yeah... tonight...”

“Okay, thanks for everything! Bye!” Hera mencium pipi Iman. Iman tersenyum sendirian.

‘Kenapa Aifka tak layan aku macam mana Hera layan aku? Oh Hera, i think I falling in love with you!’ Desik hatinya.

Malam itu, Iman bersiap-siap dan memakai wangian sehingga Aifka menegurnya.

“You nak pergi mana ni wangi-wangi macam ni?”

“Abang nak ke bawah kejap”

“Nak buat apa?”

“Adalah. Some business matter.”

“Oh... okay...”

“Sayang, Abang pergi kejap je. Kejap lagi Abang balik okay?”

“You... walaupun i layan you macam ni. And honeymoon kita also macam ni. I cuma nak you tahu yang i redha dengan perkhawinan ni you. I redha.“

Iman berdiam diri setelah mendengar kata-kata Aifka. Kemudian, dia membuka tombol pintu dan keluar. Iman mencari bilik nombor 176. Rupanya bilik itu berada tepat dihadapan suitenya. Iman menelan air liur dan berfikir sebelum mengetuk pintu tersebut.

‘Betul ke apa yang aku buat ni? Apa yang aku dah buat ni...’ desik hatinya. Lamunannya terhenti apabila pintu itu dibuka dari dalam dan Hera menarik Iman masuk lalu segera kunci pintu. Iman terkejut. Hera menarik tali leher Iman lalu menolak Iman ke atas katil. Iman terbaring. Hera merapatkan dadanya ke atas dada Iman.

“How about you and i tonight...?”

“I... I don’t know. I not sure... maybe no...”

Hera bertindak membuka bajunya. Dia sudah separuh bogel.

“Still no?”

“I...i...” kata Iman tergagap.

“I what Im? You want me right? So, get me now!”

Secara perlahan, Hera membuka baju Iman. Kemudian, Hera tutup lampu. Manakala, Aifka yang berada di dalam biliknya berasa tidak sedap hati. Tidak lama kemudian, dia call security hotel lalu keluar menunggu pihak security datang. Tidak lama kemudian, mereka tiba.

“Sir, please help me!”

“What wrong miss? Anything happen?”

“My... my husband... I’m worried about him... can you find him?”

“What happen? Where he go? You can’t contact him?”

“ I don’t know. He say he going to settle business matter. But it’s really weird because he doesn’t working yet...”

“Hmm... okay miss. Please gave us his picture, we will search entire hotel”

“Thank you sir! This is his picture”

Satu pasukan keselamatan ditugaskan untuk mencari Iman. Mereka memeriksa setiap bilik di hotel tersebut. Daripada tingkat 1 sehinggalah tingkat 10. Manakala, Hera dan Iman masih berada di dalam bilik berkenaan tanpa menyedari perkara yang berlaku. Satu jam kemudian, akhirnya pasukan keselamatan tiba di hadapan bilik Iman dan Hera. Mereka terkejut dengan ketukan di pintu.

“Ah, potong betul la. Siapa tu Hera? You ada invite siapa-siapa ke?”

“What? Mana ada! No! Wait!!! Omg! Security!”

“Apa? Oh no! Apa kita nak buat ni?”

“Okay relaxes. Hmm... you should hide in the bathroom. Now!”

“Okay-okay!”

Hera memakai baju dan membuka pintu. Kelihatan Aifka bersama sepasukan pegawai keselamatan berdiri di hadapannya.

“Yes? Sorry... i already falling sleep.”

“Sorry for disturbing you miss. We are looking for this man? Do you know him?”

Hera agak terkejut apabila melihat wajah Iman.

“Why you look shock? You know him?” Celah Aifka.

“Er... yes i do know him. He is my friend. By the way, who are you? And why are you here with this security officer?”

“That man is my husband. And I’m looking for him.”

Iman yang berada di dalam bilik air terkejut sehingga berus gigi terjatuh. Hera juga terkejut. Aifka perasan bunyi berus gigi yang jatuh tersebut.

“Wait, there’s someone here. Who in the bathroom Hera? Who?” tanya Aifka.

“No one! I’m alone! Really!”

“I don’t believe you! Officer, please check it!” Kata Aifka lagi.

“Who in this bathroom? Open it! If you won’t, i will open it. I have the key.”

Iman masih tidak memberi respon. Akhirnya, pegawai keselamatan hotel itu membuka pintu. Mereka semua terkejut apabila melihat Iman bogel dengan hanya memakai tuala.

“Astarfirullahalazim Iman! Apa yang kau dah buat? Ya Allah!”

“Aifka? Dengar dulu i explain. Please sayang...”

“Explain apa lagi? Aku tak bodoh Iman! Aku tahu apa yang kau dah buat. Kau dah... dengan perempuan ni! Sampai hati kau Iman! Kau kata kau memang playboy tapi takkan sentuh perempuan tapi sekarang ni apa? Memang betul la. Memang betul kau tu kaki perempuan! Aku benci kau!”

Satu tamparan melekat di pipi Iman.

“Terima kasih untuk honeymoon ni.”

Aifka terus berlalu masuk ke dalam bilik dan pack bajunya. Iman mengejar Aifka.

“Sayang, sayang nak pergi mana? Tolong lah sayang jangan tinggalkan abang! Please sayang? Abang minta maaf...”

Aifka cuma menangis. Dia menarik bagasinya keluar dari bilik. Iman memegang tangannya.

“Dahlah! Stop! Lepaskan aku! Aku benci kau! Aku benci!” Marah Aifka dalam tangisan.

Bertubi-tubi tumbukan diberi oleh Aifka pada dada Iman. Iman sebak. Iman memeluk Aifka tetapi Aifka melepaskan diri.

“Sayang... please jangan tinggalkan abang... abang merayu kat sayang... tolong lah jangan buat macam ni... abang sayangkan sayang...”

“Kalau sayang kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa? Kau tahu kan apa yang kau buat tu berdosa besar? Kau dah berzina Iman! Kau dah berzina! Kau sedar tak yang kau tu suami aku!”

“Abang terlanjur dengan Hera sebab sayang. Sayang tahu tak? Sayang layan abang macam mana? Sayang tak pernah bagi abang sentuh sayang walaupun hanya pegang tangan sayang. Tolonglah faham!”

“Aku... aku nak balik. Kau duduk sini. Kahwin dengan Hera dan jangan sesekali balik lagi! Faham? Selamat tinggal...”

“Sayang, Sayang? Tunggu abang...”

Aifka pulang semula ke tanah air. Aifka yang tiba di rumah menceritakan segala-galanya kepada Maksu, Papa, Ibu dan Abah. Manakala, Iman dan Hera dikahwinkan di Turki. Masa berlalu dengan pantas. Seminggu sudah berlalu dan mereka tidak mendengar khabar berita tentang Iman dan Hera. Petang itu, Iman dan Hera pulang ke Malaysia dan segera menuju ke rumah Dato’ Aiman. Mereka semua terkejut dengan kedatangan Iman serta isterinya. Aifka terus meluru ke arah Iman dan menamparnya buat kali kedua.

“Aku dah kata jangan balik, kau tak faham bahasa ke? Kenapa kau tak duduk je kat turki dengan perempuan murahan ni?”

“Aifka, jaga bahasa tu sayang” kata Ibu sambil memeluk Aifka. Aifka mula menangis.

“I bukan perempuan murahan. I terpaksa kahwin dengan husband you! Can’t you believe me?” Kata Hera.

“Aku takkan percaya cakap perempuan macam kau! Iman, aku nak kau ceraikan aku sekarang!”

“Sayang, abang taknak ceraikan sayang. Abang sayangkan sayang”

“Kalau taknak ceraikan, pilih. Aku atau dia?”

“Baik. Hera, I’m sorry... i sayangkan wife i lebih dari diri i...”

“But i also your wife.”

“I know. But, i love Aifka more than anything. Aku... ceraikan kau dengan talak tiga!”

“What? Please Im... please don’t do this to me...”

“Please Hera... just go and leave us. Go and don’t find me again. Understand?”

“I can’t believe that you lie to me. But I’m promise one day you’ll regret this. Remember. Thanks Im.”

Sebaik Hera pergi, Iman memujuk Aifka.

“I dah ceraikan Hera. You taknak maafkan i lagi?”

“Aku masih benci kau! Ya, kesalahan kau memang sukar untuk dimaafkan! Aku benci kau Iman! Kau kisah ke kalau hati aku sakit? Siapa yang boleh ubatkan hati aku kalau bukan suami aku sendiri? Dahlah Iman! Hati aku dah hancur...”

“Tapi sayang?”

Aifka berlari naik ke tingkat atas. Iman ingin mengejar Aifka tetapi dihalang oleh Abah. Satu lagi tamparan diberikan oleh Abah.

“Abah tak sangka yang anak Abah macam ni. Kesian Aifka... sanggup Im buat Aifka macam ni? Im tahu kan hukuman bagi penzina?”

“Maafkan Im Abah, Ibu, Pa... Im terlalu ikutkan nafsu Im.”

“Jangan minta maaf pada kami tapi minta ampun dengan Allah. Pujuklah Aifka. Kesian dia” tambah Abah.

“Ibu tak sangka Im buat perangai macam ni... Ibu tak sangka Im!”

“Maafkan Im ibu... Im buat semua ni sebab Aifka dah berubah. Aifka tak sayangkan Im macam dulu ibu. Aifka tak layan Im. Aifka panggil Im macam-macam Ibu...”

Iman mula menangis.

“Iman... kamu anak jantan mana boleh nangis. Iman dengar sini Papa nak cakap. Kalau Aifka tak sayangkan Iman takkan lah Aifka menangis teresak-esak macam tu dari mula dia balik sini and sampai sekarang. Tiap-tiap hari dia nangis... cuba Iman fikir dulu. Hati Aifka sakit Iman... sakit. Papa tahu anak Papa macam mana. Iman janji nak jaga Aifka kan? Tapi sekarang ni tengoklah apa yang Iman dah buat...”

“Iman minta maaf Papa... Iman minta maaf...”

“Iman... pergi pujuk Aifka. Kesian dia.”

“Baiklah Papa”

Iman bangkit dan segera naik ke tingkat atas. Dia mengetuk pintu bilik Aifka berulang kali mengharapkan Aifka membuka pintu.

“Sayang? Tolonglah buka pintu ni... sayang please maafkan abang? Maafkan Abang sayang!”

Aifka tidak membuka pintu. Iman segera mencari kunci pendua. Dia membuka pintu dan dia terkejut melihat Aifka duduk di atas katil dengan muka yang merah dan matanya bengkak kerana menangis.

“Ya Allah, sayang? Maafkan abang... abang sedih tengok sayang macam ni. Dahlah, stop nangis ya? Nanti makin teruk mata sayang ni. Kan nanti tak comel dah. Stop okay? Sayang nak air?”

Aifka mengangguk. Iman segera turun mendapatkan air untuk Aifka. Aifka minum seteguk air yang dibawa Iman. Iman menyentuh dahi Aifka.

“Ya Allah, panasnya! Sayang? Sayang baring dulu ya abang basahkan tuala sekejap”

Iman meletakkan tuala yang lembap ke atas dahi Aifka.

“Sayang, nak makan ubat?”

Aifka menggelengkan kepalanya.

“Kalau sayang taknak makan ubat, sayang tidur ya? Abang temankan...”

Aifka tidur. Iman baring disisi Aifka.

‘Kesian Aifka... semua ni salah aku! Kenapalah aku ni bodoh sangat? Bodohnya kau Iman! Maafkan abang sayang... maafkan abang’ desik hati Iman.

Keesokkan harinya, Iman bersiap untuk ke USM. Aifka masih tidur, Iman tidak sanggup untuk mengejutkan isterinya. Tiba-tiba Aifka tersedar.

“Hari ni sayang tak perlu pergi class ya? walaupun hari ni first day lepas cuti honeymoon kita, tapi sayang still x perlu pergi tau? Sayang kena berehat.”

“Tapi...”

Iman menyentuh dahi Aifka.

“Panas lagi ni... sayang, rehat tau? Nanti abang bagitau prof yang sayang mc and sayang tunggu kejap tau, abang bawakan breakfast. Tunggu tau?”

Iman turun ke bawah dan terus menyediakan breakfast untuk Aifka. Papa, Ibu dan Abah terkejut melihat Iman. Ibu menegur Iman.

“Iman nak pergi mana ni? Pakai smart-smart. Tu buat breakfast untuk Aifka?”

“Ya Ibu. Harini dah kena masuk class balik. Yela, banyak dah miss. Haah, ni untuk Aifka. Aifka demam”

“Yeke? Habis tak call doktor ke?”

“Tak. Dia makan ubat pun taknak Ibu. Iman just letakkan tuala basah je and insyaallah nanti redalah demam dia. Ibu boleh tolong tengokkan Aifka sebab Im nak kena pergi class hari ni. Iman takut demam dia melarat pulak”

“Yela. im jangan risau lah. Dah pergi naik”

“Thanks Ibu”

“Sama-sama”

Iman segera menuju ke bilik Aifka. Dia meletakkan makanan di atas meja disisi katil Aifka.

“Sayang cepat sembuh ya? Demi abang okay?” Kata Iman sambil memberi kan senyuman.

“Abang dah lewat ni. Breakfast ni jangan lupa makan tau? Ke nak abang suapkan?”

“Eh takpe.”

“Hmm, jangan lupa makan tau? Abang pergi dulu. Assalamualaikum. Boleh kan abang?”

Iman mencium dahi Aifka. Aifka menjawab salam Iman. Iman pula segera turun ke bawah.

“Iman pergi dulu ya Abah, Papa, Ibu, Maksu, tak sempat nak breakfast dah lewat sangat ni”

“Yela, hati-hati Im” kata Ibu.

“Assalamualaikum”

Iman segera menaiki keretanya setelah bersalaman dengan Ibubapa dan mertuanya. Perjalanan diteruskan. Tidak lama kemudian, dia tiba di USM lalu segera ke class. Prof Aina sudah mula mengajar. Iman masuk selepas memberi salam.

“Iman? Kenapa lewat?”

“Sorry prof. Wife saya demam”

“Wife? Oh, betul lah, Iman baru ambik cuti 2 minggu sebab kahwin kan?”

“Ya Prof.”

“Duduk Iman. Okay, baiklah. Kita sambung”

“Baik Prof”

Prof Aina memulakan class. Selepas class selesai, Iman duduk di tempatnya dan mengulang kaji pelajaran yang dia terlepas. Tiba-tiba, Jiji dengan Mizni yang berpegangan tangan menghampiri Iman yang sibuk study.

“Hai handsome.” Tegur Mizni.

“Ape yang korang nak?”

“Takde la saje je. I nak tanya you. You pergi mana seminggu lepas wed, tak datang class?”

“Honeymoon.”

“Amboi! Siap pergi honeymoon bagai? You tak ingat ke yang you ni still student or you tak kisah pun pasal study?”

“I know. Tak nampak ke tengah study?”

“Kau macam dah berubah la Iman.” Celah Jiji.

“Mana ada. Aku cuma dah ada tanggungjawab nak kena pikul. Bukannya berubah”

“I pun rasa you dah berubah la Iman. Anyway, Iman er...”

“Err ape?”

“You still love me?”

“Absolutely no”

“Are you sure? You can take back your word”

“Yes. I’m sure 100 percent. I tak cintakan you la Mizni. And for your information, even masa kita ade relationship pun i tak pernah cintakan you. Got it?”

“Whatever. I still gonna love you.”

“No. No need for that. Aifka dah cukup untuk i. Cukup sempurna.”

“Baby Ji, petang ni kita pergi rumah Iman tau?”

“Okey” jawab Jiji.

“What? No! I tak benarkan!”

“Nak lawat kawan je. Takkan tak boleh?”

“Dahlah tu babe jom!” Kata Jiji sambil menarik tangan Mizni.

“Kejap la baby. I still ade banyak benda nak cakap kat Iman ni”

“No, come!”

Jiji menarik tangan Mizni lalu keluar dari situ. Iman masih study kerana banyak yang dia ketinggalan. Habis study, dia segera pulang ke rumah. Sebaik sahaja tiba di rumah, dia terus mencari Aifka. Dia menolak pintu secara perlahan supaya Aifka tidak terjaga. Tetapi, Aifka tetap terjaga.

“Eh sayang tidur lah. Sorry kalau abang buat sayang terjaga”

“It’s okay”

“Dah makan? Solat?”

“Dah...”

“Lunch?”

“Belum...”

“Takpe lah, abang nak mandi solat kejap lepas tu abang siapkan lunch untuk sayang okay?”

“Hmm... ya”

Selepas mandi dan solat, dia segera ke dapur mengambil makanan untuk aifka lalu terus menuju ke arah bilik Aifka. Iman masuk lalu duduk disisi Aifka sambil meletakkan makanan di atas meja. Dia menyentuh dahi Aifka.

“Dah kurang sikit panas sayang ni. Esok boleh lah kalau sayang nak pergi class. Sekarang ni makan dulu sikit okay? Ke nak abang suapkan?”’

“Takpe lah”

“Ala, biarlah abang suap. Nah, buka mulut tu macam tu lah isteri abang... makan banyak-banyak okay?”

Iman menjaga isterinya sebaik mungkin. Wujud bait-bait cinta dalam kehidupan mereka berdua. Walaupun banyak bergaduh namun, masing-masing mempunyai rasa sayang yang terpendam di hati. Mereka berdua dikejutkan dengan kehadiran Mizni dan Jiji pada petang itu. Mereka berdiri di hadapan pintu rumah. Maksu membuka pintu.

“Cari siapa ya?”

“Saya cari Iman. Iman ada tak?” Kata Jiji.

Papa, Abah dan Ibu agak terkejut dengan kehadiran mereka berdua. Papa juga bertanya soalan yang sama kerana wajah Jiji kelihatan lain dari biasa kerana gaya rambut serta pemakaiannya diubah mengikut citarasa Mizni.

“Cari siapa ya?”

“Kitaorang cari Iman. Kitaorang ni classmate dia” kata Jiji.

“Ni bukan Jiji ke?” Soal Ibu.

“Ya Makngah. Hehe, Tukar style sekarang sebab Mizni la suruh. Oh, lupa. Ni kenalkan Mizni, girlfriend Jiji...”

“Girlfriend Jiji?” Abah bertanya.

“Ya Pakngah...”

“Bila nak kahwin? Calon dah ada.” Tambah Abah.

“Er... hehe entahlah Pakngah...”

Belum sempat Abah menyoal Jiji, Iman segera turun ke bawah. Dia agak terkejut dengan kehadiran mereka berdua.

“Eh, Jiji? Mizni? Kan i dah cakap jangan datang. Korang ni degil lah!”

“Kenapa pula? Salah ke kalau i nak datang ke rumah ex...ops!” Kata Mizni.

“Ex? Ex apa?” Tanya Papa.

“Eh takde apa-apa lah uncle. Mizni datang sini sebab nak lawat Aifka je sebab Iman kata Aifka demam. Takkan tak boleh?”

“No! No! No! Tak boleh! I tak benarkan you lawat wife i”

“Eh Iman, Iman ni kenapa? Biarlah dorang lawat Aifka. Dah, ajak dorang naik atas”

“Tapi Pa...”

“Tapi apa lagi? Dah, pergi naik”

“Hmm yela...”

Iman membawa Mizni dan Jiji naik ke atas dan mereka berhenti di hadapan pintu bilik Aifka. Iman teragak-agak untuk membuka pintu bilik tersebut. Mizni tegur Iman.

“Kenapa you ni? Kalau susah sangat nak buka, biar i yang bukakan”

Sebelum Iman sempat bertindak, Mizni membuka pintu bilik Aifka. Kelihatan Aifka sedang berbaring di atas katil. Aifka tersedar dan terkejut dengan kehadiran mereka berdua. Iman segera memberi isyarat kepada Aifka bahawa dia juga tidak menyangka mereka berdua datang ke rumah petang itu.

“Kesiannya kau Aifka, terbaring macam ni” Kata Mizni.

“Teruk sangat ke demam kau Aifka?” Kata Jiji pula.

Aifka senyap.

“Isteri you ni baru lepas bersalin ke apa?pucat semacam je”Kata Mizni lagi.

Aifka marah. Aifka mula membuat drama.

“Abang?” Panggil Aifka manja. Iman juga secara automatik melayan Aifka.

“Ya sayang?”

“Abang, sayang peninglah...”

“Alololo kesiannya sayang abang ni. Nak abang picitkan tak?”

“Nak! Hmm abang?”

“Ya sayang”

“Ada orang tu kan suka kacau sayang. Sayang tak sukalah... sayang bencilah...”

“Siapa dia? Cakap! Nanti abang tumbuk muka dia baru padan muka dia kan?”

Mizni mula menyampah dengan drama mereka berdua. Dia mengamuk.

“Jom baby balik! Tak kuasalah duduk sini!”

Sebaik sahaja Mizni dan Jiji keluar dari bilik mereka, drama ditamatkan.

“You jangan salah anggap okay? Tadi tu drama rekaan semata-mata so jangan fikir bukan-bukan”

“Alah, ingat betul-betul tadi. Alangkah indahnya jika semuanya menjadi kenyataan”

“Mengade”

“Haha biarlah...”

Kejadian itu merapatkan hubungan mereka berdua. Aifka mula menerima Iman di dalam hidupnya. Dia redha dengan ketentuan ilahi. Aifka dan Iman masing-masing cuba membiasakan diri dengan perkhawinan mereka. Keesokkan harinya, selepas breakfast dan meminta izin Ibubapa serta mertua mereka bertolak ke USM. Sir Is sudah ada di dalam class. Mereka datang lewat sikit kerana Aifka sakit kepala selepas bangun tidur malam tadi.

“Kamu berdua sini kejap” kata Sir Is.

“Ya Sir?” Tanya Iman.

“Kenapa kamu berdua lambat? Puteri, kenapa awak datang sekali dengan Iman? Jangan cakap yang awak berdua dah...”

“Ya Sir. Kami berdua dah kahwin.” Kata Iman.

“Oh...baiklah. Kamu berdua boleh duduk. Lepas ni saya nak jumpa awak puteri.”

“Baik Sir...” akur Aifka.

Habis class, Aifka berbual dengan Sir Is di meja pengajar sementara Iman menunggu Aifka di sit pelajar.

“Kenapa Sir nak jumpa saya?”

“Takde apa. Saya cuma nak tanya betul ke awak dengan dia dah kahwin?”

“Ya. Betul. Dia suami saya”

“Hmm... saya bukan apa Aifka. Cuma saya terkejut bila dengar berita camni. Patutlah awak berdua tak datang u dua tiga minggu. Saya harap awak bahagia dengan dia. Saya keluar dulu”

“Oh, okay”

Iman segera bergegas ke arah Aifka.

“Sir tanya apa je?”

“Takdela. Dia cuma tanya pasal kita. Maybe dia tak percaya kot yang kita dah kahwin”

“Yela. Lagipun kita baru je kahwin. And maybe jodoh kita kuat. Kan sayang?”

“Ya...”

“Sayang, jom kita pergi library? tempat fav sayang.”

“Boleh juga. Eh, abang mana Waitul ea?”

“Abang? Sayang serius ke nak panggil abang ni?”

“Er..hehe.. maybe?”

“Haha that’s great! Pasal Waitul tu abang pun tak sure la sayang. Semalam pun tak nampak dia. Takpela, maybe dia ada hal kot. Jom sayang library?”

“Jom!”

Semasa di dalam library, Iman suka mengusik Aifka yang sedang membaca buku. Aifka marah tetapi Iman pula asyik tersenyum sepanjang masa.

“Abang, boleh tak duduk diam? Macam budak-budak tahu tak? Library ni tempat orang baca buku bukannya tempat mengorat orang!”

“Aik, sejak bila pulak abang mengorat?”

“Abang jangan nak tipu! Macam lah sayang tak pernah nampak yang abang bukan main lagi berpeluk dengan perempuan lain dalam library ni. Kan?”

“Ke sayang jealous? Jealous ea?”

“Mana ada! Takde maknanya sayang nak jealous”

Tiba-tiba salah seorang staf library, menyuruh mereka berdua senyap.

“Shhhh!”

Aifka senyap sambil tersenyum. Iman pun turut senyum. Mereka berbisik.

“Ni semua salah abang!”

“Bukan salah sayang ke?”

“Salah abang!”

“Salah sayang!”

“Dahlah, sayang nak keluar. Abang jangan ikut!”

“Nak ikut juga!”

Selepas itu, mereka segera pulang ke rumah. Ibu, Abah dan Papa tersenyum melihat gelagat Aifka dan Iman. Pada petang itu, Iman bercadang untuk pulang ke rumahnya begitu juga dengan Ibubapa Iman. Mereka bertolak serentak. Aifka terkejut apabila Iman melencong dari laluan ke rumah mereka.

“Kenapa abang lalu sini? Bukan arah situ ke?”

“Abang nak bawa sayang satu tempat”

“Dekat mana?”

“Kejap lagi sayang tahulah”

Kemudian, mereka tiba di destinasi.

“Laa, kedai photoshoot hari tu? Abang nak buat apa kat sini?”

“Nak ambik album kita la. Sayang ingat tak?”

“Mestilah ingat. Tak sabarnya nak tengok!”

“Tunggu kejap, abang pergi ambik kan”

Iman turun untuk mengambil album mereka. Tidak lama kemudian, dia kembali ke kereta.

“Cepatnya?”

“Mestilah. Lagipun album dah lama siap”

“Abang kena make sure yang gambar tu takde dalam album ni tau?”

“Gambar yang mana pula ni?”

“Gambar yang sayang tak suka tu”

“Yang mana satu? Ala, peninglah sayang”

“Ala, yang tu la...”

“Oh, yang kiss scene tu ea?” Tanya Iman sambil senyum.

“Abang!”

“Kenapa?”

“Dia letak gambar tu kat depan sekali! Adoi malulah!”

“Laa, buat apa nak malu? Lagipun kita dah sah kan?”

“Hmm... nak buang la gambar ni”

“Eh, sayang jangan! Nanti abang buang ya? Abang janji abang buang”

“Janji?”

“I’m promise”

Iman membuang gambar tersebut dan simpan di dalam wallet. Perjalanan diteruskan. Akhirnya, mereka tiba.

“Penatnya...” keluh Aifka.

“Amboi, abang yang drive sayang yang penat?”

“Penatlah... drive pun auto jugak kan?”

“Kalau auto tak penat la? Penatlah sayang. Dua tiga jam tekan minyak. Habis sayang tu buat apa dalam kereta? Tidur? Tidur pun penat ea?”

“Er penat. Penat tutup mata”

“Pandai isteri abang ya? Boleh jadi lawyer ea sekarang?”

Aifka mencuit bahu Iman. Lalu dia menghulurkan tangannya.

“Sakit lah sayang!”

“Padan muka! Kunci mana? Bak Sini!”

“Tak boleh!”

“Bagilah! Abang!”

“Tak boleh! Kalau sayang nak, angkat beg sayang tu dulu”

“Tapi tu tugas abang kan?”

“Apa pula tugas abang? Sayang angkat beg sayang, abang angkat beg abang. Deal?”

“Tu pun berkira! Suami sepatutnya angkat barang berat macaam ni. Bukannya isteri!”

“Nak masuk ke tak? Kalau nak, angkat beg tu dulu”

Aifka mengangkat beg dan menarik bagasinya dari halaman rumah.

“Eh, nak ke mana tu?”

“Tadi kata tak bagi masuk kan? So, biarlah sayang tidur kat hotel je la”

“Pergilah... pergi”

“A...abang taknak halang?”

“Taknak. Pergilah. Kata nak tidur hotel kan?”

Aifka hampir menitiskan airmata. Dia menelefon grab. Lalu tanpa disangka airmatanya mengalir dipipi. Iman segera berlari ke arah Aifka apabila melihat dia menangis. Iman memeluk Aifka dari belakang.

“Lepaskan! Tadi halau sangat kan?”

“Sayang, abang minta maaf. Tadi abang gurau je. Tak payah la cari hotel. Rumah kita ni lebih selesa dari mana-mana hotel.”

Aifka senyap. Iman masih memeluknya dengan erat.

“Sayang? Abang sayangkan sayang sangat-sangat. Sayang tahu tak, kalau sayang takde kat tepi abang, abang tak boleh nak tidur. Kalau betul lah, sayang tidur hotel. Malam tu jugak abang cari sayang.”

Aifka senyap. Iman melepaskan pelukannya lalu mengesat airmata dipipi Aifka sambil berkata.

“Abang sayangkan sayang tau tak? Abang buat macam ni sebab abang nak tengok sama ada sayang ni betul-betul sayangkan abang atau tak. Dahlah, jangan nangis lagi okay? Abang minta maaf sebab buat sayang nangis. I’m so sorry sayang...”

“Apologies not accepted”

“Ala, kenapa? Sayang!”

“Haha, tahu takut”

“Mestilah takut. Dah, jom masuk”

Malam itu selepas solat isyak, mereka berdua menyiapkan baju untuk ke USM esok.

“Sayang? Oh, sayang?”

“Apa?”

“Esok sayang pakai baju warna apa?”

“Secret. Esok abang tahulah”

“Ala, bagitau la. Nanti boleh matching sama-sama”

“No! Taknak! Tunggu esok okay? Okay, I’m done. Bye nak tidur. Muah!”

Aifka terus tidur. Iman pula menggelengkan kepalanya. Sebelum tidur, dia menyelimutkan Aifka dan mengusap rambutnya.

“Sayang, i really really love you. Abang harap kita akan bahagia dengan kehidupan kita sekarang. Abang minta maaf atas segala silap abang selama ni termasuklah silap abang yang menyebabkan masjid kita terbina atas sebab yang tidak elok. I’m sorry sayang. Lepas ni abang janji abang akan jaga sayang and abang taknak sakitkan hati sayang lagi. Thanks sayang sebab hadir dalam hidup abang” kata Iman sambil mencium dahi isterinya.

Aifka belum tidur dan dia mendengar kata-kata Iman. Walaupun Iman menyangka dia sudah tertidur tetapi, Aifka tersentuh dengan apa yang diluahkan oleh Iman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience