"MISI MENCARI AIFKA"

Romance Series 3940

Pagi isnin yang dingin, iman bangun dengan perlahan-lahan supaya Alana dan Arshad tidak terjaga. Dia meluru ke arah bilik mandi untuk mandi dan berwuduk. Selesai mengambil wuduk, dia segera turun ke bawah dan solat berjemaah bersama papa. Selepas solat subuh, iman segera ke dapur dan menyediakan breakfast. Maksu yang sedang lalu menegur iman yang sedang asyik memasak.

“iman?”

“eh, maksu? Morning!”

“morning! Untungnya aifka dapat suami yang pandai memasak macam iman ni…”

“ish, tak adalah pandai mana maksu. Setakat nak buat breakfast sikit tu pandailah.”

“yalah tu. Padahal iman masak macam master chef kalah maksu. Dahlah tu iman biar maksu siapkan breakfast. Lagipun memang dah jadi tugas maksu setiap hari.”

“eh, tak apalah maksu. Nanti boleh lah maksu dengan papa rasa air tangan iman kan?”

“hmm…yalah iman oi. Maksu tolong buat air je la ya?”

“yalah maksu.”

Selesai menghidangkan breakfast, iman segera naik ke atas dan mengejutkan anak-anaknya.

“sayang? Alana sayang? Bangun, kata nak cari mummy?”

“cari mummy? Yeah! Kalau macam tu daddy tunggu Alana okay? Alana nak mandi.”

“yalah. Tapi, hati-hati dalam bilik mandi tu ya? Lantai licin carefull sayang! Jangan lupa gosok gigi!”

“daddy ni layan Alana macam budak kecil.”

“eh, macam-macam Alana ni. Dah, pergi mandi. Daddy nak kejutkan Arshad.”

“yalah…”

“Arshad, bangun sayang…semalam Arshad tanya mummy mana kan? Jom hari ni kita cari mummy okay?”

“cari mummy? Arshad nak jumpa mummy! Yeah!”

Iman sibuk menyiapkan anak-anaknya. Setelah siap, iman membawa mereka turun ke bawah. Papa sudah ada di ruang tamu.

“eh, iman dah nak pergi ke?”

“ya papa. Flight pukul 9:30. Iman takut tak sempat je sampai airport tu kena bertolak awal pagi lagi. Alana dengan Arshad main dengan atok dulu ya? Daddy nak letak beg dalam kereta.”

“okay daddy. Jom adik?”

“jom main dengan atok, duduk sini. Lepas tu kita breakfast sama-sama okay?”

Iman segera menuju ke keretanya dan meletakkan bagasi kedalam kereta tersebut lalu masuk semula ke dalam rumahnya. Mereka menikmati breakfast. Selepas breakfast, iman membiarkan anak-anaknya bermanja dengan papa dan juga maksu. Tidak lama kemudian, iman meminta izin untuk bertolak ke paris.

“hmm..papa, iman pergi dulu ya? Iman janji yang iman akan cari aifka. Iman janji papa! Alana, Arshad pergi salam dengan atuk dan che sue sayang”

Iman menyalami tangan papa sambil memeluknya. Dia masuk ke dalam kereta dan meletakkan Arshad pada seat baby di belakang. Manakala, Alana pula berada di sisi Arshad.

“pergi dulu papa!”

“jaga diri! Kalau ada apa-apa call papa atau pun Video Call.”

“okay papa. Gerak dulu ya assalamualaikum”

“waalaikumusalam.”

‘harap-haraplah iman dapat jumpa aifka.’ Desik hati papa

Iman terus memandu menuju ke airport. 20 minit kemudian, mereka tiba di airport tersebut. Iman keluar dari kereta dan mengambil beg dan membiarkan Alana memimpin Arshad.

“daddy?” Tanya Arshad.

“ya sayang?”

“dah sampai ke?”

“kita baru sampai airport sayang. Kejap lagi kita naik tu benda besar tu. Arshad Nampak tak?”

“Nampak! Nak naik benda tu ke daddy?”

“ya…arshad nak tak? Alana?”

“Arshad nak!”

“yeah! Alana pun nak!”

“kalau macam tu jom kita pergi!”

Flight sudah hampir berlepas. Iman segera check in beg dan visa ataupun passport. Iman mendukung Arshad sambil memegang tangan Alana. Mereka masuk ke dalam flight tersebut dan duduk dalam class A. Terasa seakan-akan berada dalam private plane dengan hanya dua kumpulan penumpang yang berada di dalam class A.

“alana dengan Arshad kena duduk diam-diam okay? Sebab lepas ni flight akan berlepas. Dia nak terbang dah. Jangan bergerak.”

“daddy! takut!” kata Arshad.

“jangan takut! Kakak kan ada. Daddy pun ada.”

“betul kata kakak tu. Dah, sini pegang tangan daddy.”

Iman menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Walaupun berbagai kerenah yang ditunjukkan oleh anaknya, dia tetap sabar dan menuruti segala kerenah anaknya. Semasa solat, iman meninggalkan anaknya dan meminta Alana dan Arshad untuk duduk diam-diam dengan seat belt yang dipakaikan oleh iman. Nasib baiklah Alana tak pandai buka seat belt kalau tak mesti merayau jauh dalam flight tersebut. Sepanjang perjalanan, Arshad berkelakuan baik dan tidak merengek Cuma Alana si kakak pula hyper active sikit.

Tetapi, iman dapat mengawal Alana kerana Alana anak yang mendengar cakap. Malam itu, Alana dan Arshad tidur awal seperti kebiasaan waktu tidur mereka dirumah. Pada waktu itu lah, iman dapat berehat. Iman segera meneliti perjalanan mereka untuk keesokkan harinya. Walaupun berada lama di dalam flight tetapi, hati iman sentiasa penuh dengan keinginan untuk berjumpa dengan aifka isterinya. Dia ingin mencari aifka dengan segera. Dengan fikiran yang melayang-layang, dia terlelap akhirnya.

Keesokkan harinya, dia bangun untuk menunaikan solat subuh. Setelah siap solat, dia segera kembali ke tempat duduknya. Tiba-tiba ada seorang pramugari menegurnya.

“hai encik! Awal bangun? Penumpang lain semua masih tidur.”

“er, hai… saya bangun solat tadi.”

“oh, macam tu. Anak ke tu?”

“ya anak saya. Kenapa ya?”

“tak ada apalah. Saje saya Tanya. Saya pergi dulu ya?”

“er, ya…kejap cik!”

“ya?”

“bila kita sampai paris?”

“maybe lepas zuhur nanti.”

“oh ye ke? Terima kasih. Eh, sekarang kita ada dekat mana?”

“sekarang kita berada di eropah. Kejap lagi sampai paris.”

“oh okay. Terima kasih ya.”

“sama-sama kasih. Eh, sorry.”

Iman hairan dengan pramugari tersebut. Memang wajah pramugari tersebut cantik dan menawan namun, aifka tetap di hati iman. Manakala, pramugari tersebut pula segera menuju ke arah pilot sambil berkata di dalam hatinya.

‘aduh, malunya! Dahlah handsome. Ish, kalau lah dia belum kahwin…boleh lah aku masuk line. Tapi, apa nama dia? tak apalah nanti aku check dalam nama checklist penumpang.’desik hatinya.

Kemudian, berbalik kepada Alana dan Arshad. Tidak lama kemudian, Alana tersedar.

“daddy?”

“eh, Alana dah bangun sayang?”

“daddy, dah sampai ke?”

“nanti lepas zuhur kita sampai.”

“zuhur? Maksudnya pukul 1 nanti la ya daddy?”

“ya sayang.”

“yeah! Tak sabarnya!”

“eh, Alana jangan menjerit…nanti orang lain marah. Shhh!”

“ops! Sorry daddy.”

Arshad masih tertidur. Alana pula excited sebab first time tidur dalam flight. Pramugari tadi lalu sebelah iman.

“eh, encik?”

“eh, cik?”

“alang-alang dah jumpa encik ni, nak breakfast tak?”

“boleh juga. Menu?”

“nasi lemak dan penkek. Air pula kopi dengan susu segar. Encik nak yang mana?”

“Alana nak apa sayang?”

“Alana nak air susu dengan penkek. Nanti bagi menu yang sama untuk adik ya daddy? Sebab adik suka penkek.”

“okay. Kalau macam tu cik tolong bagi penkek dan fresh milk tiga set”

“okay encik. Ni dia. enjoy your meal encik iman and Alana.”

“eh, mana cik tahu nama saya?”

“itu secret. Saya ila dan awak iman kan?”

“er, ya… terima kasih ya untuk breakfast ni.”

“thank you aunty ila!”

“ya Alana. Aunty ila pergi dulu ya? Makan sampai kenyang ya?”

“okay aunty!"

“habis kan okay? Daddy nak Alana habiskan sebab tak baik?”

“membazir…”

“nanti?”

“berdosa.”

“pandai. Makan tu makanan tak elok dibiarkan lama-lama.”

“yes daddy!”

Kemudian, Arshad terjaga dari tidurnya. Alana bermain dengan adiknya. Iman pula melayan kerenah anak-anaknya itu walaupun mereka berdua rindukan aifka. Masa demi masa berlalu akhirnya, mereka sudah tiba di paris. Bandar yang dikatakan bandar cinta ataupun bandar yang romantik. Selepas kapal terbang tersebut mendarat, pilot membuat pengumuman.

“Attention everyone! You may leave and get your bag at the airport next to you. Thank you.”

“Alana pegang tangan daddy okay? Jom kita turun.”

Iman segera turun dan menuju ke lapangan terbang untuk mengambil bagasi mereka. Kelihatan seorang wanita berkulit putih memegang banner yang bertulis iman and family. Iman segera menuju ke arah wanita tersebut. Rupa-rupanya wanita itu ialah sara employee kepada cik yana.

“hello.”

“hello. I iman and you must be sara right?”

“yes. It pleasure to meet you iman.”

“ucap hello dekat aunty sara. Alana, Arshad.”

“hello aunty sara!” kata anak-anaknya.

“hey kids. So, let go to your house!”

“okay. Jom!”

Mereka segera menaiki kereta lalu bertolak ke rumah baru iman. Setengah jam kemudian, mereka tiba di sebuah rumah yang besar dan cantik. Iman juga gembira seperti anak-anaknya. Setibanya di sana, mereka turun lalu berdiri di depan pintu rumah.

“now, this is your house. You said you want a car isn’t?”

“yes. Are that mine?”

“yes. That ferrari is yours. One more, I had transfer 22 000 dollar to your account. This is the key. One for that car, and this pack of key is for the house also this is the key for the main door of your house. I guarentee that you will gonna like this house.”

“yeah sure. Okay, thanks for everthings sara. Your service is the best! the security guard is going to be my worker or? How about cleaner?”

“about that, that security guard name is bob. He also your bodyguard and he is under my service. Don’t worry you don’t have to pay for it. Also for cleaner. It all my service. Free of charge.”

“wow, your service really awesome. Thank you sara.”

“you welcome iman. One more thing, my boss told me that you’re muslim and I have prepare the kiblat sign in each door so, you don’t have to find it by yourself. My apologize because I have to go. Anythings, just call me okay? I have some problem to settle down. So, see you soon bye! Bye kids!”

“bye aunty sara!” kata alana.

“drive carefull!”

Sebaik sahaja sara pergi, iman segera membuka pintu rumahnya. Dia pun masuk.

“wah! Cantiknya rumah ni! Kan alana? Tak rugi daddy keluar duit.”

“cantik betul daddy! Alana suka!”

“baguslah kalau alana suka. Arshad, Arshad duduk sini dulu ya? Daddy nak ambil barang letak atas. Alana jaga adik kejap ya?”

“okay daddy!”

Iman bertungkus lumus mengemas barang. Selepas siap mengemas, dia turun semula. Iman terkejut melihat anak-anaknya sudah tertidur di atas sofa. Iman segera mengangkat anaknya lalu meletakkan mereka di atas katil. Kemudian, dia menunaikan solat zuhur. Hari itu adalah hari yang memenatkan bagi iman. Iman telah mengaji seorang pembantu rumah orang Malaysia yang tinggal di paris untuk menjaga anak-anaknya sementara dia mencari aifka. Esok, dia akan datang ke rumah iman dan berulang alik dari rumahnya. Disebabkan keletihan, selepas solat isyak pukul 9.00 malam, iman terlelap disisi anak-anaknya. Keesokkan harinya, iman bangun, mandi dan menunaikan solat subuh. Selepas solat, dia segera ke bawah kerana ada seseorang datang ke rumahnya. Dia membuka pintu.

“assalamualaikum…encik iman kan?”

“waalaikumusalam…ya saya. Dan cik siapa?”

“ni saya lah, isya. Pengasuh untuk Alana dan Arshad.”

“laa, isya ke? Sorry lah sebab kita pun tak kenal. Masa tu saya kenal suara je. Eh, masuklah.”

“saya siapkan breakfast ya?”

“ya, saya nak naik kejap siapkan budak-budak tu.”

“okay encik iman.”

Iman segera mengejutkan alana dan Arshad. Iman memandikan Arshad sementara alana mandi sendiri. Selepas mandi, iman menyiapkan anak-anaknya. Iman terasa kehilangan aifka kerana aifka yang selalunya mandikan anak-anaknya.

“alana dan arshad jom kita ke bawah jumpa aunty isha.”

“siapa tu daddy?” Tanya alana.

“dia pengasuh alana dengan Arshad. Jom kita jumpa dia.”

Isya sedang menghidangkan sarapan.

“isya?”

“eh, dah siap mandi? Nak keluar sekali ke?”

“eh, tak adalah. Saje mandikan.”

“alaa, saya boleh mandikan. Kenapa tak bagitahu tadi?”

“biarlah. Lagipun isya kan tengah buat breakfast. Takkan saya nak suruh buat banyak kerja sekali gus?”

“yalah encik iman.”

“eh, alana, arshad salam dengan aunty isha.”

“alaa..comelnya alana! Arshad!”

“aunty pun comel.” Kata alana.

“hahaha. Terima kasih. Eh, jom lah breakfast.”

“ya…isha, boleh tolong buatkan nestum untuk Arshad?’

“baiklah encik iman.”

Mereka menikmati sarapan pagi. Siap sarapan, iman meminta diri untuk keluar.

“isha, saya pergi dulu ya? Arshad dan alana jangan degil pula kesian dekat aunty isha nanti okay? Petang nanti saya balik…”

“okay encik hati-hati.”

“daddy hati-hati ya? Balik awal tahu?” kata alana.

“insyallah sayang! Isha, ni card saya. Kalau ada apa-apa call ya?”

“ya..”

“pergi dulu assalamualaikum”

“waalaikumusalam”

Iman terus memecut untuk mencari aifka. Dia berhenti di setiap hotel dan rumah sewa. Tetapi, semuanya hampa. Akhirnya, dia masuk ke dalam sebuah hotel yang agak mewah. Malang baginya kerana jawapan pemilik hotel itu juga sama. Merata tempat iman mencari aifka. Namun, tidak ada satupun orang yang pernah jumpa aifka.

‘mana lagi aku nak cari dia? aifka, awak ada dekat mana? Saya betul-betul rindukan awak.’ desik hati iman sambil memperbetulkan scarftnya. Hari itu cuaca begitu sejuk dan semua orang memakai kot dan juga scarft.

Iman termenung seketika. Lalu dia teringatkan waitul. Dia mengeluarkan phonenya lalu menelefon waitul. Nasib baik ada orang yang menjawab.

“assalamualaikum.”

“waalaikumusalam. Cari siapa ya?”

“ni nombor waitul kan?”

“nawaitul hazmie?”

“ya…nawaitul.”

“encik ni siapa ya?”

“saya kawan waitul dulu masa university. Saya iman. Encik?”

“iman? Saya hairi. Suami waitul.”

“hairi? Hairi kau ke tu? Suami waitul?”

“hahaha…iman, kau ingat kau seorang je ada kisah yang menarik. Aku pun sama lah.”

“hahaha. Weh, lama gila tak jumpa kau. Dalam diam dah kahwin dengan waitul. Apa khabar sekarang?”

“khabar baik. Kau? Apa cerita?”

“ni ceritanya. Sebab tu aku call nombor waitul nasib baik lah dia masih pakai nombor ni.”

“macam serius je. Kalau nak jumpa jauh…”

“jauh? Kau ada dekat mana?”

“aku stay paris sekarang.”

“ya Allah. Alhamdulilah, kebetulan aku pun stay paris juga.”

“oh, ye ke? Kalau macam tu kita jumpa lah. Bincang hal yang serius sangat tu.”

“waitul ada tak?”

“tak ada. Dia dekat office. Dia tertinggal phone dia dekat rumah”

“oh, tak apalah. Macam ni esok aku pergi rumah kau. Kau send location and make sure aifka ada eh, waitul ada.”

“aifka? Kau dengan aifka lagi ke? Bukan ke satu Malaysia dah tahu yang korang dah bercerai?”

“aku dengan dia dah disatukan semula. Weh, panjang cerita dia bro. tak sempat nak cakap dekat phone.”

“pula dah. Okaylah. Esok kau datang la. Call lah kalau sesat.”

“okay. Hari pun dah senja. Tak sempat nak ke rumah kau sekarang.”

“aku faham. Okaylah jumpa esok.”

“okay. Assalamualaikum”

“waalaikumusalam.”

Iman terus pulang semula ke rumahnya. Keesokkan harinya, dia keluar sekali lagi untuk pergi ke rumah hairi. Pagi itu, iman menghidupkan kereta dan bertolak pergi selepas meminta izin. Dia segera set GPS pada keretanya mengikut location yang diberikan oleh hairi. Sementara iman dalam perjalanan ke rumahnya, hairi berbual dengan waitul.

“sayang, kawan saya nak datang rumah kita lepas ni. Awak off day kan hari ni?”

“ya kenapa?”

“tak adalah. Saya saje Tanya. Lepas ni awak tolong buatkan air atau apa-apa yang patut ya?”

“ya baiklah. Saya nak tengok tasha kejap lepas tu saya buatkan air okay?”

“yalah.”

Pukul 11 pagi, iman tiba dirumah hairi. Dia menekan loceng rumah dan memberi salam.

“Assalamualaikum…”

“waalaikumusalam…iman! Lama gila tak jumpa dengan kau masuklah!”

“ya. Rindu pula zaman universiti dulu kan?”

“ya…eh, duduklah. Sayang, sayang? Kawan kita dah sampai ni”

Waitul segera ke ruang tamu sambil menjulang air. Dia agak terkejut sehingga hampir menumpahkan air yang dibawanya kerana melihat si playboy yang dulu kini berada di depan matanya. Tambah lagi, iman juga semakin handsome dan lain dari dulu. Dia juga terkejut melihat waitul yang kini juga berubah.

“er, jemput minum.”

“awak nak kemana tu sayang?”

“tengok tasha kejap.”

Hairi menarik tangan waitul.

“kan awak dah tengokkan tadi? Tak payahlah duduk sini. Iman datang pun sebab nak jumpa awak”

“kenapa nak jumpa saya pula?”

“alaa, duduklah dulu.”

“korang berdua ni cute la…tak nak cerita ke macam mana boleh kahwin dan stay sini?” Tanya iman.

“boleh. Kisah ni bermula sejak aifka reject aku dan memilih kau iman. Haha, bila fikir balik lucu pula rasanya. Dan dalam pada itu, aku simpan perasaan aku terhadap waitul. Lepas habis graduate, waitul bekerja dekat paris dan aku buat keputusan untuk ikut dia kerja dekat sini. Last, aku confess feeling aku dekat depan efille tower dan lamar waitul. Dah 4 tahun kami kahwin.” Kata hairi.

“oh, sweetnya!”

“so, iman kau apa cerita? Dengar kata dah kahwin balik dengan aifka?”

“ha? Kahwin semula?” tambah waitul.

“ya. Sebenarnya, cerita ni agak hmm…entahlah, aifka dah buang aku dari hidup dia dan dia memilih faris sebagai teman sehidupnya. Tapi mungkin sebab jodoh aku dengan dia kuat seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka, kereta aku berlanggar dengan kereta diorang. Nasib baik tiada luka yang teruk akibat accident itu. Malangnya, faris koma dan masih tidak sedarkan diri sampai sekarang. Sebab tu papa aifka suruh aku kahwin dengan aifka bagi menjaga maruha keluarga kami.”

“lepas tu?” Tanya waitul terkejut mendengar cerita iman.

“lepas tu, malam pertama lepas kahwin aifka larikan diri dengan alasan untuk tenangkan diri meninggalkan aku dengan anak-anak. Sebab tu sampai sini aku cari dia. Waitul, kau tak tahu ke aifka ada dekat mana sekarang ni? Dia langsung tak call kau?”

“tak. Seriously memang tak ada. Dah lama dia tak contact aku. Aku tak tipu. Aku pun tak tahu berita dia lari ke sini.”

“sebab dia cakap nak kerja dekat sini di syarikat kawan dia. Betul ke ni waitul, kau tak jumpa dia?”

“betul iman. Aku serius ni.”

“betul tu iman. Aifka tak pernah datang sini.” Tambah hairi.

“ataupun korang tak ada kawan yang stay sini?”

“setahu aku tak ada. Memang tak ada iman.”

“hmm…”

“sabarlah iman. Aku tahu pasti kau akan jumpa aifka. Jangan putus asa.” Kata hairi.

“hmm…kejap, boleh kau call aifka waitul? Pasang loud speaker.”

“okay. Kejap. Tak ada orang angkat lah.”

“cuba sekali lagi.”

“eh, ada orang angkat.”

“tanyalah…”

‘hello?’

‘hello…who this?’

‘I…I nana and you?’

‘I Fatima. And you want to speak to whom?’

‘aifka. Is aifka there?’

‘aifka? You mean aif?’

‘she wearing hijab and have a cute gentle face.’

‘yes that aif. Aif is my housemate. I also muslim. We work together at publication international company…’

“rakam…”kata iman.

‘ohw…so, where is she?’

‘she not here. She going for lunch maybe.’

‘er, may I know where you live?’

‘hmm..and what are your contact with aif? Are you her sister?’

‘no…she doesn’t have a sister. I am her friend. Really close one. Can I know your location?’

‘I’m sorry. I can’t tell you. But if you want to see aif, I will ask her.’

‘ohw. Thanks. Sorry bye.’

‘bye.’

“record kan?”

“ye…”

“waitul, nanti send recording tu dekat whatsapps. Okay?”

“okay.”

“terima kasih korang sebab bantu aku carikan aifka. Korang tahu kan betapa aku sayangkan aifka.”

“aku tahu iman. Bersabarlah. Cari aifka sampai dapat okay? Aku doakan kau Berjaya jumpa aifka.” Kata waitul.

“insyallah amin. Terima kasih ya.”

“ya....” kata waitul.

“nanti kalau free atau pun ada masalah lagi datang lah sini ya? Kau kan ada save contact kitaorang. Next time call la ya?”

“eh, aku tak ada nombor phone kau. Hahaha, dulu kan kau musuh aku.”

“ni card aku. Hahaha, yalah bro. Next time lepas jumpa aifka. Datanglah rumah kitaorang sefamily okay? Ataupun send location rumah kau nanti kitaorang datang.”

“ya. Doakan aku jumpa aifka ya? Aku minta diri dulu. Asslamualaikum.”

“ya. Waalaikumusalam. Hati-hati bro!”

“drive safe!” tambah waitul.

“ya!” kata iman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience