“ALANA SOFEA”

Romance Series 3940

Seminggu kemudian, mereka bangun solat subuh, bersiap dan breakfast. Mereka berbual sambil breakfast.

“Sayang, tak sangka pulak hari ni kita pakai same colour ea?”

“Abang la tu tiru sayang kan? Orang pakai merah dia pakai warna merah jugak”

“Eh mana ada! Kebetulan lah! Ke sayang yang tiru abang ni?”

“Mana ada! Suka tuduh orang kan?”

“Mestilah suka...”

“Amboi abang ni kan, nak kena”

“Kena apa? Kiss? Kalau kiss abang nak”

“Ish! Mengade. Habiskan breakfast tu”

“Dah habislah. Sayang, boleh tolong abang tak?”

“Tolong apa?”

“Tolong betulkan tie abang”

“Ish, abang ni sayang belum siap makan lagi ni”

“Hmm kalau sayang taknak betulkan, biar lah abang ke class macam ni...”

“Hmm... biar je la camtu. Dah, I’m finish. Jom lah lewat dah ni”

“Ala, sayang! Betulkan tie abang dulu”

“Yela... yela... ha dah. Abang drive okay?”

Aifka dan Iman segera menuju ke USM. Mereka parking kereta di tempat parking kereta yang disediakan. Apabila mereka berdua keluar, ramai pelajar melihat mereka berdua. Aifka malu lalu menarik tangan Iman masuk ke dalam blok USM.

“Amboi, kuatnya pegang tangan abang! Kenapa ni? Malu ea?”

Aifka senyap.

“Ala sayang, bukan kita berdua je yang kahwin. Ramai lagi pelajar lain yang dah kahwin. Okay je.”

“Abang tak faham perasaan sayang”

“Eh, abang fahamlah perasaan isteri abang ni”

“Er...malas nak layan. Baik masuk class”

“Eh, tunggulah abang!”

Aifka terus meninggalkan Iman yang mengekorinya dari belakang. Tiba-tiba ada seorang pemuda terlanggar Aifka. Dia menghulurkan tangannya untuk membantu Aifka. Iman juga menghulurkan tangannya pada sama yang sama. Aifka memandang wajah Iman dan menerima ‘tangan’ Iman. Aifka dan Iman masing-masing senyum. Kemudian, Pemuda tersebut berkata.

“Er, awak okay?”

“Saya okay”

“Sorry sebab terlanggar tadi. By the way, i Hairi and you miss?”

“Ehem, Mrs Aifka. I Iman.” Celah Iman.

“Oh, okay. Anyway sorry sekali lagi ya? Okaylah saya minta diri dulu Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Hmm... boleh tahan.” Kata Aifka.

“Boleh tahan apa?” Tanya Iman.

“Takde apa lah”

“Mentang-mentang la sayang tu cantik. Ramailah admire dia kan?”

“Ish, abang ni! Dah, jom kita dah lewat ni!”

Mereka segera ke class. Nasib menyebelahi mereka kerana prof belum tiba.

“Nasib baik Prof tak masuk lagi. Eh, tu bukan Hairi ke? Dia student baru ke?”

“Entah, manalah abang tahu”

Aifka meluru ke arah Waitul yang sedang berbual dengan Hairi. Dia memeluk kawan baiknya. Kebetulan, sit belakang Aifka kosong jadi Hairi mengambil sit tersebut.

“Babe! Lamanya tak jumpa! Rindu kau tahu tak?” Luah Aifka.

“Kau ingat kau sorang ke rindu? Aku pun rindu giler kat kau! Aku off sebab demam la.”

“Kenapa kau tak bagitau aku? Boleh la aku lawat kau. Lagipun dah lama aku tak pergi rumah kau”

“Hmm... sorry tak sempat nak bagitau. Lagipun, aku tak larat. Tak sempat nak main phone apa semua”

“It’s okay. Asalkan kau sihat and ada depan aku macam ni. I miss you so much babe!”

“I miss you more! Anyway, ni classmate baru kita, Hairi.”

“Yeah i know him. Baru je terserempak tadi”

“Sorry about that again” tambah Hairi.

“It’s okay. Don’t worry”

“Aifka, kau dengan Iman macam mana? Kenapa Iman senyap je?”

“Kitaorang okay je. A...abang okay tak ni?”

Iman senyap.

“Abang okay ke tak ni? Hmm... okay fine. Kalau abang taknak cakap dengan sayang, sayang borak dengan dorang la kalau macam tu”

Iman tidak memberi respon. Aifka rancak berbual dengan Waitul dan juga Hairi. Kebetulan Prof Aina tiada jadi mereka bertiga semakin rancak berbual. Tiba-tiba Iman berdiri lalu keluar dari class. Aifka perasan dan terus mengejarnya.

“Abang, nak ke mana tu? Er... Waitul, Hairi aku nak check dia jap. Korang borak la dulu”

“Okay” jawab Waitul.

“Waitul, Iman tu suami Aifka?” Tanya Hairi.

“Yes. Dorang baru je kahwin.”

“Oh, Waitul?”

“Er... yes?

“Dah ada boyfriend?”

“Er...hehe...”

Aifka mengejar Iman sehingga ke tandas lelaki. Dia menunggu Iman keluar. Apabila tiada orang lalu lalang, Aifka memeluk Iman dari belakang sebaik sahaja dia keluar dari tandas. Iman terkejut.

“Abang, kenapa dengan Abang ni? Abang jealous dengan Hairi ea? Alololo, takkan la dengan Hairi, abang nak jealous? Lagipun, abang tu lagi handsome dari dia tau tak?”

“Habistu kenapa sayang layan dia je? Tak layan abang pun.”

“Kan sayang tanya abang tadi. Pastu abang diam je, sayang ingatkan takde apa. Rupanya merajuk. Abang, jangan merajuk lagi tau?”

“Hmm... yela. Pandai wife abang pujuk abang”

“Yela, sebab abang tu sayang sorang je yang punya. So, I won’t let any woman touch you okay?”

“Yela tu... dah jom masuk class”

“Jom”

Aifka berjaya memujuk Iman. Mereka berdua masuk ke dalam class sambil berpegangan tangan dan tersenyum malu. Waitul turut tersenyum melihat kebahagian mereka berdua. Namun, bahagia tersebut cuma datang sekejap dan terus hilang apabila muncul Mizni yang tiba-tiba mengamuk.

“Iman! Let me explain one more time that you’re mine! Not her got it?”

“You tak letih ke asyik nak rampas hak orang je?” Marah Aifka.

“”Apa you ni Mizni? I dah cakap kan yang i tak sayangkan you! Boleh tak you berhenti kacau kitaorang? Tak letih ke?” Tambah Iman.

Kecoh class tersebut dengan drama Mizni.

“I takkan stop loving you Iman! Takkan!”

“Jom sayang kita duduk. Tak payah pedulikan dia ni”

Mizni memeluk Iman untuk menghalang mereka berdua.

“Apa you ni? Stop it!”

Iman menolak Mizni sehingga Mizni terjatuh.

“Aduh! Sakit!”

“Sorry i tak sengaja. You okay? Let me check if something broke. You seliuh sikit je ni. I’m sorry okay? Boleh bangun tak? If tak boleh, i angkat you”

“Abang, apa semua ni?” Tanya Aifka.

Aifka berlari keluar class. Dia hampir terlanggar Sir Is. Mukanya berubah merah.

“Puteri... kenapa ni?”

“Sa...saya nak ke toilet kejap...”

“Okay...pergilah. Eh, Iman? Apa yang dah jadi ni?”

“Kaki Mizni seliuh. Saya nak bawa dia ke bilik rawatan sekejap. Boleh Sir?”

“Ya pergilah...”

Iman segera membawa Mizni ke bilik rawatan. Dia risau keadaan Mizni dek kerana kecuaiannya sendiri. Selepas mendapatkan rawatan, Iman mencari Aifka. Dia nampak kelibat Aifka berjalan seorang diri di koridor.

“Sayang? Sayang? Tunggulah kejap”

Aifka tidak menghiraukan panggilan Iman. Mereka berdua segera masuk ke class. Pembelajaran diteruskan. Selepas habis kelas, Sir Is berbual dengan Iman.

“Ada apa Sir?”

“Kenapa Puteri menangis tadi? Apa yang dah jadi sebenarnya?”

“Sebenarnya tadi Mizni peluk saya untuk buat Aifka cemburu. Jadi, saya tertolak Mizni dengan kuat sampai kaki dia terseliuh. Lepas tu saya tengok-tengokkan kaki dia and angkat dia. Then, Aifka merajuk sampai keluar dari class.”

“Oh, macam tu. Iman, awak kena pujuk Puteri. Awak nampak je Puteri tu macam tak pernah bercinta and tak couple tapi sebenarnya, dia dah banyak kali broken dengan lelaki yang macam awak ni. Ya, mungkin awak ingat saya ni stalk Puteri. Tapi sebenarnya, kami berdua akrab. Puteri selalu kongsi cerita dengan saya. Sebenarnya, saya sendiri pun ada perasaan dekat dia. Tapi, jodoh kamu berdua lebih kuat. So, saya nak pesan tolong jangan sakitkan hati Puteri lagi... dia tu sensitive dan saya harap awak boleh bahagiakan dia sepertimana impian saya di masa lalu. Takpe lah, saya pergi dulu.”

“Ba...baiklah Sir. Terima kasih...” Kata Iman terkejut.

Iman melihat Sir Is berlalu meninggalkan dia seolah-olah, seperti seorang lelaki yang mengamanahkan bunga yang dijaga selama ni kepada lelaki lain. Iman agak terkejut dengan kenyataan Sir. Selepas termenung seketika, Iman terus mencari Aifka. Iman call, tetapi tidak diangkat. Rupa-rupanya Aifka tumpang Waitul untuk pulang ke rumah. Dek deringan telefon berkali-kali oleh Iman, Waitul tegur Aifka.

“Kenapa tak angkat? Banyak kali phone kau berbunyi. Angkat lah, mana tahu urgent.”

“Takpe. Tak urgent pun. Lagipun aku memang taknak angkat”

“Kenapa pulak? Siapa call?”

“Orang yang paling aku benci”

Mereka berdua tiba di hadapan rumah Aifka. Sebelum masuk ke dalam rumah, mereka sempat berbual.

“Cantiknya rumah kau babe!”

“Thanks. Also thanks sebab tumpangkan aku! Sorry lah tak sempat nak ajak kau bersembang kat dalam. Lagipun kejap lagi dia balik”

“Ya takpe. Aku faham. No problem. Small matter lah, lagipun kau kan bff aku. Ha, lagi satu. Aku nak pesan kau tu dah ada suami. Jadi kau kena ikut cakap dia. Nak pergi mana-mana kena bagitau dia sebab apa?”

“Sebab syurga di bawah tapak kaki suami...”

“Ha, tahu pun. Okay lah, aku gerak dulu take care Assalamualaikum”

“Take care too... bawa motosikal tu elok-elok. Waalaikumusalam”

“Call la aku kalau kau ada masalah”

“Okay bos!”

Aifka terus masuk ke dalam rumah dengan kunci pendua yang sudah ada padanya. Aifka terus masuk ke dalam biliknya, solat dan terus ke dapur untuk memasak. Selesai masak, dia menghidangkan makanan di atas meja dan meninggalkan sekeping nota.

(Makanlah saya dah masak) Isi kandungan nota tersebut.

Iman mencari Aifka merata tempat. Sejam kemudian, dia pulang ke rumah. Nota yang diletakkan di atas saji, terus dicapai olehnya. Tanpa berlengah, dia terus menuju ke tingkat atas. Berkali-kali pintu bilik diketuk.

“Sayang, sayang? Please buka pintu? Abang nak mandi, tukar baju ni please?”

Akirnya, Aifka membuka pintu. Iman segera memegang tangan Aifka.

“Lepaskanlah!”

Iman menarik tangan Aifka dan menolak Aifka ke atas katil. Dia memandang wajah Aifka. Lengan Aifka masih dipegang erat olehnya. Jari jemari Iman menyentuh dagu Aifka.

“Apa ni? Lepaskan!”

“Sayang... dengar sini, abang sayangkan sayang sorang je tau? Mizni dengan Hera bagi abang is nothing. And the only person that i love is you sayang. Sayang tahu tak, Hera bagi abang ialah kesilapan. Salah satu kesilapan terbesar abang pada sayang. Abang minta maaf tau? Mizni is not my mistake. Tapi Mizni ialah perempuan yang abang mainkan. Tak pernah hadir rasa cinta atau sayang. Cuma ada mainan cinta. Lepas abang kahwin dengan Hera, abang tak pernah sentuh pun dia. Sumpah demi Allah, abang tak sentuh dia. Dah la, jangan merajuk lagi tau? Jom, abang nak sayang lunch dengan abang okay? Mesti sedap kan sayang masak?”

Tanpa menunggu respon daripada Aifka, Iman mengangkat Aifka lalu turun ke bawah sehingga ke meja makan.

“Eh, abang! Turunkan sayang! Ingat sayang ni takde kaki ke? Sayang boleh jalan sendiri lah!”

“Haha... abang takkan turunkan. And kita dah sampai! Duduk sini sayang”

Iman meletakkan Aifka di atas kerusi disisinya.

“Ni nasi sayang. Tolong letakkan nasi dalam pinggan abang boleh?”

“Mengade, letaklah sendiri!”

“Okay fine! Sayang, nak lauk ni tak? Nah...”

“Tak payahlah. Sayang boleh ambik sendiri”

Lepas makan, Aifka segera bangun. Tetapi Iman menghalangnya.

“Eh, sayang nak ke mana tu?”

“Ke dapur lah. Sayang dah siap makan.”

“Tunggulah abang! Temankan abang kejap please?”

“Jangan harap! Bye!”

“Sayang? Sayang? Aduh, dia ni kan susah betullah!”

Sudah genap tiga bulan perkhawinan mereka. Malam itu, selesai solat isyak mereka berdua berada di dalam bilik. Iman merenung Aifka yang sedang menyikat rambutnya.

“Apa tengok-tengok? Nak ni?” Kata Aifka sambil menunjukkan buku limanya.

“Nak. Tapi kena ganti dengan kiss hehe”

“Mengade”

“Sayang? Sinilah...”

“Nantilah! Nak sikat rambut ni dulu”

“Dahlah! Siap dah tu! Cepat lah sini!!”

“Yela... yela... nak apa? Senyum-senyum kenapa?”

“Boleh tak kita... ala, jom lah tidur. Abang tutup lampu.”

Keesokkan harinya, Aifka menjerit.

“Abang! Seriously?”

“Kenapa? Ala, tertukar baju je pun. Apa masalahnya?”

“Its not a small matter abang! Tukar baju tu!”

“Bukalah baju abang tu dulu!”

“Ey, gatal! Dahlah! Sayang nak masuk toilet kejap”

“Nak intai boleh?”

“Abang!”

“Haha. Abang gurau jelah”

Sepajang tiga bulan perkhawinan mereka, mereka bahagia. Dua minggu kemudian di USM, Aifka dan Iman hadir ke class macam biasa. Di dalam class, Aifka kurang sihat dan muntah-muntah. Iman risau melihat keadaan isterinya.

“Sayang, sayang okay tak?”

“Pening sikit je ni. Sayang okay...”

“Dah tiga kali sayang muntah. Okay apanya? Jom abang hantarkan ke klinik”

“Betul cakap Iman tu. Dahlah, Iman kau jangan layan sangat perangai degil Aifka tu. Bawa je dia ke klinik or hospital”

“Ye Waitul. Jom sayang? Boleh tak? Hati-hati”

Iman membawa Aifka perlahan-lahan keluar dari class. Tak sampai separuh jalan, Aifka pengsan. Semua pelajar terkejut termasuklah Prof Aina.

“Iman, angkat Aifka and hantar dia ke hospital. Kamu berdua balik awal la hari ni. Okay?”

“Baik Prof. Terima kasih. Bismillahirahmanirahim...” Kata Iman sambil mengangkat Aifka.

Iman segera ke hospital. Aifka sudah berada di dalam wad. Iman call Abah dan Papa. Tidak lama kemudian, mereka tiba di hospital berkenaan. Iman dipanggil untuk berjumpa dengan doktor.

“Macam mana doktor? Isteri saya okay?”

“Sebenarnya saya ada berita gembira.”

“Apa dia dok?”

“Tak lama lagi Encik akan jadi seorang ayah. Taniah.”

“Ya Allah, betul ke doktor? Alhamdulilah... dah berapa minggu?”

“So far isteri Encik pregnant dah dua minggu. Saya ucapkan taniah and make sure datang buat checkout setiap bulan okay?”

“Baik doktor. Bila isteri saya boleh discharge doktor?”

“Hari ni”

“Baiklah. Terima kasih doktor. Saya keluar dulu”

“Sama-sama”

Sebaik sahaja Iman keluar, dia menyampaikan berita gembira tersebut kepada Ibubapa dan mertuanya.

“Ibu, Abah, Papa Iman nak buat pengumuman”

“Apa dia Im?” Tanya Ibu.

“Tak lama lagi. Ibu, Abah, Papa dapat timbang cucu”

“Alhamdulilah syukur ya Allah...” kata Papa.

“Alhamdulilah...” tambah Abah.

“Alhamdulilah... jom lah kita lawat Aifka” ajak Ibu.

Mereka semua masuk ke dalam wad Aifka. Iman duduk disisi Aifka sambil memegang tangannya. Tidak lama kemudian, Aifka sedar.

“Abang... sayang dekat mana ni?”

“Sayang dekat hospital. Tadi sayang pengsan”

“Pengsan? Eh, Ibu, Abah, Papa pun ada?”

“Ya... Iman bagitau Aifka pengsan. Sebab tu kami semua cepat-cepat datang.” Kata Ibu.

“Papa risau bila dengar berita Aifka pengsan tapi sekarang dah tak risau dah sebab impian Papa dah jadi kenyataan”

“Hah? Maksud Papa?”

“Iman, bagitau lah Aifka”

“Kenapa ni abang? Sayang tak faham apa yang Papa maksudkan...”

“Sayang, lepas ni sayang tak boleh buat kerja berat dah”

“Kenapa?”

“Sebab sayang pregnant!”

“Hah? Betul ke ni? Alhamdulilah... akhirnya dapatlah kita timbang cahaya mata.”

“Laa, kenapa tak cakap? Lain kali bagitau lah kalau nak ada anak awal”

Aifka menciut bahu Iman.

“Mengade!”

“Sakitlah sayang!”

“Padan muka”

Mereka sekeluarga gembira dengan kehadiran orang baru. Mereka sepakat untuk tinggal bersama-sama di rumah Papa termasuklah Ibubapa Iman. Sebulan kemudian, semua pelajar di USM sudah tahu Aifka berbadan dua. Waitul dan Hairi gembira dengan berita tersebut. Manakala, Mizni pula semakin benci dan marah setelah mendengar berita tersebut. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Iman dan Aifka berbual.

“Abang, bila ea kita graduate?”

“3 bulan lagi. Sayang okay ke tak ni? Dalam class asyik nak muntah je”

“Sayang okay. Biasalah abang first month pregnancy ni memang kuat sangat alahan dan muntah-muntah ni”

“Alololo... kesian sayang abang ni. Sayang tahan ea, untuk baby kita”

“Ya abang ku sayang”

“Petang nanti kita pergi hospital ya?”

“Eh, nak buat apa?”

“Buat checkout baby kita la sayang”

“Oh, okay abang”

Mereka terus menuju ke rumah. Petang itu, selepas solat asar mereka bertolak ke hospital. Iman telah membuat appointment dengan Doktor Aisyah beberapa hari lepas. Selesai checkout, mereka mendengar penerangan dari Doktor Aisyah.

“Okay, Puan Aifka dan Encik Iman. Kandungan Puan Aifka so far so good. Nothing to worry about. And ni ubat untuk hilangkan loya dan alahan. Puan Aifka amalkan makan setiap hari ya? Insyaallah sebulan lagi loya dengan alahan puan beransur hilang.”

“Terima kasih doktor. Kalau tiada apa lagi, kami minta diri dulu Assalamualaikum” kata Iman.

“Waalaikumusalam. Jangan lupa makan ubat ya?”

“Baik doktor. Terima kasih” kata Aifka.

“Sama-sama”

Sepanjang 4 bulan Aifka mengandung, Iman menjaga Aifka dan menemaninya setiap masa. Tiba lah hari dimana majlis graduate berlangsung di USM. Aifka berkeras juga untuk menyertai majlis tersebut walaupun dihalang keras oleh Iman. Sepanjang majlis, Iman menjaga Aifka dan risau terhadap diri Aifka. Majlis berjalan lancar. Ibu, Abah, Papa hadir bersama dan berasa bangga dengan kecemerlangan mereka berdua.

Masa berlalu pantas. Kandungan Aifka sudah berusia 7 bulan. Aifka tidak pernah miss checkout. Iman dan Aifka bercadang selepas tahu jantina baby, mereka akan shopping barang baby. Setibanya di hospital, mereka segera masuk ke dalam bilik doktor.

“Macam mana Aifka? Okay?” Tanya Doktor Aisyah.

“Letih doktor. Nak jalan pun tak larat”

“Biasa la Aifka. Perempuan mengandung. Aifka kena banyak berehat dan kurangkan berjalan okay? Okay jom ikut saya”

“Boleh tak sayang?” Kata Iman sambil mengiring Aifka.

“Doktor, boleh tak kalau saya nak tahu jantina baby?”

“Boleh... okay baring. First saya check dulu and then baru scan. Hmm...bagus. Baby pun okay. Then, scan pulak. Iman, masuklah tengok ni. Nampak tak?”

“Ya doktor. Nampak!”

“Abang, baby kita!”

“Ya sayang. Comelnya! Macam mana nak tahu laki ke perempuan doktor?”

“Tu cuba Iman tengok nampak tak bebird dia? Kalau tak maksudnya?”

“Baby girl? Alhamdulilah sayang, kita dapat baby girl!”

“Alhamdulilah abang!”

“Ni gambar dari CT scan tadi. Kalau ada apa-apa kecemasan boleh call atau datang terus ke hospital ni ya?”

Mereka keluar dari hospital dan terus ke shopping mall. Dalam shopping mall, Iman risau apabila melihat Aifka sukar untuk berjalan.

“Sayang sure ke nak pergi masuk mall ni?”

“Ya abang. Jangan risau la...”

“Tapi kan tadi doktor dah pesan yang sayang tak bolej berjalan banyak sangat.”

“Ala, abang kita pergi kejap je. Kedai dekat tu je”

“Okay kalau dekat takpe. Jom!”

Mereka terus shopping barang baby serta barang untuk bilik baby mereka. Sebaik tiba di rumah, Ibubapa serta mertua mereka teruja untuk menyambut kedatangan mereka berdua. Aifka dan Iman ketawa melihat gelagat mereka bertiga. Aifka duduk di atas sofa dan menghulurkan gambar CT scan kepada mereka.

“Ni gambar scan baby. Cuba Ibu, Abah, Papa teka lelaki ke perempuan?” Kata Aifka.

“Tekalah Ibu” kata Iman.

“Hmm... kalau Ibu tengok betul-betul macam perempuan”

“Abah pula? Papa?” Tanya Aifka.

“Abah kata lelaki”

“Papa rasa perempuan. Kan?”

“Bakal cucu Papa, Ibu, Abah is... perempuan!” Kata Aifka.

“Mana ada lelaki la Abah. Takde pun dia punya bebird tu haha...” celah Iman.

Mereka semua ketawa. Malam itu, Iman membawa segelas susu untuk diberikan kepada Aifka. Aifka sedang duduk di atas katil sambil memilih nama baby mereka. Iman mengetuk pintu lalu masuk.

“Assalamualaikum sayang?”

“Waalaikumusalam. Eh, abang?”

“Ni abang buatkan susu untuk sayang. Minum tau?”

“Letak kat situ dulu. Nanti sayang minum okay?”

“Takde nanti-nanti. Abang nak sayang minum sekarang jugak. Nah, buka mulut tu”

“Yela...”

“Macam tu la isteri abang. Sayang buat apa tu?”

“Tengah cari nama untuk baby kita la abang oi”

“Sayang dah jumpa nama yang sesuai?”

“Dah.”

“Apa dia?”

“Secret.”

“Alaa sayang ni...taknak kawan!”

“Alaa merajuk pulak. Come here!”

Aifka menarik tangan Iman. Dia meletakkan tangan Iman di atas perutnya.

“Abang rasa tak?”

“Baby kita bergerak lah. Alaa, sayang bagitau lah nama baby kita ni”

“Yela sayang bagitau. Nama baby kita ialah Nur Alana Sofea. Okay tak?”

“Okay. Cantik nama tu. Anak daddy ni mesti comel! Bilalah Alana nak keluar ya?”

“Daddy? Nak panggilan macam tu ke? Haha abang ni sabarlah. Tak lama lagi Alana keluarlah”

“Yelah... daddy and mummy. Cute je kan?”

“Yela daddy oi”

Masa berlalu pantas, Kandungan Aifka sudah mencecah 9 bulan. Aifka dan Iman telah membuat persiapan untuk ke hospital. Semasa di dalam wad pada pagi itu, satu keluarga datang menemani Aifka.

“Macam mana anak Papa? Nervous?”

“Mestilah Pa. Aifka takutlah...”

“Eh, Ibu tengok Im lebih pucat dari Aifka”

“Im cuma risaukan Aifka dan nervous sangat”

“Takpe. Jangan risau sangat. Lagipun nanti Iman boleh masuk dan temankan Aifka” Kata Papa.

“Betul tu” kata Ibu.

“Abah pulak tak sabar nak timbang cucu”

“Sabarlah Abah. Tak lama lagi Alana keluarlah Abah” kata Iman.

“Betul kata Iman tu Adam. Eh, bukan ke Aifka kena puasa?”

“Puasa? Puasa apa Papa?” Tanya Aifka.

“Oh, tadi doktor dah bagitau Iman. Hari ini Aifka kena start puasa”

“Puasa? Memang wajid ke abang?”

“Ya sayang. Tapi puasa separuh hari je tengok keadaan”

Tiba-tiba nurse masuk.

“Boleh saya check Puan Aifka?”

“Silakan...” kata Iman.

Nurse memeriksa keadaan Aifka dan meletakkan ubat di atas meja disisi katil Aifka. Sebelum keluar, dia memberi penerangan kepada Aifka.

“Ubat ni untuk memudahkan proses bersalin... puan makan dua biji ya lepas ni. Lepas makan, puan start puasa sampai tengah hari. Saya keluar dulu.”

“Terima kasih nurse” kata Iman.

“Sama-sama” kata nurse sambil senyum.

“Ehem-ehem!” Kata Aifka.

“Apa? Sayang ni kan... jangan lah fikir bukan-bukan... senyum tu kan sedekah”

“Memandai je kan?”

Ibu, Abah dan Papa ketawa melihat gelagat mereka berdua.

“Dah, sekarang ni sayang makan ubat ni okay?”

“Kata Puasa mana boleh makan ubat”

“Puasa awak tu tak sama dengan puasa bulan ramadhan” kata Papa.

“Yeke? Hehe sorry Papa, sorry abang”

“It’s okay. Nah, ambil ni telan lepas tu minum air ni”

“Baik bos!”

Tepat pukul 12, mereka sekeluarga berkumpul selepas Aifka berjalan sekeliling koridor hospital ditemani oleh Iman.

“Letih ke tadi berjalan?” Tanya Ibu.

“Takde la letih sangat”

“Ohw, bagus lah kalau Aifka rasa macam tu. Ibu tengok Aifka ni ceria je. Kalau Ibu dulu masa mengandungkan Im ni memang takde mood langsung. Asyik tidur lepas tu berbaring. Aifka ni tak mengantuk ke? Taknak tidur?”

“Takpelah Ibu. Aifka tak rasa mengantuk pun.”

“Habis tu tak rasa sakit ke? Contraction”

“Ade... tapi tak kuat sangat...”

“Kuat anak awak Aiman” kata Ibu kepada Papa.

“Tengoklah Papa dia. Haha...”

“Aifka Im ni kuat macam harimau kan Ibu?”

“Betul tu Im”

Aifka memukul bahu Iman sambil ketawa. Tiba-tiba dia menekan perutnya kerana kesakitan.

“Aa...abang? Sakit!”

“Maafkan abang sayang! Sorry! Kejap, abang panggilkan nurse”

Iman segera keluar lalu mencari nurse. Kemudian, nurse dan doktor Aisyah segera masuk diikuti Iman dari belakang. Doktor segera memeriksa Aifka.

“Bukaan Aifka dah 6mm. Berapa jangka contraction puan sekarang?”

“Hmm...ah... 1 minit...”

“Okay, nurse tolong sediakan bilik sekarang! Iman, tolong angkat Aifka ke katil kosong ni cepat!”

“Baiklah!”

“1,2,3!”

Doktor Aisyah dan Iman menolak Aifka ke wad bersalin. Iman memegang tangan Aifka dengan erat. Sebaik sahaja tiba di wad berkenaan, Aifka segera dipindahkan. Manakala, Iman berada di luar wad bersama keluarga mereka. Iman menunggu doktor memanggil dia masuk. Seorang nurse keluar.

“Encik Iman?”

“Ya saya!”

“Isteri Encik dah sedia nak melahirkan. Cepat masuk. Sila tukar baju dulu. Arah sini ya?”

“Terima kasih”

Iman segera menukar baju. Dia masuk ke dalam labour room tersebut. Apabila melihat Aifka, Iman segera ke arah Aifka dan memegang tangannya dengan kuat. Muka Iman semakin pucat melihat Aifka menahan sakit. Proses bersalin dimulakan. Aifka cuba untuk meneran tetapi dia tidak mampu. Iman memberi dorongan kepada isterinya. Dia mencium dahi Aifka.

“Sayang, look at me. Tengok abang. You can do it sayang. Trust me. Cuba lagi tau. Okay? Tarik nafas. 1,2,3 push!”

Muka Iman semakin pucat kerana sudah hampir sejam Aifka bertarung nyawa melahirkan anaknya. Setiap kali Aifka meneran, tangan Iman dipegang dengan erat sehingga Iman seolah-olah terasa kesakitan isterinya itu. Air mata Aifka jatuh tanpa disedari. Iman agak terkejut. Dia segera memberi dorongan kepada Aifka supaya terus berusaha.

Akhirnya 15 minit kemudian, Aifka selamat melahirkan Alana Sofea. Keluarga mereka yang berada diluar wad gembira dengan bunyi tangisan Alana. Muka Aifka pucat dan berpeluh. Iman mencium dahinya buat kali kedua.

“Terima kasih sayang sebab lahirkan Alana.”

Aifka dipindahkan ke wad biasa. Dia tertidur. Alana berada disisinya. Papa, Abah, Ibu dan Iman sibuk bermain dengan Alana.

Iman mengiqamatkan anak perempuannya. Selepas itu, Ibu pula memegang Alana.

“Comelnya cucu nenek”

“Ibu dah jadi nenek lah sekarang ni” kata Iman.

“Papa dengan Abah kamu jadi datuk. Tapi takpe, tua-tua pun still smart lagi kan abang?”

“Betul tu”

“Doktor ada bagitau Iman bila Aifka boleh discharge?”

“Doktor kata dalam dua tiga hari lagi Pa”

“Oh...”

“Im, Ibu nak tanya Im sikit”

“Apa dia Ibu?”

“Macam mana perasaan Im tadi? Bila tengok sendiri Aifka melahirkan Alana?”

“Entahlah Ibu. Im tak sanggup tengok Aifka menahan sakit untuk lahirkan Alana. Im pun turut rasa sakit setiap kali Aifka gengam tangan Im. Im kesian tengok Aifka. Tengoklah, dia tertidur sebab penat sangat...”

“Sebab itulah surga bagi suami dan anak lelaki ialah di bawah tapak kaki Ibunya...”

“Ibu, sekarang baru Im tahu betapa sakitnya Ibu masa lahirkan Im dulu. Im mohon ampun atas segala dosa Im. Im minta maaf ibu... Im sayang Ibu...”

“Ya Im. Ibu pun sayang kat Im. Sayang sangat. Dahlah tu, jangan sedih lagi. Ibu nak Im janji yang Im akan jaga Aifka dan Alana sampai bila-bila okay?”

“Im janji Ibu... Im janji...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience