“EKSPEDISI HUTAN SIMPAN”

Romance Series 3940

Seminggu telah berlalu, semua pelajar yang terlibat sudah siapkan semua peralatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk ekspedisi tersebut. Sebelum menaiki bas, mereka membaca doa memohon semoga tuhan permudahkan perjalanan mereka ke sana. Selesai berdoa, mereka mula bertolak. Perjalanan dijangka mengambil masa selama enam jam. Di dalam bas, Aifka duduk dengan Waitul sebaris dengan Iman dan Jiji. Semasa dalam perjalanan, Waitul dan Jiji tertidur. Iman mengambil kesempatan tersebut untuk menegur Aifka yang berada disisi kanannya.

“Pstt...Aifka?”

Aifka tidak menoleh. Sebaliknya, melihat permandangan di luar tingkat bas tersebut.

“Kalau you tak nak cakap dengan i, i akan jerit perkataaan ni (i love you) sekuat mungkin”

Akhirnya Aifka menoleh ke arah Iman dengan muka yang menyampah.

“Nak apa?”

“Amboi garangnya you ni! I just nak ceriakan suasana je”

“Yelah tu. Tapi kenapa you tak usik je Mizni? Kenapa i pulak yang kena?”

“You kan dekat dengan i, buat apa yang jauh, kalau yang dekat dah ada depan mata?”

“You tak sayang Mizni ke? Dia sayang gila kat you, you tahu tak?”

“Hahaha...sayang?You kan tahu i ni playboy so, i takde perasaan cinta dengan mana-mana perempuan yang keluar dengan i”

“So, you pun tak payahlah nak usik i lagipun i tak berminat okay? I ulang ya, i tak berminat!”

“Suits yourself sayang. I tak kisah pun. Yang penting you are my true love”

“Dahlah. Malas nak layan.”

“Tak apa kalau you taknak layan i, cukuplah sekadar i dapat pandang you”

Perjalanan masih panjang. Iman bosan dan cuba untuk berborak dengan Aifka sekali lagi. Dia menjerit.

“Aifka!!!”

Aifka menoleh. Mizni serta beberapa pelajar turut menoleh ke arah Iman dan Aifka.

“Kenapa dengan you ni? Habis semua orang tengok!”

“Apa salahnya? Barulah kita berdua menjadi buah mulut diorang sebagai couple paling hot kan?”

“Couple? Sejak bila pulak kita couple? Mengarutlah you ni Iman”

Mizni pula segera menuju ke bahagian belakang bas dan duduk di atas paha Iman. Prof Aina dan Sir Is sebagai guru pengiring tidak perasan kejadian itu kerana asyik melihat schedule ekspedisi mereka.

“Kau nak apa Aifka? Kau sedar tak yang Iman ni milik aku? Tak tahu malu betul perempuan ni!”

Aifka sekadar senyap tanpa berkata walau sepatah pun. Iman turut senyap. Hanya Mizni seorang yang bercakap.

“Dahlah! Mulai sekarang kau jangan kacau Iman lagi! Betul tak sayang?”

Iman tidak memberi respon terhadap Mizni sehinggalah, Mizni kembali ke tempat duduknya semula selepas mengusap rambut dan pipi Iman dengan secalit senyuman menggoda.

“Ish! Dah pergi pun...” keluh Iman.

“Takut jugak you ni kan?” Usik Aifka.

“Yalah. Biasalah, tambah lagi Mizni yang garang macam singa betina tu”

“Ish! Tak eloklah mengata Mizni macam tu”

“Suka hati i lah lagipun...”

“Lagipun apa?”

“Hmm...Aifka?”

“Ya?”

“I nak minta maaf pasal Mizni marah you tadi”

“Tak apalah i faham. Lagipun memang salah i cause layan sangat kerenah you.”

“I’m sorry cause it my fault”

“It’s okay”

Nampaknya Aifka sudah mula menerima Iman selepas menerima maaf yang tidak dijangka akan keluar dari mulut Iman. Dia juga menerima Iman sebagai ahli kumpulannya. Sedar tak sedar, enam jam sudah berlalu. Mereka sudah tiba di hutan simpan terbesar di Malaysia. Mereka turun dengan barang masing-masing dan mendengar taklimat daripada Prof Aina dan Sir Is.

“Okay, semua berkumpul dalam group masing-masing. Saya nak kamu semua lantik seorang sebagai ketua dan seorang lagi penolong ketua” Arah Prof Aina.

“Prof Aina? Boleh saya?” Pinta Prof Is.

“Ya Is. Silakan...”

“Ketua dan penolong sila datang kehadapan. Awak semua sila pilih nama kumpulan berdasarkan warna sekarang!”

Masing-masing sibuk memilih warna termasuklah Aifka dan Iman. Mereka memilih warna merah sebagai nama kumpulan mereka.

“Daftar nama disini!” Arah Prof Aina.

Setelah selesai semuanya, mereka bertolak ke tapak perkhemahan. Ekspedisi hutan simpan akan dimulakan esok pagi. Setengah jam kemudian, mereka tiba di tapak perkhemahan pertama. Setiap kumpulan sibuk memasang khemah. Termasuklah group Iman.

“Nak i tolong ke?” Tanya Iman.

“Memanglah you kena tolong” jawab Aifka sinis.

“Eh, awal-awal lagi you buat salah tu”

“Habis tu macam mana? Bukannya you nak tolong i”

“Macam ni, besi ni masukkan pada satu lagi. Ha, tengok dah melengkung kan? Tak apa lah biar i pasangkan. You duduk and you tengok je okay?”

“Amboi cepatnya siap!”

“Biasalah. Apabila kekasih hati ada dekat depan mata semua kerja siap cepat”

Aifka bingung. Tiba-tiba Waitul datang memegang tangan Aifka dan mengajak Aifka ke suatu tempat.

“Jom Aifka!”

“Eh, nak pergi mana?”

“Pergi cari kayu lah, group lain semua dah start. Jomlah!”

“Yelah”

“Hati-hati Aifka, Waitul. Jangan pergi jauh sangat.” Pesan Iman.

Sambil mencari kayu api, mereka berdua sempat berbual.

“Waitul, kau tak rasa pelik ke dengan Iman?”

“Maksud kau?”

“Aku rasa dia tu baik even dia playboy”

“Hah? Its sound like you don’t hate him anymore. Betul ea?”

“I don’t know. Kadang-kadang dia tu berlagak. Kadang-kadang dia sweet”

“Dah lah cakap pasal dia. Jomlah, aku rasa dah banyak kita kumpul kayu ni”

Aifka dan Waitul berjalan ke tapak perkhemahan sambil membawa kayu api. Mereka semua berehat. Waitul pula sedang menjerang air. Sementara, Aifka berjalan menuju ke khemah Prof Aina sendirian.

“Prof?”

“Oh, Aifka. Ada apa ya?”

“Prof tahu tak mana arah Kiblat?”

“Hmm... kejap ya. Saya rasa saya ada bawa penunjuk arah kiblat. Tunggu kejap ya Aifka.”

“Okay Prof”

“Ha, ni dia Aifka.”

“Terima kasih Prof. Nanti saya pulangkan ya”

“Tak apalah. Awak simpanlah sebab saya bawa dua”

“Terima kasih prof”

“Sama-sama”

Aifka berjalan ke khemahnya semula. Iman yang melihat Aifka terus menegurnya.

“Eh, you dari mana ni? Bahayalah jalan sorang-sorang maghrib macam ni”

“I jumpa Prof Aina tadi”

“For?”

“For a reason”

“Tu apa?”

“Penunjuk arah kiblat. Tak apalah saya masuk dulu, nak solat”

“Okay”

Aifka solat maghrib di dalam khemah. Selesai solat, dia menanda arah kiblat pada khemah tersebut dengan sebatang marker hitam. Tidak lama kemudian, Waitul masuk ke dalam khemah untuk menunaikan solat. Waktu isyak, mereka berdua solat berjemaah. Selesai solat, mereka keluar untuk makan malam yang telah pun disediakan oleh prof Aina dan sir Is. Selesai makan, para pelajar membuat urusan masing-masing termasuklah group Aifka yang sedang berborak sambil duduk menghadap unggun api.

“Aifka, aku masuk dulu ya? Mengantuk lah”

“Yalah. Kejap lagi aku masuk.”

Maka, tinggal Aifka dan Iman yang duduk menghadap muka masing-masing. Iman membuka bicara.

“Best kan duduk tepi unggun api macam ni?”

“Ya. Best, dapat hangatkan badan.”

“Aifka?”

“Ya?”

“Hmm... You dah ada boyfriend?”

“Err... tak ada. Kenapa?”

“Ish! betul ke tak ada? Takkan lah orang secantik you ni tak berpunya”

“Betul lah. Kenapa you tanya?”

“I tanya bersebab tau”

“Apa sebabnya?”

“Sebab i nak jadi boyfriend you”

“Seriously? Kalau you nak cakap pasal ni, baik tak payah!”

“Okay.. okay.. I’m sorry. Ala you ni i test sikit pun tak boleh”

“Memanglah tak boleh! Kita datang sini for learning bukannya untuk have fun je”

“Excuse me! Dah nama pun Ekspedisi so memanglah kena have fun”

“Have fun, have fun jugak. Tapi, kena bertempat Iman oi!”

“Tapi ini kan tempat yang menyeronokkan Aifka oi!”

“Oh, pandai tiru i ya? Tak apa. You tengoklah nanti. I akan balas dendam dekat you esok. Tengoklah.”

“Takutnya... tolong... someone?”

“Hmm... dahlah! I nak masuk tidur. Bye Assalamualaikum.”

“Wa..waalaikumusalam”

Aifka masuk ke dalam khemah secara senyap dan terus berbaring di tempat tidurnya. Tiba-tiba Waitul bersuara.

“Kenapa lama sangat kau kat luar tu?”

“Ya Allah, terkejut aku. Ish, kau ni! Ingatkan dah tidur.”

“Hehe... sorry babe. So, apa yang kau buat lama sangat? Dating erk?”

“Apa kau ni? Err, tak adalah borak kosong je.”

“Ye ke? Borak kosong je?”

“Amboi-amboi sibuk pula dia ye? Dah-dah jom kita tidur. Goodnight!”

“Laa... tanya sikit je pun. Hm yela, goodnight babe.”

Aifka pura-pura tidur. Setelah Waitul lena sepenuhnya, Aifka bangun dan mengambil begnya secara senyap. Dia menulis sesuatu di atas sekeping kertas lalu terus keluar dari khemah dengan perlahan. Dia menuju ke arah khemah Iman. Setibanya di hadapan khemah Iman, Aifka membuka zip khemah perlahan-lahan dengan matanya yang tertutup rapat. Kemudian, dia meletakkan kertas tersebut lalu terus menuju kembali ke khemahnya setelah zip ditutup semula.

Keesokkan harinya, masing-masing bangun awal dan menunaikan solat subuh. Aifka dan Waitul seperti biasa menunaikan solat subuh secara berjemaah. Selesai solat, mereka berdua berbual di luar khemah.

“Aifka, api dah nak padam ni nak cari lagi ke?”

“Jom kita cari dekat depan tu je insyaallah ada”

“Wah, banyak juga yang kita dapat cari”

“Tak apa. Boleh simpan in case nk pergi mana-mana. Eh, Waitul jom ambil air!”

“Air? Dekat mana?”

“Ala, dalam khemah tu je. Air mineral yang Prof Aina sediakan”

“Ohw, aku ingatkan apa lah tadi. Ha jom!”

Mereka menjerang air serta menyediakan breakfast. Matahari sudah terbit. Semua orang sudah bersiap sedia untuk acara ekspedisi pada pagi itu. Selesai menjamu selera, mereka membaca doa dan bertolak meredah hutan simpan tersebut.

Prof Aina seperti pemandu pelancong yang memberi ilmu kepada para pelajar tentang tumbuhan yang berada di sekeliling mereka. Manakala, Sir Is pula berada di barisan belakang untuk menjaga keselamatan semua orang. Perjalanan diteruskan sehingga tengah hari. Mereka berhenti rehat di satu lokasi yang sesuai.

“Okay semua, kita rehat dulu dekat sini. Siapa yang nak makan, solat ke boleh pergi. Sebelum tu, Sir Is ada nak tambah apa-apa?” Kata Prof Aina.

“Jangan berpecah! Stay dalam group masing-masing. Itu sahaja.”

“Okay semua boleh bersurai”

Aifka dan Waitul menunaikan solat zuhur. Mereka berehat. Dua puluh minit kemudian, mereka bertolak. Perjalanan diteruskan. Mereka terus berjalan walaupun keletihan. Ini menggambarkan semangat mereka dalam menjayakan ekspedisi hutan simpan tersebut. Perjalanan berjalan lancar sehingga tepat pukul lima petang. Mereka berhenti sekali lagi.

“Okay semua, kita bermalam di sini. Semua boleh pasang khemah mengikut group masing-masing dan berehat. Ekspedisi ini akan disambung semula esok. Ada apa-apa soalan?” Kata Sir Is.

Semua pelajar senyap.

“Kalau begitu, semua orang boleh bersurai”

Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Ada yang sibuk pasang khemah, berehat dan makan. Aifka dan Waitul menunaikan solat asar berjemaah selepas selesai memasang khemah mereka sendiri. Aifka sudah pandai memasang khemah selepas diajar oleh Iman sebelum ini. Selesai solat, mereka berbual di luar khemah. Mereka melihat Iman dan Mizni yang sedang asyik berbual di hadapan khemah Iman. Dengan jarak sebegitu dekat, perbualan mereka dapat didengari oleh Aifka dan Waitul.

“Bae, baik you berterus terang dengan i” Soal Mizni.

“Berterus terang tentang apa?”

“Aifka. Betul ke you sukakan Aifka?”

“Eh, mana ada! I tak nak lah perempuan macam Aifka. Lagipun i main-main je dengan dia. Takkan lah you jealous dengan perempuan macam dia?”

“Eh, you ni serious lah sikit kalau tak i bagi kan!”

“Bagi apa? Bagi kiss? Nak!”

“Siapa cakap i nak kiss you?”

“I sendiri cakap. So?”

“Eh, you ni! Jangan sampai i sakit hati kalau tak, tak wujud lah Iman dalam dunia ni!”

“Ish! You ni scary betul!”

“Hahaha padan muka! Hmm... bae?”

“Yes?”

“You sayang i tak?”

“Apa you ni? Tanya soalan macam tu? Of course lah i sayang you. You kan girlfriend i...”

“Hmm...so sweet! Okaylah bae lepas ni kita borak lagi. I nak join girls kat sana tu bye! Muah! Love you baby!”

“Bye!”

Iman terus berjalan menuju ke arah Aifka dan Waitul. Aifka menundukkan kepalanya setelah mendengar perbualan mereka tadi. Waitul pula sekadar senyap dan tak mampu berkata apa-apa kerana dia risau dia akan melukakan hati Aifka. Iman menghampiri mereka berdua.

“Hai girls!”

“Hai...”Waitul menjawab dalam nada perlahan.

“Why you all sad semacam je ni?”

“Takde apalah. Kitaorang letih lepas ekspedisi tadi.” Jawab Waitul.

“Oh, macam tu. Ni ada something i nak tunjuk dekat you semua. Tengok lah.”

Waitul mengambil kertas itu dan terus membacanya. (Malam ni jom tidur dalam khemah I bae? ~ love, Mizni) Manakala, Aifka pula senyap tidak menghiraukan sesiapa pun. Iman bersuara.

“Ni semua kerja you kan Aifka?”

Aifka senyap. Waitul berpaling ke arah Aifka dan mula menyoalnya.

“Betul ke kau yang buat semua ni? Kau tahu kan tak elok buat macam ni... aku dah letih Aifka dengan permainan korang berdua ni. Dahlah, korang selesailah sendiri!”

Waitul terus meninggalkan mereka berdua. Akhirnya, lama kemudian Aifka bersuara dengan nada marah.

“Okay, i yang buat semua ni. Puas hati you?”

“Kenapa nak kena menjerit? I tak sangka you buat macam ni dekat i ...”

“I tak kisah! Suka hati you lah!”

“I tahu Aifka. I tahu yang you dengar apa yang i cakap dengan Mizni tadi. I’m sorry but i really mean it. I tak suka dekat you langsung! Dah lah Aifka i dah putus asa dengan semua ni! So, tolong lah jangan kacau i dengan Mizni lagi! I tak suka you bye!”

Iman berlalu pergi dengan airmata yang mengalir di pipinya tanpa disedari oleh Aifka. Manakala, Aifka senyap tanpa kata. Air matanya juga mengalir. Aifka, Waitul dan Iman tidak bercakap sesama sendiri. Hari tu, adalah hari yang sunyi sepi. Keesokkan harinya, perjalanan meredah hutan simpan diteruskan. Lewat tengah hari tu, mereka berada jauh di dalam hutan. Prof Aina mula memberi bersuara.

“Okay sekarang ni Sir Is akan memberi taklimat. Jadi, semua sila dengar dengan teliti.”

“Thanks Prof. Okay, now kita berada di suatu tempat yang dipanggil ‘deep forest’ ataupun tengah hutan. Kita akan jalankan aktiviti kita dekat sini. Saya nak semua orang berehat, pasang khemah masing-masing lepas tu, barulah kita boleh start. Okay semua faham? Boleh bersurai sekarang!”

Semua pelajar mengikut arahan Sir Is. Setelah selesai urusan masing-masing, mereka berkumpul untuk mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh Prof Aina.

“Attention please! Okay now untuk aktiviti ni saya nak kamu semua duduk dalam group masing-masing. Selepas itu, saya akan bagi arahan jadi sila dengar dengan teliti. Cari tiga jenis tumbuhan yang boleh dimakan. Ingat semula apa yang kamu semua dah belajar! Tetapi berhati-hati sebab kawasan ni banyak tumbuhan beracun dan tidak boleh dimakan. Saya nak kamu semua kumpulkan tumbuhan yang boleh dimakan dan diletakkan kedalam plastic bags ni dan serahkan kepada saya ataupun kepada Sir Is. jelas? Ada soalan?”

“Saya prof!”

“Ye bobi?”

“Ada limit masa tak Prof?”

“Oh, saya lupa. Nasib baik bobi tanya soalan tu. Masa untuk mencari ialah hanya 1 jam sahaja. Kalau lebih dari tu, kamu akan dikenakan denda. Faham?”

“Faham Prof!”

“Okay, boleh mula sekarang! Satu group sekali masuk!”

Semua group telah masuk ke dalam kawasan aktiviti termasuklah group merah. Iman sebagai leader menjalankan tanggungjawabnya walaupun mereka bertiga tidak bercakap sejak dari tadi lagi.

“I tahu kita semua still tak bercakap and so on. Tapi sekarang ni, kalau kita nak menang aktiviti ni kita kena bersatu! So, i akan bahagikan tugas. Waitul, tolong cari pucuk paku. Lepas tu kembali semula kat sini.”

“Okay!”

“You Aifka tolong cari daun seperti daun sirih atau mana-mana daun yang boleh dimakan. Make sure berhati-hati and get back dekat sini balik okay? I akan cari akar kayu macam tongkat ali dan sebagainya. So, jumpa dekat sini balik!”

Aifka sekadar mengganguk. Dengan kerjasama mereka bertiga, mereka menjadi pasukan pertama yang tiba di tapak perkhemahan. Prof Aina dan Sir Is agak terkejut dengan kehadiran mereka setelah hanya dua puluh minit berlalu.

“Eh, cepatnya! Saya kagum dengan group merah” kata Prof Aina.

“Thank you Prof!” Kata iman sebagai leader.

“Saya pun tak sangka yang kerjasama mereka sangat impressive!” Kata Sir Is pula.

“Betul tu Is. Okay bagi tumbuhan kamu”

“Ini Prof” kata Iman.

“Ada sirih, pucuk paku dan tongkat ali. Bagus! Okay kamu semua boleh berehat dulu”

“Terima kasih Prof.” Kata mereka bertiga.

“Sama-sama”

Mereka bertiga berehat sementara menunggu group lain.

“Prestasi group kita memang amazing!”

“Betul tu Iman! Group kita ni bukan calang-calang betul tak Aifka?” Soal Waitul.

“Ya....”

Iman melihat Aifka yang sedang murung sejak dari tadi. Dia risau akan Aifka. Timbul perasaan bersalah dalam diri Iman. Dia tidak mahu menegur Aifka. Baginya, jika Aifka masih berada dalam pandangannya, masih berada di sisinya, itu sudah cukup untuk menghapuskan kerinduannya pada Aifka.

Setengah jam kemudian, semua group sudah tiba. Selepas itu, taklimat diberikan.

“Saya kagum dengan kamu semua. Kamu dapat cari tumbuhan yang dapat dimakan. Ada yang rare species, ada juga yang biasa ditemui. Nampaknya, tiada group yang terlebih masa, yang kutip tumbuhan beracun dan itu bermakna tiada yang kena denda. Tumbuhan ni boleh kita gunakan untuk makan dan sebagainya. Saya ucapkan taniah dan semua boleh berehat.” Ucap Prof Aina.

Masing-masing berehat. Setelah makan malam, mereka berkumpul beramai-ramai sekeliling unggun api. Sir Is yang membawa gitar secara spontan menyanyikan lagu dengan gembiranya. Selepas Sir Is menghabiskan lagunya, Iman meminta kebenaran untuk bermain gitar dan menyanyikan lagu sedih dengan lirik secara spontan. Dia melafazkan lirik dan melihat muka Aifka. Tercalit sedikit senyuman dan juga air mata di muka Aifka. Malam itu malam yang indah bagi Aifka.

Keesokkan harinya, mereka bersiap sedia dan bertolak meneruskan ekspedisi hutan simpan selepas breakfast dan bacaan doa. Akhirnya, setelah lama berjalan, mereka tiba di sebuah kawasan yang terdapat air terjun. Kata Sir Is, air terjun di situ sudah lama wujud dan masih berada dalam keadaan baik serta selamat untuk digunakan. Pasukan ekspedisi tersebut mula memasang khemah masing-masing. Setelah selesai memasang khemah, mereka mengambil peluang untuk bermandi-manda. Setelah selesai membersihkan diri, solat zuhur dan sebagainya, Prof Aina memberi taklimat kepada para pelajar.

“Okay, lepas ni kita akan main satu permainan yang sangat popular iaitu ‘treasure hunt’ saya dan Is telah sembunyikan barang berharga yang mempunyai logo ‘H’ di dalam kawasan hutan ni. Permainan ni senang sahaja, kamu semua perlu bekerjasama untuk cari semua barang yang telah disembunyikan. Is, sambung.”

“Terima kasih Aina. Jumlah barang berharga yang kamu semua perlu cari ialah sebanyak sepuluh barang. Lima minimum dan sepuluh maksimum. Okay faham?”

“Faham Sir!”

“Sekarang sila bergerak dalam group masing-masing dan ambil barang yang disediakan di atas meja di hadapan kamu. Masuk ikut group satu per satu!”

Group merah ialah group terakhir yang masuk ke dalam trek hunt tersebut. Sebaik sahaja masuk, mereka berbincang.

“I akan bagi tugas sekarang. Aifka, cari sebelah utara tiga barang. Waitul, cara sebelah selatan tiga barang juga dan i akan cari sebelah barat empat barang. Okay selepas itu, kita jumpa dekat sini balik faham?”

“Faham!” Jawab Waitul diikuti Aifka yang hanya mengangguk.

Mereka bertiga bertungkus-lumus mencari harta karun. Akhirnya, mereka berkumpul. Waitul berjaya menjumpai empat barang. Manakala, Aifka berjaya menemui lima barang dan Iman pula berjaya menemui enam barang. Mereka terus menuju ke arah kem. Prof Aina dan Sir Is menyambut kedatangan mereka.

“Eh, cepatnya! Baru tiga puluh minit berlalu. Congrats!”

“Aina, lima belas item mereka jumpa ni!”

“Ye ke Is?”

“Ya Aina. Lebih daripada cukup dah ni!”

“Betul tu Is. Saya ucapkan taniah untuk kamu semua. Kamu semua boleh berehat dulu.”

“Terima kasih prof” jawab mereka bertiga serentak.

Sementara menunggu group lain tiba, group merah berehat di bawah pohon kayu yang rendang. Kelihatan Sir Is menuju ke arah mereka lalu duduk disisi Aifka. Aifka agak terkejut. Manakala, Iman pula kelihatan agak cemburu.

“Puteri?”

“Ya. Ada apa Sir?”

Iman dan Waitul saling berpandangan sesama sendiri.

“Saya tengok awak sedih je. Kenapa ni? Ada yang tak kena ke?”

“Eh, takdelah Sir. Saya okay.”

“Ye ke okay? Kalau awak okay, awak kena buktikan dekat saya dulu”

“Awak...? Saya...?” Soal Aifka bingung.

“Eh, maksud saya, kalau Puteri okay, puteri kena buktikan dekat Sir dulu.”

“Buktikan macam mana?”

“Awak kena selfie dengan saya.” Jawab Sir Is dengan senyuman lebar.

“Oo.. okay. Kalau macam tu, baiklah. Jom selfie.”

“Jom!”

Iman hanya memerhati mereka berdua dengan pandangan yang tajam. Waitul hanya mampu menggelengkan kepalanya. Aifka dan Sir Is mengambil beberapa keping gambar menggunakan phone Sir. Tidak lama kemudian, semua group sudah sampai ke kawasan perkhemahan.

“Sir, nanti Sir hantar kat saya semua gambar ni tau?”

“Ya, saya hantar. At least saya boleh tengok awak senyum daripada tadi asyik murung je... okaylah, thanks sebab sudi bergambar dengan Sir. Hahaha”

“Hahaha...yelah”

“Eh, puteri jom ke sana. Semua orang dah berkumpul”

“Jom!”

Iman melihat Aifka dan Sir Is berjalan bersama menuju ke tempat berkumpul. Bukan setakat Iman yang melihat namun, pelajar lain turut melirikkan mata terhadap kedua-dua insan tersebut. Taklimat diberi sebaik sahaja Sir Is dan Aifka tiba di tempat perhimpunan. Prof Aina memberi taklimat kepada para pelajar.

“Saya tak sangka yang kamu semua berbakat dalam permainan ni. Ada satu group jumpa sehingga lima belas harta karun, ada juga group yang tidak cukup dan hanya mempunyai sebanyak lima harta karun sahaja. Mana-mana group yang tidak cukup item, sila jumpa saya selepas ini. Saya harap kamu semua boleh beri kerjasama sebegini untuk aktiviti atau tugasan yang lain. Itu sahaja untuk hari ni. Semua boleh berehat”

Selepas makan malam, masing-masing menyediakan makanan dan menjamu selera di khemah mereka sendiri. Setelah itu, semua orang berehat. Ada yang keletihan sehingga tertidur, ada yang menyanyi lagu, berkongsi cerita seram dan sebagainya. Aifka, Waitul dan Iman hanya berbual kosong sambil duduk di sekeliling unggun api. Iman membuka bicara setelah lama mereka berdiam diri.

“Ehem! Happy semacam je tadi dengan Sir kesayangan” sindir Iman.

“So what?” jawab Aifka.

“Alah, dah namanya cinta kan, kalau dah sayang tak kemana”

“Eh, you ni kan! Memang tak habis-habis nak sakitkan hati orang. Tak letih ke?”

“Ini kenyataan lah! Bukan perkara yang i reka betul tak Waitul?”

“No. Aku tak nak terlibat.” Jawab Waitul.

“Alaa, Waitul sporting lah sikit. Come on!”

“You ni memang nak kena, tahu tak? Marah Aifka.

“Alaa, sayang jangan lah marah”

“Okay enough! Aku taknak layan korang. So, korang boraklah. I’m finish bye!”

Waitul meninggalkan Aifka dan Iman lalu masuk ke dalam khemah. Iman mula menyambung bicara.

“Sayang, kenapa you senyap ni?”

“Eh, siapa suruh you panggil i sayang? You takde hak nak panggil i sayang! Faham tak!”

“Kenapa pulak i takde hak? I kan boyfriend you”

“Sejak bila? Sejak bila you boyfriend i? Jangan mimpi lah! Sampai bila-bila pun i takkan pernah anggap you sebagai boyfriend i faham?”

“So, you ingat i kisah dengan semua tu?”

“Kenapa you ni Iman? Bukan you ke yang cakap dekat i yang you tak minat i ‘untuk selama-lamanya’ kan? So, buat apa you nak cakap tentang boyfriend?”

Iman senyap selepas mendengar perkataan yang dikeluarkan daripada mulut Aifka. Selepas itu, barulah dia mula bercakap.

“I tahu i pernah cakap macam tu dekat you. Tapi I’m not really mean it. Honestly, i sangat sayangkan you Aifka. So, please accept me as your boyfriend? What do you say?”

“No! I takkan pernah couple dengan you. I tetap tak suka you! Faham tak Iman?”

“I faham. Tapi, i really wish that you’ll make me as your boyfriend. You tahu tak masa i dengan Mizni hari tu, Mizni asyik tengok dekat you je sebab tu lah i layan dia. I buat semua tu sebab i tak nak Mizni sakitkan hati you Aifka. So, please Aifka. Maafkan i?”

“Hmm... Iman, I’m sorry there’s nothing i could say. Tapi, i janji kita boleh jadi kawan baik selamanya okay? I masuk dulu Assalamualaikum”

“Tapi Aifka i.... wa... waalaikumusalam. Ish! Apalah nasih aku ni? Punyalah susah nak buat dia jatuh hati dekat aku tapi macam mana ya?”

Aifka meninggalkan Iman sendirian lalu masuk ke dalam khemah. Waitul yang sedang bermain phone menegur Aifka.

“So, how it go?”

“Hmm... like usual”

“Dia cakap apa? Still nak jadi boyfriend kau?”

“Ya. Tapi kan Waitul. Dia cakap hari tu semasa dia dengan Mizni, dia kata dia layan Mizni sebab Mizni tengah tengok aku. Dia kata dia takut kalau Mizni sakitkan Aku. Kau rasa betul ke apa yang dia cakap?”

“Hmm... aku pun tak tahu nak cakap apa. Tapi, kau percaya?”

“Entahlah Waitul. Aku pun tak tahu. Dahlah, aku nak tidur dulu okay?”

“Yelah, goodnight”

“Goodnight sis bam bam haha”

“Sempat lagi kau ye?”

“Haha mesti... dahlah main phone tu, nak kata ada boyfriend takde. Dah, jom tidur. Jom!”

“Yelah, ibu.”

Keesokkan harinya, mereka bangun mandi, solat dan breakfast. Mereka bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Mereka mendengar taklimat yang disampaikan oleh Sir Is.

“Okay semua dengar sini! Hari ni kita akan teruskan dengan aktiviti terakhir kita, saya nak semua berkumpul dalam group masing-masing. Selepas ini kita akan menjelajah hutan simpan ini untuk mencari bunga raflesia iaitu bunga terbesar di dunia. So, kalau semua dah ready kita mulakan ekspedisi kita dengan bacaan doa.”

Selesai membaca doa, para pelajar dan pensyarah mula bergerak meninggalkan kawasan perkhemahan. Masing-masing meneliti setiap sisi hutan bagi mencapai target mereka untuk mencari bunga raflesia. Tidak lama kemudian, seorang pelajar telah menemui bunga tersebut.

“Prof! Saya dah jumpa!”

“Iman? Kamu jumpa dekat mana?” Tanya Prof Aina

“Dekat sini Prof!”

“Besarnya bunga raflesia ini! Rasa berbeza bila tengok bunga ini secara dekat. Jom semua kita bergambar!”

Pengalaman tersebut tidak dapat dilupakan oleh semua pelajar. Bukan mudah untuk lihat bunga raflesia dari jarak yang dekat. Mereka berasa sangat beruntung dan teruja apabila dapat melihat bunga tersebut. Begitu juga Aifka, Waitul dan Iman. Mereka teruja dan sempat bergambar bersama. Pada mulanya, Prof Aina mengajak Aifka selfie tetapi, dia ditarik oleh pelajar lain.

“Saya minta maaf ya Aifka, jue ajak saya selfie”

“Takpe Prof”

“Eh, Iman sini kejap!”

“Kamu selfie lah dengan Aifka ya? Saya nak ke sana sekejap.”

“Er... baiklah Prof. Hmm... Aifka?”

“Apa?”

“Jomlah selfie. Kan Prof suruh kita selfie?”

“Taknak lah. Takpe lah, you selfie sorang je la”

“Eh, Prof tengok tu. Kan kecil hati dia pulak.”

“Yelah. Kita selfie.”

“Fattah? Tolong ambil kan gambar kitaorang kejap”

“Orait” balas Fattah.

Aifka tetap mempamerkan senyumannya yang manis di hadapan kamera. Iman pula still dengan gayanya yang macho.

“Okay dah. Ni phone kau Iman”

“Okay thanks Fattah.”

“Tak ada hal lah. Eh, jaga baik-baik tau?” Fattah menepuk bahu Iman lalu berlalu pergi.

“Oo...okay.”

Aifka terus berlalu tanpa sepatah kata. Iman mengejarnya.

“Eh, Aifka? Tunggu!”

Tetapi Aifka sudah jauh dari pandangan matanya. Selesai sesi swafoto, masing-masing pulang semula ke tapak perkhemahan. Aifka duduk di atas batu berhampiran air terjun. Manakala, Iman duduk sebelah Aifka. Waitul datang dan menyertai mereka.

“Sedihnya... hmm” luah Iman.

“Kenapa?” Tanya Aifka.

“Sedihlah sebab ekspedisi ni dah nak habis. Korang berdua tak sedih ke?”

“Mestilah ada.” Balas Aifka.

“Sedihlah...” jawab Waitul.

“Kan? Hmm... Aifka?”

“Apa?”

“You still tak boleh terima i lagi ke?”

“Ish! Dahlah tanya soalan macam tu. I tak selesa lah!”

“I takkan mengalah! Ni ambil gula-gula kegemaran i”

“HACKS?”

“You tahu tak apa maksud HACKS tu?”

“Tak. Apa maksud dia?”

“It’s mean Hanya Aku Cinta Kau Seorang sahaja Aifka”

“Cukuplah Iman! Enough!”

“Ish! Bukan ke ayat ni sweet? Takkan you tak suka?”

“Bukan semua perempuan boleh dibeli dengan duit, dengan ayat pickup line ke apa benda sekalipun kalau i dah tak suka tu maksudnya i tak suka! Faham?”

“Kenapa you susah sangat nak terima i? I betul-betul ikhlas sayangkan you, cintakan you tapi Kenapa you ni ego sangat? Susah sangat ke nak terima i? Adakah i ni tak cukup sempurna untuk you?”

“Cakaplah banyak mana sekalipun yang you nak! Cakaplah! Cakap Iman!”

“Suka hati you lah Aifka. Tapi I janji satu hari nanti you akan jadi isteri i yang sah. I janji Aifka. That’s my promise!”

“Kenapa you cakap mengarut sangat ni? I tak nak dekat you langsung! You ni tak faham bahasa ke?”

Akhirnya setelah lama bertengkar, Waitul bersuara.

“Dahlah korang! Asyik nak bergaduh je tak de kerja lain ke ha? Nanti aku bawa korang ke pejabat Agama baru padan muka. Senang-senang kahwin je lah... asyik gaduh je tiap-tiap masa tak letih ke?”

Dua-dua serentak menjerit.

“Tak!”

“Peninglah aku dengan korang ni! Baik aku jauhkan diri dulu okay bye!”

“Eh, Waitul? Tunggu aku!”

“You nak kemana tu Aifka? I kan ada dekat sini. Buat apa ikut Waitul?”

“Suka hatilah! Sibuk je!”

“Ke you nak nanti balik ekspedisi ni i ada tercegat dekat depan pintu rumah you. Nak?”

“Tak kisah pun!”

“Kalau masuk meminang pun tak kisah?”

“Iman!”

“Apa?”

“Ish! Suka hatilah!”

“Aifka?”

Aifka terus mengejar Waitul. Keesokkan harinya, rombongan ekspedisi mula bertolak pulang. Akhirnya, lewat petang itu, mereka baru bertolak menaiki bas. Enam jam kemudian, mereka tiba di USM. Aifka dan Waitul berehat sekejap di kafeteria.

“Kau tak nak balik lagi ke?”

“Entah lah, kejap lagi aku baliklah... kau nak balik dah ke?”

“Ya... rindu rumah lah babe haha”

“Yelah, elok-elok”

“Assalamualaikum”

“Waalaikumusalam”

Waitul bertolak balik meninggalkan Aifka bersama beberapa orang pelajar di kafeteria. Seketika kemudian, tiba-tiba Iman muncul di depan mata Aifka dan secara spontan duduk di tepi Aifka.

“Astarfirullahalazim Iman? Terkejut i!”

“Ops! Sorry ya? Assalamualaikum sayang”

“Waalaikumusalam poyo”

“Poyo? Hahaha... nevermind. You, i nak cakap sikit ni”

“Apa? I tak dengar lah bising sangat”

“Bising apanya? Mana ada orang. Bukannya ramai sangat pun. Serious lah you, i nak cakap sikit ni”

“Apa muka u break out?”

“Sampai hati you ni kan? Buat i macam ni. I tengah serious ni!”

“Siri? Drama bersiri ke? Hahaha”

“Eh, mangkuk ayun! I serious ni you main-main pula”

“Apa? Mangkuk ayun? Siapa mangkuk ayun?”

“Ha, dengar pun.”

“Ish! You nak apa?”

“I nak number phone you. Boleh la.... Nak tu je please?”

“Nanti kalau i tak angkat you membebel pula. I ni jenis tak suka bercakap dengan lelaki kat phone. Kalau nak apa-apa chat Whatsapps je boleh?”

“Bolehlah... asalkan you bagi”

“Okay ni dia. Tapi jangan bagi kat orang lain tau? You ni bukannya boleh dipercayai pun.”

“I janji i tak bagi orang lain. I’m promise! Thanks sayang yahoo! Bye i balik dulu! Love you!”

“Amboi dah dapat, terus lesap. Iman... Iman...”

Beberapa minit kemudian, Aifka bertolak ke rumah. Sebaik tiba di rumah, Maksu membuka pintu. Aifka memeluk Maksu dan terus menuju ke arah Papa.

“Papa!”

“Amboi! Happy Nampak! Best tak?”

“Best Papa! Aifka dapat mandi air terjun, jumpa bunga raflesia, macam-macam lagi. Ni tengok gambar ni”

“Beruntunglah Anak Papa! Papa rindu Aifka tau?”

“Aifka pun rindu sangat dekat Papa!”

“Iman macam mana?”

“Papa!”

“Gurau je sayang. Dah pergi naik atas mandi. Awak tu busuk”

“Papa! Mana ada! Hmm... geramya Papa ni!”

“Gurau je la. Dah, pergi mandi”

“Hmm... yelah.”

Aifka terus meluru ke arah biliknya. Ekspedisi hutan simpan telah banyak merakam memori indah dalam hidup Aifka. Selepas mandi, Aifka tertidur kerana keletihan. Bagi Aifka, ekspedisi hutan simpan tersebut adalah satu ekspedisi yang paling menyeronokkan dah penuh dengan cabaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience