"BELAJAR MENCINTAI SI DIA"

Romance Series 3940

Iman dan aifka sudah berada di dalam perjalanan menuju ke hotel yang menjadi penginapan iman. Aifka mula bercakap dengan iman selepas iman menjadi heronya semalam. Tidak lama kemudian, mereka tiba disana. Iman mengajak aifka masuk dan melihat keadaan hotel tersebut.

“awak, jom ikut saya?”

“malas la…”

“pula dah. Awak taknak tengok ke bilik saya? Cantik tahu. Class 4 star.”

“ye ke? 4 star?”

“ye. Jomlah?”

“yalah…”

Akhirnya, aifka mengikut iman masuk ke dalam hotel tersebut dan segera ke bilik iman. Aifka tergaman melihat bilik iman. Sementara, iman pula sibuk pack barangannya sambil berbual dengan aifka.

“wah! Cantiknya!”

“cantik kan?”

“ya…cantik!”

“itulah awak saya ajak balik taknak. Kalau tak, boleh tinggal dengan saya dekat sini.”

“ish, awak ni kan? Saya cari rumah sewa sebab nak ada housemate, bosan kalau duduk sorang² dekat hotel macam awak.”

“eh, bosan duduk sorang? Bukan ke awak datang sini memang awak nak bersendirian?”

Aifka sekadar senyap dan sebaliknya melihat permandangan diluar tingkap.

“awak, jom? Saya dah siap pack.”

“okay. Jom”

Iman dan aifka segera check out dan terus menuju ke kereta. Iman segera bertolak ke rumahnya. Dalam perjalanan, iman menelefon isya.

‘hello, assalamualaikum isya’

‘waalaikumusalam. Awak? ada apa call?’

‘saya on the way balik ni. Awak tolong bawa alana dengan Arshad balik rumah saya boleh? Maybe lepas zuhur nanti saya sampai.’

‘oh, boleh je. Okaylah drive safe. Assalamualaikum’

‘drive safe too. Waalaikumusalam.’

Aifka kelihatan agak cemburu dengan iman kerana cara iman bercakap lembut seperti cara iman bercakap dengan dirinya.

“siapa isya?”

“tak ada siapa-siapa pun. Kenapa? Cemburu eh?”

“ish, tak langsung!”

“hahaha…sayang, isya tu pengasuh anak-anak kita. Dia orang Malaysia yang stay sini so, saya ambil dia sebagai pengasuh anak-anak kita. Mudah sikit nak communicate.”

“hmm…”

“sayang? Marah ke?”

“taklah.”

“saya just nak awak faham yang isya tu pengasuh kita je. Jangan salah faham pula ya? Nanti susah saya nak pujuk awak.”

“ya…”

“good.”

Iman dan aifka meneruskan perjalanan. Mereka berhenti breakfast di satu restoran dan meneruskan perjalanan selepas selesai makan. Tiba waktu zuhur, iman berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan solat zuhur. Selepas solat, mereka lunch pula di restoran berdekatan. Selesai lunch, perjalanan diteruskan. Akhirnya, mereka tiba dirumah iman. Aifka agak terkejut dengan rumah iman yang tersergam indah. Malah, ada security guard di hadapan pagar rumah. Iman menegur security guard tersebut.

“hey bob?”

“hey sir? Long time yeah?”

“yeah. I’m sorry. Kinda busy this week.”

“it’s fine. hey, ma’am.”

“sorry, let me introduce. This is my wife aifka. She stay far from here that why I go after her to take her home.”

“oh, it that so? It nice to meet you ma’am. I’m bob. Your guard.”

“hey, okay bob. Nice to meet you.” Kata aifka.

“okay bob, anythings just call me okay? I gonna get in. Thanks.”

“okay boss.”

Iman segera parking keretanya. Iman mengeluarkan bagasi dan segera membuka pintu rumahnya. Aifka tergamam dengan keindahan rumah tersebut.

“awak, cantiknya rumah ni! Awak serius ke ni rumah awak?”

“ni bukan rumah saya.”

“ha? Habis tu?”

“ni rumah kita sayang. Rumah kita satu family.”

“macam mana awak cari rumah ni? Harga pula macam mana?”

“hahaha…kejap lagi saya cerita ya? Saya nak letak bagasi dekat atas. Awak, awak pergi lah tengok bilik kita dulu, Lepas tu kita tunggu isya sampai ya?”

“oh, okay.”

Aifka dan iman naik tingkat atas untuk melihat bilik mereka. Aifka dari tadi lagi tidak berhenti senyum. Iman juga gembira melihat aifka senyum.

“awak, saya gembira awak suka rumah ni. Jom kita turun lepas tu kita berbual.”

“ye jom!”

Iman dan aifka duduk diruang tamu. Mereka berhadapan satu sama lain.

“awak, sekarang awak boleh jawab soalan saya tadi?”

“sure sayang. Lepas awak tinggalkan saya, saya terus cari ejen hartanah untuk beli property dekat sini. Lama juga nak cari sebab kebanyakkannya jual property untuk asia sahaja susah nak jumpa property paris. Nasib baik saya jumpa seorang ejen yang jual property dekat sini.”

“oh, harga pula macam mana?”

“rumah ni sekali dengan kereta ferrari dekat dalam garaj semua dia bagi 1M. Macam mana awak rasa? Murah? Mahal?”

“murahnya! Bukan ferrari 1M ke? Rumah ni pun dekat 1M sepatutnya. Tapi, awak bertuah lah dapat harga gila-gila.”

“yep crazy.”

Sedang mereka rancak berbual, tiba-tiba ada orang menekan bunyi loceng. Iman membuka pintu dengan gembira.

“Isya!”

“eh, boss?”

“daddy!”

“ya sayang. Alana, Arshad. Tu tengok siapa tu.”

“Mummy? Mummy! Mummy!” jerit alana dengan Arshad.

Kedua-dua anaknya memeluk aifka. Aifka mula menangis. Iman juga turut tersentuh. Begitu juga isya. Isya segera ke dapur untuk memberikan ruang kepada mereka sekeluarga.

“mummy, Arshad rindu mummy. Mummy pergi mana?”

“mummy kerja sayang. Maafkan mummy ya? Rindunya Mummy dekat Arshad, alana.”

“mummy, jangan tinggalkan kakak dengan adik lagi ya? Alana rindu mummy. Jangan buat alana rindukan mummy lagi ya?”

“ya. Mummy janji mummy takkan tinggalkan alana dengan Arshad lagi. Mummy minta maaf sebab tinggalkan alana dan Arshad. Mummy sayangkan kakak dengan adik.”

“mummy, kenapa mummy menangis?” Tanya Arshad.

“ada orang marahkan mummy ke?” Tanya alana pula.

“tak ada orang marah mummy pun. Habuk masuk dalam mata mummy.”

“ye ke? Ke daddy marah kan mummy?”

“mana ada alana. Daddy baik. Daddy tak pernah marahkan mummy. Daddy sayang mummy. Tengok daddy tu. Daddy handsome tak?”

“handsome!” jerit anak-anaknya.

Iman tersenyum lebar. Dia sedar betapa dia perlukan aifka dalam hidupnya. Untuk anak-anaknya.

“alana, Arshad dahlah tu peluk mummy. Pergi main dalam bilik mainan. Biarkan mummy rehat ya? Mummy letih tu.” Kata iman.

“baiklah daddy. Jom adik kita main!”

Anak-anaknya sudah tiada. Aifka masih menangis. Air matanya tetap mengalir. Iman duduk disisinya dan mengesat air mata aifka.

“sayang, dahlah tu. Saya tahu awak rindukan alana dengan Arshad. Tapi, kan awak dah jumpa ni. Dahlah tu.”

Aifka tidak berkata apa-apa sebaliknya memeluk iman dengan erat. Itu kali pertama aifka memeluk iman dengan ikhlas. Iman menepuk bahu aifka.

“saya ni memang bodoh! Terlalu ikutkan perasaan sampai sanggup tinggalkan anak-anak kita. Saya memang bodoh!”

“hey, tak baik cakap macam tu. Hey, stop it sayang.”

Iman menyentuh pipi aifka dan memaksa muka aifka menghadap mukanya.

“sayang, please? Semua dah berlaku, let it go. Let the past go. Okay? Listen, I love you. I miss you. I care about you. Sayang, awak risaukan anak-anak kita, awak sayangkan mereka. Saya pun sayang mereka. Mulai sekarang, from now on please stop regret everything and just live at this time, this second. Tolong lupakan kesilapan awak. awak tak ingat kesilapan saya dulu terhadap awak? setiap hari saya kesal sampai saya terdesak menagih cinta awak and that make me look like a loser. Saya tak nak awak macam saya. Saya nak awak gembira dan teruskan kehidupan sekarang. Semua orang buat silap. Sekarang, cuba senyum. Senyum? Macam tu lah”

“awak, thanks for everythings. Saya gembira awak masih sayangkan saya. Saya janji saya akan berusaha belajar mencintai awak iman. Insyaallah.”

“alhamdulilah. Saya gembira dengan awak. Terima kasih aifka.”

“terima kasih iman.”

Lepas asar, isya meminta diri untuk pulang. Iman dan aifka serta anak-anaknya berbual dengan isya.

“terima kasih isya atas segalanya.” Kata iman.

“terima kasih isya sebab tolong jagakan alana dengan Arshad semasa kami berdua tiada” tambah aifka pula.

“terima kasih aunty sebab jagakan alana dengan adik.”

“tak ada apa-apalah. Lagipun, itu kan tugas aunty. Alana dengan Arshad jangan nakal² ya? Kesian mummy dengan daddy nanti. Okaylah, Halalkan makan minum saya disini ya? Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”

“waalaikumusalam.” Jawab iman dan aifka sambil mengiringi isya keluar rumah.

Malam itu, iman membawa keluarganya keluar makan malam. Alana dan Arshad kelihatan seronok dan gembira dapat keluar makan bersama mummy dan daddynya. Iman juga gembira dengan aifka setelah mendengar bahawa aifka akan belajar mencintainya. Aifka pula mula menerima iman sebagai jodohnya. Semua memori bersama faris cuba dipadam dan dibina memori baru bersama iman. Malam itu, iman membawa keluarganya makan disebuah restoran mewah dan romantik. Aifka kelihatan gembira dengan layanan iman. Walaupun, anaknya ada bersama suasana tersebut masih romantik. Masa semakin berlalu. Selesai makan, iman membawa keluarganya ke menara effel. Aifka tersenyum melihat menara tersebut. Alana dan Arshad pula bermain di sekeliling menara tersebut. Iman berbual dengan aifka sambil mengambil gambar.

“awak, awak tahu tak? Saya sejak sampai sini tak sempat nak datang tengok effel tower. Cantik sangat! Terima kasih sebab bawa saya dan anak-anak kita ke sini ya?”

“ya sayang. Effel tower ni cantik waktu malam. Kalau awak tak puas lagi, esok kita datang sini lagi okay?”

“okay.”

“sayang?”

“ya?”

“I have something for you.”

Iman membuat pose untuk melamar sambil mengeluarkan sekotak barang kemas dan membukanya. Aifka terkejut dan gembira apabila iman menghadiahkan seutas gelang tangan dengan sebentuk berlian dan ada nama mereka iaitu im ?? aif. Iman memakaikan gelang tersebut kepada aifka. Aifka terlalu teruja sehingga terpeluk iman. Iman terkejut.

“thanks awak! love you! Eh, sorry.”

“er…it’s okay. So, you like it?”

“of course. Thanks. Eh, ada nama kita la. Cantiknya!”

“Hahaha. I happy if you happy sayang.”

“yes…I’m happy.”

“sayang, tengok ni.”

“eh, gelang couple? Auw, so sweet.”

“hahaha…sweet ke? Okay let’s take some picture and go home.”

“okay. Sayang? Alana? Arshad? Come! Jom kita bergambar! Come!”

Mereka sekeluarga bergembira sampailah lewat malam baru tiba di rumah. Iman mengangkat alana manakala, aifka mendukung Arshad sehingga ke dalam bilik mereka. Iman dan aifka mencium pipi anak-anaknya dan segera menuju ke bilik mereka. Aifka sedang mandi manakala, iman baring di atas katil. Seketika kemudian, aifka keluar dari bilik mandi, iman pula melihatnya dengan senyuman sambil bangun dengan hanya memakai tuala untuk mandi. Tiba-tiba, aifka hampir terjatuh apabila terpijak air di depan bilik mandi mereka. Namun, iman sempat memegang aifka sehingga aifka terbaring di atas katil. Mereka berada dalam keadaan itu dalam masa yang lama. Aifka dengan mata yang bulat merenung mata iman. Iman juga sama merenung mata aifka. Tiba-tiba iman mengambil langkah drastik. Dia mengerakkan mukanya lebih dekat dengan muka aifka. Aifka terkejut. Iman mencium pipi aifka dan berkata.

“lain kali hati-hati ya? Nanti terjatuh kan susah. Bye!”

Iman segera masuk ke dalam bilik mandi dengan gembira. Aifka masih kelu dengan perbuatan iman. Tapi, dia segera bangun dan mengemaskan rambutnya. Iman keluar dari bilik mandi tersebut. Aifka agak terkejut. Sehingga iman perasan kelakuannya.

“eh, sayang? Kenapa awak macam terkejut je?”

“er…tak ada apa-apa. Awak tu cepatlah pakai baju. Ish, don’t naked okay?”

“who say I naked? Look?”

Iman membuka tualanya. Rupa-rupanya dia memakai boxer tapi, aifka menjerit.

“ah! Stop it! Iman!”

“look? I wear a boxer. Eh, sayang janganlah jerit nanti tersedar pula alana dengan Arshad.”

“awak tu yang buat saya terkejut.”

“ya…saya pakai baju lah ni. See? Dah, tak payah nak jerit lagi. Come here!”

“tak siap lagi lah…”

“dah, tak perlu pakai losyen tu semua awak dah cantik dah. Sini,”

“eh, kena pakai lah. Kejap lah. Dah, awak nak apa?”

“duduk lah sini. Saya nak cakap sikit.”

“cakaplah dari situ. Apa dia?”

“macam mana awak nak dengar? Suara saya slow. Sini lah sayang?”

“ish, yalah…yalah…”

“that my girl. Come here!”

“ya…awak nak cakap apa? Kalau ya pun pakai lah baju tu dulu okay?”

“hmm…kalau tak nak pakai boleh?”

“tak boleh! Pergi pakai sekarang! Tumbuk kang baru tahu.”

“amboi garangnya isteri abang ni! yalah, saya pergi pakai baju dulu. Intai lah kalau nak, suami awak ni kan handsome haha…”

“perasan.”

“eh, mana ada perasan memang handsome pun kan?”

“yalah… dah pergi pakai baju.”

Iman segera memakai baju lalu baring di atas katil. Aifka yang asyik bermain phonenya terkejut.

“awak! terkejut saya tahu tak?”

“awak tu yang asyik sangat main phone tu. Awak chat dengan siapa? Sini phone tu”

“eh, suka hati dia je nak main phone kita. Tak boleh!”

“ehem, ingat tak syurga awak dekat mana?”

“yalah…yalah… ni ambil lah. Saya chat dengan kawan je lah. Takkan tak boleh?”

“bukan tak boleh. Saja nak check awak ni mana tahu ada orang lain selain saya kan? Awak tu cantik so becareful tahu?”

“yalah…bak sini balik phone tu.”

“ni ambil lah. Saya dah off phone tu.”

“kenapa off?”

“sebab tadi kan saya dah cakap nak cakap sikit dengan awak. So, no intruder allow okay?”

“yalah abang oi. Cakap lah apa dia?”

“esok, saya nak bawa awak dengan anak-anak ke satu tempat special sebelum kita balik Malaysia.”

“special? Mana tu? Balik Malaysia?"

“why? Sayang tak rindu papa ke? Maksu?”

“no. I just love this place. Let me stay at least for a week more okay?”

“okay anythings for you sayang. Esok kita pergi special place. Lepas tu kita ronda satu paris sebelum balik Malaysia okay?”

“promise?”

“yes. I’m promise.”

“thank you! Thank you! Thank you! I love you so much!”

Teriak aifka teruja sehingga memeluk iman. Kemudian, dia melepaskan pelukannya itu dengan persaan yang malu.

“er, sorry. I just happy.”

“it fine sayang. Abang ni kan suami sayang so, you deserve me. I’m yours. Bahu ni bantal sayang. Muka yang handsome ni cermin sayang. Sayang kan tulang rusuk kiri abang. And one more thing, the last sentence you say ealier is true right? You love me? Awak cintakan saya?”

“er…what? Apa yang saya cakap? Tak ingat lah. Okay bye! Tidur dulu. Good night and sweet dream.”

“eh, baru cakap sikit dah alih topik? Maksudnya betullah awak sayang saya? Kan?”

“dah, Shhh! Nak tidur.”

“dia ni kan,”

Mereka akhirnya tidur lena. Keesokkan harinya, Iman bangun dan menunaikan solat subuh. Aifka tidak boleh solat masih tidor. Iman merenung wajah aifka dan senyum sebelum turun ke bawah dan menyediakan sarapan. Iman membakar roti, menggoreng telur dadar dan penkek serta menyediakan jus oren dan coklat panas untuk anak-anaknya. Dia naik ke atas semula selepas menutup makanan. Iman masuk ke dalam dengan perlahan dan terus ke bilik air. Selesai mandi dan bersiap, iman mengejutkan aifka.

“sayang, wakeup. Bangun? Sayang? Bangun?”

“eh, awak…pukul berapa dah ni?”

“pukul 8:30. Awak bangun mandi ya? Saya dah siapkan breakfast. Lepas ni saya nak kejutkan alana dengan Arshad. Awak bersiaplah ya kita nak pergi tempat special yang saya bagitahu awak semalam.”

“ye ke? Macam ni, jom kita siapkan alana dengan Arshad lepas tu saya mandi okay? Lagipun saya tak nak susahkan awak buat kerja seorang. Awak dah buat breakfast pula tu. Sepatutnya itu tugas saya sebagai isteri.”

“sayang, it okay. Saya okay lah. Asyik awak je buat kerja. Biar kali ni saya tolong awak pula ya? Awak pergilah mandi biar saya siapkan anak-anak kita lagipun tempat kita nak pergi ni jauh. Jimat sikit masa.”

“hmm…yalah. Saya pergi mandi dulu ya?”

“yalah. Hati-hati jangan jatuh macam semalam pula.”

“haha…ya.”

Iman segera menyiapkan anak-anaknya sementara aifka mandi. Selepas siap, mereka semua turun ke bawah dan menikmati sarapan. Selepas siap breakfast, mereka segera bertolak menuju ke destinasi.

“daddy, kita nak ke mana?” Tanya alana.

“kita nak pergi tempat special.”

“special tu istimewa kan mummy?kata alana lagi.

“ya sayang. Pandai. Good girl. Arshad pula tahu tak special tu apa? Atau pun cuba Arshad bagitahu mummy dengan daddy haiwan dalam Bahasa inggeris apa?”

“hmm…arshad tahu cow tu lembu. Chicken tu ayam. Cat tu kucing lepas tu tak tahu dah.”

“pandainya anak daddy! Boleh jadi cikgu dah.”

Arshad tersenyum mendengar pujian ayahnya. Alana juga tersenyum dan ketawa dengan telatah adiknya. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke destinasi. Akhirnya setelah lama memandu, mereka tiba di destinasi. Aifka hairan apabila mereka sekeluarga berhenti di kawasan perumahan.

“awak nak bawa kita semua ke rumah siapa?”

“nak pergi rumah siapa ni daddy?” Tanya alana teruja.

“kita pergi rumah kawan mummy dengan daddy!”

“hah? Siapa?” Tanya aifka keliru.

“tak apa. Jom kita pergi sana. Arshad atau alana siapa nak bunyikan loceng?”

Bersungguh-sungguh Arshad dan alana mengangkat tangan. Alana akhirnya mengalah.

“kakak bagi dekat adik kali ini. Lain kali kakak pula okay?”

“okay kakak!” kata Arshad gembira.

Iman mengangkat Arshad dan Arshad menekan loceng beberapa kali. Akhirnya, tuan rumah keluar. Pada masa itu, hairi keluar menjenguk tetamu yang membunyikan loceng pintu rumahnya.

“bro?”

“hairi! Assalamualaikum! Rindu weh dekat kau!”

“haha. Aku pun sama.”

“ha…hairi?” aifka bersuara.

“ya saya ni aifka. Eh, jemputlah masuk. Silalah.”

“yalah. Terima kasih.”

Mereka sekeluarga masuk ke dalam rumah hairi.

“duduklah dulu. Saya panggilkan waitul dulu ya?”

“waitul?” Tanya aifka.

“ya waitul. Alah, panjang ceritanya. Tak apa lepas ni kami ceritakan.”

Hairi kembali semula bersama dengan waitul. Mata waitul dan aifka terbeliak apabila sekian lama tidak bertemu. Mereka secara automatik bersalaman dan berpelukan.

“ya allah waitul! Lamanya tak jumpa!”

“yalah aifka. Aku pun lama tak jumpa kau. Kau apa khabar?”

“alhamdulilah. Aku sihat. Kau pula?”

“alhamdulilah. Aku pun sihat.”

“sebenarnya, apa yang dah jadi ni? how you could get here? Awak? why you don’t tell me the truth?”

Aifka memandang iman. Iman hanya senyum.

“it’s surprise sayang. How can I tell you?”

“dahlah tu aifka. Lepas ni aku ceritakan. Aku buat air kejap ya?”

“er, aku tolong kau.”

“eh, tak payahlah. Kau kan tetamu aku. Jadi, aku sebagai tuan rumah kenalah layan tetamu elok-elok kan?”

“eh, tak apa. Jom?”

“hmm…yelah jom.”

Sementara aifka dan waitul menyediakan minuman, iman dan hairi berbual.

“iman?”

“ya?”

“aku gembira kau dah jumpa wife kau. Make sure lepas ni jangan bagi dia lari lagi tahu? nanti kitaorang juga yang susah. Haha.”

“haha…yalah hairi. Pandai-pandailah aku jaga dia nanti. Thanks for helping”

“not a big deal. Lagipun bukan aku yang tolong, wife aku yang tolong kau.”

“yalah"

“so, now what?”

“what? like Future plan?”

“boleh lah dikatakan macam itu. So?”

“so…I just promise myself that I not going to let this happened again. Lepas tu teruskan hidup. Hmm…terus mencintai.”

“okay. Now I got it. Seorang belajar mencintai dan seorang lagi terus mencintai. Maksudnya macam itu?”

“hmm…maybe?”

“maybe itu apa daddy?” Tanya Arshad

“maybe itu mungkin sayang. Eh, Arshad dengan kakak lupa sesuatu tak?”

“lupa apa?” Tanya Arshad.

“lupa?” Tanya alana pula.

“lupa tak kalau kita jumpa orang yang lebih tua atau dewasa daripada umur kita, kita buat apa? kita kena…”

“salam!” kata kedua anak-anaknya.

“good. So? Pergi salam uncle hairi. Uncle hairi ni kawan daddy masa daddy belajar dulu.”

“hello uncle. Salam?” kata Arshad.

“uncle hairi nak salam juga!” kata alana pula.

“yalah. Alana dan Arshad kan?”

“ya!” kata kedua-duanya.

“alana dengan Arshad comel sama macam mummy kan?”

Iman terpaku apabila hairi berkata sedemikian kepada anak-anaknya. Dia hanya mendengar.

“alana dengan Arshad nak main dengan kawan tak?”

“nak! Siapa uncle?” Tanya alana.

“anak uncle. Nama dia tasha. Eh, tu dia dah datang. Pergilah main dengan dia. tasha, main dengan alana dan Arshad dekat atas ya? Hati-hati dan jangan bergaduh.”

“oh, okay uncle. Daddy, kakak nak pergi main dengan dia kejap ya?”

“yalah. Make sure hati-hati. Jaga adik.”

“okay Thank you daddy”

Anak-anak mereka bermain di tingkat atas. Aifka dan waitul pun keluar dan menghidangkan makanan. Mereka duduk setelah siap menghidang minuman serta makanan.

“eh, makan lah. Thanks aifka tolong tadi.”

“tak ada hal. Tugas ‘perempuan’ juga kan? Eh, awak anak-anak mana?”

“ada dekat atas. Main dengan tasha.”

“tasha?”

“anak waitul dengan hairi la sayang.”

“ohw, ha… ceritalah macam mana boleh khawin and stay sini?”

“ya…kau ni sabarlah sikit.”

Waitul menceritakan kisah hidupnya kepada aifka.

“wow! Romantiknya korang!”

“ehem, abang tak romantik ke?” Tanya iman pula.

“er…a..abang romantik. Sweet.”

“alalala…sweetnya love birds ni.” kata waitul.

“korang pun sweet la. Eh, kenapa hairi senyap je?”

“tak ada apalah aifka. Aifka?”

“ya?"

“you still beautiful as usual.”

“er, thank you.”

“but tak boleh lawan lah sayang I ni!” tambahnya lagi sambil mencubit pipi waitul.

“haha bergurau pulak…sweetnya!” kata aifka.

Iman pula senyap. Setelah lama berborak, mereka sekeluarga meminta diri untuk pulang.

“waitul, thanks again for everythings. Nanti contact aku tahu? sebab next week aku balik Malaysia dah.”

“oh ye ke? Alah, tak bestlah kau tiada dekat sini. Tiadalah orang yang nak bermanja dengan aku.”

“auw…hairi kan ada. Kau ni mengada. Nanti kalau sempat and kau free, call lah lepas tu kita meet and shopping this week okay?”

“okay sis. Take care tahu?"

“you too take care okay? Bye! Assalamualaikum”

“waalaikumusalam.”

“pergi dulu ya. Thanks for everythings waitul and hairi. Assalamualaikum. Salam adik, kakak?”kata iman.

Alana dan Arshad bersalam dengan hairi dan waitul. Mereka sekeluarga meminta diri pulang ke rumah. Hampir seminggu iman dan keluarganya merantau sekeliling paris sebelum pulang ke Malaysia. Sehari sebelum mereka bertolak pulang, iman menerima panggilan daripada seseorang yang dikenalinya.

“assalamualaikum.”

“waalaikumusalam. Iman, aku ni hairi. Aku nak jumpa kau. Ada hal sikit nak bincang.”

“ha..hairi? ada apa nak jumpa aku?”

“nanti aku send location. Kau datang je la. Banyak Tanya pula.”

“yalah. Nanti aku datang lepas zuhur?”

“okay. Lepas zuhur kita jumpa.”

“okay. Assalamualaikum.”

“waalaikumusalam.”

Selepas menerima panggilan tersebut, iman berbual dengan aifka yang sedang asyik memasak.

“sayang?"

“ya kenapa awak?”

“hmm…petang nanti saya nak jumpa kawan. Awak okay ke jaga alana dengan Arshad seorang?”

“kebetulan. Waitul ajak saya keluar lah awak. Baru tadi dia call. Habis tu macam mana?”

“hmm…don’t worry sayang. I’ll take care about it. How about nanny? Babysitter?”

“okay. Tapi, nak cari siapa? Segan lah pula nak minta tolong dengan isya”

“itulah. Saya pun segan. Dah banyak sangat kita minta tolong dia. Tak apalah nanti saya carikan pengasuh okay? Awak janganlah risau. Ha, sayang nak keluar pukul berapa?”

“maybe lepas lunch? Awak pula?”

“same as you sayang. Tak apalah, awak masak dulu saya nak call nanny baru.”

“yalah.”

Selepas selesai makan, bersiap dan solat zuhur, pengasuh baru mereka tiba dan menekan loceng pintu. Iman membuka pintu.

“assalamualaikum.”

“waalaikumusalam. Nabila right?”

“yes. Iman?"

“yes it’s me. Come in!”

“thanks.”

“sayang. Ini Nabila. Dia pengasuh baru kita. sayang jangan risau, ejen hartanah yang bagi cadangan. Dia islam dan dah lama tinggal dekat area ini.”

“oh, nice too meet you. Melayu?”

“er, I’m mix. Half poland separuh melayu. Nice to meet you too.”

“ohw… anyways, this is our children. This is Arshad and this is alana.”

“hey sweetie. Aunty boleh cakap melayu. Jangan risau.”

“okay, kakak dengan adik jaga diri okay? Mummy dengan daddy nak keluar kejap. Behave yourself. Nanti kesian aunty Nabila kena jaga anak-anak mummy dengan daddy ini. Okaylah. Bye sayang! Muah! Assalamualaikum. Kami pergi dulu. Jaga diorang elok-elok ya?”

“waalaikumusalam. Ya insyaallah.”

Di luar rumah,

“sayang, who get the ferrari?”

“guess who? Of course me! Please? Just let me drive it once? Please abang! Nak naik!”

“geez, macam budak-budak la sayang ni. Yalah, drive lah. You know right that I love you more than that car? Duit bukan segala-galanya right?”

“ya sayang. Saya tahu. Saya cuma teringin nak drive je. Yes. I know you love me. So am I.”

“drive safe okay? Pergi lah. Pandu elok-elok. Balik awal tahu?”

“yes bos! Okay awak pun sama. Hati-hati drive. Bye Assalamualaikum.”

“waalaikumusalam. Sayang?”

“yes?”

“kiss tak ada?"

“er? Tak ada. Bye!”

‘hish dia ni. Jual mahal ya?’ desik hati iman.

Mereka menuju ke destinasi masing-masing. Iman terus menuju ke lokasi yang dihantar hairi. Manakala, aifka sedang menuju ke rumah waitul untuk shopping. Tidak lama kemudian, iman tiba di lokasi tersebut. Rupa-rupanya lokasi itu ialah di pinggir kota paris. Kelihatan hairi sudah berdiri di sebalik pokok dengan secawan kopi tangannya.

“hairi?”

“dah sampai?” perlinya.

“sorry late”

“hmm…duduklah.”

“hmm…jadi, apa yang kau nak bincang dengan aku?”

“tentang aifka.”

“aifka? Kenapa kau nak bincang tentang isteri aku?”

“aku nak aifka.”

“ha? Dia isteri aku. Kau pun ada isteri. Kau ni kenapa? Mengucap lah. Astarfirullahalazim…”

“hahaha…”

“kenapa kau ketawa?”

“aku nak aifka."

“kau ni serius ke?”

“ya. Aku serius. Aku nak aifka!”

“baiklah. Kau boleh ambil aifka. Tapi, langkah mayat aku dulu. Kau boleh ambil aifka selepas aku mati.”

“okay. Aku akan bunuh kau iman.”

“eh, hairi? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?”

“ya aku sedar. Memang pada mulanya, aku sukakan waitul. Malah, dari zaman universiti lagi aku suka dia. Tapi, semua itu hanyalah cinta palsu. Aku dah lama jatuh cinta pada aifka. Sejak aku Nampak dia, aku mula jatuh cinta. Sebab itu aku sengaja langgar dia masa kau dengan dia bergegas untuk ke class. Kau tahu tak selama ini, aku dah lama stalk aifka. Sejak dia bercerai dengan kau, bertunang dengan faris dan sampai lah dia terpaksa kahwin dengan kau sekali lagi dan lari ke Paris. Sejak dia sampai sini, aku buat keputusan untuk pindah sini. Sekarang, rancangan aku berjaya. Aku dah tolong kau iman. Supaya kau boleh make sure yang dia tak lari lagi. Barulah senang sikit kerja aku.”

Iman hampir menumbuk muka hairi.

“weh, main kasar Nampak?”

“kasar? Kau ni dah gilalah hairi! Macam mana kalau waitul tahu semua ni? aku takkan benarkan kau rampas aifka daripada aku. Aku akan pastikan dia cintakan aku lebih dari sesiapa pun dalam dunia ni terutamanya kau!”

“kau ingat dengan kata-kata kau tadi aku akan berhenti?”

“aku takkan biarkan kau apa-apakan aifka dan rosakkan keluarga aku! Aku takkan biarkan semua itu berlaku. Takkan!”

“baiklah. Tapi, aku nak ingatkan jaga aifka baik-baik. Tolong pastikan aifka sentiasa cantik dan comel semasa hari perkahwinan aku dan dia. hahaha…”

“aku pun nak bagi peringatan. Jangan sesekali sentuh ahli keluarga aku. Kalau tak nahas kau aku kerjakan. Kau tengoklah nanti siapa yang akan menang. Kalau aku dapat kau, aku akan sumbat kau dalam penjara seumur hidup! Kau dengar tak apa yang aku cakap? Ingat tu!”

Iman terus meninggalkan hairi disitu lalu terus menuju ke arah kenderaannya. Hairi pula ketawa sendirian. Iman mula berat hati dan semalaman dia tidak dapat tidur memikirkan kata-kata hairi petang tadi. Aifka mula hairan dengan perangai iman. Tetapi, dia tidak bertanya setelah melihat wajah iman pucat dan lesu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience