"SIAPA FARIS?"

Romance Series 3940

Begitulah pengalaman Aifka berpantang ditemani Iman. Genap 40 hari, Aifka mula bekerja Maksu sudah balik ke rumah Papa. Aifka risaukan Maksu kerana terpaksa menjaga dua anaknya itu. Oleh kerana itu, Aifka mengupah Maksu sebelum bertolak ke tempat kerja.

“Maksu ambil ni sebab Aifka dah bebankan Maksu kena jaga arshad dan Alana.”

“tapi banyak sangat ni”

“tak apa. Maksu ambillah lagipun kalau Maksu tak ambil Aifka rasa bersalah pula tak apalah Maksu Aifka pergi dulu assalamualaikum”

“baiklah Aifka terima kasih. Waalaikumusalam”

Aifka pergi ke tempat kerja bersama Papanya. Setibanya, di tempat kerja, mereka terus ke office masing-masing untuk menyelesaikan kerja yang belum disiapkan. Sedang asyik Aifka membuat kerja, tiba-tiba Papa mengetuk pintu biliknya.

“masuk..”

“sayang, amboi busy Nampak”

“eh, Papa? biasalah kerja banyak tak siap”

“Aifka, Papa nak kenalkan Aifka dengan staf baru kita”

“siapa?”

“masuklah..ni orangnya.”

“Iman?”

“ya Aifka. Iman ialah staf baru kita office dia sebelah office Aifka.”

“wait a minute. Betul ke ni? Jadi, Aifka kena berdepan dengan dia ni hari-hari?”

“yalah. Awak terpaksa menatap muka saya yang handsome ni setiap hari sanggup tak?” kata Iman dengan senyuman.

“excuse me? Berlagaknya! Papa, Aifka tak sanggup!”

“sanggup ke tak sanggup Papa dah terima Iman sebagai staf baru company kita so Papa harap lepas ni Aifka dengan Iman boleh bekerjasama dalam menguruskan projek company kita ni. Satu lagi, Papa dah lantik personal assistant untuk Aifka. Ni profile and number so kalau Aifka perlukan apa-apa just call dia okay? Nanti kalau Iman ke tak faham boleh Tanya Aifka dan kalau Aifka pula tak faham Tanya je Iman. Papa rasa Iman ada pengalaman kan? Baiklah Papa keluar dulu assalamualaikum”

“baiklah Papa” kata Iman.

“waalaikumusalam.” Jawab Iman dan Aifka.

Iman duduk di atas kerusi dengan gayanya yang menggoda. Dia memberi senyuman sebanyak mungkin kepada Aifka.

“eh, siapa suruh awak duduk? Dahlah duduk macam tu tersengih-sengih. Boleh tak duduk elok-elok sikit?”

“biarlah! Kenapa? Tak menarik perhatian awak?”

“tak langsung! Dah, boleh tak awak keluar dari office saya? Saya banyak kerja nak kena siapkan ni”

“kenapa pula kena keluar? Taknak”

“tak baik berdua-duaan dalam bilik ni. Lagipun kita kan bukan suami isteri lagi”

“oh, pasal tu. Kejap ya?”

Iman memegang telefon dan segera menelefon PA Aifka.

“hello?”

“ni cik Aifka ke?”

“bukan. Ni boyfriend dia.”

“oh, ada apa ya encik?”

“Nama cik?”

“cik rohaiza”

“cik rohaiza sibuk ke?”

“tak adalah kenapa?”

“boleh masuk dalam office cik Aifka sekejap?”

“baiklah.”

Rohaiza masuk. Aifka agak terkejut. Rohaiza juga terkejut kerana suara tadi milik pemuda yang rupawan.

“en..encik?”

“ya. Nama saya Iman.”

“kenapa panggil saya?”

“tak. Boleh tak temankan Aifka? Ataupun cik rohaiza boleh buat kerja dekat sini?”

“hmm..okay”

“kenapa awak ni Iman? Suruh PA saya datang sini buat apa?”

“kan tadi awak cakap tak boleh berdua-duaan dalam bilik ni sebab tu saya suruh rohaiza masuk.”

“oh, sebab tu rupanya.”

“ya sebab tulah. Awak, nanti nak lunch dekat mana?”

“entah. Dekat cafe”

“jomlah lunch dengan saya. Please?”

“nantilah saya fikirkan.”

Mereka berdua asyik bersembang manakala rohaiza pula sibuk menyiapkan kerjanya sambil mengeluh mungkin kerana cemburu dengan Aifka yang dilayan oleh Iman jejaka terhangat di Malaya. Sehinggalah waktu tengahari, Iman tidak berhenti memujuk Aifka untuk keluar lunch bersamanya. Dia mengejar Aifka yang berjalan keluar dari biliknya.

“kenapa awak ikut saya?”

“saya nak lunch dengan awak. Jomlah?”

“saya taknak!”

Iman memegang tangan Aifka. Aifka segera menarik tanganya.

“Jangan sentuh saya! Kita bukan muhrim.”

“okay, saya minta maaf tapi please lunch with me what do you say?”

“okay. Kita lunch tapi kena berteman.”

“okay thanks. Saya boleh uruskan hal itu. Anyways, ni kunci kereta saya. Awak tahu kan kereta saya yang mana? Oh, kejap! Sorry saya sekarang dah tukar kereta so, awak cari kereta audi warna silver lepas tu tunggu dalam kereta kejap sebab saya nak carikan teman. Boleh?”

“okay.”

Aifka terus menuju ke parking lot. Dia mencari kereta Iman.

‘eh, itu ke kereta dia? test lah dulu. Ha, jadi pun. Wow! Boleh tahan kereta dia ni’ desik hati Aifka.

Tidak lama kemudian, Iman sampai dengan seorang pemuda lelaki. Iman terus masuk ke dalam kereta. Aifka tidak kenal pemuda tersebut tetapi, pemuda tersebut asyik memerhatikannya.

“lamanya awak ni.”

“kenapa rindu?”

“tak ada maknanya.”

“hmm..betullah tu tak ada maknanya. Mulut kata lain hati kata lain kan? Anyways this is my friend Faris”

“Faris? Kerja sini?”

“ya. Kerja dekat area ni je”

“nama saya Aifka”

“Aifka? Manis nama tu semanis orangnya.”

“yalah tu. Ni tak apa kan teman kitaorang? Lagipun Iman ni sibuk nak ajak lunch”

“Iman kan sweet orangnya. Betul tak bro?”

“hmm..”

“awak, nak lunch dekat mana?”

“sorry mencelah, saya nak cadangkan satu restoran ni memang bestlah masakan dia! cik Aifka wajib cuba”

“tak payah lah bercik-cik dengan saya, panggil je Aifka. Wajib cuba? Dekat mana tu?”

“dekat jalan kampung baru”

“hmm..okay apa salahnya jom try awak!”

“hmm..okay” kata Iman.

Sepanjang tengah hari itu, Iman asyik cemburu dan senyap apabila melihat Faris dan Aifka asyik berbual dan bermesra. Selesai makan, Iman segera memandu pulang ke arah syarikat Papa iaitu ADF Trading ataupun AIman’s.co. sampai di hadapan syarikat, mereka berbual di dalam kereta.

“saya nak ucapkan terima kasih sebab bawa saya lunch hari ni Aifka”

“eh, sepatutnya awak ucaplah terima kasih kepada Iman sebab dia yang suruh awak temankan”

“sorry bro. Thanks sebab bawa aku lunch. Lain kali ajaklah lagi nanti bolehlah aku join korang”

“hmm..”

“saya pergi dulu assalamualaikum”

Iman dan Aifka menjawab salam.

Selepas Faris pergi, Iman dan Aifka terus masuk ke company. Iman mengikut Aifka dari belakang sehingga ke office Aifka.

“eh, kenapa awak tercegat dekat situ? Pergilah masuk office awak”

“tapi boleh tak saya masuk office awak?”

“buat apa?”

“nak sembang-sembang dengan awaklah. Ha, satu lagi nak ajar awak tentang kerja tu”

“dekat luar je. Awak duduk dekat atas sofa tu saya nak ambil barang kejap”

“okay boss!”

Iman yang sudah duduk di atas sofa, asyik memerhatikan Aifka yang datang lalu duduk di atas sofa disisinya.

“apa yang awak pandang tu?”

“wanita tercantik di dunia”

“ish! Merepek je kan? Kenapa awak asyik pandang saya dari tadi lagi?”

“sebab awak lah”

“kenapa dengan saya?”

“comel sangat!”

“dahlah! Ni, kata nak ajar saya bila nak start? Cepatlah! Tak faham ni..”

“okay, tapi kena bagi hadiah dulu”

“hadiah apa pula?”

“kiss ke?”

“eh, awak ni sedar tak yang kita ni bukan…”

Belum sempat Aifka menghabiskan ayatnya, Iman mencelah.

“saya tahu. Saya minta fly kiss je bukan kiss betul-betul. Awak ni pun”

“eh, saya pula? Dah, ajar saya. Kalau awak taknak ajar, saya minta orang lain ajarkan. Faris ke?”

“Faris? Okay.”

Iman senyum tanpa keikhlasan.

“kenapa awak senyum?”

“tak ada apalah. Dah, mari sini saya ajarkan. Apa yang awak tak faham?”

“yang ni tentang main service provider”

“oh, ni kacang je. Macam ni awak buat je satu borang dan letakkan semua detail ni”

Pulang ke rumah, Aifka seperti biasa membersihkan dirinya, mandi solat dan bermain dengan anak-anaknya. Esok cuti jadi, dia ada masa untuk bermain dengan anak-anaknya. Sedang asyik bermain dengan Alana dan Arshad, Aifka ternampak sejambak bunga ros berada di atas meja di ruang tamu. Dia bertanya kepada Papa yang kebetulannya lalu dihadapan Aifka.

“Papa, ni siapa punya? Papa ke? Ha, ni mesti secret admire bagi kan?”

“ish, Aifka ni mengarut jelah. Bukan Papalah”

“habis tu?”

“Aifkalah..”

“ha? Siapa bagi?”

“tengoklah dulu sayang oi”

Aifka membaca kad ucapan di sebalik bunga tersebut.

“Iman? Bila dia bagi?”

“pagi tadi..”

“tapi masa tu kita dah pergi office. Bila masa dia bagi bunga ni?”

“dia tinggalkan dengan Maksu. Maksu letak dekat situ.”

“tapi kenapa siap bagi bunga?”

“entahlah..maybe dia nak masuk line lah tu”

“line apa pula?”

“line menuju ke hati Aifka lah”

“Papa!”

“apa?

Aifka masih hairan dengan Iman. Dia suka bunga itu seolah-olah bunga tersebut dipilih olehnya sendiri. Dia menghidu bunga tersebut dan termenung. Alana dan Arshad tidur dipangkuan Aifka.

“jauh termenung, sampai mana dah Paris?”

“tak adalah Papa.”

“kenapa ni? Ke Aifka tak pernah terima bunga dari lelaki sekacak Iman?”

“Papa! suka usik Aifka!”

“Papa nak tengok Aifka marah je”

“kenapa semua orang nak Aifka marah? Bukan senyum?”

“sebab muka Aifka comel masa Aifka marah”

“eh, Macam tu pula? Peliklah kaum lelaki ni”

“mana ada pelik”

“peliklah Papa”

“mana ada!”

“yalah Papa oi”

Keesokkan harinya, Aifka sedang menonton drama korea kegemarannya. Arshad dan Alana masih tidur di dalam bilik. Sedang asyik menonton drama, tiba-tiba loceng pintu rumah berbunyi. Aifka membuka pintu.

“awak? Iman?”

“assalamualaikum.”

“wa..walaikumusalam”

“hai awak” kata Iman sambil senyum.

“kenapa awak datang rumah saya? Tak bagitahu saya pun”

“saja saya datang nak jenguk awak”

“eh, awak sembunyikan apa tu dibelakang awak?”

“gift untuk awak.”

“nak tengok!”

“tak boleh! Bagilah saya masuk dulu”

“yalah. Silakan masuk ya encik. Papa ada. Alana dengan Arshad tidur lagi”

“eh, Iman? Aifka buat air untuk Iman. Iman duduklah dulu.”

“baiklah Papa.”

Aifka menolong Maksu menyediakan air di dapur. Dia menghidangkan air dan sedikit kuih untuk tetamu.

“awak?” kata Iman.

“ya apa dia?”

“ni untuk awak.”

“cantiknya! Macam mana awak tahu saya suka bunga ni?”

“entahlah. Saya pilih ikut gerak hati saya saja. Kalau bunga tu cantik saya ambil. Awak suka?”

“suka! Cantik dan harum baunya.”

“baguslah kalau awak suka. Ni satu lagi untuk awak ada surat”

“surat? Siapa bagi?”

“dari orang yang bagi bunga tu lah. Okaylah Papa, awak saya minta diri dulu ya? Iman datang nak bagi hadiah untuk Aifka saja. Eh, Iman lupa lah Papa”

“lupa apa pula? Takkan nak pergi dah? Minumlah dulu”

“ya Papa.”

Iman minum air dan bergegas bangun.

“nak kemana tu Iman?”

“Iman nak ambil hadiah dalam kereta. Iman pergi kejap ya?”

“yalah.”

Iman segera meluru ke arah keretanya. Dia membawa teddy bear yang besar dan satu bungkus hadiah.

“ya Allah Iman? Untuk Aifka ke tu?”

“ya Papa untuk Aifka. Saya letak dekat sini ya? Ni pula untuk Papa”

“Papa pun dapat jugak?”

“mestilah Papa dapat. Papakan mertua Iman juga”

“terima kasih lah Iman ya”

“sama-sama Papa. Iman minta diri dulu ya? Assalamualaikum”

“awak tunggu!”

Aifka segera keluar dari rumah dan mendekati Iman yang berada disisi keretanya.

“eh, awak? Kenapa ni?” Tanya Iman.

“er, terima kasih untuk hadiah yang awak bagi tu. Insyaallah, saya akan jaga teddy bear tu elok-elok”

“dan jangan lupa jaga hati awak untuk saya tau?”

Aifka sekadar senyap.

“drive carefully okay?”

“okay boss! Saya pergi dulu assalamualaikum”

“waalaikumusalam”

Aifka masuk semula kedalam rumahnya. Papa menegur Aifka yang sedang memeluk teddy bear tersebut sambil mengambil selfie.

“happylah tu”

“mestilah happy. Dahlah, Aifka nak bawa teddy yang comel ni masuk bilik Aifka bye Papa!”

“yalah Aifka oi.”

Aifka segera ke biliknya. Dia meletakkan teddy bear tersebut di atas katil. Alana dan Arshad masih tidur. Sedang asyik melihat gambarnya bersama teddy bear tadi, tiba-tiba seseorang menelefonnya. Aifka menjawab kemudian terus tamatkan panggilan. Aifka hairan dengan suara lelaki berkenaan kerana suara Iman berbeza. Dia segera Whatsapps nombor tersebut.

(sorry saya tak jawab call dari orang yang tak dikenali)

(it’s okay. Tak kenal saya?)

( er. Tak. Siapa awak? Kita pernah jumpa ke sebelum ni?)

(it me Faris. Remember miss Aifka? XD)

(laa, Faris? Mana awak dapat nombor saya? ( ?° ?? ?°) )

(dari Iman.)

‘Iman? Takkan Iman nak bagi nombor aku dahlah dia jelous dengan Faris. Tak mungkinlah.’ Desik hati Aifka.

(okay. So, dah berapa lama kawan dengan Iman?)

(lama juga lah. Dalam beberapa tahun macam tu)

(ohw.)

(awak couple dengan Iman?)

(er. Tak pun. Tapi he think I’m special for him)

(betul ke? Tapi tak couple kan?)

(taklah. Sebenarnya bekas suami saya.)

(serius? (;´?????`) )

(ya. Iman tak bagitahu?)

(tak.. (? .•? _? •?.)?)

(kitaorang ada problem dulu and bercerai.)

(ohw, so saya ada chance lah?)

(chance apa pula?)

(tak ada apalah. Cuma just nak make sure Aifka dan Iman tak ada apa-apa?)

(hmm..entahlah. bolehlah dikatakan macam tu. Tapi, I think Iman still sayangkan saya)

(okay, settle that. Anyways, Aifka dah berpunya?)

(entah tak pasti | (• ?•)| )

(eh, takkan tak pasti?)

(tapi Iman still sayangkan saya...)

(okay. I know that. Tapi kalau saya dengan Iman mana lagi handsome? Mesti Iman kan?)

(entah. I don’t sure. Tapi, awak pun handsome apa?)

(betul ni?)

(betullah.)

(Aifka, jom couple?)

(hah? Serius?)

(ya saya serius! First time saya tengok awak, saya rasa awaklah jodoh saya so?)

(hmm.. macam ni, kita kenal dulu or go on a date and make a decision okay?)

(okay. Set! Nanti saya setkan date kita tu ya?)

(okay. Sorry lah sebab saya nak kita kenal-kenal dulu barulah boleh ada relationship. You understand right?)

(don’t worry. Saya faham. Okaylah, nanti saya whatsapps lagi tau? Jangan lupa reply okay? Assalamualaikum)

(insyallah waalaikumusalam)

Aifka memegang surat Iman sambil baring di atas katil.

‘betul ke apa yang aku buat ni? Boleh ke Faris ganti Iman? Boleh ke dia bahagiakan aku?’ desik hati Aifka. Tidak lama kemudian, Aifka membuka surat Iman dan membacanya.

assalamualaikum,

Kehadapan Aifka yang tercinta,
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kalau tulisan saya ni tidak cantik. Sorry tau? Aifka, maafkan saya atas segala perbuatan saya selama ni yang selalu membuat awak menangis. Saya tahu saya playboy tapi itu dulu sekarang saya sudah berubah Aifka. Saya dah berubah.

Awak,
Maafkan saya sebab paksa awak buat sesuatu yang awak tak suka selama ni. Saya harap awak suka hadiah saya. Ni bunga kedua tau saya bagi awak. Saya Cuma nak awak janji yang awak takkan tinggalkan saya lagi dan saya janji saya akan jaga awak seumur hidup saya.

Masa awak baca surat ni, saya ada dalam kereta saya diluar rumah awak. Kalau awak rindu saya intailah haha, boleh pula bergurau kan? Maafkan saya tau? Awak lah penyeri hidup saya Aifka tanpa awak, hidup saya suram. Saya redha kita bercerai tapi saya tak pernah berhenti mencintai awak Aifka.

Akhir sekali, saya nak luahkan perasaan saya pada awak Aifka. Saya sangat sayangkan awak. Terlalu mencintai awak sehingga tidak mampu membuka pintu hati kepada perempuan lain. Dan jika jodoh kita masih kuat, insyallah, kita akan hidup bersama sekali lagi. Kali ini saya janji yang saya takkan hampakan awak sayang. Thanks sayang because you are always in my heart I love you sayang.

Love Iman.

Aifka memandang keluar tingkap. Ternyata Iman masih berada di dalam keretanya. Dia whatsapps Iman.

(assalamualaikum Iman, buat apa intai anak Papa? Papa ni.)

(waalaikumusalam. Eh, bukan nombor Aifka ke?)

(memang nombor dia. Papa pegang phone dia tapi kenapa kamu tak balik lagi?)

(kalau betul Papa..)

Iman call Aifka tetapi Aifka menolak call Iman banyak kali.

(tak payah call, whatsapps je)

(ni Aifka kan? Awak tu kan?)

(tak! Papalah!)

(Okay saya call Papa lah!)

(eh, jangan-jangan!)

(habistu, mengaku jelah sayang oi)

Aifka tidak membalas whatsapps Iman. Keesokkan harinya, masih lagi hari cuti. Aifka keluar berjogging di taman berdekatan rumahnya. Semasa dia berehat di taman, phone Aifka berbunyi. Rupa-rupanya, Faris whatsapps.

(assalamualaikum)

(waalaikumusalam amboi pagi-pagi lagi dah whatsapps)

(yalah..rindu)

(eh, eh mengade. Btw awak, about the conversation yesterday...)

(ya? Wait, you mean ready to date with me?)

(yes. Anywhere and anytime)

(today? Lepas zuhur send location saya ambil awak)

(okay tapi kena berteman)

(okay saya bawa adik saya boleh? She cute and you gonna love her)

(okay. Set saya nak sambung jogging ni okaylah assalamualaikum)

(waalaikumusalam)

Pulang ke rumah selepas solat zuhur, Aifka bersiap untuk pergi dating. Papa perasan Aifka berpakaian cantik dan sibuk bermain phone sambil tersenyum. Papa menegurnya.

“nak kemana tu? Happy Nampak”

“nak pergi date.”

“date? Dengan siapa? Ha, Iman kan?”

“taklah.”

“habis tu siapa?”

“kawan Aifka. Kejap lagi dia datang ambil Aifka.”

“siapa tu? Bagitahu lah Papa”

“Faris. Just kawan. Baru nak kenal-kenal. Ni gambar dia nak tengok?”

“sini.”

“macam mana?”

“hmm papa still on Iman side. Aifka tak rasa ke jodoh Aifka dengan Iman masih kuat?”

“entahlah Papa. Aifka just nak kenal Faris and mana tahu ada jodoh dengan dia. Papa nak Aifka menitiskan air mata lagi?”

“bukan macam tu Maksud Papa. Papa rasa Iman dah berubah lah sayang”

“berubah? Bukan semua orang mudah untuk berubah Papa then diorang akan jadi macam dulu balik betul tak?”

“bukan semua lelaki macam tu Aifka. Kalau memang jodoh Aifka dengan Iman masih kuat, Aifka kena terima semua tu. Kalau Iman masih lagi playboy, mesti dia ada girlfriend lain selain Aifka kan? Cuba Aifka fikir dulu”

“Papa, Aifka bukan apa tapi Aifka dah banyak kali sakit sebab Iman so, please give me a chance Papa. Please?”

“it all up to you sayang. Tapi, apa pun keputusan yang Aifka buat, Aifka kena fikir masak-masak tahu? Ingat tu. I wish you good luck sayang”

“insyallah Papa. thanks Papa I love you so much!”

Aifka memeluk Papanya.

“Faris dah sampai tu, Aifka pergi dulu ya Papa?”

“pergilah Papa izinkan. Tapi, bukan berdua kan?”

“bukan. Faris bawa adik dia. Papa tahu kan Aifka macam mana? Don’t worry to much okay?”

“yalah..”

“alana dan Arshad ada dalam bilik. Nanti Papa suruh Maksu tolong tengok-tengokkan ya? Lagipun, diaorang baru tidur takut merengek pula nanti”

“dah, jangan risau. Nanti Maksu tengokkan. Pergilah nanti lama pula Faris tunggu.”

“thanks Papa. Papa jaga diri tau? Aifka pergi dulu assalamualaikum”

“waalaikumusalam”

“jangan balik lewat sangat tahu? ingat awak tu perempuan.”

“ya Papa. Bye!”

“hati-hati!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience