"SIAPA BAKAL SUAMI AIFKA?"

Romance Series 3940

Setahun berlalu. Seminggu sebelum perkahwinan Aifka dan Faris, awal pagi itu Aifka dan Papa sedang menikmati sarapan pagi sebelum bertolak ke tempat kerja.

“happy Nampak. Tak sabar nak kahwin lah tu”

“ish, Papa ni. Aifka happy pun salah ke?”

“tak salah sayang. Papa just curios with your behavior sayang”

“yalah tu Papa. Eh, Aifka lupa nak bagitahu Papa”

“bagitahu apa? Cakaplah”

“petang nanti dalam pukul 3, Aifka dan Faris nak keluar cari barang untuk wedding minggu depan. Papa izinkan?”

“Papa izinkan. Aifka jaga diri ya?”

“ya Papa. Papa ni macam risau je kenapa ni?”

“Papa just tak sedap hati lah Aifka.”

“insyallah Papa tak ada apa-apa yang berlaku. Aifka janji yang Aifka akan jaga diri Aifka elok-elok okay?”

“promise?”

“yes. I’m promise.”

“dah jom! Kita dah lewat ni”

“jom!”

Mereka segera bertolak ke tempat kerja. Aifka membuat kerja dengan tekun. Selepas tamat waktu bekerja, Aifka dan Papa pulang ke rumah. Selepas solat zuhur berjemaah dan bersiap, Aifka meminta izin Papa sebelum keluar dari rumah lalu menaiki kereta Faris yang sudah berada di hadapan rumahnya. Kali ini mereka keluar berdua tanpa Shasha. Dalam perjalanan, Faris menegur Aifka.

“sayang, oh sayang?”

“hmm..apa?”

“bunyi macam marah je. Are you okay?”

“I’m okay. Abang drive tu pandanglah depan jangan pandang sayang!”

“ya. Alaa, nak pandang dia sikit pun tak boleh”

“bukan tak boleh tapi untuk keselamatan kita juga kan? Abang sayangkan sayang kan?”

“of course I love you. Okay, abang dengar cakap sayang. Jom kita shopping!”

“jom!”

Aifka dan Faris begitu sibuk dengan hal perkahwinan mereka. Di rumah Papa pula, Maksu dengan Papa sedang minum petang sambil berbual.

“ni air untuk abang. Aifka ke mana tadi abang?”

“terima kasih Sue. Dia keluar dengan tunang dia. Biasalah Sue budak-budak tu dah nak kahwin minggu depan jadi memang busylah diorang minggu ni”

“oh, macam tu.”

“Sue masak sikit je lah malam ni ya?”

“kenapa pula? Aifka tak balik?”

“dia whatsapps abang tadi, dia kata balik malam.”

“oh, okay abang.”

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Maksu membuka pintu.

“Iman? Jiji? Masuklah..Dato’ ada”

“Aifka ada?”

“Aifka keluar dengan tunang dia. Eh, masuklah dulu”

“tak apalah Maksu. Kami datang nak jumpa Aifka.”kata Iman.

“siapa tu Sue?” kata Papa.

“Iman dan jiji ni abang. Katanya nak jumpa Aifka”

“suruh mereka masuk dulu Sue”

“Iman, jiji Dato’ suruh masuk tu. Masuklah dulu. Duduk dulu Maksu buat air kejap ya?”

“ha duduklah Iman, jiji..”

“ya Papa.”

“mana zack? Dulu bukan Iman tinggal dengan dia?”

“Iman taknak susahkan zack Papa. lagipun dia dah banyak tolong Iman. Sekarang jiji yang tolong Iman.”

“hmm..kenapa muka kamu tu pucat sangat Iman? Iman tak boleh lupakan Aifka? Tak boleh lepaskan Aifka selepas setahun berlalu?”

“Papa, Papa tak faham Iman. Iman tak boleh hidup tanpa Aifka Papa tengok Iman sekarang! Tengok! Hidup Iman jadi tak terurus tanpa Aifka. Entahlah Papa, kenapa lah hati Iman ni tak boleh terima perempuan lain selain Aifka. Papa tahu tak yang Iman tak pernah jatuh hati pada sesiapa sebelum ni, Papa tahu semua tu? Aifka ialah wanita pertama dan yang terakhir dalam kamus hidup Iman Papa.”

“Papa faham perasaan Iman. Tapi, kalau sudah ditakdirkan jodoh Iman dengan orang lain macam mana? Iman tak boleh melawan takdir..”

Air mata iman mula mengalir. Dia tak mampu bersuara. Jiji bersuara untuk mengurangkan tekanan yang dirasai Iman.

“uncle, uncle tahu tak masa Iman datang pada saya, Iman menangis setiap malam. Hari-hari dia termenung. Dia hanya mampu melihat gambar Aifka, Alana dan Arshad pada Paparan skrin. Sedikit pun tidak terdetik dihatinya untuk memadam gambar tersebut. Iman terlalu menyayangi Aifka dan anak-anaknya. Uncle tak kesian dekat Iman ke? Please uncle I’m begging you! Please! Tolonglah faham keadaan Iman uncle. Cukuplah air mata yang Iman tangiskan selama setahun lebih ni. Cukuplah!”

Papa turut sebak. Maksu menghilangkan diri ke dapur turut bersama tangisan selepas mendengar luahan Iman dan jiji. Papa bangun dan duduk disisi Iman. Dia mengusap belakang Iman.

“Iman, Papa faham Iman. Papa faham keadaan Iman. Papa faham perasaan Iman. Tapi, Papa nak buat masa ni Iman kena redha dan banyak-banyakkan bersabar. Dekatkanlah diri Iman dengan Allah. Insyallah, hati Iman tu akan tenang. Berdoalah Iman. Berdoalah agar Aifka jodoh Iman. Jika betul jodoh Iman dan Aifka, Aifka akan menolak Faris dan menerima Iman dalam hidupnya. Papa nak Iman sabar. Kuatkan keImanan Iman. Kuatkan semangat ya? Redha, berdoa, sabar dan tunggu dengan penuh harapan. Boleh Iman janji yang Iman akan buat semua yang Papa suruh ni?”

Iman mengangguk. Dia sebak dan memeluk Papa. Papa turut sebak. Lewat petang itu, Iman yang sudah tenang meminta diri untuk pulang.

“kami balik dulu ya Papa?”

“ingat apa yang Papa pesan tadi ya? Janji yang kamu akan buat semua tu”

“ya Papa. Iman janji. Insyaallah, Iman akan penuhi permintaan Papa. terima kasih Papa atas nasihat Papa. lega sikit hati Iman”

“baguslah Iman. Jadi kuat ya?”

“insyallah. Kami pergi dulu assalamualaikum”

“waalaikumusalam. Hati-hati memandu.”

“ya Papa!”

Pada waktu itu, hujan turun dengan lebat. Jiji memandu kereta menuju ke rumahnya. Pada masa yang sama, Aifka dan Faris yang sibuk menguruskan hal perkahwinan mengalami masa yang sukar. Faris memecut kereta kerana dia bimbang kedai cincin tutup. Malah, jiji juga sedang memecut. Tiba-tiba di selekoh tajam, kedua-dua kereta tersebut bertembung. Kereta masing-masing remuk terutama kereta Aifka dan Faris. Orang ramai yang melihat kemalangan tersebut segera menelefon ambulance. Pada pukul 8:45 malam, Papa menerima panggilan telefon daripada pihak hospital.

“hello, assalamualaikum ni Dato’ aIman?”

“waalaikumusalam. Ya saya aIman. Ada apa ya?”

“saya doktor syed. Anak encik, Aifka terlibat dalam kemalangan.”

“ha? Astarfirullalazim..Aifka! hospital mana ni doktor?”

“hospital tengku ampuan II”

“baiklah terima kasih ya doktor.”

Papa menutup mukanya.

“kenapa ni abang? Kenapa?” Tanya Maksu.

“Aifka…”

“kenapa dengan Aifka?”

“Aifka accident..”

“ha? Accident? Astrafirullahalazjm..jom kita pergi sekarang. Dah! Abang jangan sedih. Kita tak tahu lagi keadaan Aifka. Jom!”

Mereka segera bertolak ke hospital tersebut. Begitu juga dengan ibubapa Iman, Faris dan juga jiji. Mereka semua bertolak ke hospital tersebut. Di hospital, Papa ternampak dato’adam di ruang menunggu. Dia menegurnya.

“eh, adam? Buat apa dekat sini? Siapa sakit?”

“Iman accident.”

“astarifurullahazim.. Aifka pun accident.”

“allahuakhabar..”

“Sue rasa kereta Iman berlanggar dengan kereta Aifka.”

“ya Allah, besarlah dugaan Mu kepada kami semua ni.”kata Papa.

“sabarlah aIman. Mungkin semua yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya.”

“ya betul tu. Eh, safina mana?”

“dia pengsan tadi lepas dengar berita ni. Dia ada dalam wad dekat sana.”

“astarfirullahalazim…jom lah kita lawat dia dulu”

“jom.”

Dato’ adam menolak pintu perlahan-lahan. Kelihatan ibubapa jiji berada disisi datin safina.
“dato’ aIman, saya kenalkan ni puan aishah dan encik rizal. Puan aishah ni kakak ipar saya. Jiji anak mereka juga accident bersama Iman.”

“maafkan saya. Saya tak tahu.”

“tak apa. Saya faham. Anak dato pun accident?” Tanya rizal.

“panggil aIman je. Ya anak saya pun accident. Saya rasa anak saya berlanggar dengan Iman dan jiji.”

“oh... besarnya dugaan Allah kepada kita semua.”

“sabarlah rizal. Kita semua kena redha dengan ketentuan Allah lagipun semua yang berlaku ni pasti ada hikmah di sebaliknya. Saya rasa elok kita bertiga tunggu di luar.”

“betul juga tu. Jom!” kata abah Iman.

“kalau begitu baiklah. Saya ikut.” Kata rizal.

Mereka bertiga keluar dari wad puan asma dan segera menuju ke ruang menunggu. Sedang menunggu doktor keluar, abah Faris akhirnya tiba setelah dimaklumkan oleh pihak hospital. Mereka bertiga menyambut kedatangan encik zamarul dengan senyuman. Tidak lama kemudian, doktor keluar daripada emergency room. Dia memanggil mereka berempat untuk berbincang.

“sila duduk. Memandangkan semua dah ada, saya nak bincang tentang keadaan anak-anak dato’, encik.”

“macam mana dengan anak perempuan saya Aifka doktor?”

“anak dato’ belum sedar lagi. Tapi, alhamdulilah kecederaan dia tak parah.”

“alhamdulilah..”

“Iman pula?”Tanya abah Iman.

“keadaan Iman lebih teruk berbanding Aifka. Badan dia ada luka yang dalam disebabkan cermin kereta yang pecah dan kaki kanan dia terseliuh sikit.”

“alhamdulilah syukur tak teruk.”

“anak saya doktor?”Tanya rizal.

“anak encik cedera bahagian kepala tetapi, nasib baik tak berlaku hentakan yang kuat.”

“alhamdulilah tak jadi apa-apa.” Kata rizal.

“hmm…encik zamarul?”

“ya saya. Kenapa doktor? Why? what happened to my son?”

“Faris ialah mangsa paling teruk dalam kemalangan ini.”

“ha? Astarfirullahalazim..macam mana dia sekarang?”

“saya minta maaf Faris koma. Koma ni tak boleh buat main-main sebab kita tak dapat jangka bila dia akan sedar. Itu semua ketentuan Allah. Saya harap semua dapat bersabar dan redha dengan ketentuan Allah. Encik zamarul, bersabarlah ya? Saya minta maaf. Saya pergi dulu. Assalamualaikum”

Mereka berempat menjawab salam. Selepas memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada abah Faris, mereka menuju ke wad anak masing-masing. Papa dan Maksu menunggu di birai katil Aifka. Papa memegang tangan Aifka dan berkata.

“sayang, bangunlah.. Papa ada dekat sini. Bangunlah sayang. Aifka?”

“abang, dahlah tu. Elok abang pergi solat isyak dulu. Lagipun abang belum solat lagi kan? Biar Sue tunggu Aifka.”

“hmm..yalah Sue jagakan Aifka ya?”

“ya..”

Papa segera menuju ke surau untuk menunaikan solat isyak. Selesai solat, dia segera menuju ke wad Aifka. Agak lama menunggu akhirnya, Aifka sedar.

“Aifka dekat mana ni?”

“Aifka dekat hospital sayang. Aifka accident”

“ha? Faris mana? Faris mana Papa?”

“Faris ada..”

“mana dia? Aifka nak tengok dia!”

“eh, jangan bangun. Aifka kan sakit lagi. Esoklah Aifka tengokkan dia okay?”

“taknak! Aifka nak tengok dia sekarang!”

“Aifka, esoklah sayang. Aifka sayang Papa kan? Esoklah okay?”

“hmm..fine! esok...”

“rest okay?” kata Maksu.

“ya Maksu. Alana dengan Arshad macam mana?”

“Maksu tinggalkan dengan jiran sebelah rumah kita. Makcik gayah.”

“oh, terima kasih ya Maksu, Papa.”

“dah. Jangan banyak bercakap. Rest dulu.” Kata Papa.

“betul kata Papa Aifka tu sayang. Just rest.”

Begitu juga dengan Iman dan jiji. Mereka berdua juga sedar. Papa pulang ke rumah bersama Maksu selepas Aifka tidur. Keesokkan harinya, awal pagi lagi Papa bertolak ke hospital. Dia tidak bekerja kerana ingin menjaga Aifka yang masih belum pulih sepenuhnya. Maksu juga turut serta. Setibanya di hospital, Papa segera menuju ke wad Aifka. Dia menolak pintu Aifka dengan perlahan. Papa terkejut apabila melihat Iman dan jiji berada disisi Aifka.

“Papa?”kata Iman.

“Iman? Jiji? Apa yang kamu berdua buat dekat sini? Kamu kan tak sihat lagi”

“Iman datang nak lawat Aifka. Semalam Iman tak boleh tidur fikirkan keadaan Aifka. Tak sangka pula kereta kami boleh berlanggar dengan Aifka.”

“uncle, Aifka belum sedar dari semalam ke?”

“dia dah sedar semalam. Dia penat sangat lah tu masih tak bangun lagi.”

“oh, alhamdulilah. Nasib baik Aifka tak apa-apa.”kata Iman.

“alhamdulilah. Kamu pun sama patut bersyukur yang kamu berdua tak apa-apa” kata Maksu.

“ya Maksu.” Kata Iman.

“ni pasal Faris... Iman dah tahu keadaan Faris?”

“belum. Macam mana dengan dia?”

“dia koma..”

“astarfirullahalazim..”

Tiba-tiba Aifka sedar.

“Aifka?” kata Iman.

“Iman? Jiji? Kenapa dengan korang?”

“kereta kitaorang berlanggar dengan kereta awak Aifka..”kata Iman.

“ha? Betul ke ni Papa?”

“betul sayang..”

“Faris! mana Faris? semalam Papa janji kan? So, please let me see him Papa?”

“okay. Aifka boleh jumpa Faris. Tapi, please be strong okay?”

“okay. What do you mean Papa?”

Aifka, Papa, Maksu, Iman dan jiji segera masuk ke dalam wad Faris. Keluarga Faris sedang menunggu Faris sedar. Aifka terkejut dengan keadaan Faris yang koma. Dia segera memeluk umi Faris. Dia menangis. Shasha yang sedang baring disisi Faris juga menangis.

“Aifka, jangan menangis sayang. Aifka kan kuat. Be strong okay? Doakan yang terbaik buat Faris ya?” nasihat umi.

“umi! Faris! umi!”

Aifka menangis teresak-esak. Tiga hari kemudian, Aifka setia menunggu Faris walaupun keluarga Faris sudah pulang ke rumah masing-masing, Aifka tetap menunggu Faris. Papa dan Maksu juga sudah pulang ke rumah. Iman dan jiji masuk ke dalam wad Faris.

“awak, awak baliklah bilik awak. Dah lewat ni” kata Iman.

“tak apalah. Saya nak jaga Faris. Korang pergilah bilik korang.”

“jomlah Iman. Aku dah mengantuk gila ni..”kata jiji.

“kau pergilah dulu jiji. Nanti aku follow.”

“yalah..aku pergi dulu bye.”

Tidak lama kemudian, Iman ternampak Aifka menitiskan air mata. Dia terkejut.

“awak, awak okay? Dahlah tu…awak kena banyakkan bersabar dan berdoa”

“awak tahu tak hari jumaat ni wedding kitaorang? Tapi Faris still tak sedar..”

“sabarlah awak. Awak, awak buatlah solat tahajjud minta dengan Allah. Atau awak cancel je wedding awak dan fokus pada keadaan Faris sekarang ni”

“mana boleh cancel! Semua dah siap! Cincin, baju, duit hantaran semua dah siap! Macam mana sekalipun Faris kena sedar juga!”

“awak, dahlah tu..saya sedih tengok awak macam ni. Kalau awak nangis, saya pun rasa nak nangis juga. Please stop it?”

“Iman, please do not disturb me!”

“I’m sorry…”

Iman tertidur di atas sofa. Dia terjaga dan melihat Aifka sedang solat.

‘beruntung kau Faris…Aifka sangat sayangkan kau…aku tak pernah tengok Aifka macam ni…betapa sayangnya dia kepada kau Faris…’desik hati Iman.

Masa berlalu pantas. Sehari sebelum perkahwinan Aifka dan Faris, semua orang berkumpul di wad Faris.

“Aifka,”kata umi.

“ya umi..”

“esok wedding Aifka kan?”

“ya umi..”jawab Aifka sebak.

“kalau Faris tak sedar esok, Aifka nak batalkan perkahwinan ini?”

“tidak! Umi, Aifka takkan batalkan perkahwinan ini! Faris akan sedar umi! Faris akan sedar!”

“kalau Aifka taknak batalkan perkahwinan ini, dan Faris juga tak sedar jadi, siapa pengganti Faris Aifka?”

Aifka senyap dan mula mengalirkan air mata. Umi bersuara.

“umi, abah dengan Papa Aifka dah bincang soal ini. Dan kitaorang dah setuju…dato’ teruskan?”

“Aifka akan kahwin dengan Iman..”kata Papa.

Aifka dan Iman terkejut dan saling membantah.

“Iman Papa? Aifka taknaklah! Please?”

“Iman Papa? kenapa Iman? Jangan pilih Iman. Iman dah banyak lukakan hati Aifka.”

“tapi bukan ke Iman sukakan Aifka? Terima Aifka Iman!”kata Papa.

“Aifka taknak Papa! Aifka taknak!”

“Aifka, dengar cakap abah. Aifka nak jatuhkan maruah umi? Papa Aifka? Faris? ingat Aifka, perkahwinan ini akan diteruskan dan Aifka juga yang setuju dan berkeras untuk teruskan perkahwinan ini. Betul kan?”kata abah Faris.

Aifka senyap.

“baiklah. Aifka bincang elok-elok dengan Iman. Semua jom keluar. Kita beri ruang untuk mereka berdua.”kata Papa pula.

“Papa!”

“Aifka kena faham..”

Akhirnya, Aifka dan Iman berada di dalam wad Faris. kedua-duanya senyap. Tapi, Aifka mula bersuara.

“saya taknak kahwin dengan awak!”

“saya tahu tapi, awak kena faham semua ni melibatkan maruah semua orang…”

“mesti awak yang cakap dekat papa untuk jadi pak sanggup kan?”

“astarfirullahalazim..aifka, jangan macam ini. Bukan saya. Saya tak cakap apa-apa pun. Saya sendiri terkejut dengan keputusan papa dan ibubapa faris. Memang saya masih ada hati pada awak aifka dan saya masih mencintai awak. Saya janji perkahwinan kita kali ini, saya akan bahagiakan awak. Saya takkan buat kesilapan saya yang lalu…tolong izinkan saya tebus kesilapan saya?”

“hati manusia bukan mudah untuk diubah.”

“awak..saya tahu awak seorang yang baik. Jaga solat, jaga batas pergaulan awak tapi satu je yang saya kecewa dengan awak aifka. Ego awak. Disebabkan ego awak, awak jadi macam ni! Awak sukar untuk memaafkan orang yang telah lama melukai hati awak. Saya faham dan saya tahu keadaan sekarang terlalu mendesak awak tapi saya harap awak fikir-fikirkan apa yang saya cakap dekat awak. Sebenarnya, saya rindu aifka yang dulu. Saya harap dia akan muncul tak lama lagi. Saya keluar dulu. Assalamualaikum.”

Iman keluar. Di luar, papa terus menegur iman.

“macam mana iman? Dia dengar cakap iman?”

“entahlah papa… tapi iman yakin yang aifka akan teruskan perkahwinan ini.”

“hmm, papa kenal sangat aifka tu iman. Dia sayang sangat faris sampai ego dia setinggi kasih sayangnya kepada faris. Tapi, papa yakin aifka akan terima iman. Percayalah cakap papa.”

“iman percayakan papa.”

“baguslah kalau macam tu.”

“biar saya cuba pujuk aifka.”kata puan mawar.

“silakan.”kata papa.

Umi faris mengetuk pintu lalu memberi salam.

“assalamualaikum.”

“waalaikumusalam. Eh, umi?”

“aifka, aifka okay? Macam mana bincang dengan iman?”

“aifka okay. Macam itulah…”

“umi nak bagi sesuatu kepada aifka.”

Puan mawar mengeluarkan dua kotak cincin.

“ini cincin tunang yang aifka bagi kepada faris. Umi simpan sebab umi nak bagi kepada aifka. Umi nak aifka simpan okay? Dan yang ini ialah hadiah daripada umi untuk cincin nikah aifka esok hari.”

“terima kasih umi.’

Aifka menanggalkan cincin pertunanganya.

“umi ambil dan umi simpan.”

“tapi kenapa? Aifka lah yang sepatutnya simpan”

“tak apa. Umi simpan. Nanti, kalau faris sedar bagi pada dia ya? Mungkin lepas kahwin dengan iman, aifka akan berpindah dan bekerja di Paris. Kalau aifka simpan, aifka takut hati aifka akan selalu ingat kepada faris. Anak umi seorang anak yang baik. Aifka yakin dia akan jumpa pasangan yang sepadan dengannya. Lepas sanding nanti aifka akan segera bertolak ke Paris sebab tadi aifka dah dapat offer daripada kawan aifka yang berada dekat Paris sekarang ini.”

“hah? Papa tahu tak?”

“belum. Tak apa. Umi jangan risau nanti aifka bagitahu papa. Okaylah umi, aifka nak balik dulu, packing dan ready untuk esok. Tolong jangan bagitahu iman soal ini. Aifka merayu sangat dekat umi. Janji okay?”

“ya umi janji. Insyalllah.”

“umi jaga diri. Aifka pergi dulu. Assalamualaikum.”

“waalaikumusalam.”

Papa, iman, jiji dan maksu terkejut melihat aifka keluar dari bilik faris.

“jom papa!”

“pergi mana?”

“baliklah..esokkan wedding aifka.”

“wait, maksudnya aifka dah setuju?”

“yalah. Terpaksa”

“that my daughter! Okay jom sue kita balik. Iman, make sure esok get ready!”

“okay boss!”

“papa balik dulu. Assalamualaikum.”

“waalaikumusalam.”

Masing-masing sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan esok. Aifka pula sibuk packing untuk pergi jauh. Iman pula sibuk mencari baju perkahwinan dan sebagainya. Malam itu, aifka sempat berinai ditolong oleh maksu. Begitu juga iman, memakai inai di tiga jari tangannya.

Keesokkan harinya, selepas solat, mandi dan breakfast, aifka bersiap. Dia make-up sendiri. Waitul tidak dapat hadir kerana dia berada di arab Saudi untuk projek syarikatnya bersama hairi, tunangnya selama beberapa minggu. Aifka agak kecewa kerana aifka tidak dapat berjumpa dengan waitul kerana sudah lama mereka tidak berjumpa. Namun, dia gembira kerana kawannya itu bakal berkahwin. Aifka tersenyum memikirkan perisitiwa lama. Sedang asyik termenung, maksu menolak pintu bilik aifka.

“aifka? Cantiknya!”

“mana ada maksu. Maksu ini selalu usik aifka!”

“alaa, dah memang aifka cantik. Dah, jom kita turun. Pengantin lelaki dan sampai tu”

“nanti lah dulu maksu, aifka tak siap lagi.”

“okay. Cepat sikit. Maksu tunggu dekat bawah okay?”

“ya..”

Tidak lama kemudian, aifka turun seorang diri. Iman yang melihat aifka turun tangga tidak mampu berkata apa-apa kerana terpesona dengan kecantikan yang dimiliki oleh aifka.

‘begitu indah ciptaan Mu ya Allah.’ Desik iman di dalam hatinya.

Iman tidak mampu mengalihkan pandangan matanya terhadap aifka. Setiap langkah yang diambil aifka semasa menuruni anak tangga, semuanya diperhatikan oleh iman. Aifka yang perasan iman melihatnya segera memandang ke bawah. Akhirnya, pada langkah terakhir, iman memandang ke bawah sambil tersenyum. Tok kadi yang akan menikahkan mereka berdua turut tersenyum dengan tingkah laku iman.

“anak ni okay tak?”

“saya okay tok.”

“ya ke okay? Macam nervous je?”

“insyallah tak. Saya dah sedia.”

“baguslah kalau anak dah sedia. Tok nak pesan kahwin ini sesuatu yang sangat penting dan bukan perkara yang boleh dibuat permainan. Anggaplah setiap masjid yang dibina adalah jihad kita sebagai umat islam menuju ke jalan Allah. Anggaplah masjid yang akan dibina ini sebagai lambang cinta antara Khadijah dan nabi Muhammad SAW.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience