"MISI SABOTAJ PERTUNANGAN AIFKA"

Romance Series 3940

Mereka masih dalam perjalanan pulang. Zack perasan yang Iman tidak bercakap sepatah perkataan sekali pun. Zack cuba untuk berbual.

“kau okay?”

“kau tanya aku okey?”

“sorry. Aku risau tengok aku macam ni”

“aku tak puas hatilah dengan abang kau tu! Aku rasa tak cukup penumbuk yang aku bagi hari itu!”

“sabar bro! aku dah tak anggap dia sebagai abang aku dah sebab setelah apa yang dia buat dekat kau, aku dah malas nak layan dia. sampai hati dia buat macam ni dekat kawan baik aku”

“turunkan aku sekarang!”

“tapi kita dekat highway lah sekarang ni!”

“aku tak kisah! Cepat! Kalau kau taknak biar aku sendiri buat!”

“stop it! Okay aku berhenti.”

Sebaik sahaja kereta berhenti, Iman segera keluar dari kereta dan menjerit sekuat mungkin. Zack hanya mampu melihat Iman yang sedang melepaskan geramnya. Setelah lama menunggu, zack keluar dan cuba memujuk Iman yang duduk disisi jalan.

“Iman? Iman? Kau nangis ke? aku janji aku akan jumpa Aifka untuk pujuk dia okay? “

Iman menggelengkan kepalanya.

“dahlah. Jangan nangis lagi. Kalau kau nak nangis, nangis dekat rumah aku. Dah, bangun! Pleaselah Iman aku sayang kau tahu tak? Kau kan kawan baik aku. Jomlah, ha macam tu lah.”

Zack membawa Iman balik sampai ke rumahnya. Dia yang jaga Iman, mandikan Iman dan jaga makan minum Iman. Sebulan kemudian, lewat malam itu, zack risau apabila Iman demam.

“panasnya badan kau. Jom, aku bawa kau ke klinik okay?”

Iman menggelengkan kepalanya.

“kalau kau taknak. Aku basahkan tuala kejap”

“zack..”

“ya? Kau lapar ke?”

“thanks sebab jaga aku.”

“small matter. Ni aku letak tuala. Kau dahlah taknak pergi klinik tidur elok-elok tau?”

Keesokkan harinya, Iman dan zack solat subuh bersama-sama. Selepas solat, Iman baring semula manakala, zack pula menyediakan breakfast.

“Iman, kalau aku tanya kau jangan marah ya?”

“tanyala"

“kau tak rindu ke nak kerja? Dah sebulan kau off”

“entahlah zack. Aku rasa malas nak kerja tak ada mood.”

“tak apalah. Aku pergi dulu ya sebab aku kan budak praktikal lagi mestilah kena tepati masa. Jaga diri kau tu. Ni kunci pendua. Aku pergi dulu assalamualaikum.”

“waalaikumusalam.”

“nak kunci tak?”

“tak apa biar je”

“okay apa-apa roger!”

Zack pergi ke tempat kerjanya. Aifka pula sibuk dengan Faris. Mereka berada di dalam kereta bersama rohaiza.

“sayang termenung apa tu?” kata Faris.

“tak ada apalah.”

“sayang,”

“ya?”

“malam nanti abang pergi rumah sayang tau?”

“buat apa?”

“nak bincang dengan Papa tentang pertunangan kita”

“ohw, sure boleh rasanya Papa pun tak busy hari ni”

“pertunangan? Bila tu cik Aifka?” Tanya rohaiza pula.

“yang tu tak sure lagi. Nanti kalau dah confirm saya bagitahu awak lah”

“okay jangan lupa invite”

“ya..insyaallah”

Mereka meneruskan perjalanan sehinggalah tiba dihadapan ADF Trading.

“kita dah sampai” kata Faris.

“okaylah nanti kita jumpa lagi” kata Aifka pula.

“ya. Abang ambil sayang masa lunch nanti. Take care sayang love you”

“hmm..”

“rohaiza, tolong tengok-tengokkan Aifka ni ya?”

“ya encik Faris jangan risau lah.”jawab rohaiza.

“saya pergi dulu assalamualaikum” kata Faris.

Aifka dan rohaiza menjawab salam. Aifka segera menuju ke officenya. Sedang asyik membuat kerja, tiba-tiba ada orang call. Aifka angkat. Bunyi suara lelaki jadi Aifka segera tamatkan panggilan. Selepas itu, bunyi whatsapps masuk.

(assalamualaikum. Saya zack)

(waalaikumusalam. Zack yang datang malam tu? Sorry sebab saya tak biasa cakap dalam phone dengan lelaki)

(tak apa)

(ada apa zack call tadi? Mana dapat nombor saya?)

(saya sneak phone Iman tadi. Sorrylah sebab urgent ni kita kena jumpa)

(dekat mana? Urgent?)

(yes urgent. Nanti saya send location)

(okay bila tu?)

(lunch?)

(tapi saya dah janji nak keluar dengan orang lain)

(oh, ya ke?)

(sorry. Lepas tu macam mana?)

(macam ni apa kata pukul 3 pm?)

(okay set.)

(location saya dah hantar tapi saya nak awak datang seorang boleh? Trust me okay?)

(okay I trust you. But why?)

(there are important things I need to tell you.)

(Er, Iman okay?)

(nanti lah saya cerita dekat awak. Petang nanti jumpa ya? Assalamualaikum)

(waalaikumusalam)

Aifka termenung jauh memikirkan kejadian yang berlaku semalam. Rohaiza yang hairan menegurnya.

“jauh termenung.”

“eh, rohaiza?”

“kenapa ni cik Aifka?”

“tak ada apalah”

“betul ke?”

“betul lah.”

“saya tak percayalah. Saya dah lama kenal cik Aifka dah berbulan-bulan. Saya tahu mesti cik Aifka ada masalah kan? Tak nak ceritakan ke?”

“hmm..takde masalah pun”

“habis tu? Cik Aifka termenungkan buah hati ke?”

“taklah.”

“ke cinta pertama?”

“cinta pertama? Ha? Macamla awak kenal saya lama sampai awak tahu cinta pertama saya”

“tak apalah cik Aifka. Saya taknak sebut nama dia nanti cik Aifka marah pula. Saya sambung kerja dulu lah”

‘mesti dia sebut tentang Iman’ desik hati kecil Aifka.

Mereka meneruskan kerja masing-masing sehinggalan waktu lunch tiba. Faris sudah tiba di hadapan pintu masuk ADF Trading. Aifka, rohaiza dan Faris pergi lunch bersama.

“so, sayang nak lunch dekat mana?”

“restoran aizat. Kenal tak?”

“kenal. Jom!”

Mereka segera bertolak ke restoran aizat. Selesai makan, Aifka mencari teksi. Manakala, Faris dan rohaiza pulang semula ke ADF Trading.

“sayang nak tunggu sini ke?”

“ya. Sebab ada hal sikit”

“are you sure? Nanti nak balik dengan apa?”

“teksi kan ada. Tak apa. Pergilah hantar rohaiza.”

“okay but take care okay? Kitaorang pergi dulu assalamualaikum. Bye love you”

“waalaikumusalam love you too”

Aifka mencari teksi dan segera menuju ke shopping mall. Setibanya di sana, agak sukar untuk Aifka mencari zack dan dia segera whatsapps zack.

“assalamualaikum zack saya dah sampai. Awak dekat mana?”

“waalaikumusalam. Dah sampai? Saya dekat star café ni dekat dengan playground tingkat 3”

“oh, okay..tunggu kejap”

“beres.”

Aifka terus mencari zack. Akhirnya, dia berjumpa zack di café tersebut.

“hai, Aifka duduklah. Sorry sebab awak kena datang sampai sini”

“it’s okay. So, zack apa benda yang urgent sangat tu?”

“orderlah dulu. Abang?”

“bagi saja lah apa-apa” kata Aifka.

“okay abang bagi saja lah apa-apa”

“eh, awak ni serius lah sikit”

“habis tu? Dah awak cakap macam tu saya pun order macam tu lah”

“ish awak ni. Bagi yang sama macam awak saja lah”

“abang bagi coklat milk shake dua”

Tidak lama kemudian, minuman yang dipesan pun sampai. Aifka membuka bicara.

“so, awak nak cakap pasal apa ni?”

“pasal Iman.”

“okay saya dah agak awak akan cakap pasal dia. kenapa dengan dia sebenarnya?”

“macam ni. Dah berapa lama sejak kejadian malam tu?”

“sebulan.. Kenapa?”

“awak tahu tak masa awak tolak pinangan dia, dia menangis?”

“tak. Tapi awak pun tak tahu yang saya juga menangis selepas saya cakap dekat dia macam tu”

“lepas awak dah lari dari situasi tu, awak tahu tak yang Iman tu dengan wajah sedih cuba pujuk Papa awak. Saya tengok dia pun saya rasa macam nak menangis. Kesian Iman. Dahlah lepas tu, nak pujuk dia balik punyalah susah. Setengah jam pujuk, barulah dia setuju nak balik kalau tak saya tak tahu macam mana.”

“hmm..”

“masa saya drive, Iman paksa saya untuk berhenti dahlah masa tu dekat highway. Dia paksa sampai pegang stereng kereta”

“ya Allah, lepas tu?”

“nasib baik lah saya sempat berhenti di tepi jalan. Sebaik sahaja berhenti, Iman terus keluar dan menjerit sekuat hatinya. Saya yang berada dalam kereta pun boleh dengar dia menjerit. Lama saya tunggu akhirnya, dia berputus asa dan terduduk dan bersandar disisi bahu jalan. Saya tak sampai hati tengok dia macam tu. Dia menangis Aifka. Menangis teresak-esak. Saya cuba pujuk dia tetapi dia taknak sebab tu saya Tarik dia masuk ke dalam kereta. Awak tahu apa yang saya janjikan pada dia? saya janji yang saya akan jumpa awak dan pujuk awak Aifka.”

Aifka senyap mendengar cerita zack.

“lepas sampai di rumah, Iman masih lagi menangis. Dia taknak buat apa-apa pun. Dia tak nak bergerak langsung. Semua saya kena uruskan mandikan dia, makan minum dia dan jaga dia. sampai satu tahap semalam, Iman demam Aifka. Iman demam. Awak tahu tak? Setiap hari dia menangis. Masa saya balik kerja, saya tengok dia menangis dalam tidur. Setiap kali dia ingatkan awak dia menangis. Dia jatuh sakit sebab awak Aifka. Awak sedar tak?”

Aifka menangis.

“saya minta maaf kalau cerita saya ni buat awak menangis tapi, itulah hakikat sebenarnya Aifka. Saya kena juga ceritakan semua ini pada awak. Kalau tak confirm awak takkan tahu kisah sebenar tentang Iman.”

“saya tahu Iman memang cintakan saya”

“habis tu? Kenapa awak tak terima dia? dia merana disebabkan awak. Awak tahu tak? Kenapa? Faris?”

“ya! Semuanya sebab Faris!”

“kalau awak nak tahu saya dah tak anggap Faris tu abang saya. Dulu dia baik tapi sekarang sanggup dia tikam kawan sendiri demi cinta? Kalau saya jumpa dia saya rasa macam nak belasah je dia. tumbukan yang Iman bagi hari tu memang tak cukup. Semua ni sebab Faris kan? Sebab dia lah Iman terbaring macam tu!”

Aifka terus menangis. Mereka berdua senyap. Akhirnya, zack bercakap.

“saya pun tak tahu nak kata apa lagi. Saya dah pening fikirkan semua ni! Tapi Aifka saya betul-betul kecewa dengan awak. Saya ingat awak ni perempuan yang baik tapi saya silap rupa-rupanya awak sama saja dengan perempuan-perempuan lain”

“tak!”

“memang tak. Tapi bagi saya awak macam playgirl awak tahu tak? Cukuplah awak mengata Iman yang dia tu kaki perempuan dia dah berubah lah Aifka. Awak pun dah berubah sekarang! Okaylah saya tak sanggup nak marah awak lagi. Maafkan saya sekiranya kata-kata saya menyakitkan hati awak tapi, saya tak mampu menahan suara hati saya ni Aifka. I’m sorry. Maafkan saya. Saya pergi dulu. Fikir-fikirkan lah apa yang saya bagitahu awak. Assalamualaikum”

‘waalaikumusalam’ jawab Aifka di dalam hatinya.

Petang itu, Faris datang ke rumah bersama-sama dengan ibubapanya. Papa menyambut kedatangan mereka dengan meriah.

“masuklah. Duduklah dulu Faris. Ni?”

“saya mawar dan suami saya zamarul.”

“saya aIman. Duduklah dulu. Sue, tolong buatkan minuman?”

“ya abang.” Kata Maksu.

“isteri ke?” Tanya umi Faris.

“bukan. Adik saya. Isteri saya dah lama tak ada.”

“oh, maaf saya tak tahu.”

“tak apalah.”

“uncle, Aifka mana?” Tanya Faris.

“dia tidur sebab tadi dia kata dia pening kepala. Faris jangan risau lah. Jadi apa hajat mawar dan zamarul datang?”

“sebenarnya kami datang nak berbincang tentang pertunangan Aifka dan Faris”kata abah Faris.

“oh, Aifka ada bagitahu saya tentang itu. Jadi, bila kita nak buat buat majlis pertunangan tu?”

“apa kata kalau kita buat minggu depan hari isnin di rumah saya” kata abah Faris.

“kalau macam tu baiklah. Kira semua setuju lah ni. Nanti Faris dengan Aifka pergi cari lah baju pertunangan tu nanti. Macam mana dengan majlis perkahwinan?”kata Papa.

“kita bagi lama lah sikit untuk saling mengenali antara satu sama lain. Dalam setahun lebih macam tu. Betul tak Faris?” kata abah Faris.

“betul tu abah. Faris pun nak kenal Aifka dengan lebih rapat lagi”

“baguslah macam tu Faris. Umi pun setuju.” Kata uminya.

“okay. Nampaknya, kita dah ada persetujuan. Saya rasa dah tak ada apa-apa. Terima kasihlah datang. Ni semua dah tahu yang Aifka tu bukan anak dara dan berstatus janda dan ada anak dua orang. Faris tahu kan?”

“Faris tahu uncle. Abah dengan umi pun dah tahu. Faris rasa semua tak ada masalah dengan status Aifka. Kan umi, abah?”

“ya betul tu.” Kata abah.

“ya” kata uminya pula.

Beberapa hari kemudian, Aifka dan Faris bercadang membeli belah untuk majlis pertunangan mereka. dalam perjalanan, Faris hairan melihat Aifka yang asyik termenung dia cuba menegurnya.

“are you okay sayang?”

“sayang okay lah. Abang janganlah risau.”

“abang tengok sayang macam tak happy saja?”

“it nothing abang.”

“abang takut sayang ada masalah je. Ceritalah dekat abang?”

“don’t worry. Sayang tak ada apa-apa problem pun. So, nak shopping dekat mana?”

“dekat butik zana sebab butik tu baju dia semua cantik"

“okay pergi situ lah”

Kemudian, mereka tiba di butik tersebut.

“sayang, nak warna apa?”

“apa kata abang decide warna untuk majlis tunang dan sayang decide untuk majlis perkahwinan macam mana?”

“okay boleh. Apa kata kita buat tema warna putih saja? Sebab warna putih kan suci sesuai untuk majlis kita”

“okay. Ha, ni cantiknya! Sayang cuba yang nilah”

“okay abang cari dekat sana”

“okay sayang tunggu nanti kita tukar sama-sama okay?”

“okay sayang”

Faris mencari baju yang sepadan dengan Aifka lengkap dengan aksesori. Mereka pun tukar baju masing-masing dan keluar pada waktu yang sama.

“abang, macam mana?”

“wow! Cantiknya sayang! Betul ke ni sayang abang? Kan tertukar dengan bidadari pula”

“ish, abang ni!”

“gurau je sayang. Abang pula macam mana okay tak?”

“okay. Handsome! Hati-hati nanti sayang boleh cair tengok abang”

“amboi! Jangan cair lagi sayang hahaha..”

“suka ya?”

“mestilah suka. Dah jom tukar balik. Okay dah kan?”

“ya. Jomlah kita cari cincin tunang pula”

“jom sayang!”

Mereka segera bertolak ke kedai cincin. Faris membelikan cincin dengan sebentuk permata sebagai cincin tunang Aifka. Aifka juga membelikan cincin yang ringkas tetapi cantik sebagai cincin pertunangan Faris. Selepas selesai semua perkara, Aifka dan Faris pulang ke rumah masing-masing. Masa berlalu pantas esok, Aifka dan Faris akan bertunang. Aifka bangun awal dan menunaikan solat subuh. Selepas solat, dia segera bersiap. Dia kelihatan sungguh ayu mengenakan baju tunangnya. Papa mengetuk pintu biliknya.

“pintu tak kunci. Masuklah”

“wah! Cantiknya anak Papa! macam wanita melayu terakhir”

“ish, Papa ni ada-ada sajalah!”

“gurau la sayang. Ni, Aifka taknak mak andam? Kalau nak Papa boleh call cik siti”

“tak apalah. Aifka boleh makeup sendiri”

“betul ni?”

“ya. Betullah. Aifka makeup simple je lagipun untuk pertunangan saja kan?”

“yalah. Tapi Papa nak nanti majlis kahwin mak andam makeup Aifka okay?”

“okay Papa.”

“ni jomlah breakfast dulu. Lepas ni makeup lah. Jom!”

“jom!”

Aifka turun breakfast bersama Papa. Maksu yang melihat Aifka berpakaian serba cantik menegurnya.

“amboi cantiknya dia!”

“yalah Maksu oi. Jomlah breakfast sekali"

“ya comel.”

“Maksu ni ada-ada sajalah.”

Selepas breakfast, Aifka segera masuk ke dalam biliknya dan makeup. Selesai makeup, Maksu menolong Aifka menaiki kereta dan segera bertolak ke rumah Faris. Dalam perjalanan, dia sempat whatsapps dengan Faris.

(assalamualaikum sayang dah otw?)

(waalaikumusalam dah.)

(dah ready?)

(dah. Abang tu?)

(abang? Abang dah lama ready sayang saja tak tahu)

(hmm..yalah tu)

(drive carefully okay? Nanti kita jumpa)

(Papalah yang drive. Ya abang)

(okaylah be safe. Assalamualaikum)

(waalaikumusalam)

Tiba-tiba ada seseorang call Aifka. Tetapi, belum sempat Aifka menjawab, dia whatsapps Aifka.

(assalamualaikum Aifka kan?)

(waalaikumusalam ya siapa ni?)

(ni kawan zack alif..)

(alif? Kenapa chat saya? Ada apa sebenarnya?)

(nak bagitahu awak yang zack masuk hospital)

(hah? Kenapa? Dia okay?)

(tak. Dia tak okay. Dia cakap dia nak jumpa awak sebelum terlambat..)

(ha? Tapi saya tengah busy sekarang ni)

(tapi dia tengah sakit tu Aifka. Dia harap sangat awak datang jenguk dia..)

(hmm..tengoklah macam mana)

(dekat hospital Sultanah IV)

(okay assalamualaikum)

(waalaikumusalam)

“Papa?”

“ya ada apa sayang?”

“boleh tak Papa U turn? Tolong bawa Aifka pergi hospital sultanah IV sekarang”

“tapi kita kan nak pergi rumah Faris. Pertunangan Aifka?”

“tak apa. Insyaallah sempat. Kawan Aifka masuk hospital Papa. please?”

“okaylah Papa pusing”

Mereka segera ke hospital. Sebaik tiba di hospital, semua orang memerhati Aifka yang berpakaian gaun lengkap berlari ke dalam hospital. Aifka segera ke kaunter. Dia bertanya jururawat yang bertugas di disitu.

“cik, ada pesakit yang bernama zack di sini?”

“kejap ya? Hmm..tak adalah cik”

“saya Tanya kawan saya kejap.”

Aifka segera SMS alif.

(bilik mana?)

(bilik 370)

(oh, okay)

(okay)

“cik, mana bilik 370?”

“tingkat dua hujung sekali”

“terima kasih”

“ya sama-sama”

Aifka segera mencari bilik berkenaan. Akhirnya, dia menemui wad tersebut. Kelihatan seorang pemuda sedang berbaring. Pemuda tersebut kelihatan kurus dan tidak bermaya. Dia cuba melihat wajah pemuda tersebut. Alangkah terkejutnya Aifka apabila melihat pemuda tersebut ialah Iman.

“Iman?”

Muka Iman pucat lesu. Dia juga terkejut melihat Aifka memakai gaun putih yang cantik dan berkelipan dari manik-manik halus jahitan bajunya.

“a..Aifka?”

“bukan zack? Kenapa awak?”

“zack? Ke…kenapa dengan zack?” kata Iman lemah tidak bermaya.

“sorry. Saya kena pergi sekarang juga”

“kenapa? Awak pakai macam ni awak nak kahwin?”

“tak. Ini majlis pertunangan saya.”

“tunang? Dengan Faris? Masih mencintai orang yang tak berguna tu?”

“suka hati sayalah. Bukan hak awak untuk tentukan dengan siapa yang saya kena kahwin”

Iman batuk.

“awak okay?” Tanya Aifka.

“saya okay.”

“kenapa awak masuk wad? Hari tu zack kata awak demam je. Takkan lah melarat sampai macam ni?”

“kenapa masuk wad? Hahaha”

Iman ketawa dan kemudian batuk sekali lagi.

“kenapa awak ketawa?”

“saya sakit sebab awaklah Aifka. Sebab awak.”

“sebab saya? Saya tak pernah buat awak menangis. Apatah lagi buat awak sakit macam ni”

“tak pernah? Hari-hari saya menangis disebabkan awak Aifka. Dahlah Aifka cukuplah sakitkan hati saya! Saya dah tak nak hidup! Kenapa saya tak mati je Aifka? Kenapa?”

“kenapa awak cakap macam tu? Masa kita dalam kandungan ibu kita Allah dah tetapkan semuanya jodoh, ajal semua tu qadar dan qada’. Awak tak percaya qadar dan qada’ Allah? Tak baik awak cakap macam tu. Awak tahu kan semua tu?”

“saya percaya semua tu. Cuma saya dah putus asa. Awak, awak masih cintakan saya?”

“ha? Kenapa awak Tanya macam tu?”

“saya Tanya awak ni. Awak masih sayangkan saya atau tidak?”

“dahlah awak. Saya pergi dulu. Saya dah lewat ni lagipun saya malas nak layan awak. Take care assalamualaikum”

Aifka berjalan ke arah pintu wad. Semasa dia memegang tombol pintu, Iman berkata.

“kalau awak tak cintakan saya sekali pun tapi, awak takkan boleh lupakan saya. Sayalah yang cuba rosakkan awak. Saya yang musnahkan impian awak. Saya yang hancurkan perasaan awak. Tapi, saya bersyukur Aifka yang Allah dah balas semua yang saya lakukan kepada awak Aifka. Hidup saya hancur kerana awak. Hati saya remuk disebabkan awak dan saya tak boleh pandang perempuan lain selain awak.”

“take care assalamualaikum”

Aifka keluar dari wad berkenaan. Dia termenung seketika mengingati lafaz kata Iman. Lamuman Aifka terhenti apabila Papa call. Dia segera menuju ke kereta.

“kenapa lama sangat? Ada apa?”

“sorry Papa. kawan Aifka sakit teruk juga kena layan lah dia.”

“kita dah lambat ni. Jomlah! Faris dah banyak kali call Papa.”

“okay jom Papa.”

Dalam perjalanan, Aifka segera call Faris.

“hello assalamualaikum”

“waalaikumusalam. Sayang, sayang pergi mana? Abang risau tahu tak? Semua orang dah tunggu ni”

“ya sayang minta maaf. Urgent tadi.”

“hmm..tak apalah. Janji sayang selamat sampai”

“ya..jumpa nanti ya? Assalamualaikum”

“waalaikumusalam”

Akhirnya, Aifka dan Papa tiba di rumah Faris. Faris menjemput Aifka dan Papa masuk ke dalam rumah.

“alhamdulilah uncle, Aifka selamat sampai. Persilakan uncle duduk dulu”

“ya terima kasih Faris.” Kata Papa.

“awak ikut saya.”

“nak kemana?”

“tu awak masuk bilik tu untuk sarungkan cincin”

“okay.”

“assalamualaikum umi, mak tom ni bakal menantu dah sampai”

“waalaikumusalam dah sampai? Masuklah duduk sini” kata umi Faris.

“ya.”

“dah sedia?”

“dah..”

“hulurkan tangan kamu. Bismillahirahmanirahim…alhamdulilah cantik.”

Aifka mencium tangan umi Faris.

“eh, jom kita keluar tengok Faris sarung cincin” ajak umi Faris

“okay jom umi” kata Aifka.

Mereka keluar dan melihat Papa menyarungkan cincin pada jari Faris. Sama seperti Aifka, Faris mencium tangan Papa. majlis pertunangan mereka berjalan lancar. Selepas selesai majlis, Aifka dan Faris berbual di koridor rumah Faris.

“sayang?”

“apa?"

“eh, bunyi macam marah saja?”

“eh, mana ada? Takkan lah sayang nak marah abang?”

“yalah sayang oi. Jom kita keluar!”

“pergi mana? Mana boleh keluar berdua walaupun kita dah bertunang”

“abang tahulah. Apa kata kita ajak Shasha sekali?”

“Shasha? Lama tak jumpa dia rindulah! Ajaklah sekali”

“tunggu kejap ya abang panggilkan Shasha lepas tu minta izin Papa sayang dan umi”

“ya..”

Faris kembali kepada Aifka bersama Shasha. Mereka segera menaiki kereta Faris.

“Shasha, kak ika rindu Shasha tahu tak?”

“Shasha pun rindu kak ika. Kak ika lah yang taknak datang rumah Shasha”

“alaa..janganlah cakap macam tu. Kak ika kerja macam abang Faris Shasha ni jugak kerja petang baru balik tak sempat nak singgah rumah Shasha. Sorry okay?”

“yalah..yalah Shasha maafkan.”

“thank you Shasha! Love you so much!”

“love you too kak ika”

“amboi, dua-dua ni kan dah macam adik-beradik”

“biarlah! Ni abang nak kemana sebenarnya?”

“secret. Kejap lagi kita sampai. Sabarlah ya?”

“secret pula dah. Yalah.”

Tidak lama kemudian, mereka tiba disuatu tempat. Aifka agak terkejut. Shasha pula sudah tahu tempat tersebut.

“wah! Cantiknya Sawah padi!”

“cantikkan? Jom kita duduk dekat situ”

“jom Shasha.”

Mereka duduk di sebuah pondok. Aifka kelihatan begitu gembira melihat permandangan sawah padi tersebut.

“kak ika, Shasha dah banyak kali datang ke sini”

“oh, ya ke?”

“ya..lagipun sini ialah tempat kegemaran abang Faris. Dia selalu datang sini. Kadang-kadang ajak Shasha.”

“oh, ni tempat favourite abang?”

“ya..ni tempat favourite abang. Kalau abang sedih, abang mesti datang sini untuk luahkan semua perasaan dan tenangkan fikiran.”

Aifka senyum. Setelah lama berada di situ, mereka segera pulang ke rumah Faris. Setibanya disana, Shasha memeluk Aifka.

“kak ika nak balik dah ke? Tak payah baliklah kak ika please?”

“alaa..Shasha janganlah buat muka comel macam tu. Kak ika kena balik sayang. Nanti kak ika kahwin dengan abang Faris, hari-hari kita jumpa. Ha, nak tak?”

“nak! Yeah! Yeah!”

“dah, pergi main dekat dalam rumah. Cium sikit?”

“nah, okay bye kak ika! Bye!”

“bye!”

“sayang nak abang hantarkan?”

“hmm…”

“janganlah buat muka macam tu. Comel macam gyiyomi hahaha..”

“ish abang ni!”

“apa sayang comel?”

“eh, dia ni nak kena penumbuk. Tumbuk kang baru tahu”

“eh, macamlah penumbuk dia tu kuat sangat”

“dahlah! Nak balik dengan Papalah bye!”

“alaa..sayang tak nak abang hantarkan?”

“taknak. Papa ada tu. Papa!”

“eh, sayang tunggulah!”

Aifka berlari ke arah Papa.

“ya Allah Aifka berlari bagai ni kenapa?”

“Papa, Faris ni usik Aifka.”

“mana ada uncle. Aifka tipu!”

“panggil je Papa.”

“betul Papa. Faris tak usik dia pun”

“kamu berdua ni dah macam budak-budak. Aifka nak balik dengan siapa, Papa ke Faris?”

“of course Papa kesayangan Aifka. Sorry awak. Hahaha..bye assalamualaikum.”

“yalah. Saya kalah. Waalaikumusalam. Nanti whatsapps okay?”

“okay!”

Aifka dan Papa segera pulang ke rumah. Setibanya dirumah, Aifka segera masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaian. Selepas itu, dia segera menuju ke arah dapur dan menolong Maksu menyediakan makanan untuk lunch. Selesai menghidang makanan diatas meja, Papa meluru ke meja makan.

“eh, Papa? Aifka tak panggil dah ada dekat sini?”

“hidung Papa ni bawa Papa kesini. Siapalah yang masak? sedap baunya.”

“eh, excuse me! Aifka dengan Maksulah yang masak!”

“patutlah sedap rupa-rupanya Maksu yang masak.”

“Papa!”

“dah! Papa gurau je. Duduk lah Aifka, Sue”

“kegemaran abang hari ni Sue masak”

“terima kasih Sue. Jom lah kita makan.”

Mereka makan dengan berselera. Selesai makan, masing-masing bersiap untuk menunaikan solat zuhur berjemaah. Papa menjadi imam. Selesai solat, Aifka menuju ke arah bilik lalu terus berbaring di atas katil. Dia mencapai phone yang berada di atas meja. Faris menghantar chat kepada Aifka melalui aplikasi whatsapps.

(assalamualaikum. Sayang, buat apa tu?)

(baru lepas solat zuhur. Abang dah solat?)

(dah. So, how your feeling be my fiance?)

(good I think.)

(good je?)

(yalah. Sebab sebelum ni sayang tak pernah bertunang. Jadi first time ni boleh lah dikatakan okay)

(Maksudnya, dengan Iman dulu tak bertunang?)

(abang, did I told you that I don’t wanna heard that name anymore?)

(sayang, I’m sorry. Abang just nak..)

(it’s okay. I know what you mean)

(you know sayang. Abang tak sabar nak kahwin dengan sayang.)

(me too abang. We just wait for that moment okay? Sabarlah, walaupun pertunangan kita ni lama tapi, ini adalah yang terbaik untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Isn’t abang?)

(ya sayang. That true. Wherever you're I just wanna remind you that I love you. Abang sayangkan sayang.)

(I love you too. Too much.)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience