“FIRST TIME MEET HER”

Romance Series 3940

Pada suatu hari di sebuah institusi pengajian tinggi Malaysia, dua orang sahabat iaitu Aifka dan Waitul sedang berjalan menuju ke class. Tetapi, sebelum tiba di class, Aifka menjerit kecil.

“Ah! Astarfirullahalazim Waitul, aku tertinggal not lah..”

“Not apa?”

“Alaa Not prof sue laa..alamak habislah aku!”

“Nak buat camne lagi.. takkan nak patah balik rumah kot?”

“Hmm..”

“Takpelah kita masuk dulu and then aku backup kau okay?”

“Okay thanks beb”

“It’s okay don’t worry. Jom masuk class”

Sebaik sahaja masuk, mereka terus duduk di dalam bilik kuliah tersebut. Selang beberapa minit kemudian, mereka terdengar announcement yang bergema.

“Diumumkan antara prof dan pensyarah yang tidak hadir pada hari ini ialah Prof Madya Alana, Prof Hussein dan Prof Suhaiza Lazim. Terima kasih.”

Semua pelajar yang berada di dalam class tersebut bersorak. Apatah lagi Aifka yang tertinggal notnya sekejap tadi. Tiba-tiba semua pelajar senyap apabila muncul seorang pemuda kurus, bergaya, tinggi lampai dan tampan masuk ke dalam class tersebut dan terus memperkenalkan dirinya secara spontan kepada mereka.

“Hai, I Nur Iman Bin Adam and you semua boleh panggil I Iman. I pelajar baru kat sini so, sila beri tunjuk ajar. Hmm, boleh I duduk sebelah you yang comel tu?”

Iman duduk bersebelahan dengan Mizni yang merupakan pelajar paling hot kat university. Apa lagi, Mizni secara automatiknya mengorat Iman.

“So, where you coming from?”

“London”

“Really? Hahaha lawak...okay never mind my name is Mizni and you Iman right?”

“Yes. Mizni, I beruntung dapat jumpa you on my first day. You pretty and so beautiful. So, boleh tunjukkan I tempat ni? Macam best je.”

“Of course. Let’s go sayang!”

Iman dan Mizni keluar dari class tersebut berpegangan tangan. Tindakan Iman membuatkan Aifka tidak selesa dan menganggap Iman mempunyai perangai yang buruk.

“Waitul, aku tak selesa lah budak baru tu...berlagak lepas tu playboy pulak tu...erghhh naik menyampah pulak aku”

“Ha, aku pun sama. Muka handsome tapi sayang playboy”

“Amboi sempat lagi ea? Mentang-mentang handsome”

“Of course. Sedap mata memandang. Hahaha.”

“Hahaha, yalah Waitul oi. Eh, lepas ni kita nak lepak mana? Sebab kalau tak silap aku masa prof Sue full time hari ni so?”

“Kita pergi tempat kegemaran kau. Library.. lepak situ”

“Okay jom.”

Aifka dan Waitul sedang asyik membaca buku di library tersebut. Tiba-tiba , Waitul menyentuh bahu Aifka.

“Apa?”

“Eh Aifka, cuba kau tengok tu Iman duduk dengan perempuan lain lah. Tadi bukan dengan Mizni ke?”

“Astarfirullahalazim.. Eh, jomlah kita balik. Lagipun masa prof Sue pun dah nak habis”

“Kenapa pulak? Lepaklah sini dulu”

“Daripada kau duduk sini tengok kemungkaran sia-sia je kau dapat dosa lainlah kalau nak tegur atau halang”

“Yelah..apa yang aku fikir ini ya Allah.. jomlah Aifka kita balik.”

Aifka dan Waitul berjalan keluar dari blok university tersebut. Lantas, menuju ke arah kenderaan masing-masing. Aifka dengan kereta sport gold manakala, Waitul pula dengan superbike merah.

“Okaylah Aifka aku gerak dulu apa-apa roger beb”

“Kau drive tu hati-hati sikit”

“Okay... insyaallah. Kau jangan risau... kau tu pun sama drive hati-hati okaylah bye Assalamualaikum.”

“Yelah, waalaikumusalam”

Aifka pulang ke rumahnya. Dia tinggal bersama papanya Dato’ Aiman. Setibanya di rumah, Aifka segera menekan loceng pintu dan memberi salam.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumusalam. Laa.. Aifka? Awal balik hari ni”

“Aifka balik awal sebab takde class hari ni”

“Eh, berbual depan pintu pulak masuklah Aifka”

“Maksu, Papa mana?”

“Papa Aifka kat office lagi lah masa ni. Petang nanti baru balik. Ni Aifka dah makan belum?”

“Belum”

“Maksu dah siapkan makanan. Pergi la makan.”

“Takpelah Maksu. Nanti lepas Aifka solat zuhur, Aifka turun makan okay?”

“Hmm yelah.”

Aifka masuk ke dalam biliknya. Dia segera mandi, solat dan turun ke bawah.

“Duduklah Aifka. Maksu masak special hari ni”

“Terima kasih Maksu. Susahkan Maksu je masakkan semua ni. Aifka makan dulu ya? Eh, Maksu tak makan ke?”

“Maksu dah makan. Takpelah Aifka makanlah ya”

“Tak nak. Aifka nak makan dengan Maksu je”

“Alaa...merajuk pulak. Lain kali kita makan sama-sama okay?”

“Hmm...yelah. Tapi, Maksu kena janji tau?”

“Ya, Maksu janji.”

Aifka makan dengan penuh berselera. Setelah selesai makan, dia menolong Maksu di dapur.

“Dahlah tu, Maksu boleh buat. Aifka pergi naik atas and then solat asar okay?”

“Yelah Maksu. Aifka naik kejap lepas tu kita solat berjemaah sama-sama tau”

“Ya..”

Aifka segera bersiap dengan memakai telekung solat dan terus menuju ke bilik solat. Selesai solat, Aifka keluar lalu menuju ke arah balkoni tingkat dua rumahnya. Sedang asyik melihat permandangan, kereta Papa muncul di halaman rumah. Aifka menjerit kecil sebaik sahaja melihat Papanya yang baru menolak pintu kereta.

“Papa!”

“Eh, Aifka buat apa kat atas tu sayang?”

“Saja ambil angin”

“Oh, Papa masuk dulu ya?”

“Kejap! Aifka bukakan pintu untuk Papa”

Aifka segera turun ke bawah untuk menyambut Papa kesayangannya. Dia melihat Maksu sudah hampir sampai ke arah pintu rumah lantaran bunyi loceng yang ditekan beberapa kali.

“Takpe Maksu. Biar Aifka bukakan. Papa! Suprise!”

“Amboi anak kesayangan Papa ni kenapa excited sangat jumpa Papa?”

“Papa jomlah masuk duduk dulu okay?”

“Yalah. Eh, tadi Maksu ada call Papa. Maksu kata Aifka balik awal”

“Tadi Aifka balik awal sebab takde class”

“Oh, tapi bukan Ke Aifka selalu lepak kat library?”

“Memanglah Aifka selalu lepak kat situ Papa. Tapi...”

“Tapi apa?”

“Alaa...lepas solat isyak nanti lah kita sembang okay?”

“Yelah, kalau macam tu Papa naik dulu nak mandi”

“Patutlah ada bau. Rupa-rupanya Papa hehe...”

“Ish budak ni, pandai-pandai dia je”

Selepas solat maghrib dan isyak berimamkan Dato’ Aiman, Aifka dan Papanya berborak sambil menonton television.

“Aifka sambunglah cerita tadi”

“Cerita apa? Lupa lah...” jawab Aifka dengan ketawa kecil.

“Yang petang tadi lah”

“Oh, yang tu. Sebenarnya, tadi masa dalam class ada seorang mamat ni tiba-tiba je datang and intro himself dekat semua orang dalam class. His name is Iman.”

“Okay, Lepas tu?”

“Tapi kan Papa, perangai dia tu playboy cause lepas intro, dia terus duduk tepi
Mizni budak paling hot kat university Aifka.”

“Oh, jadi apa kena mengena budak tu dengan library?”

“Yalah masa Aifka duduk dengan Waitul, kitaorang nampak Iman berdua-duaan dengan perempuan lain. Tu Aifka malas nak duduk dalam library. Buat sakit mata je...”

“Jadi macam tu ceritanya”

Tiba-tiba Maksu datang menjulang air.

“Abang Aiman, Aifka jemput lah minum”

“Terima kasih Sue. Aifka minum lah.”

“Terima kasih Maksu. Ya Papa.”

“Hmm... Aifka, Aifka nak keluar tak?”

“Keluar? Pergi mana?”

“Pergi dinner berdua dengan Papa. Nak?”

“Of course la nak. Papa tunggu kejap tau, Aifka nak bersiap.”

“Yelah Papa tunggu. Cepat sikit tau tak payah cantik sangat. Awak tu dah cantik”

“Ya!” jawab Aifka sambil tersenyum.

Tidak lama kemudian, mereka segera bertolak keluar menaiki Audi berwarna jingga milik Dato’ Aiman. Tidak lama kemudian, mereka tiba dia sebuah restoren mewah. Papa dan Aifka order makanan yang simple tapi mengenyangkan. Setelah selesai menjamu selera, mereka berbual-bual sementara menunggu pulang.

“Macam mana Aifka? Sedap tak?”

“Sedap! Memang sedap!”

“Biasalah restoran mewah makanan semua sedap-sedap”

“Lamakan kita tak makan bersama macam ni?”

“Haah... teringat pula dekat Mama kamu”

“Hmm... kita kan selalu makan macam ni dengan Mama. Rindunya mama”

“Kalau rindu, sedekahkan al-fatihah ya sayang?”

“Baiklah Papa”

Aifka dan Papa masing-masing cuba menutup kesedihan selepas kehilangan Mama tiga tahun yang lalu akibat kanser paru-paru. Tetapi, mereka tetap berborak dan tersenyum meskipun sedih. Tiba-tiba Aifka ternampak seseorang yang dikenalinya.

“Hah? Tak mungkin!”

“Eh, kenapa ni Aifka? Something wrong?”

“Yes! Iman Papa! Iman!”

“Mana?”

“Tu dengan perempuan mana entah”

“Jadi itulah Iman yang playboy tu kan?”

(Ish, tak boleh jadi ni! Mungkin dia tinggal area sini jugak. Haih...) desik Aifka di dalam hatinya.

“Aifka?”

“Ya Papa? Hmm...jomlah kita balik.”

“Kenapa pulak? Eh, Aifka tunggulah Papa! Waiter?? All of this. Keep the change.”

Mereka terus menuju pulang ke rumah. Sebelum Aifka sempat masuk ke dalam biliknya, Papa memegang tangan Aifka. Aifka memandang wajah Papa.

“Aifka, kenapa dengan Aifka ni?”

“Aifka menyampah lah dengan Iman tu!
Aifka rasa Aifka tak boleh nk focus pada sesuatu yang Aifka buat kalau ternampak Iman... Aifka tak tahu kenapa hati Aifka macam ni...”

“Aifka, dengar cakap Papa sayang. Kalau Aifka still tak boleh berdepan dengan Iman macam ni, macam mana dengan pelajaran Aifka dekat U nanti? Dia classmate Aifka jugak kan? So, just do whatever you want to do and don’t care about him okay?”

Aifka sekadar senyap tanpa berkata walau sepatah perkataan pun.

“Dahlah, pergi naik rehat. Tidur esok kan ada class”

“Okay Papa. Anyway thanks sebab bagi nasihat dekat Aifka. Aifka naik dulu. Good night Papa love you!”

“Aifka kan anak Papa. Takde apalah. Dah, Good night. Love you too”

Aifka tidur lena semalam. Hari ni dia bangun dengan mood baru dan semangat baru. Selesai mandi, solat dan bersiap, Aifka turun ke bawah untuk breakfast. Papa sudah ada di meja makan.

“Morning Papa!”

“Morning! Jom breakfast dulu”

“Duduk la Aifka, Maksu dah siapkan breakfast ni”

“Ya Maksu”

“Aifka macam mana hari ni okay? Pasal dia?” Tanya Papa.

“Okay. Lain kali Aifka takkan lari lagi kalau terserempak dengan dia”

“Siapa ‘dia’ tu?” Soal Maksu ingin tahu.

“Takde apa-apa lah Maksu. Classmate Aifka je”

“Boyfriend?”

“Ish Maksu ni! Mana ada. Kawan je la. Okay lah Aifka pergi dulu tau? Bye! Muah! Sayang Maksu”

“Hati-hati Aifka”

“Ya Maksu. Papa, Aifka pergi dulu ya”

“Duit belanja ada tak?”

“Ada. Yang Papa bagi bulan lepas pun tak habis lagi. Tak apalah Papa Bye love you! Assalamualaikum”

Maksu dan Papa menjawab salam Aifka. Maksu berborak dengan Papa selepas Aifka bertolak pergi.

“Abang, siapa kawan yang Aifka cakap tu?”

“Oh, tu classmate baru Aifka. Sue tak perlu risau lah, takde apa-apa pun. Okaylah abang pergi dulu assalamualaikum.”

“Yalah. Hati-hati. Waalaikumusalam”

20 minit kemudian, Aifka tiba di universiti pengajiannya. Kelihatan Waitul sudah menunggunya di pintu masuk bangunan universiti yang dikenali sebagai University Science Malaysia (USM).

“Morning beb!” Tegur Waitul.

“Morning! Kau ni selalu datang awal”

“Takde lah, aku datang awal sebab rumah aku kan jauh sikit dengan USM so, aku kena la bertolak awal sikit setiap hari”

“Yalah beb. Dah, jom masuk”

“Jom”

Mereka masuk ke dalam class. Aifka dan Waitul hairan kerana Iman tidak hadir pada hari tersebut. Sir Isma ataupun Sir Is masuk dan mula mengajar.

“Assalamualaikum semua”

“Waalaikumusalam...”

“Setahu saya semalam ada pelajar baru kan? Mana dia?”

“Tak hadir Sir” jawab Mizni.

“Kenapa Mizni?”

“Dia kata dia ada masalah dengan family”

“Masalah dengan family? Okaylah Mizni. Nanti lepas habis class ni bagi nombor pelajar baru tu pada saya.”

“Okay Sir”

“Okay, jadi kita mulakan class hari ni. So, berbalik kepada soalan semalam...”

Class pada hari tu berjalan seperti biasa. Selepas habis class, Mizni segera jumpa Sir Is.

“Ni nombor Iman Sir”

“So, nama dia Iman?”

“Ya Sir... ada apa-apa lagi Sir?”

“Sebelum awak pergi, saya nak awak panggilkan Puteri”

“Maksud Sir Aifka?”

“Ya Aifka. Puteri Syazlin Aifka. Cepat panggil, dia nak keluar dah tu!”

“Ya!”

Mizni segera mengejar Aifka yang sedang berjalan dengan Waitul keluar dewan kuliah tersebut. Aifka berhenti apabila terdengar seseorang memanggil namanya.

“Eh! Aifka, Mizni panggil kau tu!” Kata Waitul.

“Ada apa Mizni?”

“Sir Is cari kau.”

“Aku? Kenapa?”

“Manalah aku tahu. Aku balik dulu, bagitau Sir Is aku dah balik. Bye!”

“Ha, okay ... Waitul! Temankan aku? Jom”

“Yalah. Jom”

Mereka berpatah balik ke class. Sebaik tiba di class, mereka segera mendekati Sir Is yang bersendirian di dalam class.

“Ha...tu pun awak puteri! Eh, Waitul pun ada?”

“Mizni dah pergi tadi. Kenapa Sir Is tiba-tiba nak jumpa saya?”

“Saya cuma ada satu soalan nak tanya kat awak puteri”

“Soalan? Apa dia Sir?”

“Awak kenal tak dengan pelajar baru semalam?”

“Err... tak kenal. Kenapa?”

“Saja saya nak tahu. Hmm, agak-agak awak lah kan, dia tu taste awak ke? Maksud saya, macam mana perangai dia? Awak suka?”

“Err... play... playboy.”

“Oh, budak Iman tu playboy? Baguslah lah kalau macam tu. Awak berdua boleh pergi.”

“Oo...okay Sir. Kitaorang pergi dulu assalamualaikum”

“Waalaikumusalam. Hati-hati balik rumah.”

Aifka dan Waitul berjalan keluar ke parking lot sambil berbual.

“Sir Is tu kadang-kadang pelik juga kan Waitul?”

“Entahlah. Tapi, aku rasa dia ada sorok sesuatu”

“Ish! Kau ni biar betul?”

“Yelah. Takkan lah dia saja tanya. Mesti ada sebab kan? Kau tak perasan lagi ke?”

“Perasan apa?”

“Ya Allah kawan aku ni. Haih, kurang peka lah kau ni”

“Kurang peka apa pula?”

“Aifka... oh, Aifka? Saya rasa Sir Is tu suka awak. Dahlah, malas nk layan kau punya annoying tu haha.... bye aku balik dulu. Assalamualaikum”

“Oi, Waitul! Kejap lah! Oi! Apa yang kau cakap? Tak faham lah aku. Ah! Taknak fikir!”

Aifka terus memandu pulang ke rumah. Setibanya di rumah, dia terus menekan loceng pintu. Papa membuka pintu.

“Ha! Anak Papa dah balik”

“Papa ni luculah excited lebih pulak dia tu haha...”

“Macam mana?”

“Macam mana apa?”

“Iman?”

“Iman tak datang hari ni. Entah, dengar macam ada masalah dengan family dia. Okay lah Papa, Aifka nak naik mandi then minum petang dengan Papa okay?”

“Ha yelah.”

Keesokkan harinya selepas breakfast, Aifka awal bertolak ke USM. Setibanya di sana, Waitul masih belum tiba. Seketika kemudian, Waitul tiba.

“Wow awalnya beb!” Tegur Waitul.

“Aku gerak awal tadi.”

“Oh, patut lah. Jomlah masuk kejap lagi class start”

“Jom!”

Mereka bergegas masuk ke dalam class.
Kelihatan Iman di tempat duduknya bersama seorang pemuda lelaki yang agak smart. Aifka dan Waitul saling memandang satu sama lain dengan wajah yang hairan.

“Eh, Iman bawa kawan dia lah hari ni Waitul!”

“Ya. Aku rasa maybe sebab ni, Iman tak datang semalam”

“I think so. Eh, tengok diaorang berdiri!”

Sekali lagi Iman membuat self-intro secara spontan pada pagi itu.

“Attention please! This is my cousin. Hafizi zamri.”

“Korang semua boleh panggil Jiji. Hope semua boleh tunjuk ajar. Itu sahaja terima kasih.”

Sebaik sahaja Jiji habis intro, Prof Aina masuk dan semua pelajar senyap.

“Selamat pagi prof!”

“Selamat pagi semua. Oh, kita ada pelajar baru? Kamu berdua sila ke hadapan.”

“Kami?” Tanya Iman.

“Ya. Cepat!”

“Baiklah Prof.” Akur Iman dan Jiji.

“Sila perkenalkan diri masing-masing”

“Saya Nur Iman Bin Adam. Panggil je Iman. Saya tinggal dengan ibubapa saya di Bukit Bintang.”

“Oh, jadi rumah Iman ni dekat dengan rumah Aifka lah?”

(Aifka? Yang mana satu Aifka?) desik hati Iman.

(Prof, kenapa mention nama saya? Alamak!) desik hati Aifka pula.

“Kamu pula?”

“Nama saya Muhammad Hafizi Bin Zamri. Panggil je Jiji. Saya ni cousin Iman and stay dekat Damansara”

“Oh, okay. Kamu berdua boleh duduk. So, hari ni saya akan umumkan pembahagian kumpulan yang telah dibuat untuk ekspedisi merentasi hutan simpan terbesar di Malaysia. Last week, semua dah setuju untuk tubuhkan tiga orang satu kumpulan. So, listen carefully. Group one: Aleesya, Maya and Mark. Group two: Shamin, Natasha and Aizat. Group three: Ain, Sal and Alman. Group four: May, jue and Fattah. Group five: Zul, Bobi and Saiful. Group six: Mizni, Hashim and Jiji. Last Group seven: Aifka, Waitul and Iman. Okay? Semua setuju? Baiklah. Ekspedisi ini akan diadakan minggu depan selama satu minggu. Zul, tolong pas surat pada semua ya. So, tolong siapkan apa yang patut dibawa minggu depan serta make sure surat ni dihantar last pada hari khamis ni. Kita sambung pembelajaran hari ni. “

Aifka dan Waitul nampaknya terkejut dengan pembahagian kumpulan yang dibuat oleh Prof Aina. Apatah lagi ahli kumpulannya ialah Iman. Pembelajaran diteruskan dengan fikiran masing-masing melayang entah kemana. Selepas class Prof Aina habis, Aifka dan Waitul berbual sementara menunggu Prof James datang.

“Aduh! Aifka macam mana ni?”

“Entahlah Waitul... Terkejut betul aku tadi bila Prof Aina sebut kita berdua sekumpulan dengan Iman”

“Itulah pasal. Alamak! Dia datang lah”

“Siapa?”

“Iman lah”

“Hai, korang berdua sekumpulan dengan I kan?”

“Err... ya...” jawab Aifka.

“So, mana satu yang nama dia Aifka.”

Aifka tidak menjawab pertanyaan Iman. Malah, Waitul pula yang jawab dan tuju ke arah Aifka. Aifka marah Waitul dalam senyap.

“Ni Aifka ...”

(Sorry Aifka. Dah dia tanya aku jawablah.)

(Kau ni kan. Errr.... hmm takpe lah.)

“Oh, so u lah Aifka yang Prof mention tadi. Cantik nama semanis orangnya.”

“Haha... lawak”

“Apa yang lawaknya? Memanglah you ni manis. Semanis madu. Emm, boleh tak kalau i nak nombor phone u? Alah, boleh discuss pasal exspedisi next week right?”

“Er...bukan ke you dengan Mizni? So, i tak nak kacau line orang. You faham la sendiri.”

“Habis tu kalau i dengan Mizni pun, apa masalahnya?”

“Takde apelah. Nevermind.”

“Okay... so, memandang kan kita satu pasukan, kita kena pilih sorang jadi leader group ni. Ada cadangan? Ha, Waitul?”

“Apa kata kalau Aifka jadi Leader?”

“Eh, taknak lah. I tasa lebih baik kalau you yang jadi leader Iman.”

“I?”

“Yes you.”

“Kalau macam tu, baiklah. I jadi leader. Eh, Prof dah masuk. Talk later sweetheart? Bye!”

Prof James memulakan class add math. Selesai class tersebut, Aifka dan Waitul menuju ke parking lot sambil berbual.

“Eh, Aifka. Aku geli lah dengan Iman tu!”

“Kau ingat kau sorang yang geli? Aku ni nak termuntah dengar ayat dia tu”

“Mentang-mentang lah kau cantik. Senang-senang je dia masuk line”

“Cantik apanya? Eh, dahlah cakap pasal dia. Aku nak balik dulu. Take care beb, bye assalamualaikum!”

“Yalah, drive hati-hati nanti call kalau ada apa-apa hal. Waalaikumusalam.”

Aifka memandu sehinggalah tiba dirumahnya. Dia melihat Papa sedang asyik membaca akhbar di balkoni tingkat dua rumahnya. Aifka menjerit.

“Papa!”

“Eh, Aifka? Terkejut Papa! Ingatkan siapalah yang menjerit tadi. Masuklah dulu”

“Aifka terus masuk bilik ya? Bye Papa!”

“Ish! Budak ni tadi excited sangat. Nak duduk dalam bilik pulak”

Aifka terus masuk lalu bergegas ke dalam biliknya. Malam itu selepas solat isyak, Papa menegur Aifka sewaktu Aifka sedang naik ke tingkat atas.

“Aifka sayang, tunggu kejap”

“Kenapa Papa?”

“Duduk kejap. Papa nak cakap sikit dengan Aifka.”

“Tentang apa?”

“Kenapa dengan Aifka ni? Petang tadi excited tapi kenapa malam ni Aifka nampak murung je?”

“Takde apalah Papa”

“Ye ke? Cuba cerita dekat Papa. Papa tahu Aifka mesti ada masalah ni?”

“Hmm...sebenarnya...”

“Sebenarnya apa?”

“Papa ingat tak yang hari tu Aifka cakap pasal ekspedisi hutan simpan tu?”

“Ingat kenapa?”

“Papa tau tak Prof Aina bahagikan group untuk ekspedisi tu. Tapi, Aifka sekumpulan dengan Waitul dan Iman...”

“Patutlah anak Papa ni moody semacam je. Habis tu Aifka cakap tak dengan dia?”

“Dia datang tegur Aifka dengan Waitul, siap minta nombor Aifka pula tu.”

“Hahaha...”

“Kenapa Papa ketawa?”

“Yalah. Biasalah tu lelaki”

“Hmm... yalah ‘lelaki’ kan?”

“Tak apa. Yang penting Aifka jaga diri and paling penting ingat Allah. Jaga solat bila Aifka dah sampai sana nanti okay?”

“Insyallah Papa”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience