"DIKHIANAT KAWAN SENDIRI!"

Romance Series 3940

Aifka segera keluar dari rumah dan meluru ke arah Faris yang sedang menunggunya bersama adiknya. Aifka mendekati mereka berdua.

“Assalamualaikum” kata Aifka.

“Waalaikumusalam. Aifka, ni adik saya Shasha. Sha ni kakak ika”

“hai Shasha.”

“hai kakak ika. Rupa-rupanya kakaklah yang abang Faris selalu sebut tu.”

“ya..ni lah dia. jom! Shasha, Aifka kita naik kereta.”

“jom Shasha!” kata Aifka sambil memimpin tangan Shasha.

Mereka segera bertolak ke taman permainan. Selepas sepuluh minit bermain, Shasha menjerit apabila melihat trak ais-krim.

“abang Faris, tengok ada trak ais-krim!”

“Shasha nak ke?”

“mestilah nak”

“jom kita pergi beli”

“tapi Shasha nak pergi dengan kak ika.”

“awak pergilah nanti merajuk pula Shasha ni. Kalau dia dah suka maknanya awak tak boleh berengganglah dengan dia. Ni duit.”

“eh, tak payahlah. Saya ada ni. Awak nak tak?”

“hmm..boleh jugak”

“perisa apa?”

“ikut awaklah”

“okay jom Shasha kita beli ais-krim!”

Aifka segera memimpin tangan Shasha dan menuju ke arah trak ais-krim.

“Shasha nak perisa apa?”

“nak yang tu”

“coklat?”

“campur tu”

“strawberry? Lagi?”

“yang ni!”

“okay. Abang, bagi ais-krim campur tiga perisa coklat, strawberry dan jagung dalam satu bekas dan ais-krim kon dua”

“ni cik”

“terima kasih beli ya?”

“sama-sama ya saya jual.”

Faris melihat celoteh Shasha dan Aifka. Dia mula terbayangkan dirinya seperti itu apabila berkahwin dengan Aifka. Aifka segera menuju ke arahnya.

“eh, kenapa awak tersenyum-senyum? Nah ni ais-krim awak”

“tak ada apalah. Terima kasih belanja.”

“ya sama-sama. Shasha, sedap tak ais-krim?”

“sedap!”

“kalau sedap makan banyak-banyak. Eh, habis comot. Awak ada tisu?”

“tak ada.”kata Faris.

“boleh hulurkan beg saya kejap?”

“ni.”

Aifka mengambil tisu tangan dalam begnya. Dia mengelap pipi dan mulut Shasha yang comot.

“comelnya Shasha ni geram kak ika tahu tak?”

“tengoklah abang dia macam mana handsome mestilah adik dia comel”

“ish, awak ni mengada!”

“okay tak apa. Awak nak cakap apa-apa pun saya tak kisah Cuma, saya nak tahu decision awak boleh?”

“decision apa pula?”

“couple?”

“er..entahlah..”

“ish, abang Faris ni dahlah usik kak ika Shasha! Nanti Shasha cubit baru padan muka!”

“apa? Nak cubit ya? Sini!”

“kak ika! Tengok abang Faris ni!”

“awak! Dahlah tu. Shasha geli tu” kata Aifka.

“yalah..yalah..”

Lama kemudian, Shasha tertidur di atas pangkuan Aifka.

“laa, dah tidur?” kata Iman.

“ya, baru je. Awak senyap tau nanti tersedar pula Shasha ni kesian dia”

“sayang betul awak dekat Shasha kan? Dekat saya tak ada ke?”

“amboi! Abang dia nak juga ke?”

“eh, mestilah. Awak, awak tak nak bagitau ke decision awak tentang kita?”

“erm..boleh tak kalau saya bagi tahu awak masa kita jumpa and bincang dengan Iman okay?”

“hmm….okay awak, awak tak lenguh ke? Jomlah kita pergi makan biar saya angkat Shasha”

“okay. Hati-hati tu”

Faris mengangkat Shasha dan meletakkan Shasha di seat belakang. Aifka dan Faris segera naik dan bertolak ke restoran. Tidak lama kemudian, Shasha tersedar.

“kak ika, kita nak kemana ni?”

“kita nak pergi restoran”

“Shasha pun lapar ni?”

“Shasha lapar? Sabar ya. Kejap lagi kita sampai”

Akhirnya, mereka tiba sebuah restoran. Mereka terus duduk di meja kosong dan memesan makanan.

“awak nak apa?” Tanya Faris.

“nasi ayam Shasha?”

“nak mi”

“mi goreng?”

Shasha mengangguk.

“air?”

“saya milo ais Shasha?”

“air oren.”

“adik, bagi nasi ayam dua, mi goreng satu, coconut shake satu, milo ais dan jus oren”

“okay tunggu kejap ya abang?”

Dua puluh minit kemudian, makanan yang dipesan telah sampai. Mereka menjamu selera. Selesai makan, mereka segera pulang ke rumah. Faris memandu menuju ke rumah Aifka.

“alaa, kak ika nak balik dah ke?” kata Shasha

“kak ika kena balik la sayang. Shasha pun kena balik juga tau?”

“tapi kak ika kena janji tau datang rumah Shasha boleh?”

“okay kak ika janji. Nanti ada masa kak ika pergi rumah Shasha okay?”

“okay.”

“kak ika pergi dulu ya assalamualaikum”

“waalaikumusalam. Nak salam?”

“salam je? Cium pipi kak ika tu” kata Faris.

“thanks Shasha. Kak ika pergi dulu tau bye!”

“bye kak ika!”

Aifka segera masuk ke dalam rumahnya. Kebetulan sudah masuk waktu asar, Aifka segera menunaikan solat asar di dalam bilik. Selepas siap menunaikan solat asar, Aifka segera menuju ke ruang tamu. Papa sedang bermain dengan cucunya.

“eh, Papa? sorry susahkan Papa pula kena jaga Alana, Arshad..”

“tak apa. Dah lama sampai?’

“baru je Papa.”

“dah makan?”

“dah. Tadi Faris bawa Aifka makan sekali dengan adik dia di restoran”

“so how it going?”

“everthings okay.”

“tapi jangan selalu sangat keluar”

“ya Papa. Aifka tahu.”

Hari itu berlalu seperti biasa. Malam itu, Faris menelefon Aifka yang sedang tidur. Aifka menjawab panggilan Faris dengan matanya tertutup.

“hello?”

“Aifka? Buat apa tu?”

“tidur…”

“dah tidur ke? Patutlah suara awak macam tu. Sorry ganggu okaylah I love you good night sayang”

“okay.”

Keesokkan harinya, Aifka bangun awal solat, bersiap dan segera ke dapur untuk breakfast.

“morning Papa!”

“morning sayang! Happynya!”

“saja sebab pagi-pagi macam ni mood happy”

“ohw, macam tu eh? Eh, Faris tu kerja dekat company mana?”

“dekat dengan area company kita.”

“oh, ada satu company dekat area situ. Dekat situ rupanya. Cepatlah makan Aifka oi nanti lambat pula”

“sabar lah Papa kejap je ni. Dah jom!”

“okay jom!”

Aifka dan Papa segera bertolak ke ADF Trading. Aifka drive kereta Papa. setibanya di sana, masing-masing berpecah dan menuju ke office. Aifka segera menyiapkan kerja yang masih banyak di atas mejanya. Tiba-tiba Iman masuk.

“hai sayang..”

“eh, awak? Masuk bukan nak bagi salam tapi siap panggil sayang pula tu”

“eh, sorry. Assalamualaikum sayang.”

“waalaikumusalam. Nak apa?”

“tak ada apalah saja. Busy ke?”

“tak Nampak ni saya sibuk buat kerja?”

“Nampak. Eh, awak ni relax lah kenapa marah pula ni?”

“sorry tak sengaja”

“it’s okay”

“hmm awak, nanti lepas habis kerja kita jumpa dekat taman sekali dengan Faris okay?”

“Faris? Ada apa?”

“adalah benda penting. Very important matter so I hope you could cooperate on this meeting”

“wow! Bunyi macam serius je? Okay I promise that I’ll go to the park at?”

“2’o clock”

“jangan risau lah sayang abang janji abang pergi tau?”

“ish awak ni! Saya tak sukalah geli tau tak?”

“okay saya tak buat lagi.”

“good. Tak ada kerja ke?”

“tak ada. Semua dah settle. Yang awak ni busy sangat kenapa?”

“yesterday punya tak siap lagi.”

“oh patutlah. Saya duduk dekat sini awak tak kisah kan?”

“hmm..tapi kita berdua sekarang ni. So, please?”

“okay saya keluar. Awak tunggu kejap ya?”

Aifka menunggu Iman sehingga lah Iman kembali semula.

“kenapa suruh saya tunggu?”

“ni saya buatkan air untuk awak”

“air?”

“neslo..”

“ha?”

“takkan tak pernah dengar? Nescafe campur milo”

“tak.”

“cubalah.”

“hmm sedap. By the way thanks.”

“you’re welcome. Okay saya keluar dulu tau? Fighthing!”

Aifka ketawa dengan telatah Iman. Waktu lunch sudah tiba Aifka juga sudah menyiapkan semua kerjanya. Iman yang melihat Aifka merengangkan tangan segera masuk ke dalam office Aifka.

“yeah! Siap dah!”

“amboi happynya!”

“mestilah happy.”

“jom lunch kata ada meeting lah”

“ya saya tahu. kejap nak whatsapps Faris”

“whatsapps? Mana awak dapat nombor dia?”

Aifka yang asyik bermain phone tidak memperdulikan Iman. Iman menegurnya sekali lagi.

“saya Tanya ni. Awak dapat mana nombor dia?”

“hah? Apa? Sorry saya chat dengan Faris tadi. Nombor dia? dia chat saya and dia cakap awak bagi nombor saya betul ke?”

“hah? Sejak bila saya bagi dekat dia? mana ada”

“hmm…tak apalah jom kita pergi restoran mawar. Awak tahu kan tempat tu? Awak drive ke?”

“saya bawa driver saya. Jomlah kita pergi.”

“jom.”

Mereka segera bertolak ke restoran berkenaan. Setibanya di sana, kelihatan Faris sudah berada di situ. Aifka dan Iman segera menghampiri Faris.

“assalamualaikum” kata Aifka.

“waalaikumusalam. Duduklah” jawab Faris.

“so, kenapa kau nak buat meeting dengan kitaorang?” Tanya Iman.

“relax bro. kita makan dulu aku dah order. Lepas makan, kita meeting dekat taman okay?” kata Faris

“okay.”

Mereka menikmati makanan yang dipesan oleh Faris. Iman hairan melihat Aifka dan Faris yang asyik tersenyum-senyum dan bermesra. Selesai makan, mereka pergi ke taman. Dalam perjalanan, Iman duduk seat depan manakala, Faris dan Aifka pula duduk di seat belakang.

“macam mana Shasha?”

“apa lagi rindu awak lah. Dekat rumah tak habis-habis Tanya saya bila kak ika nak datang rumah berbuih mulut saya nak jawab”

“haha nak buat macam mana kalau dah rapat kan?”

“betul tu. So, decision dah buat?”

“yes. Lepas ni saya bagitahu awak dengan Iman.”

“korang cakap tentang apa ni?” Tanya Iman terpinga-pinga.

“kitaorang cakap pasal adik aku Shasha aku bawa jumpa dengan Aifka”

“oh, Shasha? Adik kau yang kecil tu?”

“yang tulah.”

“mesti awak suka kan?”Tanya Iman kepada Aifka.

“mestilah. Shasha tu comel sangat.”

“yalah. Orait, kita dah sampai.”

Sebaik tiba di taman berkenaan, mereka segera duduk di atas bangku. Aifka duduk di depan manakal, Faris dan Iman masing-masing duduk berhadapan dengan Aifka. Kebetulan, masa itu tiada sesiapa di taman permainan.

“Faris apa yang kau nak cakap sebenarnya?”

Tiba-tiba mereka bertiga berdiri. Aifka mula berbicara.

“sebenarnya, Faris chat saya dan dia Tanya satu soalan yang agak sukar untuk dijawab”

“awak apa ni? Apa Maksud awak?” kata Iman.

“Faris ajak saya couple dengan dia dan saya akan buat keputusan tu hari ini sekarang ni dihadapan awak dan awak.”

“so apa decision awak?” Tanya Faris.

“apa ni awak? Awak lupa saya?” Tanya Iman pula.

“saya dah fikir masak-masak dan saya buat keputusan, saya setuju untuk couple dengan Faris. Iman, saya tak nak hidup dalam kesedihan lagi. Saya dah bersedia untuk membuka pintu hati saya kepada orang lain. I’m so sorry.”

“tapi awak tak boleh buat macam ni! Awak dah curi hati saya. Saya cintakan awak Aifka! I love you so much! Kau! Faris? Sampai hati kau khianati aku! Kau rampas wife aku! Tak guna punya kawan!”

Iman menumbuk Faris dengan kuat sehingga Faris rebah. Aifka segera membantu Faris.

“eh, kalau marah sekalipun janganlah sampai pukul orang! Faris, awak tak apa-apa?”

“tak..awak jangan risau”

“aku cintakan kau Aifka! Sanggup kau buat aku macam ni? Kau tak sayangkan aku?”

“tak! Sekarang perasaan sayang, cinta semua dah hilang tinggal perasaan sedih, marah dan benci saja dalam hati aku ni kau tahu tak?”

“Faris, kau memang jantan tak guna! Aku dah agak dah yang korang berdua ni ada hubungan belakang aku! Sampai hati korang kan? Cepat selesai dekat sini!”

“boleh! Sinilah!”

“kenapa? Tak berani? Pengecut?”

“aku ke kau yang pengecut?”

“eh, dahlah! Jangan gaduh!”kata Aifka.

“kalau awak tak nak kitaorang gaduh, baik awak pilih saya ataupun Faris?” kata Iman.

Aifka meluru ke arah Iman. Faris terkejut. Aifka berbisik di telinga Iman.

“maafkan saya. Halalkan segala makan minum saya, maafkan segala perbuatan saya selama ni. Saya janji saya takkan lupakan kenangan bersama awak. Selamat tinggal Iman.”

Aifka segera mengikut Faris dan berlalu pergi meninggalkan Iman seorang diri. Iman kelu dengan perbuatan Aifka. Aifka call PA dia untuk datang mengambilnya bersama Faris. Mereka segera menuju ke rumah Faris.

“mana rumah awak?” Tanya Aifka.

“dah dekat. Belok kiri lepas tu straight rumah warna grey”

“ni ke?”

“ya..”

“besar rumah awak”

“rumah mak ayah saya bukan rumah saya”

“parking sini je rohaiza.”

“okay”

Aifka, Faris dan rohaiza segera masuk ke dalam rumah selepas Faris membuka pintu rumah dengan kunci penduanya.

“assalamualaikum” kata mereka bertiga.

“waalaikumusalam. Astarfirullahalazim along kenapa muka lebam ni?” Tanya umi Faris.

“dia kenal pukul makcik”

“kenapa? Along gaduh ke?”

“tak. Saya tolong hantar Faris ke sini.”

“terima kasih. Duduklah dulu makcik buatkan air. Berboraklah dengan pakcik dulu”

“nama apa?”

“saya Aifka dan ni kawan saya rohaiza”

“oh, along? Yang mana satu girlfriend along? Yang Shasha rindu tu”

“Aifka.”

“oh, patutlah Shasha panggil kak ika pun rupa-rupanya Aifka. Cantik nama tu.”

“terima kasih.”

“eh, Shasha tidur dalam bilik tu Aifka pergilah kejut”

“eh, tak apalah. Kesian dia pula lain kali saya datang jumpa Shasha”

“nak pergi dah ke?” Tanya umi yang sedang menghidangkan minuman.

“minumlah air dulu. Ni ais untuk along letak dekat pipi kamu tu”tambah abah Faris.

“sini saya tolong” kata Aifka.

“aduh sakit!”

“eh, sejak bila along tak tahan sakit? Biasa kalau kena pukul macam ni okay je kan?” kata umi

“along nak manja dengan girlfriend dia lah tu awaknya" kata abah

“oh, girlfriend along ni?” Tanya ibu.

“ya. Saya Aifka makcik ni rohaiza kawan saya.”

“saya puan mawar dan pakcik kamu ni encik zamarul”

“selamat berkenalan makcik pakcik. Kami minta diri dulu ya jaga diri Faris, makcik pakcik assalamualaikum”

“waalaikumusalam.” Jawab umi dan abah Faris.

Faris keluar ke rumah mengiringi Aifka dan rohaiza pulang.

“terima kasih hantar saya”

“sama-sama” kata rohaiza.

“awak berdua hati-hati”

“ya.” Kata Aifka pula.

Faris masuk ke dalam rumahnya. Aifka dan rohaiza segera kembali ke ADF Trading. Dalam perjalanan, mereka berbual.

“cik Aifka?”

“ya rohaiza. Kenapa?”

“boleh saya Tanya satu soalan?”

“tanyalah apa dia?”

“bukan ke cik Aifka couple dengan Iman?”

“dahlah jangan sebut nama dia! Faris tu kena tumbuk dengan dia lah awak tahu tak? Saya tak ada apa-apa dengan dia!”

“er..janganlah marah, saya tanya saja”

“maaf ya? Saya tak boleh kawal emosi saya sendiri lagipun saya stress dengan Iman so please jangan sebut nama dia lagi okay?”

Rohaiza senyap. Akhirnya, mereka tiba di ADF Trading. Aifka segera turun dari kereta manakala, rohaiza segera pulang ke rumahnya.

“rohaiza, terima kasih tau sebab tumpangkan saya dengan Faris tadi and satu lagi sorry pasal tadi saya bukan berMaksud nak marah awak saya just..”

“it’s okay. Anyways you’re welcome. Papa cik Aifka ada lagi dalam office dia nanti cik Aifka pergilah tengok. Saya balik dulu ya assalamualaikum”

“hati-hati tu. Waalaikumusalam.”

Aifka segera menelefon Papa dan menunggu di hadapan syarikat Papa.

“assalamualaikum Papa.”

“waalaikumusalam Aifka? Ada apa?”

“Papa dah habis kerja? Tak ada meeting dah kan?”

“kalau ikut schedule Papa, dah beres semua. Kenapa?”

“Papa busy ke tu? Tak nak balik ke?”

“oh, nak balik ke? Laa, cakaplah awal-awal. Tunggu kejap nanti Papa turun”

“eh, kita pula kena. Yalah Aifka tunggu ni”

Papa segera turun ke bawah. Mereka menuju pulang ke rumah. Setibanya di rumah, masing-masing membuat hal sendiri. Genap tiga sebulan kemudian, hubungan antara Aifka dan Faris bertambah rapat. Iman pula hilang entah kemana. Dia tidak datang bekerja di syarikat Papa. namun, beberapa hari kemudian, tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Memandangkan Papa dan Maksu sibuk dengan hal masing-masing, Aifka membuka pintu. Dia terkejut apabila melihat Iman dengan wajah yang sedih dan hampir menitiskan air mata menghulurkan sejambak bunga kepada Aifka.

“awak? Apa awak buat dekat sini?”

“awak.. tolonglah terima bunga ni”

“saya tak boleh terima bunga ni. Maafkan saya please just go.”

Aifka menutup pintu tetapi, Iman segera menghalang dengan tanganya.

“nanti dulu! Kalau awak tak suka saya sekali pun, please terima bunga ni? Kalau awak terima bunga ni lega sikit hati saya please Aifka?”

“yalah-yalah. Saya terima bunga ni tapi awak tolong balik dan bersihkan muka awak tu”

“tapi awak..”

Aifka menutup pintu dan menguncinya. Iman yang masih berada diluar tidak dipedulikan oleh Aifka. Seketika kemudian, barulah Iman beredar dari rumahnya. Malam itu, Papa dan Aifka yang berada di ruang tamu terkejut dengan bunyi hon kereta diluar rumahnya.

“siapa tu?”

“entahlah Papa.”

“jom keluar”

Mereka keluar dari rumah. Kelihatan seseorang pemuda berpakaian baju melayu kuning keemasan, bersongket, bersamping dan memakai cermin mata hitam berdiri tegak disisi keretanya.

“assalamualaikum” kata pemuda itu.

Papa dan Aifka menjawab salam. Papa menjemput pemuda tersebut masuk ke dalam rumahnya.

“kamu ni siapa? Boleh buka cermin mata?”Tanya Papa.

“boleh tapi kita bincang dulu”

“bincang apa? Kamu ni nama apa?”

“panggil saya zack”

“ni kenapa siap berbaju melayu ni? Ada apa sebenarnya ni? Kamu pun pakcik tak kenal”

“saya datang nak meminang anak pakcik Aifka tu pakai lengkap macam ni”

“ha? Awak siapa? Saya tak kenal pun tiba-tiba nak masuk meminang pula zack? Zack mana?” kata Aifka.

“zacklah.”

“tapi nak meminang kena datang sekali dengan parents”

“saya hidup sebatang kara pakcik sebab tu saya datang seorang. Macam mana? Pakcik terima?”

“eh, saya dah berpunyalah takkan lah nak terima? Kan Papa?”

“betul tu.”

“dengar dulu. Sebenarnya saya masuk meminang awak untuk kawan saya dia kata dia memang cinta gila dekat awak”

“ha? Kawan? Siapa pula?”

Zack membuka cermin matanya.

“awak siapa sebenarnya?” Tanya Aifka.

“saya adik angkat Faris”

“hah? Adik angkat? Dia tak pernah cerita pun. Oh, saya dah faham Maksudnya awak datang meminang untuk Faris kan?”

“taklah.”

“habis tu?”

“untuk kawan saya. Kawan baik saya”

“kalau dia nak suruh dia datang sendiri”

“dia dah datang lah”

“peninglah Papa macam ni Aifka” kata Papa pula.

Tiba-tiba pintu rumah ditolak. Ada seseorang pemuda masuk.

“assalamualaikum.”

Mereka bertiga menjawab salam. Papa dan Aifka terkejut.

“Iman?” kata Papa.

“a..awak?” kata Aifka pula.

“Iman lah bestfriend saya. Iman ialah orang yang pernah sakiti awak Aifka tapi kali ini dia muncul sebagai seorang lelaki sejati yang ikhlas dan ingin menperbetulkan segala kesilapan yang lalu. Iman, tugas aku dah beres.”

Iman melutut di hadapan Papa dan Aifka. Dia membuka sekotak cincin.

“sudikah awak menerima pinangan saya?”

Aifka mengambil cincin tersebut dan merenungnya. Dia mengeluh.

“macam mana saya nak cakap ya?”

“cakap saja lah yang awak sudi atau tidak?”

“Iman, awak dengar sini. Saya, Aifka bukan perempuan yang sesuai disarungkan cincin yang cantik ini. Saya tak boleh terima awak. Saya takut saya akan ulangi kesilapan yang sama so, saya minta sangat dekat awak please ask another woman. I’m not the right person for you. I’m sorry.”

Iman tertunduk.

“I’m sorry okay? Saya tak sesuai untuk awak. Awak ambil lah cincin ni saya letak disini okay?”

Aifka duduk dan memandang ke arah Iman. Aifka tidak Nampak wajah Iman kerana kepalanya ditundukkan kebawah.

“saya yakin ramai perempuan lain dekat luar sana tertarik dengan awak. Awak kacak, baik hati dan seorang lelaki yang penyayang. saya harap awak bahagia dengan wanita pilihan awak. Saya minta maaf bukan saya orang yang awak cari. Zack, please hantar Iman balik. Awak baliklah ya? Thanks sebab awak selalu menyayangi saya selama ni. Please move on Iman. Just move on.”

“tapi..takkan tidak ada secebis ruang di dalam hati awak untuk saya?” Tanya Iman yang masih tunduk.

Aifka sekadar diam dan berlalu pergi. Aifka berlalu pergi dengan tangisan. Dia tidak tahu kenapa dia menangis. Air mata itu seolah-olah keluar apabila mendengar pujuk rayu Iman. Aifka meninggalkan Iman, Papa dan zack di ruang tamu lalu segera masuk ke dalam biliknya. Iman berdiri dan melihat wajah Papa. air matanya mula berlinangan.

“Papa…”

“ya Allah, Iman kenapa kamu ni? Iman kan anak jantan mana boleh menangis. Dah! Zack tolong hantar Iman balik. Jangan dipaksa perasaan kamu tu Iman. Buat masa ini Aifka dah berpunya dan kamu kena faham keadaan dia.”

“but, I still love her”

“tapi Papa tak boleh paksa Aifka. Iman kan tahu perangai Aifka macam mana? Redha lah Iman. Pergilah balik”

“jomlah Iman kita balik. Tidur rumah aku malam ni okay?”

“tak apalah. Kau baliklah nanti aku balik. Aku boleh balik sendiri.”

“jomlah bro? time aku ajak ni jomlah balik jom!”

“aku cakap aku taknak, aku taknak lah! Kau tak faham Bahasa ke?”

“woi, relax..sorrylah bro, aku tahu mood kau tak berapa okay sekarang ni tapi, tolonglah jangan buat macam ni jom ikut aku balik!”

“aku boleh balik sendiri kau pergilah”

“tapi kau nak balik naik apa? Cepatlah bro please?”

Iman terus keluar dari rumah dan masuk kedalam kereta.

“pakcik, zack balik dulu ya? Maafkan Iman ya? Mood dia tak berapa okay tu”

“yalah. Jagakan Iman tu ya?”

“ya. Pakcik janganlah risau. Saya gerak dulu assalamualaikum.”

“waalaikumusalam. Hati-hati!”

“beres!”

Zack terus masuk ke dalam kereta. Dia risau melihat keadaan Iman. Mereka terus bertolak pulang ke rumah zack.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience