BAB 2

Horror & Thriller Completed 5646

Fakta ringkas tentang keluarga saya, kami seperti pelancong-pelancong yang 'biasa', dengan kamera tergantung di leher. Kami tak pernah 'lari' dari laluan normal pelancong.

Kami tidak mencari tempat-tempat eksotik yang mana pelancong-pelancong seperti kami tidak mahu peduli pun dan kami sudah tentu tidak akan melakukan sesuatu secara spontan. Semua dalam hidup saya sudah pun dirancang oleh ibu bapa saya dan ia sudah menjadi sebati dengan diri saya.

Jadi ia sedikit pelik buat saya apabila bapa saya memberi cadangan - daripada melawat Putrajaya, lebih baik kami biarkan saja kereta 'membawa ke mana kami patut pergi'. Tidak, ini serius.

Bapa saya adalah seorang lelaki yang mengambil jalan yang sama setiap hari bekerja. Tapi, tiba-tiba mencadangkan untuk melakukan sesuatu yang spontan dan tidak masuk akal kepada saya dengan mengembara ke satu tempat yang belum diketahui lagi.
Lebih pelik, semua yang lain bersetuju dengannya.

Jujur, saya rasa seperti tidak mahu mengembara ke dalam belantara Malaysia, jadi saya mengambil keputusan untuk tidak ikut dan berehat di bilik hotel dengan wifi percuma. Keluarga saya semuanya OK dengan itu dan kami berpisah.

Saya tahu ianya sangat 'cliche' tapi dalam hati saya berkata perjalanan ini tidak akan berakhir dengan bagus dan saya rasa ianya salah saya juga tidak menasihati bapa saya untuk tidak teruskan idea bodoh ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience