BAB 1

Horror & Thriller Completed 5646

Ini adalah kisah yang terjadi pada kami. Sedikit pengenalan tentang saya dan keluarga. Kami merupakan enam sekeluarga iaitu ibu, ayah, dua abang, saya serta adik perempuan dan kami semua lahir dan dibesarkan di Jakarta, Indonesia.

Ibu dan ayah saya masih lagi bekerja dalam bidang farmasi manakala saya dan abang-abang saya sedang belajar di university. Adik perempuan saya bakal bergraduasi dari sekolah dan kami jangkakan dia akan lulus cemerlang.

Sekarang, kami sedang cuti pertengahan semester dan cuti sekolah. Sebagai ganjaran, ibu bapa saya bercadang untuk bercuti selama seminggu dan bertanyakan jika kami mahu pergi ke Kuala Lumpur. Tanpa banyak soal, saya setuju, begitu juga dengan adik beradik saya yang lain.

Jadi kami pergi Lapangan Terbang Melbourne. Semua berjalan lancar. Naik pesawat dan 'menikmati' perjalanan selama 6 jam di dalam tube besi itu.

Akhirnya, kami mendarat, masuk ke bilik hotel, makan malam, mandi dan bersedia untuk pengembaraan yang sudah kami rancang untuk minggu itu. Ia kelihatan seperti bakal menjadi cuti yang menggembirakan seperti yang saya harapkan. Namun tidak.

Disinilah saat semuanya menjadi sedikit pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience