BAB 11

Horror & Thriller Completed 5646

Hasilnya sangat pantas. 'Ayah saya' mula menjerit seperti bukan manusia sehinggakan saya takut kerana dia seperti mahu menerkam kami.

Jeritan turut didengari di bahagian atas dan bunyi cakaran turut kedengaran. Perkara-perkara yang saya dengar pada malam pertama semuanya kembali.

Semua ini hanya berlaku dalam masa 3 saat tetapi selepas itu Imam Ali memberhentikan Al-Quran dan ketika itu, dia memberitahu yang dia juga terbau bau busuk seperti yang saya alami.

Imam Ali perasan muka saya pucat dan bertanya sama ada saya boleh tinggal dengan keluarga atau rakan untuk beberapa hari. Dia juga meminta saya untuk bertemunya di masjid tempatan selepas solat Zohor esok. Ketika saya sedang sibuk mengatur tempat tinggal, Imam Ali mempelawa untuk menumpangkan saya. Saya terima pelawaan itu.

Ketika menghantar saya ke rumah rakan saya, Imam Ali menceritakan segalanya. Dengan ringkasnya, dia kini 85% yakin yang keluarga saya dirasuk oleh jin yang sangat kuat dan mempunyai niat yang jahat. Imam Ali juga berkata dia yakin bahawa ahli keluarga saya masih hidup tetapi tidak lama jika dia tidak memulakan pengubatan secepat mungkin.

Biarpun saya sedikit lega dengan apa yang diberitahu tapi ia disusuli dengan perasaan takut. Sesampainya di rumah rakan saya, Imam Ali sekali lagi mengingatkan saya untuk bertemunya esok.

Sekarang, saya dengan Natasya, rakan baik saya. Saya ceritakan kepada dia apa yang berlaku tapi di terpegun. Dia cuba menerima perkara ini secara logik.

Sehingga kini, keluarga saya masih berkelakuan pelik dan Imam Ali sedang mendapatkan bantuan dari rakan-rakannya yang lain untuk menyembuhkan ke semua ahli keluarga saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience