BAB 7

Horror & Thriller Completed 5646

Jadi, 'ayah saya' turun dan makan sedikit roti sebelum pergi ke atas kembali yang mana membuatkan saya terkejut kerana itu apa yang ayah saya makan setiap hari pada waktu pagi.

Mungkin, saya mula berfikir, bahawa ayah saya yang sebenar tidak mati/diambil tetah dirasuk oleh benda jahat jadi sedikit persamaan masih lagi ada. 'Ibu' saya pun sama, bangun tapi tak mandi atau menggunakan tandas, minum air kopi tanpa gulanya dan semangkuk conrnflakes. Benda yang sama ibu saya yang sebenar makan untuk sarapan.

Sekarang dah 8 pagi dan mereka sudah pergi kerja. Saya tidak ditanya arah tempat kerja mereka. Ini membuatkan saya percaya yang mereka telah mempunyai pengetahuan tentang siapa yang patut mereka jadi semalam.

Saya, abang-abang, adik masih lagi dalam cuti, jadi kami tinggal di rumah. Saya lebih selesa berinteraksi dengan 'adik-beradik' saya tanpa gangguan 'ayah' kerana dia seolah-olah seorang ketua, memberitahu mereka apa yang patut dibuat.

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, saya membawa dan membaca Quran untuk menenangkan fikiran saya.

Ramai orang berkata benda tu mungkin jin dan kerana itu, saya membaca surah yang khas untuk jin iaitu Surah Al-Jinn.

Ketika saya baca dengan kuat, saya boleh dengar seperti bunyi cakaran di bahagian atas, terutama di bilik adik perempuan saya. Mungkin saya terbayang yang ayat-ayat itu memberi kesan kepada benda di atas tu atau mungkin cuma mainan saya sahaja, saya tidak pasti.

Saya dah bercakap dengan beberapa rakan keluarga dan setiap mereka memberitahu, saya tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan benda itu. Mereka memberitahu bahawa saya patut menunggu orang alim itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience