BAB 6

Horror & Thriller Completed 5646

Sekarang sudah 1.07 pagi. Setiap 10 minit, keluarga saya akan membuat bunyi dengungan berirama tapi ia sudah berhenti 15 minit sebelum pukul 1 tadi.

Saya tak pasti apa maksudnya tapi saya teringin untuk tahu. Memandangkan kami muslim, saya cuba berhubung dengan seorang alim yang tahu tentang benda ini dan berharap agar dia boleh menolong saya. Tapi jujur, saya tak tahu apa yang akan mendatang.

Saya sudah menghubungi orang alim itu. Dia kata dia boleh datang dalam beberapa hari lagi.

Bagaimanapun, saya masih lagi tak dapat tidur sejak balik dari lapangan terbang dan cuba untuk membuka telinga sekiranya ada bunyi aneh yang kedengaran.

Bunyi mendengung itu berbunyi lagi kira-kira jam empat suku dan berterusan sehingga lima setengah. Saat ini, saya dah keluarkan senjata besar dan membaca Quran walaupun sebelum ini saya tidaklah selalu membacanya.

Apa yang saya boleh kata? keadaan kacau bilau macam ni boleh memberi kesan kepada kepercayaan.

Kira-kira 5.30 pagi, benda yang menyerupai ayah saya sebab saya tak mahu percaya benda itu ayah saya, bangun dan turun ke bawah. Bukan nak mandi atau ke tandas. Tetapi cuma turun ke bawah dan bertanya kenapa ada Al-Quran atas meja kopi.

Perkara yang pelik tentang semua ini adalah mereka semua masih mempunyai suami yang sama.

'Bapa saya' masih mempunyai suara garaunya (selepas beberapa tahun menghisap rokok), 'ibu saya' dengan bunyi suaranya yang nyaring. 'Abang-abang' saya dengan suara dalam dan adik saya pun masih mempunyai suara yang asalnya.

Saya tak tahu adakah ia boleh berlaku begini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience