BAB 3

Horror & Thriller Completed 5646

8 jam kemudian, mereka bergerak pada tengahhari waktu tempatan masih belum pulang dan saya mula menjadi risau dan berfikir perkara yang bukan-bukan.

Tidak ada cara buat saya untuk menghubungi mereka jadi saya menetapkan akan menghubungi pihak berkuasa tempatan dan konsul Australia jika mereka tidak pulang selepas pukul 10.

Pada 9.20 malam, saya terdengar bunyi 'beep' kad pada pintu dan mereka semua berjalan masuk terhuyung hayang; seolah-olah seperti baru belajar berjalan.

Untuk menenangkan fikiran, saya memberitahu diri saya : selepas berjalan selama 10 jam, saya mungkin jadi macam mereka juga.

Mereka juga berbau. Busuk. Ianya bau yang sangat teruk, seperti bangkai busuk dan sulfur.

Mereka pulang ke hotel dan saya yang juga penat ketika itu, pergi ke katil dan tidur.

Pada pagi esoknya, saya terbagun semula dan dikejutkan dengan perkara yang tidak dijangka. Biarpun percutian masih berbaki seminggu lagi, saya lihat 'keluarga' saya mula mengemas barang dan 'bapa' saya memeriksa kami di bahagian bawah.

"Bapa" saya kemudian naik ke atas semula dengan senyuman tidak ikhlas. Saya tidak pernah lihat senyuman itu sejak dari lima tahun dan memberitahu yang kami perlu balik ke Melbourne kerana ada hal kerja yang memerlukan khidmat dia dan ibu.

Sekali lagi, sebagai anak yang patuh, saya cuma ikut sahaja.

Keluarga saya masih lagi berbau busuk dan tidak ada bukti bilik air sudah digunakan oleh mereka tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, saya sangat sopan dan lemah lembut dan tidak suka banyak soal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience