BAB 4

Thriller Completed 5646

Kami check out, panggil teksi, dan pergi ke KLIA. Semua berjalan lancar dan kami naik ke dalam pesawat. Di sinilah perkara menjadi teramat-amat pelik.

Bagi yang tak pernah terbang ke Australia, setiap penumpang perlu mengisi 'inbound travelling card' yang mengatakan siapa kamu dan apa yang kamu bawa ke dalam negara.

Antara maklumat yang perlu diisi adalah nama, tarikh lahir dan nombor pasport serta beberapa soalan yang perlu dijawab. Kami tidak kekok dengan benda ini kerana sudah beberapa kali melancong, tapi tiada seorang pun dalam keluarga saya tahu bagaimana nak guna sebatang pen.

Seterusnya, selepas melihat mereka mencakar ayam kertas itu, saya mengalah dan mengisi kad itu untuk semua orang. Bermula dari sini, saya ketakutan.

Enam jam kemudian, kami mendarat, pergi ke arah kastam dan selepas beberapa jawapan mengarut dari 'ibu bapa' saya, saya berjaya menyakinkan pegawai kasstam bahawa mereka mempunyai masa yang sukar ketika di luar negara dan masih belum pulih.

Dia melepaskan kami kerana kami warga Australia dan tidak ditahan kerana tiada isu yang besar. Satu perkara yang pelik adalah saya perasan tiada seorang pun perasan bau busuk pelik yang keluar dari keluarga saya.

Hanya saya, dan juga anjing yang menjaga tempat kuarantin.

Dua ekor anjing yang bertugas mencium bagasi penumpang itu, memberi reaksi negatif terhadap bau keluarga saya.

Pegawai kuarantin yang sedar dengan perkara itu bertanya jika kami ada apa-apa untuk diisytihar. Dia cuba menyuruh anjing itu pergi mencium kami tapi ia tidak mahu.

Memandangkan tiada apa yang pelik di bahagian x-ray, kami tidak ditahan dan dibenarkan lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience