BAB 10

Horror & Thriller Completed 5646

Hari ini hari Sabtu yang sejuk dan saya baru sahaja habis bercakap dengan orang alim iaitu seorang Imam yang bernama Ali.

Pertama sekali, Imam Ali menghampiri ayah saya dulu dan bersalaman tangan dengannya. 'Ayah' membalas balik dengan seolah-olah terpaksa telah menguatkan teori saya bahawa ayah saya masih ada di dalam dan dikurung oleh makluk itu. Seingat saya, ini dialog antara mereka berdua.

Imam Ali : Assalammualikum. Boleh kamu beritahu saya tentang diri kamu?
'Ayah' : Saya adalah Ghazali

Imam Ali : Ghazali, kerja sebagai apa?
'Ayah' : Saya kerja sebagai ahli farmasi.

Imam Ali : Dah berapa lama kamu bekerja di sana?
'Ayah' : Hampir 25 tahun.

Setakat ini, 'ayah saya' lulus dengan cemerlang. Dia tahu nama kami, apa yang kami belajar di universiti dan apa benda yang saya tak suka dan apa makanan pencuci mulut kesukaan ibu.

Bagaimanapun, masih ada yang tak kena. Biarpun sedekat mana dia kenal keluarga ini, saya tak boleh buang perasaan ganjil itu.

Bau busuk masih lagi ada dan jarang-jarang kedengaran bunyi berdengung di tingkat atas di bilik adik beradik saya.

Saya bertanya kepada Imam Ali jika dia boleh bau bangkai seperti saya tapi dia kata tidak. Ketika ini Imam Ali meminta kebenaran dari saya untuk membuat eksperimen.

Eksperimen itu termasuk memperdengarkan surah Al-Baqarah dan melihat apa reaksi mereka. Menurut Imam Ali ini adalah cara 'standard' yang digunakan sheikh-sheikh dan Imam untuk mengetahui sama ada mereka sedang menghadapi dengan benda ghaib.

Saya beritahu dia surah itu sudah ada dalam iphone dan berikan kepadanya. Dia menekan play dan menunggu ia bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience