BAB 9

Horror & Thriller Completed 5646

Kini jam baru sahaja menunjukkan tengah malam, 12:07 pagi tepatnya. Saya perlu tidur segera. Saya tak tidur hampir 72 jam jadi saya tidur di atas sofa dan pasang Quran kuat-kuat dan dengar menggunakan earphone.

Saya tak tahu.. ia menenangkan saya.

Saya tahu yang saya tak sepatutnya cuba melawan tapi saya ni degil. Setiap kali saya dengan bunyi irama berdengung tu diatas, saya akan baca ayat Quran dengan perlahan dan saya bersumpah bunyi itu akan berhenti buat seketika dan saya terdengar bunyi ketukan pula, yang datang dari bilik ibu dan ayah.

Ketukan itu sentiasa kedengaran dalam urutan yang sama : tiga ketukan pendek, tiga ketukan panjang dan tiga ketukan pendek sekali lagi. Saya tak tahu apa maksudnya.

Mungkin tanda amaran? Adakah 9 ketukan menandakan sesuatu? Saya tak pasti. Masih lagi menunggu orang alim itu untuk datang, katanya dia akan datang ke sini pada hari Rabu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience