BAB 8

Horror & Thriller Completed 5646

Sekarang dah 2.50 petang.
"Adik beradik" saya masih tak bangun-bangun, saya tak pasti kenapa. Biasanya kalau mereka malas sekali pun, tidak ada siapa yang akan tidur lebih dari pukul 1.30 petang.

Saya nak sangat naik ke tingkat atas dan tengok apa yang berlaku tapi saya dah lihat banyak cerita seram yang biasanya menunjukkan pengakhiran yang tidak baik jika 'pergi menyerah diri' dengan hantu. Saya tak mahu mati tanpa selesaikan masalah ini. Ibu bapa saya biasanya akan balik pada 5.30 petang jadi saya ada masa untuk mencuba dan menyiapkan diri dengan informasi dan doa sebanyak yang boleh.

5.34 petang.
Saya dengar kereta ibu bapa saya sampai di garaj. Mereka masuk sekali, dengan wajah tidak puas hati jika dibandingkan dengan muka pagi tadi.

Saya tak pasti kenapa. 'Ayah' membisik sesuatu seperti '...tak sepatutnya ... sepatutnya tinggal ...' dan ‘titiwangsa' kepada ibu saya.
Saya tak pasti jika ayat terakhir yag saya dengar tu betul, mungkinkah ia satu tempat? Saya tak tahu.

Bahasa apa pun saya tak tahu tapi yang pasti ia bukan bahasa Inggeris. Mereka cuma kata hi kepada saya dan naik ke tingkat atas. Untuk buat apa? saya tak tahu. Tapi selagi mereka tidak dekat, saya tak rasa takut.

Bau busuk masih lagi ada dalam rumah tapi tak sekuat sebelum ini. Mungkin kerana saya dah terbiasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience