BAB 5

Horror & Thriller Completed 5646

Kami meninggalkan lapangan terbang, ambil shuttle bas ke arah kereta kami.

Bermula saat ini, saya sudah mula berfikir benda jahat sudah terjadi kepada keluarga saya ketika 'perjalan spontan' mereka. Kami masuk ke dalam kereta dan ayah saya bertanya soalan yang hampir membuatkan saya menangis ketakutan.

Dia beritahu saya dia lupa jalan pulang ke rumah (kami tinggal di rumah yang sama sejak lahir lagi) dan jika boleh dia mahu saya menjadi penunjuk arah atau tolong pandu kereta ini ke rumah.

Saya yang terlalu takut ketika itu melompat ke tempat pemandu. Kami tinggal di pinggir bandar di timur selatan yang akan mengambil masa satu jam setengah dari lapangan terbang.

Akhirnya kami sampai di rumah dan saat ini, saya seolah-olah sudah 'tidak berfungsi', di dalam fikiran yang kacau. Dari jelingan mata, saya ternampak 'bapa' saya melihat-lihat rumah itu dan senyum dengan bangga seolah-olah dia tidak pernah sampai ke sini dan rumah itu diberikan sebagai 'hadiah' kepadanya.

Kesemua ahli keluarga saya masuk ke dalam rumah dan tidur di bilik masing-masing. Itu sahaja tapi ini mengesahkan bahawa saya telah membawa masuk sesuatu yang jahat ke dalam rumah saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience