BAB 9

Horror & Thriller Completed 636

Faqeh terus mencuba untuk membuka pintu itu.

“Mi tolong aku! Tolong!” suara itu kedengaran lagi.

“Yalah wei, tu memang suara kawan aku. Cepatlah buka pintu ni.”

Safuan sudah mula gelisah. Dari nada suara Fizi tadi jelas kawannya itu sudah mula menangis.

“Sabarlah! Aku tengah usahalah ni.”

“Lan! Tolong aku!”

“Hoi! Kau orang buat apa tu?”

Suara teriakan itu membuatkan mereka bertiga terkejut. Serentak mereka menoleh ke arah itu. Nampaknya mereka sudah ketahuan. Terjeda mereka di situ. Hendak lari pun sudah tidak berguna.

“ITULAH, malam tadi aku dah cakap, abaikan fasal suara dan bunyi-bunyi tu. Tapi kau orang tetap berdegil nak siasat jugak. Sudahnya, kantoi dengan Cikgu Midad. Dan apa yang kau orang nak buktikan, tak ada pun dalam dorm sebelah ni,” perli Azraff sambil mengemas pakaiannya. Hari ini mereka akan bertolak balik ke Batu Pahat selepas hampir lima hari mereka berada di kem ini.

“Tahu tak apa. Ada benda dalam dunia ni, memang kita tak boleh rungkai rahsianya tau? Sebab alam kita berbeza. Kau ingat senang nak tengok hantu tu?” Rakesh mencelah.

Safuan hanya mampu menahan geram.

“Kau orang nak membebel sampai tahun depan pun, hal dah berlaku. Nak putar waktu pun dah tak boleh. Apa yang pasti, aku dengar suara Fizi dengan jelas minta tolong kat bilik sebelah. Dia siap sebut nama aku, nama kau dan nama kau, Rakesh. Sebab tu aku beria-ia nak masuk bilik sebelah tu.”

Safuan membela diri. Apa yang dia dengar malam tadi, terlalu nyata. Sukar untuk dia menyangkal dan menganggap semua itu hanya mainan perasaannya seperti yang disuruh Cikgu Midad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience