BAB 11

Horror & Thriller Completed 636

“Entahlah, aku tak boleh nak fikir mana yang realiti dan mana yang hanya mainan perasaan aku aje. Sebab semuanya berlaku ada sebab dan alasan yang menyahihkan kewujudannya.”

“Kalau macam tu, kau tak perlu percaya, yang penting, kita dah nak balik hari ni dan kita semua selamat. Tak ada yang dirasuk atau terkorban disebabkan ‘benda’ tu.”

Tiada balasan dari Safuan i. Dia tiada idea untuk membalas kata-kata Azraff itu. Dia tahu, selagi dibahas isu ini tak akan habis. Mungkin benar kata Azraff, abaikan sahaja tentang bunyi dan suara itu selagi tiada yang terancam atau terkorban.

“Dahlah, cepat kemas. Lambat pula kita nak ke kompleks sajian untuk makan tengah hari sebelum bertolak balik lepas Zuhur nanti,” ujar Azraff.

Safuan terus mengemaskan pakaiannya. Dalam masa yang sama, hatinya masih sangsi dengan misteri di sebalik Drom 514 itu.

SELESAI majlis penutupan program, semua ahli kadet polis sekolah dibenarkan pulang ke hostel untuk mengambil bag pakaian masing-masing dan kembali ke padang kawad. Bas yang bakal membawa mereka pulang ke Batu Pahat sudah sampai sejak tengah hari tadi lagi.

“Cepatlah Rakesh, apa yang lambat sangat tu?” tanya Safuan i, tertekan dengan kawan baiknya itu. Sejak tadi tidak habis-habis mengemas.

“Sabarlah, aku tengah pening nak masukan pakaian aku ni. Masa aku datang hari tu, muat. Bila nak balik ni, tak muat pulak.”

Azraff yang sudah berdiri di muka pintu Dorm 404 itu mengeleng kepala melihat Rakesh.

“Macam mana nak buat, kalau kau duk main sumbat aje pakaian kau tu? Mesti mak kau tolong kemaskan baju kau masa kau nak ke sini, kan?” Perli Azraff.

Rakesh hanya tersengih sambil mengaru belakang kepalanya.

“Tahu aje kau, kan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience