BAB 7

Horror & Thriller Completed 636

“Azraff, kau macam mana?” Safuan bertanya pada Azraff yang masih berbaring di atas katil.

“Aku rasa kita batalkan ajelah rancangan ni. Makhluk tu tak kacau kita, kan? Kenapa kita nak kacau dia?” jawab Azraff.

“Jadi, kau tak nak ikut?”

“Aku rasa aku tak nak cari masalah. Kalau berlaku apa-apa macam mana?”

“Abaikanlah dia. Sekarang aku dengan Taher dah setuju nak teruskan rancangan kita. Kalau kau tak nak ikut, aku dengan Taher boleh curi masuk bilik sebelah ni berdua aje. Aku nak tahu juga apa sebenarnya ‘benda’ tu,” Faqeh mencelah, dia malas mahu berlengah lagi. Mereka sudah tidak banyak masa.

Belum sempat Safuan membalas kata-kata Faqeh itu, tiba-tiba dinding pemisah Dorm 404 dan Dorm 514 kedengaran bagai ditumbuk-tumbuk.

Buk! Buk!

“Nampaknya ‘dia’ dah main dinding pulak,” ujar Faqeh sambil memandang dinding.

“Rakesh, kau nak ikut tak?” tanya Safuan pada Rakesh yang sudah mengeletar di bawah selimut. Melihat keadaan Rakesh itu, tahulah dia yang Rakesh tidak akan turut serta dalam rancangan mereka bertiga malam ini.

“Aku rasa dia tak nak ikut.”

“Kalau macam tu, jom kita ke bilik sebelah sekarang,” ajak Faqeh lalu bangkit berdiri dan melangkah ke pintu hostel itu.

Azraff hanya mengeleng melihat keegoan tiga rakannya itu. Dia malas mahu ambil tahu dan masuk campur. Lebih baik dia sambung tidur.

Sampai di hadapan pintu, perlahan-lahan Faqeh membuka pintu. Daun pintu dikuak sedikit lalu dia mengintai ke luar. Tiada apa-apa. Selepas dipastikan selamat, Faqeh mula melangkah keluar dengan diekori Taher dan Safuan dari belakang. Berbekalkan lampu suluh kecil yang dibawa Safuan i, mereka mula melangkah ke Dorm 514.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience