BAB 10

Horror & Thriller Completed 636

Azraff dan Rakesh memandang Safuan i. Terkejut dengan kenyataan kawan baik mereka itu.

“Suara tu panggil nama aku dengan Lan?” tanya Rakesh, mula seram.

“Ya, sebab tu aku beria-ia nak masuk bilik tu. Manalah tahu Fizi memang dikurung dalam tu tanpa pengetahuan kita. Masa Fizi kena hantar balik, kita tak nampak pun dia bertolak, kan?”

“Dah tu, masa Cikgu Midad bagi kau orang masuk bilik sebelah ni, kau ada nampak Fizi dalam tu?”

Safuan terpunduk lemah. Itulah yang memusykilkannya sejak malam tadi.

“Itulah yang memusykilkan aku sampai sekarang ni.”

“Tak ada yang musykilnya, Mi. Dalam dunia ni, bukan hanya ada manusia aje. Jin, syaitan dan iblis turut ada di sekeliling kita. Cuma kita aje tak nampak mereka. Sebab tu aku suruh kau orang abaikan. ‘Benda’ tu tak mengancam kita, kan? Kenapa kita nak kena ancam dia?” Azraff mempertikai. Itulah yang bermain di fikirannya mengenai suara aneh itu malam tadi. Dia mula percaya yang kem ini sudah ada ‘penunggu’ selepas sekian lama terbiar.

Safuan berkalih memandang Azraff di hadapannya.

“Kalau itu tanggapan kau, macam mana hantu tu boleh tahu nama kau, nama aku dan nama Rakesh ? Sedangkan kita tak pernah ke kem ni sebelum ni dan kita tak ada kawan hantu pun, kan?” Safuan mempertikai.

“Tu semua tak mustahil Mi. Syaitan dan iblis ada di sekeliling kita. Dan mereka boleh nampak kita. Cuma kita aje tak nampak mereka.”

“Jadi, apa tujuan ‘dia’ nak takut-takutkan kita?”

“Sebab dia nak sesatkan kita. Supaya kita percaya hantu atau syaitan ni hebat, boleh keluarkan suara tanpa menunjukan dirinya. Atau mungkin, suara, bunyi dan apa yang berlaku malam tadi tu, helah budak-budak dari dorm depan. Mana kita tahu, kan? Sengaja dia orang nak permainkan kita. Sebarang kemungkinan boleh berlaku.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience