BAB 1

Horror & Thriller Completed 636

KAPALA terasa berat. Perlahan-lahan dia cuba membuka kelopak mata. Cahaya yang menyuluh entah dari mana menyilaukan pandangan. Penglihatannya beransur jelas. Sesuatu yang berlatarkan warna putih kekuningan menjadi latar pemandangannya ketika ini. Saat matanya mula menjelas, latar putih kekuning itu rupa-rupanya warna siling hostel.

Bila perkataan hostel melintasi mindanya, mata yang sepet terus terbuka luas dan terbuntang dek disapa terkejut. Pantas dia mendudukan diri lalu memandang sekelilingnya. Dia berada di atas katilnya ketika ini. Yang membuatkan dia terkejut dan cemas, bila tiada sesiapa yang menjaganya di hostel itu. Dia sendirian!

Mengeletar tubuhnya. Dia cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku padanya. Beberapa saat kemudian, baru dia teringat yang pandangannya mula kabur semasa dia di kompleks sajian tengah hari tadi. Tubuhnya melayang dan pandangannya terus menjadi gelap. Selepas itu dia sudah tidak ingat apa-apa lagi. Sedar sahaja dia sudah berada di bilik hostel ini!

“Adhan! Rakesh ! Safuan i! Kau orang kat mana?” panggil dan tanya Fizi dalam rasa cemas.

Tanpa menunggu lama, dia terus melangkah turun dari katil. Namun, belum ada lima saat dia berdiri, kepalanya terasa pening dan membuatkan dia kembali terduduk. Kepalanya berdenyut-denyut. Terasa mencengkam sampai ke otak!

“Emmm.... Emmm....”

Tersentak Fizi bila bunyi tangisan yang ditahan-tahan itu tiba-tiba kedengaran di luar hostel itu. Tubuhnya terus mengigil disapa ketakutan. Dia diganggu lagi!

Suara tangisan itu kedengaran jelas berada di luar hostelnya melalui tingkap cermin yang sentiasa tertutup. Di sebalik cermin lut sinar yang kabur itu, dia dapat melihat kelibat seseorang sedang melangkah perlahan menuju ke pintu hostel itu yang terbuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience