BAB 5

Horror & Thriller Completed 636

Kreekkk...

Kedengaran dengan jelas, bunyi ensel pintu Dorm 514 sepertinya dibuka. Kelam kabut Faqeh dan Taher melangkah masuk lalu cepat-cepat menutup pintu bilik itu. Kemudian mereka duduk mencangkung di belakang dinding betul-betul di bawah tingkap yang bersebelahan dengan katil Azraff.

Azraff yang masih di katil kembali berbaring lalu membatukan diri. Begitu juga dengan Rakesh. Masing-masing terus menutup mulut mendengar apa sahaja bunyian yang bakal kedengaran sebentar lagi.

“Emmm.... Emmm...”

Mereka berlima serentak menutup mulut menahan terkejut bila bunyi suara tangisan itu mula mengalun dan bergema memenuhi ruang koridor blok hostel mereka.

Rakesh sudah mengigil. Dia yang baring betul-betul menghadap tingkap ketika ini terus membekukan diri. Namun, matanya tetap terbeliak melihat cahaya lampu koridor yang samar-samar dari cermin tingkap yang berada di belakang katil Azraff.

Terbuntang mata Rakesh bila dengan jelas dia melihat bayangan hitam persis sosok tubuh manusia sedang melangkah perlahan menuju ke pintu hostelnya! Ini kali pertama dia mendengar tangisan syahdu itu. Sungguh menyeramkan!

“Emmm... Emmm...”

Suara tangisan penuh syahdu itu kedengaran lagi mendayu-dayu. Suara itu berhenti betul-betul di hadapan pintu bilik hostel itu. Masing-masing sudah saling berpandangan sambil menelan liur.

Kreeekkk...

Pintu hostel itu tiba-tiba terbuka sendiri.

Dengan pantas Rakesh terus menutup seluruh tubuhnya dengan selimut. Mengelatar ketakutan dia di bawah selimut. Tidak berani dia mahu melihat ‘benda’ atau mungkin makhluk yang bakal melangkah masuk ke dalam hostel itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience